Sabah Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Kota Belud
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sabah Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Kota Belud
Sabah 州试卷 Kota Belud · 2024
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan dengan teliti.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan peningkatan kes rasuah berskala besar atau luar biasa membabitkan kakitangan awam sejak pandemik COVID-19 melanda negara. Beliau menjelaskan Malaysia hakikatnya memiliki sistem tadbir urus yang baik, namun dikhianati dan dirosakkan oleh segelintir penjawat yang tidak melaksanakan tanggungjawab. Justeru, semua pihak diharapkan dapat memberikan kerjasama untuk membendung amalan rasuah daripada terus berleluasa kerana lebih baik mencegah daripada mengubati.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kes Rasuah Skala Besar Meningkat Ketika Pandemik’, Ahmad Shuael Adnan dan Irwan Shafrizan Ismail. *Berita Harian*, 10 April, 2021
Senaraikan **empat kata majmuk mantap**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
<u>Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan</u>. Terdapat banyak perayaan yang diraikan oleh rakyat negara kita seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Tadau Kaamatan. Setiap kaum mengadakan rumah terbuka dengan menjemput semua kaum untuk merayakannya. <u>Penganjuran rumah terbuka dapat merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum</u>. Penganjuran rumah terbuka ini menyebabkan hubungan antara masyarakat dapat dieratkan bagai isi dengan kuku. Sebagai contoh, kaum Cina, India dan pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan kaum Melayu. <u>Pelancong asing tertarik dengan amalan rumah terbuka di negara kita.</u>
Berdasarkan petikan di bawah, tulis **subjek** dan **predikat** bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin kesalahan-kesalahan tersebut.
Bahan 1
| Dari : | alex.lompugat @gmail.com.my |
|---|---|
| Perkara : | Pemeriksaan ke atas Murid-murid yang Bermotosikal ke Sekolah |
| Kepada : | [email protected] |
Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani,
Tuan,
Berhubung perkara di atas untuk maklumat pihak tuan, pihak kami akan mengadakan pemeriksaan terhadap murid-murid yang memandu motosikal ke sekolah. Tindakan ini berikutan daripada permintaan pihak tuan yang meminta pihak kami mengadakan pemeriksaan tersebut. Pemeriksaan itu akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 8 September 2024
Hari : Jumaat
Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Tempat Simpan Motosikal, Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang.
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak tuan dapat memberikan komitment untuk memastikan pemeriksaan berjalan dengan lancar.
3. Kerja sama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
*(tandatangan)*
**(DATUK ALEXIUS SAGUN)**
Ketua Polis,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud,
Sabah.
6 分
Bahan 2
**Karnival Harga Kilang**
- Tawaran harga murah untuk peti sejuk, mesin basuh, television, penghawa dingin dan peralatan audio.
- Syarikat kita sudah masyhur dengan barang-barang elektronik dan diyakini oleh orang ramai.
- Pengguna berpeluang menyertai cabut bertuah jika berbelanja minimum RM150 dalam satu risit.
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahari. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan telitinya.
Hubungan antara Jason dan Azri sangat akrab. Mereka berdua berkawan sejak kecil lagi. Kadangkala mereka dilihat seolah-olah macam adik-beradik. Mana tidaknya, rumah Jason dan Azri sebelah-menyebelah sahaja.
Ibu bapa mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak dari dulu. Ayah Jason dan Azri serta beberapa orang penduduk sering bekerjasama melakukan rondaan di kawasan perumahan mereka. Pada waktu tersebut, kegiatan kecurian sangat kerap berlaku, ada dalam kalangan penduduk taman yang kehilangan harta benda akibat kecurian dan pecah rumah.
Kini, suasana sebegitu tidak lagi kelihatan, penduduk taman ini sudah bertukar generasi dan ada antaranya telah menjual rumah kepada orang lain. Masing-masing sibuk dengan urusan harian. Jiran sebelah rumah pun ada yang tidak kenal.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1, Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Selepas hampir setahun sektor pelancongan melalui detik sukar disebabkan COVID-19, inisiatif segera perlu diambil bagi memastikan sektor ini tidak terus mati. Keadaan *lebih parah* apabila banyak pengusaha produk pelancongan, hotel serta agensi pelancongan terpaksa gulung tikar disebabkan tiada sumber pendapatan. Namun, masih ada juga penggiat industri pelancongan berjiwa kental bersemangat memperjuangkan perniagaan dengan mempelbagaikan produk serta perkhidmatan demi meneruskan kelangsungan hidup sementara menunggu sinar baharu. Walaupun kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merancang pelbagai strategi dengan peruntukan lebih RM200 juta menerusi Pelan Stimulus Pelancongan, masih belum cukup melegakan penggiat industri pelancongan. Justeru, bagi memastikan sektor pelancongan terus relevan dalam menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), persidangan pelancongan dan pameran (MICE) serta kesihatan pelancongan antara segmen diberikan keutamaan dalam usaha membuka semula pintu sempadan untuk kemasukan pelancong antarabangsa ke negara kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor pelancongan mesti diurus secara bijaksana’ oleh Datuk Azlie Halim, [email protected]
**Bahan 2**
Sektor pelancongan antara pemacu terpenting dalam ekonomi negara. Sektor ini menyumbang 15.9 peratus KDNK pada 2019 dengan jumlah peningkatan pelancong yang saban tahun meningkat terutama pelancong dari Singapura, Indonesia dan China. Sudah pasti tarikan yang ada di dalam negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harus diterokai oleh pelancong. Dasar kerajaan yang mendukung sektor pelancongan menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan ialah Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Lima Tahun Malaysia, dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Namun demikian, pandemik COVID-19 menjejaskan hasil sektor pelancongan dengan kerugian dianggarkan melebihi RM100 bilion pada tahun ini. Oleh itu, untuk mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan menerusi enam teras strategik utama iaitu transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan bagi projek pelancongan yang inklusif, mempergiat digitalisasi pelancongan, memperkaya pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat Tahun Nak Pulih’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, https://www.hmetro.com.my/rencana
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *lebih parah*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, kemukakan beberapa usaha kerajaan untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
3 分
iii
Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi daripada pelbagai aspek.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan negara.
3 分
iv
Rakan anda berhajat melancong ke luar negara bersama keluarga hujung tahun ini. Namun, dia berasa bimbang kerana banyak kes penipuan semasa melancong berlaku.
Cadangkan tindakan yang perlu rakan anda lakukan semasa melancong supaya terhindar daripada sebarang penipuan.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**GURU OH GURU**
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir haya
**USMAN AWANG**
**Bahan 2**
Cikgu Tan juga mengadakan majlis hari jadi bersama seluruh warga sekolahnya. Dia juga telah mengadakan satu mini dialog bersama masyarakat Dusun di Kampung Songsogon. Budaya orang Dusun dipelajarinya supaya tindakan dan perancangannya tidak bercanggah dengan budaya tempatan. Oleh sebab kawasan rumah guru berdekatan dengan rumah panjang di kampung Sonsogon, Cikgu Tan sering kali melawat setiap rumah ibu bapa pelajar. Setiap kali gotong-royong diadakan, kehadiran ibu bapa sangat menggembirakan hati Cikgu Tan. Lebih menggembirakan hati Cikgu Tan, program kelas bimbingan UPSR yang dibuat pada waktu malam disokong oleh ibu bapa murid.
Dulu hal seperti itu tidak pernah dilakukan. Kalau adapun, seingatnya hanya dilakukan oleh guru yang sudah lama mengajar di sekolah itu. Sebagai pemimpin, dia perlu bertindak mendahului guru-gurunya untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna agar lebih mendatangkan kesan positif.
Cikgu Tan benar-benar puas hati. Kegembiraannya dikongsi bersama warga sekolahnya. Keputusan peperiksaan UPSR 2010 mencapai 76 peratus berbanding 20 peratus pada tahun sebelumnya. Keputusan itu di luar jangkaannya. Ucapan tahniah daripada Pengarah Pendidikan Negeri menyentuh hati nuraninya. Dia bersyukur kerana telah menyedarkan warga sekolah daripada mimpi yang panjang. Sekolah Kebangsaan Sonsogon yang tidak pernah dikenali dahulu kini sudah menjadi sebutan masyarakat Kampung Sonsogon.
Dipetik daripada Cerpen “Paradigma” oleh Juilis Mokujal, Antologi Cerpen *Taman Kasihku*, Majlis Guru Cemerlang Malaysia, 2012.
**Bahan 3**
**Gurindam Guru**
Guru meredah hutan belantara,
sampaikan ilmu di mana-mana.
Guru mengajar murid mendengar,
supaya ilmu tidak tersasar.
Guru penjana budaya ilmu,
murid berilmu negara maju.
Karya : Hanafiah MZ
i
Berdasarkan **Bahan 1**, jelaskan maksud ‘*Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi*’.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan peranan-peranan seorang guru dalam mendidik anak bangsanya.
4 分
iii
Guru merupakan insan yang mesti dihormati walaupun mereka sudah bersara dari dunia pendidikan.
Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru?
3 分
iv
Anda mendapati seorang pelajar di kelas anda tidak hadir ke sekolah selama sebulan sedangkan peperiksaan SPM semakin hampir. Sekiranya tiada tindakan segera, pelajar berkenaan akan ketinggalan menguasai mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan kelak.
Sebagai seorang guru, apakah usaha-usaha yang anda lakukan untuk memastikan pelajar tersebut hadir ke sekolah dan bersedia menduduki peperiksaan SPM.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Akhirnya Embong dibenarkan pulang. Tidak sampai seminggu dia ditahan. Sebenarnya, jika boleh dia ingin pulang lebih awal sebab mahu bekerja, mahu melihat rumah, mahu menjaga anak-anaknya. Tetapi doktor ada alasan tersendiri. Patukan ular boleh membawa maut dan perlu diawasi betul-betul. Kata-kata doktor semacam mengancamnya. Mahu atau tidak, terlantarlah dia di wad.
>
> Kini, keinginannya ke kebun meluap-luap. Tetapi badannya begitu lemah. Seluruh kekuatannya semacam disedut oleh tedung petualang itu. Mungkin juga bukan kerana tedung tetapi suntikan yang bertalu-talu di punggung. Cuma tinggal semangat, mampukah dia seperti dulu?
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan **sebab-sebab** Embong mahu segera pulang ke rumah.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang boleh menyentuh hati pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1: Petikan**
Setiap orang mempunyai rahsia atau amalan tertentu supaya kelihatan awet muda, langsing dan sentiasa sihat. Justeru, amalan berdiet dijadikan rutin dalam kehidupan untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan. Biasanya, pengamalan diet akan berbeza-beza mengikut matlamat seseorang. Namun, apa juga tujuannya, seseorang itu diwajibkan mengikut diet yang disarankan oleh pengamal perubatan. Pengamalan diet yang seimbang sudah pasti dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang ideal malah berupaya memberikan kecantikan yang diidamkan. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat hari ini mengamalkan diet supaya kelihatan cantik dan menarik.
Dalam hal ini, setiap individu seharusnya menghindari diri daripada mengamalkan diet yang tidak betul dan berbahaya kepada kesihatan. Oleh sebab itu, pengamal diet perlu akur bahawa diet yang seimbang hendaklah diimbangi antara pengambilan makanan dan aktiviti fizikal. Selain itu, seseorang individu itu boleh mengamalkan diet seimbang dengan mempelbagaikan jenis makanan setiap hari berpandukan piramid makanan. Keperluan pemakanan seseorang juga berbeza-beza bergantung pada usia, jantina dan aktiviti fizikal seseorang. Apabila seseorang itu mengamalkan diet yang seimbang dan teratur, sudah pasti tubuh badan akan berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit berbahaya.
Kajian membuktikan bahawa penyakit kencing manis, obesiti dan penyakit jantung mudah menyerang individu yang mengabaikan diet seimbang. Di samping itu, diet seimbang juga penting untuk membekalkan nutrien yang cukup kepada badan. Malah, amalan berdiet secara seimbang juga dapat merangsang otak untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan kerja seharian. Tuntasnya, amalan diet yang seimbang dalam kehidupan masyarakat hendaklah dilakukan secara berterusan dan bukannya suam-suam kuku sahaja agar dapat menzahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan mampu membangunkan negara dalam semua bidang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sihat Semestinya Cantik’ oleh Mohamad T. Abdullah, *Dewan Siswa*, Julai 2020
**Bahan 1** (gambar atas) dan **Bahan 3** (gambar bawah)
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.