Baca petikan di bawah dengan teliti.
Disiplin murid dapat dibentuk seawal mereka memasuki alam persekolahan. Dalam memberikan tunjuk ajar kepada para murid di dalam kelas, guru-guru perlu menitikberatkan disiplin kerana aspek tersebut mempengaruhi kecemerlangan mereka dalam akademik dan sahsiah. Selain itu, ibu bapa perlulah cakna terhadap disiplin anak-anak mereka dalam tindak-tanduk ketika berada di rumah. Perkara ini penting kerana media cetak pada hari ini banyak memaparkan masalah disiplin dalam kalangan murid. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Disiplin Tonggak Kemenjadian Pelajar’ oleh Shahrul Danial Farhan Abdul Razak, *Dewan Siswa*, Bil. 6/2019
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu sedar</u>. <u>Mereka berperanan sebagai pemudah cara dalam pemilihan kerjaya anak-anak pada masa depan</u>. <u>Ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat pilihan kerjaya</u>. <u>Mereka mempunyai cita-cita sendiri</u>. Mereka sepatutnya membantu anak-anak sebanyak mungkin tentang pemilihan kerjaya. <u>Pemilihan kerjaya yang sesuai boleh menjamin kecemerlangan pada suatu hari nanti</u>. <u>Pemilihan kerjaya yang sesuai boleh menjanjikan kesenangan pada suatu hari nanti</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Ibu Bapa: Sokong Anak Pilih Kerjaya’ oleh Dr Anjli Doshi Gandhi, *Pendidik* 03/2017
Gabungkan **ayat tunggal yang bergaris** di bawah menjadi tiga **ayat majmuk** dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Menyedari risiko bahasa peribumi yang terdedah pada kepupusan, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan tahun 2019 sebagai Tahun Bahasa Peribumi. Pengisytiharan ini bertujuan untuk menarik prihatin dan kesedaran dunia tentang kepentingan bahasa peribumi sebagai isu global yang dilibatkan ancaman kepupusannya. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa peribumi terkandung kesedaran kolektif masyarakat. Selain daripada itu, bahasa ini menyimpan warisan ilmu pengetahuan, sejarah, budaya, teradisi, jati diri dan kenangan unik manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sedikit Tetapi Banyak, Bicara Bahasa’ oleh Ritah Yahya, *Dewan Bahasa*, Bil. 04/2019
6 分
Bahan 2
Bahasa merupakan satu komponen budaya yang penting kerana bahasa bukan sahaja melambangkan identiti bangsa, bahkan juga identiti nasional bagi sesebuah negeri berdaulat. Dalam kontek ini, bahasa Melayu diangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Sejajar dengan itu, wujud berapa slogan seperti ‘Bahasa Melambangkan Bangsa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ yang bertujuan untuk menyuntik perasaan cintakan negara dan menyemarakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ibu Bapa Ejen Sosialisasi Bahasa Melayu di Rumah’ oleh Charanjit Kaur, *Pelita Bahasa*, Bil. 03/2021
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Amalan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan daya pemikiran seseorang sesuai dengan kata hikmat \_\_\_\_\_\_(i)\_\_\_\_\_\_. Institusi kekeluargaan merupakan elemen yang penting dalam usaha menanam tabiat membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak dengan sentiasa membaca, bertepatan dengan peribahasa \_\_\_\_\_\_(ii)\_\_\_\_\_\_.
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Nilai murni seperti jujur, amanah dan berdisiplin perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut menjadikan kita sebagai seorang insan yang berintegriti. Keimanan dan ketakwaan dalam diri menjadi jati diri yang kukuh daripada melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan integriti. Setiap agama di dunia ini tidak pernah membenarkan penganutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan peradaban manusia. Contoh amalan integriti ialah hadir lebih awal ke tempat kerja supaya kita bersedia sebelum memulakan pekerjaan. Kita perlu mempunyai perancangan dalam melakukan tugas yang diamanahkan dan menyelesaikan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi menjaga nama baik individu serta organisasi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membudayakan Integriti Dalam Kehidupan’ oleh Noriza Hassan, news.ump.edu.my/experts/membudayakan-integriti-dalam-kehidupan, 16 Disember 2020
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah maksud rangkai kata *perilaku mulia*?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan amalan-amalan integriti dalam kehidupan bermasyarakat.
4 分
iii
Nilai-nilai murni sangat penting dalam kehidupan kita.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika nilai murni tidak menjadi amalan masyarakat?
3 分
iv
Ali merupakan seorang calon harapan sekolah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun, dia selalu keluar melepak sehingga lewat malam. Banyak kerja sekolahnya tidak dapat disiapkan malah Ali juga sering ponteng sekolah. Walaupun telah diberi amaran oleh pihak sekolah, Ali tidak mengendahkannya.
Sekiranya anda sebagai ibu bapa Ali, apakah tindakan-tindakan yang patut anda lakukan supaya dapat membantu Ali mengubah sikapnya?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Setiap malam dia akan membantu ibu membuat karipap untuk dijual di pasar malam. Ibunya akan memberi upah kepada Rohidah sehari RM 2. Rohidah himpun duit itu dengan menabung untuk membeli buku latihan SPM.
Di sekolah, ketika rehat Rohidah akan berjimat cermat berbelanja di kantin, cukuplah tiga biji kuih atau sebungkus nasi lemak sebagai alas perut. Kadang kala sahaja ke kantin sekolah. Makanan ketika itu, semuanya berharga 50 sen. Jika teringin makan laksa atau mi kuah dia akan membawa wang saku lebih.
Dipetik daripada ‘Deraian Tangisan Silam’, Ahmad Safarman Dollah, *Pendidik* Bil. 135, Mei 2019
**Bahan 2**
**SYAIR PANDUAN HIDUP SEJAHTERA**
Generasi muda tonggak negara,
Persiapkan diri dengan segera,
Jika ingin hidup sejahtera,
Hendaklah pandai berkira-kira.
Mantapkan diri siap siaga,
Kebebasan ekonomi sangat berharga,
Fikirkan dahulu keperluan keluarga,
Sebelum membeli bandingkan harga.
Didiklah anak sedari muda,
Jadikan menabung amalan berkala,
Ibu dan bapa jadilah idola,
Masa hadapan pasti terbela.
Generasi muda hendaklah matang,
Janganlah asyik menggapai bintang,
Elakkan diri daripada berhutang,
Supaya tenang hari mendatang.
Hendaklah berhemat bijak menyimpan,
Untuk jaminan masa hadapan,
Pastikan kewangan sentiasa mapan,
Hidup sejahtera itu harapan.
Sumber: Salasiah Sabran, *Pendidik* Bil. 136, Jun 2019
i
Berdasarkan **Bahan 2**, nyatakan tindakan-tindakan individu untuk menjamin masa hadapan.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan cara-cara berbelanja dengan bijak.
3 分
iii
Pengurusan kewangan yang baik harus diberi penekanan dalam mengurus perbelanjaan keluarga.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya ibu bapa berbelanja secara berlebihan?
3 分
iv
Rakan anda berminat untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Dia ingin meringankan beban keluarganya yang menghadapi masalah kewangan.
Sebagai seorang usahawan berjaya, apakah tindakan anda untuk membantunya memulakan perniagaan secara dalam talian?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Awak tinggal di mana?” tanya Guru Besar Steward.
>
> “Di Kampung Sungai Ramal,” jawab Pak Saidi.
>
> “Kampung itu jauh dari sekolah. Macam mana untuk awak nak datang ke sekolah setiap hari?”
>
> “Saya boleh hantar sendiri tuan.”
>
> “Awak kerja apa?”
>
> “Menoreh getah dan menanam padi, tuan.”
>
> “Awak orang miskin?”
>
> Sekali lagi telinga Pak Saidi berdesing mendengar kata-kata Guru Besar Steward itu. Pak Saidi sudah nekad. Sekali lagi orang putih itu menghina dirinya, dia akan bertindak. Lalu, dia memikirkan tindakan yang patut dilakukannya. Pertama dia keluar daripada bilik Guru Besar dan melupakan cita-cita anaknya untuk belajar di sekolah Inggeris. Tindakan kedua, dia menampar mulut orang putih itu dan bersedia menghalang apa-apa kemungkinan.
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* oleh Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan tindakan-tindakan yang difikirkan oleh Pak Saidi sekiranya orang putih itu menghina dirinya sekali lagi.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan kerjasama dalam masyarakat bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Senyuman yang menawan bukan sahaja bermodalkan wajah yang tampan atau cantik, tetapi memiliki barisan gigi yang tersusun rapi dan bersih. Individu yang memiliki gigi yang tidak tersusun rapi perlu mendapatkan rawatan pendakap gigi. Rawatan pendakap gigi ialah sejenis rawatan ortodontik untuk membetulkan masalah gigi bertindih, berlapis dan jongang agar mendapat susunan gigi yang lebih teratur dan mudah dijaga. Terdapat tiga jenis pendakap gigi, iaitu logam, seramik dan lut sinar. Penggunaan pendakap gigi logam akan memungkinkan seseorang itu mendapat penyakit gusi.
Bagi individu yang memakai pendakap gigi, aktiviti memberus gigi perlu dilakukan di hadapan cermin muka supaya ruang antara pendakap gigi dengan gigi yang perlu dibersihkan dapat dilihat dengan lebih jelas. Pengguna pendakap gigi perlu memberus gigi setiap kali selepas makan dengan menggunakan ubat gigi berflorida. Berdasarkan kajian, florida dapat membantu menguatkan gigi dan mencegah kerosakan gigi. Pengumpulan sisa makanan di celah gigi dan pendakap gigi akan menghasilkan asid yang melemahkan struktur gigi. Oleh itu, pendakap gigi perlu diberus secara perlahan-lahan supaya berus gigi masuk ke celah-celah gigi dan pendakap gigi. Kawasan belakang dawai ortodontik dan keliling pendakap, terutama yang berdekatan dengan gusi juga perlu dibersihkan.
Berus gigi tambahan perlu digunakan untuk menjaga kebersihan mulut ketika memakai pendakap gigi. Berus gigi tambahan yang dimaksudkan ialah berus kecil antara gigi. Berus ini digunakan khusus untuk membersihkan celah gigi dan dawai ortodontik dengan lebih berkesan. Selain itu, benang gigi juga digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari bagi tujuan ini. Pembersihan dilakukan secara lembut, tetapi menyeluruh dan berkesan untuk memastikan gigi bersih tanpa merosakkan gusi, gigi dan pendakap gigi. Pengguna perlu berusaha dan tidak cepat putus asa dalam menjaga pendakap gigi kerana lama-kelamaan pengguna akan menjadi biasa dan cekap ketika melakukannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kesihatan Mulut Pengguna Pendakap Gigi’ oleh Yang Rafidah Hassan @ Md. Hassan, *Dewan Kosmik*, Bil. 5/2018
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.