Johor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Pasir Gudang
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Johor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Pasir Gudang
Johor 州试卷 Pasir Gudang · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perasaan cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri masyarakat. Jasa dan bakti tokoh-tokoh terdahulu dalam memperjuangkan Tanah Melayu sewajarnya dihargai dan disanjungi. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berasa bangga kerana mampu menjalani kehidupan yang aman dan damai dalam komposisi masyarakat majmuk. Kita juga seharusnya berasa gembira kerana pada tahun ini negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-66 tahun. Oleh hal yang demikian, isu perkauman seharusnya tidak lagi menjadi punca utama wujudnya rasa benci sesama kaum.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sejarah kepada Remaja’ oleh Hasrul Hosshan, *Dewan Siswa*, Bil.3, 2021
Senaraikan **empat kata adjektif perasaan**. Kemudian anda dikehendaki **membina satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
24 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Syahran:** <u>Jemputlah masuk, Lukman</u>. Selamat datang ke rumah saya.
**Lukman:** Terima kasih atas undangan. Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada Syahran. Semoga kamu sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.
**Syahran:** Terima kasih Lukman atas doa yang baik-baik. Semoga doa itu berbalik kepada kamu dan sekeluarga juga. <u>Makanlah apa-apa yang ada di atas meja itu</u>. <u>Janganlah kamu segan-segan pula.</u>
**Lukman:** Baiklah Syahran. <u>Minta kamu tunjukkan dapur kepada saya kerana saya ingin membasuh tangan.</u>
**Syahran:** Boleh, sila ikut saya.
**Lukman:** Terima kasih.
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen ‘Sahabat Dalam Kehidupan’ oleh Abdul Ahmad, *Kumpulan Cerpen Remaja*, 2017
Kenal pasti dan tulis jenis ayat yang bergaris sama ada **ayat silaan, ayat permintaan, ayat larangan dan ayat suruhan.** Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.
Ayat : Sila ikut saya.
Jenis Ayat : Ayat silaan
4 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin semula bahan-bahan tersebut.
Petikan 1
Pernahkah anda ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial? Mantan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah pernah berkata, berita palsu berkaitan COVID-19 dilihat lebih laju tersebar berbanding dengan penularan COVID-19 itu sendiri.
Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang menganggap kemelut ini sebagai perkara remeh. Namun begitu, implikasi berita palsu kini amat masyarakat rasai terutamanya pada musim penularan penyakit COVID-19. Keadaan ini memberi tamparan hebat buat warga negara Malaysia yang sebelum ini masih berseloroh tentang kemunculan berita palsu. Situasi ini diibaratkan bagai cendawan tumboh selepas hujan.
Dipetik dan diubah suai daripada “*Berita Palsu Sebagai Musuh Negara*” oleh Jasmine Lee, *Dewan Siswa*, September, 2022
5 分
Petikan 2
No. 39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
30290 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
4 Ogos 2023
Menemui sahabat penaku David, yang kini berada di Melbourne, Australia. Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Saudara David,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat dari saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat meminati untuk mengetahui tempat dan kawasan pelancongan di Malaysia. Dalam surat kali ini, saya ingin menceritakan keindahan Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi merupakan pusat pelancongan di Malaysia yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan-keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Langkawi. Pulau ini dikelilingi oleh pantai yang bersih dan suasananya yang jauh daripada hiruk pikuk bandar. Saudara dapat merasai keindahan suasana dan pantainya ini dengan berkunjung ke Pulau Langkawi.
Selain itu, Makam Mahsuri dan Padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan lagenda Mahsuri. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Beberapa helai gambar yang berkaitan Pulau Langkawi ini akan saya kirim kepada saudara.
Setakat ini sahaja yang sempat saya tulis buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan keluarga.
Yang benar,
Harith Faidz
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda. "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri."
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja itu di seri balai itu, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah.
Dipetik daripada prosa tradisional "Burung Terbang Dipipiskan Lada", dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015
Tulis petikan tersebut semula dalam ***bahasa Melayu Standard*** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Dalam kehidupan bermasyarakat, terutama di kawasan perumahan kita seharusnya sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak hanya mementingkan diri sendiri ibarat \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Kesannya masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni. Tugas yang sukar atau rumit pasti akan menjadi senang apabila dilakukan bersama-sama kerana \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak supaya boleh diteladani dalam kehidupan mereka kerana \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Interaksi KPM Masyarakat’ oleh Wan Nur Zuhaira Ali, *Majalah Pendidik* 2018
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pesta Panjut biasanya diraikan menjelang musim-musim perayaan dan kebiasaannya acara ini diraikan pada malam 27 Ramadan khususnya bagi masyarakat Melayu di sebelah utara semenanjung Malaysia. Panjut ini merujuk kepada pelita hiasan yang dipasang menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan minyak tanah. Tradisi ini sememangnya dapat mengeratkan silaturahim tanpa mengira lapisan peringkat umur melalui kerjasama erat yang ditonjolkan dalam usaha memeriahkan suasana malam menjelang hari raya.
Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai pusat Pesta Panjut kerana bandar diraja itu sudah sekian lama telah *meraikan tradisi* tersebut selain menghidangkan pelbagai seni bina yang kreatif dan unik yang sukar didapati di tempat-tempat lain. Melalui pesta yang disambut setiap tahun ini, tradisi sebegini mampu mencetuskan pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti ini bukan sekadar dapat mengindahkan kawasan kampung halaman semata-mata, malah turut dipertandingkan sebagai daya tarikan kepada masyarakat luar untuk menyaksikannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Panjut: Kreativiti, Tradisi dan Rezeki’ oleh Khairul Nizam Zainal Badri, *Dewan Budaya*, April 2023
**Bahan 2**
Tradisi mengusung rumah tradisional bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai bersama-sama berganding bahu membantu tuan rumah untuk berpindah. Mereka akan beramai-ramai mengangkat dan mengusung rumah yang hendak dipindahkan ke satu lokasi ke satu lokasi yang baharu terutamanya di kawasan kampung dan tidak jauh dari lokasi asal. Sejak zaman penjajah lagi, boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti dilakukan amalan mengusung rumah ini. Namun begitu, amalan ini sudah semakin lama semakin berkurang dimamah waktu dan arus modenisasi. Tradisi budaya seperti ini sebenarnya dapat dijadikan sebagai produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong mengunjungi kawasan tersebut.
Setelah melalui proses pindah rumah ini, pada kebiasaannya rumah tradisional yang masih elok dan ada ciri-ciri tradisionalnya akan diubah suai dan ditambah baik untuk menjaga nilai komersial yang masih ada dan dapat membantu mempromosikan kebudayaan yang masih banyak belum didedahkan kepada masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tradisi Usung Rumah Tradisional’ oleh Ahmad Safar Arman, *Dewan Budaya*, Bil.10/2021
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *meraikan tradisi.*
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan **kepentingan** mengekalkan tradisi sesuatu budaya yang terdapat di negara ini.
3 分
iii
Masyarakat majmuk di negara ini perlu mengambil berat tentang aspek kepelbagaian budaya.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan warisan budaya masyarakat di negara kita?
3 分
iv
Anda sebagai pengerusi Kelab Kebudayaan sekolah diminta untuk memperkenalkan kesenian dan kebudayaan kepelbagaian masyarakat di Malaysia sempena Program Pertukaran Budaya antara pelajar Malaysia dengan pelajar dari Indonesia. Anda menghadapi kesulitan untuk membuat persiapan kerana tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan program seperti itu.
Sebagai pengerusi kelab yang prihatin, cadangkan tindakan yang boleh anda lakukan untuk memastikan program tersebut dapat disempurnakan dengan baik.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Apa? Dato’ Penghulu telah dilucutkan jawatan oleh Inggeris?” Ujang sungguh terkejut apabila mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Raden, rakannya itu. Rasa marah yang teramat sangat bercampur geram juga jelas kelihatan di wajahnya. Meluap-luap rasa bencinya terhadap penjajah yang bernama Inggeris.
“Aku memang tidak berpuas hati dengan cara yang digunakan oleh Dato’ Baguk. Dia mempergunakan Inggeris untuk merampas kuasa daripada Dato’ Penghulu!” tegas Ujang pula. “Inggeris juga telah menindas orang kampung dengan menaikkan cukai yang tinggi. Sehingga orang kampung hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Bukan itu sahaja hasil pertanian orang kampung dirampas sesuka hati,” tambah Raden lagi dengan penuh panjang lebar.
“Dah melampau nampaknya Inggeris. Mereka benar-benar hendak mencabar kita di bumi Permatang Pasir ini! Sambut Alang dengan rasa geram dan marah yang panas menyala seperti api membakar.
Dipetik daripada ‘Mereka Bukan Penderhaka’, Oleh Asrul Effendi Kamaruzzaman, *Dewan Siswa* Bil.1 2015.
**Bahan 2**
**Hulubalang Merdeka**
Segar dalam sanubari
Tarikh keramat 31 Ogos 1957
Kemerdekaan negara digenggam
Menoktahkan penjajahan kuasa asing
Meskipun tercalit sejarah hiba
Perih-perih perjuangan para hulubalang
Nyawa melayang silih berganti
Menentang penjajah bermaharajalela
Penjajah datang bersilih ganti
Menangkap pejuang watan sewenangnya
Peluru meratap tubuh sang pejuang
Meragut nyawa tanpa belas
Merah darah membasahi bumi
Terima kasih hulubalang negara
Terima kasih pejuang watan tercinta
Semangat di dada kekal membara
Sehingga titisan darah terakhir
Membela nusa tercinta
Asmah Tayeb
SMKAJB
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan perasaan Ujang setelah mendengar perkhabaran daripada Raden.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2,** apakah tindakan kejam yang dilakukan oleh penjajah.
3 分
iii
Generasi muda dikatakan mempunyai pengetahuan yang cetek tentang sejarah negara sendiri.
Pada pendapat anda, apakah manfaat mempelajari mata pelajaran Sejarah?
4 分
iv
Anda merupakan pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda. Perkara yang merisaukan ialah ramai murid tidak mengenali pahlawan dan pejuang kemerdekaan negara walaupun mereka telah berjuang menentang penjajah untuk kemerdekaan tanah air.
Sebagai seorang murid yang prihatin, nyatakan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Masing-masing diam. Pak Cik Bakar kini hanya menyandarkan tubuhnya pada tiang di warung itu. Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah.
>
> Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah diturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* Karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Mengapakah Kampung Seri Purnama dikatakan tidak terlalu mundur?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 – Petikan**
Kemalangan jalan raya merupakan masalah serius di Malaysia. Setiap tahun, ribuan orang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ramai yang telah kehilangan nyawa. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada tahun 2020, terdapat 476,196 kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia. Hal ini bermakna, terdapat purata 1,304 kemalangan yang berlaku pada setiap hari. Dalam usaha mengatasi kemalangan jalan raya, pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang jalan raya bagi memastikan pengguna sentiasa berwaspada.
Trend peningkatan kes kemalangan jalan raya ini amat membimbangkan. Antara puncanya termasuklah pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Sikap pemandu kenderaan yang mementingkan diri tersebut akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakan pemandu kenderaan kurang tidur atau mengantuk semasa memandu. Situasi ini menyebabkan pemandu hilang fokus ketika memandu terutamanya pada waktu malam. Selain itu, keadaan cuaca yang buruk menyebabkan kenderaan mudah terlibat dalam kemalangan. Misalnya, hujan lebat akan menyebabkan permukaan jalan menjadi licin. Oleh hal yang demikian, pengguna jalan raya perlu memberi perhatian sepenuhnya semasa memandu.
Keadaan tersebut menyebabkan kemalangan jalan raya semakin serius di Malaysia. Papan tanda keselamatan yang tidak dipasang dengan baik juga turut menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya. Kita semua perlu berusaha untuk mengatasinya. Dengan mengelakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu, kita boleh membantu mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya dan menyelamatkan nyawa. Kita juga boleh memastikan jalan raya di Malaysia menjadi lebih selamat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil tindakan untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sikap Pengaruhi Keselamatan Pengguna Jalan Raya’ oleh Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, www.bharian.com.my, 22 April 2021
**Bahan 2 – Grafik**
Sumber: https://www.mekanika.com.my/
**Bahan 3 – Pantun**
**Pantun Keselamatan Jalan Raya**
Indah cahaya bulan purnama;
Sinari ukiran sentuhan watan,
Jalan raya kemudahan bersama,
Ikut peraturan demi keselamatan.
Cantik terserlah sulaman kebaya;
Selendang kasa hiasan diri,
Berhati-hatilah di jalan raya,
Amal sentiasa usah ingkari.
Kancing berbatu merah geliga,
Tampak ceria molek tersemat,
Nyawa itu amat berharga,
Hargailah ia moga selamat.
*Cempaka Rimba*
Johor Bahru
Baca petikan dan teliti bahan grafik serta pantun yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.