Bahagian A: Sistem Bahasa dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
DARO: Ibu bapa diseru agar menggalakkan anak-anak berdikari dan membenarkan mereka terlibat secara aktif dalam bidang sukan. Menurut Wakil Rakyat Daro, Safiee Ahmad, para ibu bapa tidak perlu menghalang anak-anak mereka tanpa mengira jantina terlibat dengan aktiviti sukan. "Secara purata, kanak-kanak berusia dalam lingkungan tujuh hingga 12 tahun lebih mudah dibentuk untuk menjadi atlet yang berjaya," katanya semasa merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Kampung Nangar Daro berhampiran dengan tadika di Kampung Nangar pada Rabu lalu. Dalam ucapan yang sama, Safiee telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000.00 untuk menaik taraf dewan gimrama bagi sekolah itu. Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan sebuah kugiran yang terkenal di Sarawak.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Galak Anak Terlibat Secara Aktif Dalam Sukan', https://ukas.sarawak.gov.my/, *Ukas Portal*, 03 November 2022
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata nama akronim**. Kemudian **bina satu ayat anda sendiri** daripada **setiap kata nama akronim** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Shida:** Ara, <u>apakah yang kamu fikirkan?</u> Saya lihat dari tadi dahi kamu berkerut-kerut.
**Ara:** <u>Nah, cuba kamu baca berita ni!</u> Geram betul saya.
**Shida:** Kes penipuan cinta siber dalam talian. <u>Saya pun ada terbaca juga semalam dalam akhbar.</u>
**Ara:** <u>Semakin ramai kaum wanita yang terpedaya dan mengalami kerugian hampir puluhan ribu ringgit.</u> Mereka tidak sedar ditipu kerana terleka dengan janji-janji manis si penipu.
**Shida:** Benar sama sekali. Oleh itu, <u>kita harus berhati-hati dan perlu siasat terlebih dahulu latar belakang seseorang yang baru dikenali.</u>
**Ara:** <u>Usah mudah terpedaya dengan apa-apa yang dijanjikan oleh orang yang baru dikenali ini.</u>
**Shida:** Betul tu, Ara. Sekarang ini pun bermacam-macam lagi kes penipuan dalam talian yang timbul.
Kenal pasti dan nyatakan jenis ayat yang bergaris, sama ada **Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan** atau **Ayat Perintah**. Anda perlu **menyalin ayat itu semula** dan menyatakan jenisnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa.** Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Para pembaca,
Keperluan bagi setiap manusia adalah untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Oleh sebab itu, kesihatan badan perlu dijaga dengan baik sepanjang hayat. Untuk memastikan kesihatan berada di tahap yang baik, kita perlu mengambil makanan mengikuti kadar dan garis piramid pemakanan yang tepat bersesuaian dengan diri kita. Gaya hidup yang sihat seperti beriadah dan bersenam pula perlu dipraktikkan agar kesihatan terus terjaga. Tidur yang cukup juga amat penting kerana badan kita memerlukan istirehat untuk memastikan seluruh anggota badan terus berfungsi dengan baik. Jika tidur kita tidak cukup maka badan akan berasa lesu dan penat serta boleh mengganggu aktiviti pada hari berikutnya. Pencegahan awal untuk mengelakkan sesuatu penyakit terus mengembang kepada tahap yang lebih teruk turut penting dalam penjagaan kesihatan.
Konklusinya, faktor penjagaan kesihatan terlalu penting sekali bagi memastikan badan kita sentiasa kekal dalam keadaan yang sihat. Jangan kita tidak mengendahkannya sehingga memudaratkan diri kita sendiri pada masa depan. Sesungguhnya kesihatan merupakan anugerah dan amanat tuhan dengan kita untuk dijaga sebaik-baiknya
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, "Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?"
Maka sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku."
Dipetik daripada *Burung Terbang Dipipiskan Lada* dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
Lian Jia Li merupakan seorang pekerja baharu yang ditugaskan di syarikat gergasi itu. Oleh sebab dia tiada pengalaman bekerja, dia sering berjumpa dengan rakan sejawatan untuk menimba ilmu kerana baginya malu mengayuh perahu hanyut. Dia juga berpendapat dengan sikap bertanya akan melahirkan sikap mesra dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Dia juga suka berbincang akan tugasan diamanahkan kerana pendapat yang berbeza antara satu dengan lain umpama lain padang lain belalang akan memberikan cetusan idea yang lebih baik.
Senaraikan **dua peribahasa** sahaja, kemudian berikan **peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Program Bimbingan Rakan Sebaya dalam konteks pendidikan merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sudah lama diperkenalkan. Strategi bimbingan rakan sebaya didefinisikan sebagai suatu bimbingan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan individu yang sebaya umur. Pembimbing atau mentor perlu mempunyai ketekunan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang yang dibimbing atau menti untuk menyelesaikan masalah. Bimbingan rakan sebaya dapat membantu dan menyokong pelajar yang lemah dalam pembelajaran melalui strategi pengajaran yang sistematik dan efektif.
Di Malaysia, pelaksanaan program bimbingan pelajar ini bertujuan untuk mengenal pasti punca tingkah laku dan sikap dalam kalangan pelajar. William Fowle seorang ahli kaunseling menyimpulkan bahawa kanak-kanak boleh menjadi mentor yang baik berbanding orang dewasa kerana mereka lebih prihatin dan saling menghormati perasaan masing-masing apabila diberikan tugasan. Pendekatan yang sesuai perlu diambil oleh pembimbing untuk melaksanakan peranannya dalam usaha membentuk dan membimbing pelajar bawah bimbingannya.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Strategi Bimbingan Rakan Sebaya', *Pelita Bahasa* Bil. 03/2022
**Bahan 2**
Para pendidik perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran di dalam kelas supaya suasana lebih menarik dan menyeronokkan. Guru kelas atau guru mata pelajaran biasanya lebih mengenali pelajarnya dan boleh membantu memadankan seorang pembimbing rakan sebaya yang bijak dalam sesuatu mata pelajaran dengan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Sekiranya pemadanan tidak sesuai, pembimbing dan pelajar boleh ditukar dengan persetujuan mereka dan diharap kaedah ini mampu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Kaedah bimbingan rakan sebaya meninggalkan kesan terhadap pencapaian akademik. Seseorang pelajar berasa lebih selesa dengan bimbingan rakan sebaya dan berupaya memberikan penumpuan yang lebih kepada bahan pembelajaran. Dalam usaha menjalankan kaedah bimbingan ini, guru haruslah memastikan pelibatan murid secara aktif. Pada masa yang sama, penyeliaan sangat penting untuk memastikan kedua-dua pihak sama ada guru mahupun pelajar mendapat manfaat daripada kaedah yang dilaksanakan.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Pelaksanaan Kaedah Bimbingan Rakan Sebaya', *Pelita Bahasa* Bil. 05/2022
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *sistematik dan efektif*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kelebihan belajar menggunakan kaedah bimbingan rakan sebaya.
3 分
iii
Program bimbingan rakan sebaya kurang mendapat sambutan daripada murid-murid.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?
3 分
iv
Rakan anda ketinggalan dalam pelajaran kerana sering tidak hadir ke sekolah. Dia telah menerima surat amaran daripada pihak sekolah.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan anda untuk memastikan rakan anda berminat untuk hadir ke sekolah?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Adat Sezaman**
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama ***dipandang remeh***
adat kuning jadi ikutan.
Dipetik daripada sajak 'Adat Sezaman' oleh Wan Nazihah Wan Abdullah, dalam antologi *Harga Remaja*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
"Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada.
Dipetik daripada cerpen 'Munsyi' oleh Husna Nazri, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *dipandang remeh*.
2 分
ii
Dengan merujuk **setiap bahan**, nyatakan kesan-kesan arus pemodenan terhadap remaja.
4 分
iii
Dalam **Bahan 2**, bonda Mel menyatakan bahawa agama dan bahasa ialah cerminan maruah yang merupakan warisan nenek moyang kita.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan menjaga maruah diri?
3 分
iv
Rakan baik anda terlibat dalam masalah sosial. Hal ini telah menyebabkan prestasi akademiknya semakin merosot. Anda berasa bimbang akan masalah ini berterusan sehingga menjejaskan masa depannya.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu rakan anda bebas daripada masalah sosial?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Err, ya betul! Kami simpan kod program dalam CD. Gambar rajah seperti seni bina sistem ada di dalam server. Nanti saya tunjukkan," kata Alia sambil menekan punat putih di meja Farisha dan dinding putih di tepi set sofa tiba-tiba menjadi terang. "Oh, kita boleh pancarkan display ke situ?" soal Farisha agak kagum.
>
> "Ya, ini dinding dwifungsi! Dinding ini boleh digunakan sebagai touch screen. Saya akan tunjukkan beberapa fail di sini," jawab Alia lalu bangun menuju ke dinding. Dia menyentuh beberapa ikon dan gambar rajah seni bina yang pertama terpapar. Farisha melopong mendengar pembentangan Alia. Dia begitu lancar, tenang dan betul-betul fasih tentang teknologi yang sedang diterangkan. Kata-katanya seperti sudah tertulis dalam skrip. Farisha berasa kagum berselang-seli dan kehairanan kerana sejak tadi dia tidak nampak pun Alia mengerdipkan mata.
>
> Dipetik daripada novel *Di Sebalik Dinara*, Karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan sebab-sebab Farisha melopong mendengar pembentangan Alia.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menyedihkan anda sebagai pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Malaysia antara negara yang kerap kekurangan bekalan darah sedangkan permintaan bagi pemindahan darah adalah tinggi. Berdasarkan data daripada Pusat Darah Negara (PDN) bertarikh 10 Disember 2021, negara kekurangan stok darah jenis A dan O. Oleh itu, pendermaan darah amat diperlukan. Kajian oleh PDN pada tahun 2019 mendapati 160000 wanita yang mendermakan darah selama 10 tahun mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular mereka untuk jangka masa panjang.
Setiap penderma atau penerima darah harus melalui proses penyaringan jenis darah. Hal ini sangat penting bagi memastikan darah yang dipindahkan sesuai untuk penerima darah. Pesakit yang kekurangan darah akan mengalami kekurangan oksigen dan nutrien yang disalurkan ke organ dalaman badan sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh hal yang sedemikian, pemindahan darah adalah sangat penting bagi mengelakkan pesakit daripada mengalami kerosakan organ.
Di samping itu, pendermaan darah dapat menyelamatkan nyawa manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana darah yang didermakan boleh diproses untuk membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah kekurangan darah. Setiap kali selepas mendermakan darah, para penderma akan berasa lebih sihat dan bertenaga sehingga membuatkan mereka kembali untuk mendermakan darah. Sehubungan dengan itu, sebagai persediaan sebelum seseorang mendermakan darah mereka digalakkan supaya meminum air secukupnya untuk memastikan kandungan air dalam darah mencukupi. Keadaan ini perlu untuk mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi terhadap sistem organ dalaman. Selain itu, penderma turut disarankan supaya tidur sekurang-kurangnya lima jam agar tidak berasa kepenatan selepas mendermakan darah. Kajian turut menunjukkan bahawa selepas seseorang mendermakan darah, tekanan darah dapat dikawal agar sentiasa berada dalam keadaan normal.
Kesimpulannya, sebagai warganegara yang sangat prihatin, amalan mendermakan darah ini wajar menjadi tanggungjawab bagi setiap individu di negara ini. Oleh itu, masyarakat diseru untuk tampil mendermakan darah di pusat pendermaan darah yang berhampiran bagi memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Derma Darah Selamatkan Nyawa' oleh Iskandar Mirza Amran, *Dewan Kosmik*, Bil. 2/2022
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.