Selangor Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Selangor Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Selangor 州试卷 Set 1 · 2024
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
16 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang semakin moden dan termasyhur di seantero dunia pada hari ini. Kendatipun gaya hidup segelintir warga kota di Kuala Lumpur pada masa ini semakin kebaratan, unsur-unsur tradisi yang menjadi warisan kita masih amat jelas kelihatan. Sebilangan individu mungkin berpendapat bahawa infrastruktur di Kuala Lumpur masih tidak secanggih bandar-bandar raya utama di negara-negara maju, kita harus berasa kagum bahawa Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat masih merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia manakala Kuil Sri Mahamariamman pula ialah kuil Hindu tertua di Malaysia. Tepukan gemuruh juga harus kita berikan kepada diri kita sendiri apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai destinasi pelancongan global paling popular dengan menduduki tangga ke-10 menurut kajian daripada salah satu laman web kembara.
Kenal pasti dan senaraikan **tiga kata adjektif terbitan**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif terbitan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
6 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Kreativiti dan inovasi ialah perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia</u>. Sama ada yang berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya, kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang. Oleh itu, kedua-duanya menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan serta sektor swasta. <u>Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kebolehan membina hubungan baharu terhadap maklumat lama dan sedia ada</u>. Kreativiti juga boleh menghasilkan inovasi, iaitu idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara lama agar lebih berkesan atau lebih menarik. <u>Melalui inovasi, kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memacu Kreativiti dan Inovasi’ oleh Dr. Nor Hazrul Mohd Salleh, *hmetro.com.my*.
Kenal pasti **subjek** dan **predikat** untuk ayat-ayat yang bergaris dalam petikan ini. Tulis jawapan anda seperti contoh yang berikut.
**Contoh:**
**Subjek:** ______________
**Predikat:** ______________
6 分
311 分
Baca petikan teks ucapan di bawah dengan teliti.
> Salam Malaysia Madani.
>
> Dengan hati yang tulus ikhlas, mewakili seluruh kepimpinan daripada Kementerian Pendidikan, izinkan saya merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada warga guru kita di seluruh negara.
>
> Walau di mana pun para guru berada, sama ada di hujung daerah yang beratus batu jauhnya dari bandar, di tengah pulau yang sunyi-sepi, di tanah tinggi yang berhawa dingin, mahupun di tengah-tengah kesibukan kota kosmopolitan, hari ini, ucapan Selamat Hari Guru bergema merentas segala sempadan-sempadan. Seharusnya ucapan keramat ini menjengah masuk ke lubuk hati bukan sahaja setiap warga pendidik, malah seluruh anggota masyarakat.
>
> Sejarah telah membuktikan yang kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya. Insan yang berperanan besar untuk mewujudkan kegemilangan tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah guru. Dalam erti kata lain, tidak akan adanya doktor, jurutera, saintis, professor, menteri, ahli korporat dan sebagainya tanpa adanya didikan awal bermula dari seorang yang bergelar guru, yang mengajarkan kemahiran tulis dan baca.
>
> Hari ini, pelbagai tren global menuntut kita untuk berfikir dan meneliti semula bidang pendidikan kita. Kehadiran saya dalam Kementerian Pendidikan diiringi dengan tuntutan semasa dan harapan pelbagai pihak agar agenda pembaharuan di dalam pendidikan negara digerakkan dengan segeranya.
Dipetik dan diubah suai daripada teks ucapan Menteri Pendidikan, bersempena dengan sambutan Hari Guru Tahun 2023, *https://www.tcer.my*.
Teks ucapan tersebut mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat dalam teks ucapan tersebut.
11 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Instanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Menimba ilmu amat penting kepada setiap insan. Namun begitu, sesuatu yang harus kita ingati selalu ialah kita perlu berguru dengan orang yang betul-betul ahli atau pakar dalam sesuatu bidang ilmu, bak kata peribahasa, ________**(i)**________. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya orang yang betul-betul bijak yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara dengan baiknya, umpama peribahasa, ________**(ii)**________. Walau bagaimanapun, seperkara yang harus kita jadikan pegangan pula ialah sesudah kita memperoleh ilmu yang banyak dan berpangkat tinggi, janganlah sekali-kali kita bersikap angkuh. Sebaliknya, kita harus ________**(iii)**________.
Lengkapkan petikan ini dengan **peribahasa** yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
E-sukan telah mengalami evolusi yang luar biasa. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai jenis permainan video telah dibangunkan dan diperkenalkan dalam pertandingan e-sukan. Umum mengetahui bahawa dunia permainan video ini bersinonim dengan golongan remaja dan belia. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan ini dikatakan “hebat” dalam dunia elektronik. Jika dikawal dan mengikut saluran yang betul, pasti e-sukan dapat memberikan seribu kebaikan kepada golongan ini. Individu yang bermain permainan e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi dan tindakan yang pantas. Kajian daripada seorang pensyarah di Jerman mendapati bahawa individu yang terlibat dalam e-sukan ini mampu melakukan 400 pergerakan dalam masa seminit di atas papan kekunci. Persaingan sengit dalam e-sukan juga mampu menanamkan sikap berdaya saing serta tidak mudah berputus asa dalam kalangan pemainnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-sukan Alternatif Baharu untuk Berekreasi’, oleh Zulfiqar Mohd Yusof, *Dewan Siswa* Bil. 3/2019.
**Bahan 2**
**Azmir:** Pada pandangan Umair, apakah *kriteria utama* yang perlu ada pada atlet e-sukan?
**Umair:** Disiplin paling utama. Disiplin umpama akar tunjang. Yang kedua ialah amalkan gaya hidup sihat. Elakkan perkara yang menjejaskan kesihatan dan tumpuan seperti merokok.
**Azmir:** Benarkah atlet e-sukan mampu bergelar jutawan?
**Umair:** Sebenarnya, semakin besar pertandingan, wang terkumpul yang ditawarkan juga semakin besar. Ada pertandingan antarabangsa yang menawarkan wang terkumpul yang mencecah puluhan juta ringgit. Oleh itu, benarlah bahawa e-sukan mampu menjanakan pendapatan yang lumayan kepada atlet sehingga mampu bergelar jutawan.
**Bahan 3**
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia mengukuhkan pembangunan sukan elektronik (e-sukan) yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi kepada ekonomi negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim berkata, sukan itu mampu melahirkan ramai pemain industri termasuk atlet, selain menjadi pintu masuk kepada pengembangan minat golongan pelajar terhadap bidang sains teknologi.
Dipetik dan diubah suai daripada Kukuh Pembangunan E-sukan, Zuraimee Zainal, *https://www.sinarharian.com.my*.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *kriteria utama*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan manfaat-manfaat bermain e-sukan dalam kalangan pemain.
4 分
iii
Golongan belia dan remaja dikatakan “hebat” dalam dunia elektronik.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan golongan ini menyertai pertandingan e-sukan?
3 分
iv
Rakan anda selalu menyertai pertandingan e-sukan. Walaupun dia hanya menyertai pertandingan itu sebagai hobi, sudah pastinya masa yang lama diperuntukkan untuk memenangi pertandingan. Anda amat bimbang dengan situasi ini kerana pelajarannya akan terjejas.
Sebagai sahabat yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan anda untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**PANTUN BUDI BAHASA PUSAKA ZAMAN**
Gurindam dan pantun indah berseni,
Bunga gedangsa di hujung halaman;
Sopan dan santun amalan murni,
Berbudi bahasa pusaka berzaman.
Buah tepus berpangsa-pangsa,
Kelopak dahlia berwarna-warni;
Jika tandus budi bahasa,
Tanda manusia tiada madani.
Buah bidara di anjung rumah,
Buah pedada dijeruk cuka;
Tutur bicara perlu berhemah,
Agar tiada hati yang terluka.
**SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM**
*Dewan Siswa*, Bil. 10/2020
**Bahan 2**
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.”
Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai oleh orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’, oleh Zainal Rashid Ahmad, dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 3**
**BAHASA TANPA JIWA**
Bicaralah dengan hati santun
saring setiap luahan kata
biar sejuk hati yang mendengarnya
biar bertaut kasih insani.
Kata tanpa fikiran
bagai kerikil menusuk kejam
melonggarkan perdu akrab
melunturkan warna mesra
mencantas tangkai rela.
**OMAR ABDUL**
*Pelita Bahasa* Bil. 11/2020
i
Berdasarkan **Bahan 3**, terdapat beberapa akibat orang yang berkata tanpa berfikir terlebih dahulu.
Nyatakan akibat-akibat tersebut.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan menjaga kata-kata dalam pergaulan.
4 分
iii
Ungkapan orang berbudi kita berbahasa sering diterapkan dalam usaha penerapan budaya berbudi bahasa. Namun, budaya ini masih belum diamalkan sepenuhnya oleh segelintir masyarakat.
Pada pandangan anda, apakah punca-punca masalah ini berlaku?
3 分
iv
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Cadangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak menjadikan budaya berbudi bahasa satu amalan dalam kehidupan.
3 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Dalam diam, sudah hampir lapan belas tahun rupa-rupanya Tauke Lim menetap di desa ini. Betapa pantasnya perjalanan masa. Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. Anak keduanya, Ai Ching pula akan menduduki peperiksaan SPM. Ternyata Tauke Lim betah tinggal di desa ini. Bagaimana tidak? Dia dan keluarganya pandai menyesuaikan diri serta ringan tulang. Jika ada majlis keramaian seperti kenduri kahwin, dia akan turut rewang. Malah, tidak lupa untuk menyumbang bahan-bahan seperti gula dan beras. Pendek kata, hidupnya sekeluarga macam orang Melayu juga.
>
> Aku tahu, sewaktu arwah ayah masih hidup, dianggapnya Ai Ching dan Ai Ling itu seperti cucunya sendiri. Sekiranya ayah pergi ke pekan untuk membeli barang-barang dapur, ayah akan membawa kedua-duanya menaiki kereta Proton Saganya. Aku tahu ayah sayang akan mereka.
Dipetik daripada novel *Silir Daksina*, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tauke Lim betah tinggal di desa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang memberikan motivasi kepada pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Perkembangan aktiviti riadah sama ada melalui platform sukan mahupun rekreasi wujud sejak dahulu lagi. Komuniti pada masa itu mempunyai daya kreativiti yang tersendiri untuk mencipta dan mempelbagaikan aktiviti masa senggang mereka. Namun begitu, kepesatan dan perubahan aktiviti sukan dan rekreasi sedikit sebanyak memberikan cabaran baharu terutama perkara yang berkaitan dengan keselamatan. Saban hari, media cetak dan media massa melaporkan terdapat pelbagai kes yang melibatkan keselamatan pelajar seperti sesat di hutan, lemas dan ditimpa tiang gol. Oleh sebab itu, pengurusan risiko aktiviti sukan dan rekreasi merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak untuk memastikan keselamatan persekitaran semasa bersukan. Setiap aktiviti yang ingin dijalankan oleh seseorang itu perlu mematuhi etika dan aspek tadbir urus risiko sedia ada di samping pemupukan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat dalam penjagaan kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, pelan kecemasan di tempat sukan perlu disediakan, disemak dan dikemas kini oleh pihak pengurusan setiap tahun agar sentiasa kekal relevan. Pelan ini berfungsi sebagai satu sistem yang dapat membantu jika berlaku sesuatu kemalangan atau bencana. Selain itu, reka bentuk kemudahan yang disediakan juga perlulah mengikut spesifikasi alatan dan piawaian yang ditetapkan. Tidak lupa juga kerja-kerja penyelenggaraan harus dilakukan oleh pihak pengurusan untuk membetulkan kemudahan dan peralatan yang rosak agar dapat digunakan dan berfungsi dengan baik. Jelaslah bahawa amat penting bagi setiap pihak yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu kemudahan sukan dan rekreasi. Kemudahan yang baik dan selamat pastinya akan dapat menggalakkan budaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Malahan, melalui aktiviti sukan dan rekreasi akan dapat melahirkan masyarakat yang berpotensi dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan oleh pihak kerajaan merupakan satu pelaburan jangka panjang. Jika setiap kemudahan dan peralatan tidak diurus dengan baik, risiko kemalangan dan jangka hayat kemudahan akan memberikan kesan yang negatif. Oleh sebab itu, pengurusan yang cekap di tempat sukan dan rekreasi dapat mengatasi pelbagai risiko kemalangan semasa bersukan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mewujudkan Persekitaran Sukan yang Selamat’, oleh Dr. Jaffry Zakaria, *Dewan Siswa* Bil. 09/2022.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.