Baca petikan di bawah dengan teliti.
Punca <u>utama</u> pencemaran sungai adalah daripada aktiviti perindustrian, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan dan penternakan. Pelbagai <u>usaha</u> yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan lapisan masyarakat untuk menangani punca pencemaran sungai tetapi menemui jalan <u>buntu</u>. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Khas Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan mengusulkan penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri bagi mewujudkan pengasingan <u>kuasa</u> persekutuan dengan negeri dalam sumber dan pembekalan air.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tindakan, Strategi Tuntas Diperlukan Tangani Punca Pencemaran Sungai’ oleh Dr Mohd Yusoff Ishak, [email protected], 12 Jun 2024
Tukarkan **kata dasar yang bergaris kepada kata nama terbitan berapitan**. Kemudian **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata nama terbitan berapitan** tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah ini.
Sepak raga ialah permainan tradisi masyarakat Melayu. Sepak raga dimainkan pada masa lapang. Sepak raga dimainkan pada waktu petang. Permainan sepak raga dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat. Permainan sepak raga dapat mewujudkan semangat kerjasama. Kini, permainan sepak raga kurang popular dalam kalangan remaja. Remaja lebih gemar bermain permainan video. Kerajaan mengadakan pelbagai usaha dalam mempopularkan permainan tradisi ini.
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** dalam petikan tersebut menjadi **tiga ayat majmuk**. Anda dikehendaki mengekalkan maksud dan struktur ayat tersebut.
6 分
311 分
Baca rencana di bawah dengan teliti. Rencana di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
**Memoir Seorang Guru Terima Maklum Balas Positif**
oleh : Aqmar Mustaza
Setelah empat hari dipentaskan di pawagam bermula pada Khamis lalu, filem Memoir Seorang Guru mendapat sambutan yang memberansangkan. Penerbitnya, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, setakat ini rata-rata mereka yang menonton memberikan maklum balas yang positif.
“Saya bersyukur kerana filem yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah ini mendapatkan tempat di hati penonton Malaysia. Jikalau berdasarkan komen-komen penonton di sosial media, ramai yang memuji dan meletakan rating yang tinggi untuk filem ini,” ujarnya.
Jelasnya, rakyat Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menonton Memoir Seorang Guru kerana filem ini ialah sebuah naskah yang sangat dekat dengan jiwa dan menyentuh perasaan penonton.
Filem arahan Kyoll Hamzah mengisahkan tentang Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot sekali. Filem ini mengangkat mesej-mesej positif seperti sikap kasih sayang, mengenang budi, kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan siapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid.
“Kita semua pernah menjadikan anak murid. Oleh itu, filem ini memang sangat dekat dengan diri kita. Saya percaya, filem ini dapat mengimbau zaman persekolahan dulu. Pesanan saya, jangan lupa menyediakan tisu sebelum menonton kerana ada babak-babak yang menyentuh hati dan perasaan sehingga mengalirkan airmata,” ujarnya.
Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian Online, 3 Jun 2024
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin rencana tersebut.
11 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja. “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kepulangan Nizam ke kampung halamannya setelah merantau ke Jepun lebih dari 15 tahun diibaratkan gagak pulang ke benua. Nizam berhijrah ke Jepun kerana beliau kecewa akan sikap adik-beradiknya yang menyalahkan dirinya apabila perniagaan keluarga mereka bankrap. Pada saat itu, perasaan Nizam bagai kaca retak seribu kerana amat sedih dengan tuduhan adik-beradiknya itu. Namun begitu, Nizam mulai insaf dan menyedari bahawa air dicencang tak akan putus. Nizam terpaksa beralah demi memastikan hubungan adik-beradiknya tidak putus.
Kenal pasti dan senaraikan **dua** peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian berikan peribahasa yang **sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1, Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kereta elektrik merupakan antara jenis pengangkutan mobiliti hijau iaitu peralihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan bakar atau diesel kepada mod pengangkutan yang mesra alam. Menurut kebanyakan pakar, pembinaan kereta elektrik yang tiada tangki bahan api, meningkatkan keselamatan pengguna yang menggunakan kenderaan jenis ini. Namun begitu, kereta elektrik masih berada dalam peringkat permulaan dengan hanya beberapa model yang boleh didapati di Malaysia. Kos permulaan yang tinggi masih *merupakan halangan* bagi ramai pengguna yang berminat, tetapi dengan perkembangan berterusan teknologi bateri dan penurunan kos pemilikan, sudah tidak dapat dinafikan bahawa tidak lama lagi kereta elektrik akan menjadi norma baharu dalam kalangan pengguna.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Realisasi Kenderaan Elektrik’
**Bahan 2**
JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, menjadi universiti pertama di negara ini menggunakan bas elektrik di kawasan kampusnya. Ketua Gerak Kerja Bas Elektrik UTM Professor Dr Abd Latif Saleh berkata, bas itu ialah hasil usaha sama antara UTM, CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd (COMOS), Mara Liner Sdn Bhd (Maraliner) dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) selaku pengedar eksklusif bas elektrik di Asia Tenggara.
Menurutnya, projek itu ialah perintis bagi tujuan latihan dan penyelidikan ke arah teknologi kenderaan elektrik, sekali gus menjadikan kampus rendah karbon. Bas elektrik ini merupakan bas pertama yang digunakan di universiti di Malaysia dan mempunyai stesen pengecasan terpantas di negara ini. Dr Abd Latif berkata, antara kelebihan menggunakan bas elektrik ialah mesra alam sekitar, sifar pencemaran serta menjimatkan kos diesel.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘UTM Kampus Pertama Menggunakan Bas Elektrik’ oleh Omar Ahmad, *Harian Metro*, Februari 2018
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *merupakan halangan*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kebaikan-kebaikan menggunakan kenderaan elektrik.
4 分
iii
Penggunaan kenderaan mobiliti hijau merupakan salah satu langkah untuk memelihara alam sekitar.
Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan ini?
3 分
iv
Anda sebagai seorang ahli majlis perwakilan mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan berminat untuk menggalakkan dan membudayakan aktiviti berbasikal di kampus.
Apakah tindakan yang perlu anda ambil bagi membudayakan aktiviti tersebut?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**MASNAH**: Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja?
**KHIR GHAZALI**: Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.
**MASNAH**: Apa masalahnya?
**AIMAN**: Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.
**MASNAH**: Hah abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?
**KHIR GHAZALI**: Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.
**MASNAH**: Bahayakan nyawa anak kita nanti.
**KHIR GHAZALI**: Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN. Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di kelab golf.
Dipetik daripada Drama *Berkhidmat untuk Negara*, karya Affiz Zulkarnaen Adam, antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**Pantun Hargai Masa**
Berjalan-jalan di tepi pantai,
Angin sepoi menyejuk hati;
Masa cuti jangan disia-sia,
Isilah dengan hobi yang bererti.
Memetik bunga di taman indah,
Harumnya menyebar ke seluruh desa;
Mengisi masa cuti penuh gundah,
Bacalah buku, tenangkan minda.
Di petang hari memancing ikan,
Air sungai jernih mengalir tenang;
Masa cuti jangan dibiarkan,
Berolahraga, tubuh pun cergas senang.
Mengayam tikar di bawah teratak,
Bersama keluarga di petang hari;
Masa cuti manfaatkan baik-baik,
Buat kraf tangan, hati jadi ceria lagi.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan sebab-sebab Khir Ghazali tidak mahu Aiman diberikan pengecualian daripada menyertai PLKN.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2,** berikan cara-cara mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
3 分
iii
Kerajaan akan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semula secara berperingkat bermula Jun 2025.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan remaja tidak berminat menyertai PLKN?
3 分
iv
Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid. Namun begitu, kebanyakan murid suka membazirkan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Sebagai seorang kaunselor sekolah, cadangkan program-program yang bermanfaat untuk dilakukan oleh murid-murid semasa cuti tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Masing-masing diam. Pak Cik Bakar kini hanya menyandarkan tubuhnya pada tiang di warung itu. Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah.
>
> Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah diturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung tersebut.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menunjukkan amalan kerjasama yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kejadian keracunan makanan di kantin sekolah sering kali berlaku dan menjadi tajuk utama media arus perdana. Dalam kejadian terbaru, seramai 24 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah asrama penuh di Jempol menjadi mangsa selepas menikmati makanan di kantin sekolah. Sikap pengendali makanan yang tidak mempedulikan kebersihan menjadi punca utama keracunan makanan di kantin sekolah. Kebersihan persekitaran dan peralatan memasak serta kebersihan diri pekerja sering diabaikan. Hal ini berlaku kerana pekerja kantin tidak diberikan latihan mencukupi dalam pengendalian makanan. Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan dengan pihak berkuasa kesihatan perlu menjalankan latihan berkala kepada semua pekerja kantin. Mereka perlu dilatih berkaitan semua aspek termasuklah teknik pembersihan, penyimpanan makanan yang betul dan pencegahan pencemaran silang.
Selain itu, pengusaha kantin sekolah juga sering lalai dalam penyimpanan dan penyediaan makanan yang boleh menyumbang keracunan makanan. Makanan tidak disimpan pada suhu yang betul atau terdedah terlalu lama pada suhu bilik sehingga berisiko tinggi untuk tercemar. Mereka juga tidak bersikap profesional dalam pengendalian makanan seperti penggunaan alat yang sama untuk makanan mentah dan makanan sudah dimasak, boleh menyebabkan pencemaran silang sekali gus meningkatkan risiko keracunan makanan.
Keracunan makanan di kantin sekolah memerlukan tindakan segera dan bersepadu. Pihak berkuasa kesihatan dan sekolah hendaklah meningkatkan pengawasan serta pemantauan melalui pemeriksaan berkala. Sikap tegas dan konsisten dalam pengawasan akan memastikan tahap kebersihan di kantin sentiasa terjamin. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ketat juga perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan semua kantin sekolah mematuhi standard keselamatan makanan. Tindakan tegas seperti denda atau penutupan premis perlu diambil terhadap pihak yang melakukan pelanggaran peraturan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘KKM Perlu Buat Audit Keselamatan Makanan di Kantin Sekolah’ oleh Prof Madya Dr Mohamad Nizam Nazarudin, [email protected], 15 Jun 2024
**Bahan 2**
**MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH**
Semua warga sekolah perlu berhati-hati sepanjang masa dalam usaha menangani keracunan makanan yang baru berlaku di kantin sekolah.
Keracunan makanan boleh berlaku kerana ;
1. Penggunaan bahan mentah tercemar seperti sayur, buah dan daging yang dicemari bakteria atau bahan kimia berbahaya.
2. Proses pembersihan dan penyediaan bahan mentah yang tidak sempurna. Selalu mengabaikan aspek pembersihan bahan mentah seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan daging.
Ayuh, kita sama-sama menggembleng tenaga bagi mengatasi isu ini! Sehubungan dengan itu pihak sekolah memberikan pendidikan mengenai aspek keselamatan makanan kepada semua guru dan murid. Aspek keselamatan makanan termasuklah mengenali tanda-tanda awal keracunan makanan dan langkah-langkah perlu diambil jika terdapat simptom keracunan.
“Keselamatan Kita, Tanggungjawab Bersama”
Pengetua,
SMK. Taman Intan Zahirah,
Dungun, Terengganu.
**Bahan 3**
**PANTUN NASIHAT**
Terang malam disinari cahaya,
Jelas terlihat bangunan megah,
Keracunan makanan amat bahaya,
Tekadkan hati sama mencegah.
Sakitnya kaki terpijak onak
Ngilu terasa sebelah kanan,
Sediakan bekal buat si anak,
Makanan bersih, tiada keracunan.
Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di Pekan Trolak,
Makanan bersih jadi pilihan,
Diri selamat musibah dielak.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.