Sarawak Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sarawak Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
Sarawak 州试卷 Limbang · 2024
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Udang ialah sumber Omega-3 yang sangat kaya dengan protein namun kurang kandungan lemak dan kalori. Udang harimau atau nama saintifiknya *Penaeus Monodon* merupakan spesies udang yang paling banyak diternak di Malaysia kerana hasilnya yang sungguh lumayan. Udang harimau memerlukan sumber air payau masin sebagai habitatnya. Untuk mendapatkan hasil ternakan udang yang menepati kehendak pelanggan, penternak perlu memastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. Antara nutrien yang diperlukan oleh udang ialah magnesium sulfat dan kalsium klorida.
Oleh Zahid bin Ithnain, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenal pasti dan senaraikan **dua kata penguat dan dua kata sendi nama.** Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata penguat dan kata sendi nama** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak. <u>Kek lapis ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina, dan Krismas</u>. <u>Pembuat kek lapis Sarawak telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan</u>. <u>Bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak pihak Malaysian Agricultural Research and Development (MARDI) membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kek Lapis Sarawak’, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenal pasti dan tulis **subjek dan predikat** yang lengkap bagi ayat-ayat yang bergaris berikut.
Subjek : ______________________
Predikat : ______________________
6 分
313 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Bahasa memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan masyarakat dan tidak boleh dipandang sambalewa. Bahasa yang mudah difahami serta boleh masyarakat tuturkan seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaan hingga masa kini. Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula dari penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Oleh yang demikian, peranan bahasa yang paling penting sekali adalah dalam mengerat perpaduan kaum. Bahasa yang baik akan menjadi bahasa penghantar, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kepada sesebuah negara seperti Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Masyarakat’ oleh Aminudin Mansor, Dewan Bahasa dan Pustaka 2022
7 分
Bahan 2
Setiap kanak di Malaysia mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu, selaras dengan konsep ‘Pendidikan untuk Semua’ yang diperkenal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bahagian Pendidikan Khas, KPM bertanggungjawap terhadap pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memerlukan satu sistem pendidikan yang sesuai dengan tahap ketidak upayaan mereka. KPM telah memperkenalkan Program Transisi ke Kerjaya yang bertujuan memberikan sokongan pada MBK sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan. Apabila berada di Sekolah Pendidikan Khas, potensi yang terperam dalam diri masing-masing juga dapat tercungkil kerana setiap individu pastinya mempunyai kelebihan tersendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pendidikan Khas Membantu Murid Berkeperluan Khas Berdaya Saing’ oleh Vikneswari Letchumanan, *Dewan Siswa* Bil. 02/2021
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
54 分
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana rakyatnya mengamalkan hidup ___________________. Semua masyarakat di negara ini mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap ________________________ untuk mengelakkan perpecahan kaum. Oleh itu, perpaduan nasional harus menjadi misi penting supaya Malaysia setanding dengan negara-negara lain.
Isi tempat kosong yang terdapat dalam perenggan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Keberkesanan langkah membendung COVID-19 perlu menjadi contoh terbaik kepada pencegahan kemalangan jalan raya. Walaupun sekian lama kerajaan berusaha *mempertingkatkan kualiti infrastruktur* yang menyokong keselamatan jalan raya, kes kemalangan disebabkan faktor pemandu masih di carta teratas sebagai punca utamanya di samping faktor lain seperti cuaca. Dalam tempoh COVID-19 ini, adalah penting sistem kesihatan negara tidak dibebani angka korban jalan raya tinggi. Apabila COVID-19 berakhir, kadar kematian akibat kemalangan juga tidak harus meningkat, malah perlu dikurangkan semaksimum mungkin. Langkah keselamatan jalan raya baharu mesti dimasukkan ke dalam pakej langkah pencegahan COVID-19 berterusan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
(Dipetik dan diubah suai daripada “Kematian Nahas Jalan Raya Semakin Membimbangkan” oleh Munzilah Md. Rohani, *Berita Harian*, 7 September 2020)
**Bahan 2**
Sabey dan Staughton mencerapkan faktor pengguna menyumbang kepada 95% kemalangan jalan raya dan faktor yang berhubungan kait antara pengguna jalan raya dengan persekitaran pula menyumbang kepada 25% kemalangan jalan raya. Persekitaran yang tidak sesuai kepada pengguna adalah seperti jalan yang berliku-liku dan terlalu curam, ketidaksuaian reka bentuk dan geometrik jalan, ketiadaan papan tanda, persilangan yang bersimpang siur dan lampu jalan yang tidak jelas di persimpangan jalan pada waktu malam.
Sementara punca kemalangan disebabkan oleh faktor kenderaan pula ialah 5.5%. Faktor kenderaan yang kerap menyebabkan berlaku perlanggaran adalah seperti brek yang tidak berfungsi dan tayar yang pecah atau meletup semasa pemanduan.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Kemalangan Jalan Raya: Analisis Data Melibatkan Pengguna Motorsikal” oleh Talib Ria Jaafar, *Journal Teknologi* 38(B) UTM)
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mempertingkatkan kualiti infrastruktur*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan punca menyebabkan kemalangan jalan raya di Malaysia.
3 分
iii
Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Namun begitu, masalah ini masih tidak berkesudahan.
Pada pendapat anda, apakah kesan peningkatan kadar kemalangan?
3 分
iv
Anda mendapati sekumpulan remaja terlibat dengan kegiatan lumba haram di kawasan kejiranan anda. Hal ini menyebabkan ibu anda berasa bimbang.
Sebagai seorang anak yang prihatin, apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini?
4 分
713 分
Baca **bahan-bahan** yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**SUMPAH ANAK MERDEKA**
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Untuk kubalut luka lama
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Dipetik daripada ‘Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan’ oleh Serunai Faqir, Ogos 2015
**Bahan 2**
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar dari arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing berpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal. Tiada usaha untuk penyatuan setiap bangsa melalui satu bahasa pertuturan atau agihan kekayaan yang saksama.”
Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah oleh pagar-pagar perkauman yang tebal.
Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
**KUDUP PERANG**
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman - sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih kepada
jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar
menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara - perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan pendaki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat - nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga *memanggilnya keramat*.
Perang pun melencurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula perca-
perca bahagia - seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
**Tuah Sujana**
Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 3**, berikan maksud *memanggilnya keramat*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan penjajahan kepada negara.
4 分
iii
Setiap masyarakat diseru agar mengekalkan perpaduan tanpa mengira agama, bangsa mahupun kedudukan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku apabila masyarakat mengabaikan perpaduan kaum?
3 分
iv
Sekolah anda mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Sambutan ini diadakan bertujuan menyuburkan dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.
Oleh itu, selaku pengerusi Kelab Sejarah anda diminta memberikan cadangan kepada guru anda untuk mencadangkan aktiviti yang menarik untuk menjayakan sambutan tersebut.
4 分
810 分
Soalan 8: Novel
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Bagiku, seorang penyajak itu perlulah tenang dengan mengawal pernafasannya, selain perlukan konsentrasi ketika bersajak. Itulah yang aku mahu Ai Ling lakukan. Bagiku, orang yang baru berlatih, memang perlu banyak berlatih.
>
> “Dengan cara mengawal pernafasan, kita dapat menghilangkan perasaan gemuruh dan gementar kita. Lebih-lebih lagi kalau kita berhadapan dengan khalayak yang ramai,” jelasku kepada Ai Ling. Aku berasa puas apabila Ai Ling dapat melakukannya dengan baik.
>
> Sehingga jam 6:30 petang itu, aku mengajar Ai Ling cara mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. Aku juga mengingatkan Ai Ling agar jangan menyampaikan sajak dengan suara yang mendatar. Penyampaian sebegitu akan membuatkan audiens tidak tertarik. Tiada kesan.
>
> (Dipetik daripada novel *Silir Daksina*, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Nyatakan cara-cara mendeklamasikan sajak.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
a. *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b. *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c. *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d. *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e. *Tirani*, karya Beb Sabariah
f. *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
g. *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h. *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **sebuah novel** yang anda pelajari, huraikan **dua** peristiwa yang wajar dicontohi.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Hutang merujuk kepada kewajipan kewangan yang timbul apabila seseorang atau entiti meminjam wang atau barang daripada pihak lain dengan perjanjian untuk membayar balik pada masa depan. Masalah membayar hutang boleh timbul akibat pelbagai sebab, dan ini boleh menjejaskan kestabilan kewangan seseorang. Antara punca utama ramai dimufliskan disebabkan penghutang gagal mengadakan perbincangan dengan pihak bank atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menstruktur semula bayaran pinjaman apabila mereka sukar menjelaskan hutang tertunggak itu. Selain itu, hutang yang tertunggak boleh menyebabkan penghutang melarikan diri daripada pihak bank dan akhirnya jatuh muflis. Seseorang yang diisytiharkan muflis perlu ingat walaupun surat peringatan dan notis dibaca atau tidak sampai ke alamat sebenar penghutang tetap dikategorikan sebagai muflis.
Kebanyakan kes yang diisytiharkan muflis di negara ini berpunca daripada pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, perumahan dan kad kredit. Namun begitu, amat malang bagi mereka yang jatuh muflis ketika pandemik akibat kehilangan kerja atau perniagaan yang diusahakan tidak dapat berjalan seperti dirancang kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam waktu pandemik sebegini, seharusnya ada pertimbangan dan budi bicara perbincangan dengan pihak bank dan mahkamah, namun mendiamkan diri sama sekali bukan jalan penyelesaian yang baik.
Dikatakan juga anak muda terjerumus dalam muflis kerana menjadi penjamin kepada ibu bapa untuk membeli kenderaan dan terjebak dengan penggunaan kad kredit yang diluar kawalan. Impaknya, mereka terpaksa membuat pinjaman peribadi pula untuk membayar tunggakan kad kredit tersebut. Hal inilah yang dikatakan gali lubang, kambus lubang. Disebabkan perlu membayar hutang kad kredit dengan pinjaman peribadi dan pinjaman lain menyebabkan banyaknya hutang tertunggak punca seseorang muflis.
Hidup ini bukan kehidupan, kalau tidak berhutang. Sebenarnya, berhutang tidak salah, yang salahnya apabila tidak mampu menguruskan hutang dan kewangan. Cara yang terbaik adalah dengan berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan. Selain itu, wang tabungan juga sangat penting. Amalan menabung bukan untuk menjadi kaya. Sekiranya ada kecemasan, wang tabungan itulah yang jadi penyelamat walaupun jumlahnya tidak banyak. Ada yang bergaji kecil tetapi perbelanjaannya cukup sehingga hujung bulan. Ada orang bergaji besar, tetapi duitnya habis untuk membayar hutang sahaja.
Dipetik dan diubah suai daripada “Hutang, Diam dan Muflis” oleh Fauziah Md Arof, *Utusan Malaysia*, 3 Oktober 2021
**Bahan 2**
Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya mempunyai ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.