Johor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Johor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru
Johor 州试卷 Johor Bahru · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Golongan pencinta alam semula jadi akan mendapati Pulau Langkawi sangat tenang dan mendamaikan dengan pantai yang dikelilingi pasir halus dan pokok kelapa yang bergoyang-goyang dihembus bayu laut. Walau bagaimanapun, Pulau Langkawi adalah antara pulau pelancongan yang terkesan teruk dengan penularan pandemik COVID-19. Pengusaha-pengusaha pelancongan mengeluh dan ada yang bergolok-gadai demi memastikan perniagaan mereka tidak mengalami kerugian. Dengan kerjasama padu daripada semua pihak, industri pelancongan di sana semakin pulih melalui projek Gelembung Pelancongan Langkawi.
Dipetik dan diubah suai daripada “Langkawi Bukan Sekadar Destinasi Makan Angin” oleh Kalam Jambu, *Dewan Siswa*, Bil 01/2022.
**Senaraikan empat kata adjektif** yang terdapat dalam petikan di bawah dan **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif tersebut** untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sejak sekian lama, pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat tumpuan mengulang kaji pelajaran. <u>Mengapakah pelajar gemar menelaah di pusat sumber sekolah</u>? Sudah tentu jawapannya adalah kerana suasana yang kondusif dan selesa. <u>Pelajar menjadi lebih fokus dan memberikan sepenuh tumpuan ketika belajar di pusat sumber sekolah.</u> Oleh itu, <u>elakkan membuat bising ketika berada di pusat sumber</u>. Memandangkan ilmu pengetahuan sememangnya menjadi aset berharga pada masa ini, kita wajarlah kerap mengunjungi pusat sumber sekolah sebagai satu usaha meningkatkan ilmu pengetahuan.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan Pusat Sumber Sekolah” oleh Ayu Indasari Razali, *Dewan Siswa*, bil 05/2021.)
Kenal pasti dan nyatakan **jenis-jenis ayat** bagi setiap ayat yang bergaris.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET dianggap sebagai tempat untuk pelajar yang dicicirkan dalam peperiksaan untuk meneruskan pelajaran. Walaubagaimanapun, bermula dengan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), kerajaan telah menggerakkan usaha mentranformasikan program TVET agar cabang pendidikan itu menjadi pilihan pelajar yang meminati sesuatu bidang industri yang memerlukan kemahiran dalam pengeluaran sesuatu barangan atau produk.
Kerajaan menyedari yang program TVET dapat menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan oleh industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan selari dengan inspirasi negara untuk menjadi negara maju. Pada era ini, TVET tidak lagi pengajian kelas kedua untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik, sebaliknya kerjaya berasaskan kemahiran yang ditawarkan menerusi program TVET mempunyai potensi besar untuk membina kerjaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘TVET : Dahulu Bukan Pilihan, Kini Menjadi Sebutan’ oleh Siti Noorisa Abdul Khlil, *Dewan Siswa*, Bil. 04/2022
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada, dalam Antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perniagaan Roti Haji Ahmad sememangnya dikenali ramai bukan sahaja kerana rasa rotinya yang enak, malah kerana kerjasama erat anak-anak Haji Ahmad dalam menguruskan perniagaan dengan hampir 30 cawangan di seluruh Johor. Berkat kerjasama yang erat <u>bagai aur dengan tebing</u>, anak-anaknya seramai tujuh orang sentiasa bersatu hati dalam meneruskan perniagaan warisan keluarga. Sekalipun ada perselisihan kecil, mereka tidaklah sampai ke tahap <u>berpatah arang, berkerat rotan</u>. Sebaliknya, hubungan adik-beradik tetap dijaga sepertimana yang diamanahkan oleh Haji Ahmad.
Berdasarkan peribahasa yang bergaris, nyatakan peribahasa yang **berlawanan maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Sukan boling sangat popular di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kini, pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai yang telah bergelar juara dunia. Misalnya, di Sukan Asia tahun 2006, pingat emas Malaysia banyak disumbang oleh pasukan tenpin bolingnya. Boling sepuluh pin atau “ten-pin bowling” ialah sejenis sukan kompetitif dan riadah. Seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong dengan tujuan untuk memperoleh mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang boleh. Boling merupakan sukan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai usia. Sesiapa sahaja boleh bermain sukan ini sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa bahkan mereka yang telah lanjut usia. Namun, perkara yang penting ialah pemain perlu mengetahui teknik memegang bola dan membuat hayunan tangan yang betul. Lorong permainan ini diperbuat daripada papan kayu dan disapu dengan sejenis minyak atau sintetik agar licin. Tidak hairanlah jika sukan boling merupakan sukan yang paling digemari di hampir setiap negara di dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada http://rusdi-hitamputih.blogspot.com/2010/04/kenali-sukan-boling_19.html
**Bahan 2**
Boling padang ialah satu permainan yang seakan-akan sukan tenpin boling. Namun begitu, perbezaannya ialah tenpin boling sasarannya menjatuhkan 10 pin yang telah ditetapkan di atas lorong manakala boling padang pula sasarannya ialah ‘BOL’ (bola boling padang) yang digolekkan untuk menghampiri sedekat mungkin dengan sebiji bola putih yang dipanggil ‘JACK’. Situasi yang terbaik ialah biarlah bol tersebut melekat dengan ‘jack’. Sebagai pemain, anda hendaklah mengetahui cara memegang bol dan hantaran. Bukan itu sahaja, permainan boling padang sebenarnya ialah permainan mental. Tanpa *kekuatan mental* anda tidak akan dapat menjadi seorang pemain yang baik. Anda juga perlu tahu jenis-jenis grin dan ukurannya. Hal tersebut amat penting untuk mengelakkan kesilapan dalam permainan ini. Selain itu, cara mengukur dan mengira mata sebagai seorang pemain juga perlu diketahui dengan jelas. Setelah mengetahui semua ini, sudah tentu kita akan menikmati permainan ini dengan penuh keseronokan bersama-sama kawan-kawan.
Dipetik dan diubah suai daripada lawnbowlsepang.blogspot.com/2011/05/apa-itu-boling-padang.html
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *kekuatan mental*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kemahiran-kemahiran yang perlu ada untuk seseorang pemain.
3 分
iii
Ahli sukan negara sering tewas pada pangkat awal kerana tidak dapat bersaing dengan ahli sukan dari negara lain.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor masalah ini berlaku?
3 分
iv
Adib Fikri merupakan seorang pemain bola sepak yang berpotensi dan berbakat besar. Adib Fikri bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya dan mewakili negara, namun menghadapi masalah untuk mengembangkan bakatnya.
Jika anda ialah Adib Fikri, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda ambil untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.
Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?
Tenaga berlebihan? Oh, tidak! Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan kalsium semasa proses kehamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara berlebihan semasa proses berkenaan. Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ oleh Illias Zaidi dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**JANGAN MARAH**
Jangan marah jika rezekimu sempit
Jika amal hanya sedikit
Jangan marah jika diri dibenci
Jika mulut suka mencaci
Jangan marah jika diri ditipu
Jika diri meminggir ilmu
Jangan marah jika dirundung malang
Jika nafsu sering mendatang
Jangan marah jika cita-cita tergendala
Jika masa tidak dipelihara
Jangan marah jika suka bertelagah
Jika diri suka bermegah
Afiq Asyraf, Iskandar Puteri, Johor, *Purnama*, 2019
**Bahan 3**
Apabila atap sudah bocor,
Lantai lapuk kelambu basah,
Apabila bercakap suka takbur,
Perangai buruk malu bersimbah.
Rosak sikat kusutlah rambut,
Kusut rambut rupa pun hodoh,
Rosak adat ributlah mulut,
Mulut ribut membawa gaduh.
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan diikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
Koleksi Pantun 2022, *Dewan Bahasa dan Pustaka*
i
Berdasarkan **Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kesan buruk bersikap sombong.
2 分
ii
Berdasarkan setiap bahan, nyatakan punca-punca yang menyebabkan masalah dalam kehidupan berlaku.
4 分
iii
Segelintir individu masih gagal mengawal perasaan marah mereka terutamanya ketika menghadapi konflik.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif jika seseorang gagal mengawal perasaan tersebut?
3 分
iv
Suatu pergaduhan telah berlaku di sebuah pusat beli-belah. Pergaduhan ini boleh menyebabkan berlakunya kes kecederaan yang parah atau kematian.
Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, nyatakan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan agar pergaduhan tersebut dapat dielakkan.
4 分
810 分
**Soalan 8: Novel**
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Sepanjang hari itu, perkara yang diajar guru tidak terkesan langsung di kotak fikirannya. Berlalu begitu sahaja. Yang terbayang ialah emaknya. Dia teringat akan Anggerik, teringat akan abahnya.
>
> “Emak tak ada, siapa nak jaga adik?” tanya Melati malam semalam sewaktu dia membimbing adiknya membuat latihan Matematik.
>
> "Keruntuhan moral muda-mudi bukan sahaja kerana faktor media massa, tetapi kurangnya perhatian orang tua. Hal ini kerana dalam arus perkembangan yang pesat, masyarakat berlumba-lumba memburu kekayaan material. Oleh itu, mereka mengabaikan kekayaan batiniah."
>
> Kata-kata Cikgu Hisyam yang mengajarkan Pengajian Am selalunya disambut dengan perdebatan tetapi tidak kali ini. Semuanya kosong. Hanya mata membuang pandangan ke depan tetapi perasaan menjalar jauh di kampung halamannya.
>
> Dipetik daripada Novel *Songket Berbenang Emas*, karya Khairudin Ayip
Nyatakan **punca-punca** keruntuhan moral muda-mudi.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Huraikan kepentingan semangat kerjasama dalam kehidupan berdasarkan **dua** buah novel yang telah anda pelajari.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pasca pandemik Covid-19, negara kita semakin pulih dan pesat membangun. Namun demikian, kita masih dihebahkan dengan berita kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh pihak berkuasa, sebanyak 545,630 kes kemalangan jalan raya yang direkodkan pada tahun 2022. Bagi mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing dengan lebih serius lagi. Pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah menambahkan Kamera Perangkap Laju Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) agar dapat mendisiplinkan para pemandu. Pemasangan kamera tersebut di tempat-tempat yang kerap berlakunya kemalangan terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.
Pihak sekolah perlu memberi pendedahan kepada murid tentang kemalangan jalan raya melalui Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dapat melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh keadaan fizikal jalan raya yang kurang baik. Kebanyakan jalan persekutuan dan jalan negeri mudah rosak kerana tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan kes kemalangan maut semakin bertambah. Oleh itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi yang bertanggungjawab hendaklah turun padang untuk melihat sendiri keadaan jalan raya sekiranya aduan dibuat oleh penduduk. Di samping itu, keadaan cuaca yang kurang baik terutamanya ketika waktu hujan boleh menyebabkan kemalangan terjadi. Permukaan jalan yang licin akan menyebabkan kenderaan lebih sukar untuk dikawal, lebih-lebih lagi sekiranya dipandu dalam keadaan yang laju. Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula aspek perundangan dan hukuman ke atas pesalah lalu lintas bagi mengurangkan kes kemalangan ini. Sistem demerit perlu dikenakan kepada pesalah lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mewajibkan pemandu kenderaan berat melakukan pemeriksaan kesihatan setiap lima tahun sekali.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemalangan Jalan Raya Setiap 90 Minit’ oleh Jamil Khir Abd Halim, www.bharian.com.my
**Bahan 2**
**Pantun : Kemalangan Jalan Raya**
Lemak manis bubur keladi,
Bubur nasi di dalam belanga;
Nahas jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai penyebab utama
Kuih bangkit makanan tuan
sedap dimakan membuka selera;
ingatlah semua wahai kawan,
jalan raya bukanlah pusara.
Jangan ditanam padi di rimba
rosak tangkai angan tak sudah;
sikap gemar berlumba-lumba,
hilang nyawa membawa padah
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.