Baca petikan di bawah dengan teliti.
Tanggal 22 Jun 2023, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-67. DBP atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor. Pada mulanya Balai Pustaka itu hanyalah sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran sehingga nama institusi ini ditukar kepada DBP. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Oleh itu, kerajaan telah menerima cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III agar menamakannya Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengajaran dan Pembelajaran dalam Era Pendidikan Digital’ oleh Siti Irni Syuhada, *Dewan Siswa*, Bil. 6/2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata hubung**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata hubung** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Senaman perlu dilakukan oleh seseorang jika ingin meningkatkan kecergasan jantung</u>. Senaman yang dilakukan perlulah dapat meningkatkan kadar denyutan jantung melebihi kadar denyutan jantung normal. <u>Tempoh masa sesuatu senaman perlu anda pilih berdasarkan bebanan setiap senaman itu.</u> Untuk suatu sesi senaman yang baik, <u>jangka masa yang sesuai disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah selama 30 minit.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kekal Aktif dan Cergas di Rumah’ oleh Nursyuhada Mohd Sukri, *Dewan Kosmik* Bil. 1 2022
Tukarkan **ayat pasif** yang bergaris di bawah ini kepada **ayat aktif** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Kempen kitar semula sudah berusia tiga dekad, tetapi nampaknya keberkesanan kempen tersebut hanya gagah pada nama, namun menimbulkan tanda tanya sejauh mana kejayaannya. Berdasarkan lapuran Pusat Kajian Alam Sekitar dan Kebangsaan (NECC) pada tahun 2022, Malaysia mempunyai kadar hasilan sisa pepejal domestik hampir 40,000 tan tiap hari dan dijangka meningkat 1.5 kali ganda di tahun 2050. Masalah ini serius kerana banyak sisa pepejal domestik tidak dibuang dengan betul akan mengalir ke sungai dan laut menyebabkan pencemaran dan membahayakan hidupan akuartik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rancakkan kembali kempen kitar semula urus sisa pepejal’ oleh Dr Al Amin Mohamed Sultan, *Berita Harian*, 1 Mac 2023
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kamal dan Amar merupakan dua sahabat yang sangat rapat \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Mereka selalu kelihatan bersama-sama melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain, belajar dan bersiar-siar. Hubungan baik mereka sentiasa menjadi \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_ masyarakat kampung dan sering dijadikan teladan. Walaupun mereka kelihatan sangat serasi namun mereka juga pernah berselisih faham kerana \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
Isi tempat-tempat kosong dengan **peribahasa** yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kedudukan hebat yang ada pada siri dan filem animasi di Malaysia sememangnya tidak disangkal lagi. Semasa awal kemunculannya, industri ini terhad pada teks dan objek bergerak daripada sumber siri televisyen atau pawagam, kini telah ditonton ramai melalui pelbagai media. Banyak penerbitan animasi tempatan telah berupaya menjengah pasaran antarabangsa setelah proses alih bahasa dilakukan.
Kita sudah pun memiliki ikon-ikon ternama seperti *Upin & Ipin* yang telah menjadi satu fenomena masyarakat. *Ejen Ali The Movie* telah berjaya menembusi pasaran banyak negara. Siri *Didi & Friends* bukan calang-calang kerana melayakkan siri ini mendapat permintaan dari negara luar. Animasi di negara kita sebenarnya berperanan memaparkan adat dan budaya asli tempatan sebagaimana paparan dalam siri animasi *Kampung Boy*. Kejayaan animasi dan kandungan kreatif digital di negara ini terserlah kerana paparan keunikan adat dan budaya tempatan sehingga menjadi perhatian masyarakat dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada *‘Animasi Watak Kita, Khazanah Kita’* oleh Wan Halizawati Wan Mahmood, Dewan Bahasa, Bil 04, 2022
**Bahan 2**
Sejak menghasilkan filem animasi pertama tentang seekor katak bernama *Ribbit* pada 2014, timbul minat buat Datuk Norman Abdul Halim untuk melakukan penyelidikan lebih mendalam tentang habitat flora dan fauna. Watak animasi *Zan Orangutan* bakal diperkenalkan sebagai maskot Wetland Studios Putrajaya yang merupakan sebuah taman tema didik hibur berhawa dingin yang berteraskan teknologi. Pada masa sama, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman, *Universal Music* bagi menghasilkan lagu kanak-kanak berdasarkan maskot *KiKaKo Kids* yang terdapat di taman itu. Hala tuju perniagaannya mungkin berbeza dengan syarikat animasi lain sebab lebih memfokuskan kepada watak animasi mengenai haiwan. Wetland Studios Putrajaya merupakan projek yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn. Bhd. dengan kos pembikinan RM10 juta. Projek itu bertujuan *menonjolkan peranan* Taman Wetland kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya
Dipetik dan diubah suai daripada *‘Tak Serik Buat Filem Animasi’* oleh Hasif Idris, Utusan Malaysia, 31 Mei 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *menonjolkan peranan*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah faktor yang membawa kejayaan kepada sesebuah siri atau filem animasi di negara ini?
3 分
iii
Cerita-cerita animasi menjadi tarikan kepada masyarakat sejak dahulu lagi. Pelbagai watak animasi kegemaran menjadi ikutan sesetengah individu.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sesebuah siri animasi yang berjaya menarik perhatian masyarakat?
3 分
iv
Anda mempunyai seorang adik yang gemar menonton siri animasi. Namun ibu bapa anda risau akan siaran sesetengah animasi kerana kandungannya tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Sebagai ahli keluarga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan adik anda menonton animasi yang berfaedah untuknya.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Selama ini, Puan Ainun cukup senang berjiran dengan Punita. Dia tidak pernah keberatan untuk menolong Punita. Kalau Punita pulang lambat dan hari nampak seperti hendak hujan, dialah yang menolong Punita mengangkat pakaiannya di ampaian. Kalau sesekali Punita pulang ke Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tulang menolongnya dengan menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong Punita dengan mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Sekarang, begini pula balasan Punita terhadap segala kebaikan yang ditaburnya selama ini. Puan Ainun mengetap bibir. Dia bukan mahu bermusuh dengan jiran tetangga.
Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Budi Semangkuk Daging’ oleh Amy Suzaini Ainuddin dalam antologi *Harga Sebuah Lukisan*, Kementerian Pelajaran Malaysia
**Bahan 2**
**Pantun Semangat Kejiranan**
Rendang sungguh si pohon beringin,
Tempat bermain si anak dara;
Janganlah dihapus sikap prihatin,
Semoga hidup kekal sejahtera.
Pergi ke kuala mencari lokan,
Tersalah langkah terkena jerat;
Tolong-menolong kita kekalkan,
Moga ukhuwah bertambah erat.
Mudik ke hulu memukat ikan,
Mudik bersama teman rohani;
Bersatu-padu perlu diamalkan,
Negara aman *kekal harmoni*.
Tenunan songket indah bertekat,
Songket ditenun berbenang suasa;
Hidup berjiran harus muafakat,
Pasti rakyat hidup selesa.
Hazami
Kuantan, 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2** berikan maksud *kekal harmoni*.
2 分
ii
Berdasarkan **setiap bahan**, nyatakan tanggungjawab seseorang dalam memupuk semangat kejiranan.
3 分
iii
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan semangat kejiranan.
Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang menyebabkan semangat kejiranan sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat?
4 分
iv
Satu program gotong-royong perdana akan diadakan di kawasan perumahan anda. Gotong-royong ini diadakan bertujuan mencantikkan kawasan perumahan dan menjalinkan silaturahim antara penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, nyatakan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan untuk memastikan program ini mendapat sambutan daripada penduduk di kawasan perumahan anda.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun, dilihatnya Budiman keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya.
>
> Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyap-senyap.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta hibrid yang menjadi idaman Nurul Hafsa?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menggambarkan sikap positif sesama manusia.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Masalah obesiti bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi turut menjadi dilema dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ch’ng Tong Wooi, gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan tidak seimbang merupakan penyumbang utama peningkatan obesiti di negara kita. Kanak-kanak yang mengalami obesiti seawal usia lima tahun juga disebabkan oleh genetik.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dijalankan setiap empat tahun menunjukkan 50.1 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti manakala 30 peratus daripada kanak-kanak berumur antara lima hingga 13 tahun mengalami berat badan berlebihan. Kanak-kanak cenderung untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlulah menekankan amalan diet yang sihat dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan kepada anak-anak. Kanak-kanak juga gemar mengambil makanan ringan yang tidak sihat serta tinggi kandungan lemak. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak disyorkan bersenam sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit setiap hari.
Tubuh badan manusia memerlukan nutrien yang mencukupi bagi mengekalkan fungsi tubuh yang optimum. Kempen Pinggan Sihat Malaysia yang berasaskan konsep Suku Suku Separuh (3S) boleh digunakan untuk merancang hidangan seharian. Kempen ini dilakukan bagi memastikan kita mendapat hidangan yang seimbang. Oleh itu, pakar mengesyorkan kawalan saiz hidangan iaitu dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. Dalam menjadikan konsep ini sebagai amalan, seseorang boleh memulakan langkah mengikut keupayaan diri sendiri.
Kesimpulannya, kesihatan kanak-kanak seharusnya diberi perhatian kerana mereka merupakan nusa yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik’ oleh Zubaidah Ibrahim, https://relevan.com.my 29 Jun 2022
**Bahan 2**
**PANTUN KESIHATAN**
Yang tinggi berduri itulah durian,
Yang manis berkerengga itulah rambutan;
Kenapa yang muda tak suka sayuran,
Makanan segera menjadi pilihan.
Tampar nyamuk tangan tak kena,
Tengok-tengok tangan yang sakit;
Badan gemuk jiwa merana,
Hidup sengsara banyak penyakit.
Orang bertamu di Padang Kala,
Meriah jualan itik serati;
Lebihkan garam lebihkan gula,
Masin dan manis undang obesiti.
https://koleksiluahanrasa.blogspot.com/2012
**Bahan 3**
Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.