Baca petikan di bawah dengan teliti.
Teknologi hijau dapat membantu untuk memulihara dan meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya yang menjejaskan kualiti hidup. Oleh itu, kesan buruk terhadap alam sekitar dapat dikurangkan. Seterusnya, teknologi hijau dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem alam semula jadi. Teknologi ini mempunyai potensi besar dalam pembangunan negara kerana boleh mengurangkan kos operasi serta meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Dari aspek yang lain pula, teknologi ini dapat meningkatkan kualiti udara dan bunyi, contohnya penggunaan kereta hibrid akan memberikan keselesaan dan mengurangkan masalah infrastruktur di bandar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Hijau’ oleh Razak Abdul Jalil, *Pelita Bahasa*, Bil 10/2022
Kenal pasti dan senaraikan **tiga kata bantu**. Kemudian bina satu **ayat anda sendiri** daripada setiap kata bantu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
6 分
26 分
(i) Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama diperkenalkan.
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu menekankan nilai murni.
(ii) Matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwujudkan adalah untuk membolehkan murid menjiwai unsur dan nilai-nilai murni.
Matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menjiwai unsur dan nilai-nilai murni.
(iii) Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mampu menanam rasa cinta akan tanah air.
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mampu menanam rasa bangga akan tanah air.
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi **ayat majmuk**.
6 分
311 分
Dalam **Bahan 1**, terdapat **enam kesalahan bahasa** manakala **Bahan 2** terdapat **lima kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap bahan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
**Jornavin :** Saya merasa kecewa kerana aktiviti vandalisme berlaku secara meleluasa. Banyak kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam, meter letak kereta, alat permainan di taman rekreasi, tandas awam dan tempat menunggu bas telah dirosakkan dengan teruk.
**Rachel :** Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana dengan kemudahan yang kerajaan sediakan melalui pihak berwajib, hidup kita bertambah selesa dan sejahtera.
**Jornavin :** Betul cakap kamu. Kemudahan awam hak milik kita bersama. Perkara ini bukan sahaja merugikan kerajaan sebab perlu berbelanja besar untuk kerja-kerja pembaikpulihan bahkan merugikan diri sendiri dan masyarakat.
6 分
Bahan 2
Ibu bapa perlu memberikan pendedahan kepada anak dengan menerangkan tentang jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka tidak mudah menjadi mangsa. Ibu bapa juga perlu menasihatkan anak-anak supaya berhati-hati bila tubuh mereka disentuh oleh orang dewasa sama ada dikenali oleh mereka ataupun tidak. Ibu bapa juga harus memberikan didikan agama dan moral pada anak tentang perbuatan seksual terlarang termasuk sumbang mahram. Dalam pada itu, anak juga perlu diingatkan agar jangan menerima pelawaan orang yang baru dikenali untuk makan, minum atau bersiar-siar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pedofilia Tidak Mengenali Mangsa’ oleh Eddy Sufian, *Dewan Siswa*, Jun 2017
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ia dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah dan berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
56 分
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa.
Balqis mempersoalkan keikhlasan Felix yang memberikan bantuan kepada Nenek Urai yang tinggal sebatang kara. Dia bimbang suaminya itu menangguk di air keruh. Sebelum ini, suaminya pernah membantu Pak Bobby mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan. Sebagai balasan, Pak Bobby perlu menyerahkan sebahagian daripada bantuan yang diterima kepadanya. Balqis sudah puas menasihati suaminya itu, namun bagai mencurahkan air ke daun keladi. Suaminya itu tidak mengendahkan nasihatnya. Penduduk kampung juga sudah masak akan perangai Felix yang berbeza jauh dengan isterinya, Balqis. Menurut mereka, Felix dan isterinya itu ibarat rambut sama hitam hati lain-lain.
Senaraikan **tiga peribahasa sahaja**, kemudian **berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pada kebiasaannya, bangau kerbau gemar hinggap di belakang kerbau atau mengekori kerbau ketika mencari makan. Makanannya terdiri daripada serangga seperti belalang sawah, mentadak-mentadu, ikan, ketam, udang, mamalia kecil, haiwan reptilia seperti mengkarung dan ular air, katak sawah dan anak burung. Tidak seperti spesies bangau lain yang memerlukan tanah lembap yang berair atau bencah, sebaliknya bangau dapat dilihat berkeliaran di kawasan padang ragut atau kawasan kering, terutamanya kawasan ternakan kerbau, lembu atau sapi.
Musuh utama burung bangau kerbau ialah manusia. Lazimnya, pemburu haram sering menggunakan senjata api seperti senapang patah untuk membunuh spesies ini bagi mendapatkan daging burung ini untuk dimakan. Di samping itu, pemburu haram juga gemar mengambil telur burung bangau yang masih berada di sarang. Telur ini amat digemari untuk dijadikan makanan. Selain manusia, telur burung juga menjadi mangsa kepada burung gagak dan ular senduk serta biawak air.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lindungi Spesies Bangau Kerbau’ oleh Jasmi Abdul, *Dewan Kosmik*, Bil. 7/2019
**Bahan 2**
Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati bilangan populasi gajah di Semenanjung Malaysia, *semakin menurun* disebabkan pelbagai jenis ancaman terhadap gajah. Timbalan Penyelidik MEME, Nottingham Universiti Malaysia Campus, Prof. Madya Dr. Wong Ee Phin berkata, antara punca pengurangan mamalia itu ialah ancaman perdagangan hidupan liar secara haram yang memburu gajah untuk mendapatkan gadingnya.
Selain itu, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya yang menyebabkan hutan sedia ada dipisahkan mengakibatkan hidupan liar seperti gajah terbunuh akibat kemalangan. Sambutan Hari Gajah Sedunia diadakan pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan konservasi dan perlindungan untuk gajah dan habitatnya di seluruh dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Populasi Gajah Menurun kerana Pelbagai Ancaman’ oleh BERNAMA, *Berita Harian Online*, 9 Ogos 2019
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *semakin menurun*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan **persamaan dan perbezaan** faktor ancaman bangau kerbau dan gajah.
3 分
iii
Usaha perlindungan spesies fauna yang terancam amat penting kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan tersebut?
3 分
iv
Anda tinggal di sebuah kawasan pedalaman yang mempunyai hutan yang amat luas. Tempat itu sering menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mencari hasil hutan mahupun berekreasi. Namun, sejak akhir-akhir ini, kehadiran sekumpulan pemburu haram telah mengubah suasana hutan. Mereka telah menangkap dan menembak spesies terancam seperti napuh, tapir dan tenggiling.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah menyelamatkan spesies haiwan terancam.
4 分
713 分
Baca **bahan-bahan** di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur. “Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita...”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, *pecahlah berita* tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’, antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**Malaysia Tercinta**
Malaysia negaraku tercinta
Sudah jauh derap langkahmu
Merempuh putaran waktu
Merintis cabaran baharu.
Malaysia negaraku tercinta,
Kudoakan engkau terus gagah,
Menangkis anasir-anasir luar,
Saban waktu berusaha merobek keamananku.
Ayuh, sahabat,
Kita teguhkan perpaduan,
Kita satukan hati dan jiwa
Kita tekadkan azam,
Mendaulatkan negara kita
Buat selama-lamanya.
**Alias Derais**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *pecahlah berita*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah tanggungjawab rakyat sebelum dan selepas kemerdekaan?
3 分
iii
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotik?
4 分
iv
Rakan karib anda sering memburuk-burukkan negara Malaysia. Dia beranggapan bahawa negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mundur dan tidak setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dia juga bercadang untuk berhijrah ke negara lain apabila dewasa kelak.
Sebagai seorang yang patriotik, apakah yang wajar anda lakukan untuk menyedarkan rakan karib anda bahawa dia sebenarnya amat bertuah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia?
4 分
810 分
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Arus sungai berkeladak dan bergerak deras. Kanak-kanak menjadikannya sebagai pesta; mencari juara peredah arus. Yang belum puas, akan berloncatan, atau berjam-jam berendam. Yang kesejukan, berpeluk tubuh di tebing.
>
> Dahlia memerhatikan gelagat kanak-kanak tersebut dari depan rumahnya dalam jarak 45 meter. Anak-anak kecil melompat dari jambatan, begitu bebas, begitu bahagia. Alangkah bahagianya mereka. Ada sebak menebal di jiwa.
>
> Mengingati saat silam, di tebing itulah dia sering berlarian menarik benang layang-layang tanpa sekelumit pun memikirkan erti kemiskinan. Perut yang berbunyi, matahari yang membakar, tidak mengurangkan sejumlah kebosanan. Indahnya saat itu. Sekarang?
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan gelagat kanak-kanak yang diperhatikan oleh Dahlia?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua kritikan bagi watak-watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 – Petikan**
Kerja sambilan merujuk kepada kerja yang dilakukan secara sementara bagi tujuan menambahkan pendapatan atau membantu meringankan beban kehidupan keluarga. Selain itu, terdorong untuk hidup mewah merupakan antara punca pelajar bekerja sambilan. Bagi mereka, wang tambahan diperlukan untuk memenuhi kehendak mereka. Biarpun kebanyakan pelajar menjadikan alasan desakan hidup sebagai alasan mereka melakukan kerja sambilan, masih terdapat segelintir pelajar yang melakukan kerja sambilan hanya kerana mereka ingin mengikut gaya hidup semasa.
Menurut kajian, pelajar dipercayai mampu membentuk personaliti yang menarik melalui pergaulan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan semasa bekerja sambilan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka perlu patuh pada arahan, melatih diri untuk berinteraksi secara baik dengan pelanggan sepanjang waktu bekerja. Berbanding rakan seusia, pelajar yang bekerja sambilan juga akan lebih matang dalam menguruskan diri. Jika dimanfaatkan peluang dan kesempatan sebegini, remaja yang bekerja sambilan akan lebih bijak mengatur masa berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Bukan itu sahaja, pengalaman bekerja sambilan juga dapat membakar semangat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan kelak.
Walau bagaimanapun, tidak salah mempersiapkan diri dengan kemahiran yang secukupnya untuk melangkah ke alam dewasa. Seseorang remaja itu perlu sedar akan tanggungjawab diri dan keluarga di samping memanfaatkan masa dengan belajar dengan lebih sistematik. Jangan terlalu mengejar kemewahan sendiri sehingga mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab sebagai pelajar yang sepatutnya kerana golongan muda merupakan tonggak kemajuan negara pada masa hadapan.
**Bahan 2 – Grafik**
**Syair Panduan untuk Para Remaja**
**Oleh : Harun Mat Piah (Penyelenggara)**
Ingat pesanku wahai belia,
Jangan berdusta jangan percaya,
Jangan fikir kasihkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia
Jangan mengata jangan mengeji
Jangan aniaya bengis dan benci
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sekali mungkir janji.
Judi dan arak jangan biasa,
Lucah dan cabul jangan selesa,
Usah bertemu ular yang bisa,
Lambat bangatnya dapat binasa.
Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantu sementang,
Bergantung pada orang hendaklah pantang,
Bebas kehidupan sentiasa tatang.
Meminta jangan meminjam pun jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di tangan,
Hutang merosakkan mut’ah pandangan.
Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini tersembah, ke sana tertolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.