Pulau Pinang Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Pulau Pinang Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Pulau Pinang 州试卷 Set 1 · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Hari ini keputusan SPM diumumkan. Aku agak bimbang jika keputusan peperiksaanku tidak seperti yang kuharapkan. Aku menanti di dewan sekolah bersama dengan rakan-rakan yang lain untuk mengambil slip keputusan SPM. “Tahniah atas keputusan cemerlang yang diraih oleh Qaseh Mikayla binti Hassan dengan pencapaian SPM 11A+!”. Walaupun agak terkejut mendengar pengumuman tersebut, namun aku bahagia dan sangat bersyukur atas pencapaianku itu. Tidak sabar rasanya ingin kutunjuk keputusan SPM ini kepada ibu dan ayah. Pasti ibu dan ayah bangga melihat pencapaianku ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aku Juga Ingin Bahagia’ oleh Alia Ayuni, *Dewan Siswa*, Bil. 04/2023
Senaraikan **empat kata adjektif perasaan**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu** ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pokok bunga telang ialah spesies tumbuhan kekacang yang tumbuh menjalar dengan melilit tumbuhan lain di sekelilingnya dan mempunyai bunga berwarna ungu terang. Masyarakat Melayu sememangnya gemar menggunakan bunga telang sebagai pewarna alami dalam makanan kerana bunga telang bukan sahaja memberikan warna biru semula jadi yang cantik, menarik dan segar tetapi juga makanan yang dihasilkan selamat daripada bahan kimia.
Dipetik dan diubah suai daripada hellodoktor.com
**Cerakinkan** ayat-ayat dalam petikan supaya menjadi **enam ayat** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Telepuk merupakan karya seni menghiasi tekstail dengan serbuk berwarna emas yang amat aneh sekali kerana motif bagi setiap kain adalah berbeza. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain motif yang diperbuat daripada emas. Seni telepuk ini menjadi hakmilik istana kerana seni tata hias itu memiliki dan dipelihara oleh pihak istana serta pemakaiannya dikhaskan untuk keluarga diraja dan golongan jutawan sahaja. Suatu ketika dahulu seni ini banyak berkembang di negeri Selangor, Pahang dan Johor. Selain daripada persalinan busana penuh, seni telepuk yang bersifat mewah ini biasanya menghiaskan baju kurung, tanjak, samping, selendang, kain sarung dan kain ikat pinggang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seni Telepuk Akan Kembali Hidup, Julang Kehalusan Seni Kraf Malaysia’, Astroawani.com
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Walaupun sudah tua, Sani masih bekerja siang dan malam untuk menyara keluarganya yang hidup dalam kemiskinan. Dia sedar sekiranya dia tidak bekerja walaupun sehari, anak-anaknya pasti akan kelaparan kerana hidup mereka sekeluarga ibarat (i) \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Namun begitu Sani tidak pernah berputus asa kerana dia sedar dan percaya (ii) \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Dia mahu anak-anaknya memanfaatkan masa dengan bijak kerana (iii) \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_.
**Isikan** tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Usai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), remaja akan berhadapan dengan persoalan untuk melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja untuk membuat pilihan tersebut antaranya permintaan daripada ibu bapa, minat dan keadaan persekitaran.
Antara faktor yang menyebabkan remaja memilih untuk mencari pekerjaan disebabkan kurangnya minat dalam bidang akademik dan menganggapnya sebagai satu beban. Mereka mencari jalan mudah dengan bekerja dan fokus pada kemahiran praktikal berbanding akademik. Remaja berpendapat bahawa dengan bekerja mereka akan mendapat pengalaman baharu dan hidup bebas. Manakala remaja yang memilih untuk *melanjutkan pelajaran* pula sedar akan kepentingan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang lebih tinggi untuk meningkatkan prospek kerjaya dan potensi pendapatan yang lebih baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Cenderung untuk Melanjutkan Pelajaran atau Mencari Pekerjaan?’ oleh Nur Fatin Najwa Shahrudin, *Dewan Siswa*, Bil. 08/2023
**Bahan 2**
Kerja sambilan merujuk kerja yang dilakukan secara sementara oleh mana-mana individu bagi menyimpan wang untuk sesuatu tujuan seperti membiayai yuran pengajian atau mengatasi kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarga. Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai remaja yang masih bersekolah mula bekerja secara sambilan.
Remaja yang bekerja sambilan memilih untuk hidup berdikari dengan mencari sumber kewangan sendiri dan membantu meringankan beban ibu bapa untuk menampung kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat. Hal ini boleh menyebabkan remaja tersebut terlalu sibuk bekerja sehingga melupakan tugas utama mereka iaitu belajar. Apabila keadaan ini berterusan, mereka sanggup ponteng sekolah dan akhirnya prestasi akademik remaja tersebut akan terjejas. Remaja yang mengutamakan pekerjaan berbanding dengan pendidikan akan menyebabkan mereka kurang menyerlah dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kerja Sambilan dan Implikasinya Terhadap Murid’ oleh Tang Jay Young, *Dewan Siswa*, Bil. 07/2023
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *melanjutkan pelajaran*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan faktor-faktor remaja memilih untuk bekerja.
3 分
iii
Kini, peluang untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam ataupun sektor swasta semakin mencabar kerana terlalu banyak persaingan. Oleh itu, terdapat segelintir remaja memilih untuk bekerja sendiri.
Pada pendapat anda, selain memperoleh pendapatan yang lumayan, apakah kebaikan-kebaikan bekerja sendiri?
3 分
iv
Setelah tamat pengajian di universiti, rakan anda ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Rakan anda telah menerima surat panggilan temu duga jawatan yang dipohonnya.
Sebagai rakan, apakah persediaan-persediaan yang boleh anda cadangkan kepadanya sebelum menghadiri temu duga tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Kau harapan keluargamu. Tidak inginkah kau membantu keluargamu dan kaummu?”
“Bapa tidak menghalang kehendak saya. Ibu cakap, saya boleh buat apa yang saya suka asalkan tidak menganiaya orang lain.”
“Betul cakap orang tuamu itu. Tetapi sebagai anak, kau wajar membela mereka. Jika ada pelajaran, boleh dapat pekerjaan yang lebih besar. Mungkin dapat jadi pegawai, atau ahli perniagaan macam anak penghulu. Adik-adikmu itu dapat disekolahkan. Engkaulah bunga bangsa belantara ini,” suara Jo sambil menatap wajah Daneng yang sugul.
Daneng memperbaiki kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata.
“Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu kaummu. Setakat ini, cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.”
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’ oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan, antologi *Anak Laut*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS**
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuning
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak noda dan mengabur fikir
di pedang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah
Sazalee Yacob, antologi *Sejadah Rindu*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah kepentingan pelajaran menurut cikgu Jo?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan nasihat-nasihat berguna yang dapat dijadikan panduan oleh generasi muda.
3 分
iii
Remaja yang bijak akan memanfaatkan usia muda mereka dengan menuntut ilmu.
Pada pandangan anda, apakah kepentingan menuntut ilmu kepada remaja?
4 分
iv
Anda mendapati segelintir rakan sekelas anda tidak fokus terhadap pelajaran semasa di dalam kelas dan lebih mengutamakan hiburan semata-mata.
Sebagai seorang yang prihatin, apakah tindakan yang akan anda lakukan agar rakan-rakan lebih berminat dan fokus terhadap pelajaran?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Umi, yang umi beri kepada along selama ini memang tidak ada kurangnya. Cukup. Namun along ke sana ada sebab. Along cuma hendak memenuhi harapan ayah. Ayah yang suruh along ke sana, umi,” jelas Haiqal.
>
> “Along, ayah dah tujuh tahun meninggal. Harapan apa lagi? Dah, lupakan sahaja hasrat along tu,” tingkah uminya.
>
> “Tapi, umi…along mesti ke sana juga. Banyak perkara yang perlu along ketahui. Along dah besar, umi,” tegas Haiqal.
>
> “Apa lagi yang along nak selesaikan? Cakap dengan umi. Along mesti terima hakikat, ayah along sudah meninggal.”
>
> Haiqal menyandarkan tubuhnya pula ke sofa. Matanya kini tertumpu kepada kipas siling yang berputar perlahan. Kemudian, dia memandang uminya lalu berkata, “Memanglah ayah sudah meninggal, umi. Along tahu, ada sesuatu yang ditinggalkannya buat along di sana. Selama ini, along tak kenal ayah along sendiri. Ayah meninggal sebab apa pun, along tak tahu. Bagi umi, semuanya rahsia. Apa dosa ayah umi?”
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan along tetap bertekad untuk ke kampung arwah ayahnya walaupun dilarang oleh uminya?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, **huraikan satu** peristiwa yang menunjukkan sifat keprihatinan bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Di Malaysia, Program Pertanian Bandar (PPB) diperkenalkan secara rasminya pada tahun 2014 setelah pembentukan bahagian pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2010. Pertanian bandar selalunya dilakukan di kawasan terhad seperti kawasan terbiar, sudut atau ruang kosong termasuk atas bumbung di rumah atau bangunan yang boleh menggunakan beberapa kaedah seperti aeroponik, fertigasi, teknik filem nutrien (NFT) dan nutripot.
Masyarakat yang menjalankan pertanian bandar secara kecil-kecilan di kediaman masing-masing mampu mendapatkan bahan makanan yang segar, berkualiti dan bebas bahan kimia dalam menu harian masing-masing. Pertanian bandar berdepan dengan halangan kerana kawasan yang sesak dengan kepesatan pembangunan dan kekurangan kawasan hijau. Pertanian bandar sedikit sebanyak dapat menjadi medium penting bagi mengekalkan kelestarian kawasan bandar dengan meningkatkan jumlah kawasan hijau. Aktiviti ini bukan sahaja mencantikkan pemandangan, menambahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu pada persekitaran kawasan bandar. Penanaman pokok sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, terung, cili dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan kediaman kini semakin mendapat sambutan masyarakat. Manfaat paling besar melibatkan diri dalam pertanian bandar sudah tentulah dalam aspek mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri selain mampu menjanakan pendapatan tambahan.
Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sebuah keluarga membelanjakan RM350 secara puratanya sebulan untuk membeli sayur-sayuran, manakala kajian yang lain pula menyatakan 50 peratus hingga 70 peratus daripada pendapatan mereka digunakan untuk mendapatkan makanan sehingga ada antara mereka berhadapan dengan situasi miskin bandar. Tiada tanah atau tanah yang terhad menjadi halangan kepada pertanian bandar tetapi dapat diselesaikan kerana teknologi dalam bidang pertanian yang canggih pada masa ini. Malahan kesuntukan masa akibat belajar atau bekerja juga menjadi sebutan masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pertanian Bandar Manfaat Besar Buat Negara’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, *Dewan Ekonomi*, Mei 2021
**Bahan 2**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.