Baca petikan di bawah dengan teliti.
Hidupan flora merupakan keunikan semula jadi yang merupakan anugerah alam. Ekosistem tumbuhan saling sinambung dalam kelangsungan hidup apabila akar serabut menjalar bagi mendapatkan bekalan air bagi proses tumbesaran pokok. Warna kemuning orkid hutan menambahkan keindahan hutan meskipun baunya tidaklah semerbak bunga mawar yang mempunyai kelopak yang begitu mewangi. Begitu mendamaikan apabila berkunjung ke taman negara yang menyajikan tumbuh-tumbuhan kerana memberikan inspirasi betapa uniknya kehidupan alam ciptaan Tuhan.
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata imbuhan sisipan**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada **kata imbuhan sisipan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kekuatan otak anak-anak adalah berbeza dari segi kemampuan dalam sesuatu bidang. Kekuatan otak anak-anak adalah berbeza dari segi kecenderungan minat. Oleh itu, sokongan moral harus diberikan. Mereka memerlukan kekuatan dalam mengembangkan bakat yang selama ini terpendam. Remaja harus proaktif dalam melibatkan diri secara langsung tanpa rasa merendah diri dalam sesuatu bidang yang diceburi. Remaja dapat memenuhi cita-cita yang diidamkan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Anda Remaja Bermasalah atau Sebaliknya?’ oleh Muhaya Hj. Muhammad, *Dewan Siswa*, Bil. 9/2023
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** dalam petikan tersebut menjadi **tiga ayat majmuk** tanpa mengubah susunan ayat dan maksud asal.
6 分
311 分
Bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Pelbagai taksiran diberikan dalam mendefinisikan semangat patriotik. Secara realitinya, semangat patriotik ialah perasaan cintakan negara. Elemen patriotisme dilihat sebagai perbuatan menunjukkan patriotisme atau menjadi patriotik. Terdapat banyak tindakan dan perbuatan boleh dihubung kaitkan dengan patriotisme. Masyarakat wajar menzahirkan semangat patriotik di dalam diri agar kehidupan lebih harmoni. Paparan media masa berkaitan perlakuan negatif masyarakat jelas menggambarkan mereka tidak memupuk dan menjiwai amalan patriotisme dalam kehidupan. Oleh itu, amalan ini wajar diberikan penekanan sejak kecil lagi dan dipraktik sepanjang usia dalam kehidupan.
5 分
Bahan 2
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti.
(i) Setelah kematian suaminya, Puan Senah yang tidak bekerja tetap meneruskan kehidupan dengan menjaga anak-anaknya dengan baik walaupun terpaksa meminta bantuan daripada penduduk kampung.
(ii) Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang memerlukan orang ramai berjimat cermat dan membeli barang-barang kegunaan harian mengikut keperluan sahaja.
(iii) Daniel kebingungan apabila sampai di bandar raya Johor Bahru kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
KUALA TERENGGANU: Batik warisan kita mempunyai nilai estetika, malar segar dan tidak lapuk ditelan zaman. Cara pembuatannya yang halus dengan terapan lilin cair dalam mencorakkan motif flora dan fauna yang kemudian dicelup dengan warna menjadikannya sangat cantik dan eksklusif. *Kepelbagaian motif* yang dihasilkan menerusi teknik canting pada fabrik berkualiti tinggi menjadikan batik Malaysia sangat istimewa dan lebih berkualiti berbanding dengan batik dari negara luar.
Selain itu, kebanyakan batik Malaysia dihasilkan menggunakan sutera asli yang lebih selesa dan tidak panas dengan motif abstrak juga menjadi pilihan masyarakat kini. Namun motif tradisional seperti flora dan fauna tetap mendapat tempat dalam kalangan peminat batik. Seiring dengan perkembangan ilmu dan budaya, variasi batik Malaysia semakin bertambah dengan penggunaan beberapa jenis fabrik lain bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Batik Malaysia Lebih Istimewa dan Menawan’ oleh Noor Aznida Alias, *Berita Harian*, 24 Ogos 2023
**Bahan 2**
Seni batik ialah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna sama ada pengunaan pewarna dari alam semula jadi ataupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis menggunakan canting ataupun yang diterap menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil. Kemudian warna disampaikan kepada tekstil melalui kaedah celupan ataupun menggunakan berus.
Keistimewaan dan keunikan seni batik ini terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil. Tidak ada sehelai batik yang sama dengan batik yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama. Selain itu, batik Malaysia mempunyai identiti tersendiri, iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut kreativiti pereka yang menjurus kepada motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keunikan Batik’ www.facebook.com
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *kepelbagaian motif*.
2 分
ii
Merujuk **semua bahan,** nyatakan keistimewaan-keistimewaan batik Malaysia.
4 分
iii
Batik Malaysia merupakan warisan bangsa yang sangat berharga dan perlu dikekalkan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya batik dikenali di seluruh dunia?
3 分
iv
Rakan sekelas anda sangat berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang seni kraf batik, tetapi dia tidak tahu cara-cara untuk memohon bagi mengikuti kursus tersebut.
Sebagai rakan, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu rakan anda menyelesaikan masalahnya itu?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya.
Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul* oleh Husna Nazri, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**BAHASA JIWA BANGSA**
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia
Dengan satu bahasa
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa
Komposer : **Tan Sri Dol Ramli**
**Bahan 3**
**Bahasa Melayu Warisan Negara**
Bahasa Melayu sanjungan kita,
Usah cemarkan keindahannya,
Gunakanlah dengan bijaksana,
Santun bahasa sama dijaga.
Puisi Melayu tiada kurangnya,
Jadi penyeri hari bahagia,
Kita alunkan warisan budaya,
Lambang kebanggaan kita semua.
Cintailah bahasa kita,
Bahasa Melayu warisan bangsa,
Usahlah malu menuturkannya,
Martabatkan bahasa setiap masa.
Bahasa Melayu warisan kita,
Ayuh semua menuturkannya,
Bahasa juga menyatukan negara,
Aman negara tiada sengketa.
**Siti Zainon Ismail**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan pesanan bonda kepada Mel.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
3 分
iii
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu?
3 分
iv
Anda dan beberapa rakan sedang menyiapkan tugasan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Anda mendapati kebanyakan pengguna terutama remaja gemar memuat naik gambar berserta kapsyen menggunakan bahasa rojak.
Sebagai murid yang prihatin, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan bagi mengatasi isu ini?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Rumah papan tidak bercat, bertiang tinggi, dan beratap zink, menyambut kedatangannya dengan detakan keharuan. Sembilan tahun yang lalu semasa datuknya masih hidup, tiada halangan untuk dia ke sini. Di halaman rumah inilah tempat dia bermain ketingting, gasing atau berkejaran di sekeliling rumah. Di sinilah tempat dia bermain kahwin-kahwin dan main sembunyi-sembunyi. Datuknya sering menceritakan cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, dan Si Miskin Menjadi Kaya. Datuk juga mengajarnya membuat layang-layang, mengajak menangkap ikan pelaga di parit, menyerkap burung tekukur, menjerat burung ayam-ayam, dan menyanyi berserulingkan daun ubi kayu.
>
> Itu kisah lama. Zaman kanak-kanak sudah lama ditinggalkan. Tetapi sejak datuk tiada, perhubungannya dengan neneknya terasa semakin jauh. Dia berusaha untuk mendekatkannya tetapi ada sahaja yang tidak kena.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas*, oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh datuk bersama-sama Dahlia ketika di rumah papan.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) pada November 2023. DPD merangkumi pembelajaran mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan teknologi digital serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif dan inovatif untuk melahirkan generasi fasih digital. Dasar ini diwujudkan kerana tahap kebestarian sekolah di negara ini masih berada pada tahap sederhana. Hal ini dapat dilihat apabila sebanyak 52.7 peratus sekolah berada pada tahap tiga dan ke bawah dalam penarafan tahap kebestarian sekolah pada tahun 2019.
Bukan itu sahaja, wujudnya ekosistem persekitaran yang kurang membudayakan pembestarian sekolah. Malah, pencapaian kompetensi digital murid pada tahun 2019 yang masih berada pada tahap sederhana, terutamanya bagi domain kognitif murid dan domain teknologi. Walau bagaimanapun, hanya domain kewarganegaraan digital yang mencatatkan pencapaian yang baik. Kajian penandaarasan antarabangsa, PISA 2018 dan TIMSS 2019 mendapati bahawa kapasiti pengkomputeran peranti digital di sekolah dan bilangan peranti digital untuk PdP masih pada tahap yang rendah. Perkara ini dapat ditangani apabila pihak kerajaan menyediakan peranti dan kemudahan digital bagi semua sekolah di Malaysia untuk merealisasikan DPD.
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, objektif DPD yang dihasratkan adalah untuk membangunkan murid fasih digital bagi memenuhi keperluan era digital. Contohnya murid bijak mengakses Internet dan blog pembelajaran untuk menambahkan ilmu. Tidak dapat dinafikan, DPD mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum guru perlu kompeten dalam bidang digital dengan mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan.
Sesungguhnya harapan dan impian yang ingin dicapai dalam DPD harus direalisasikan dengan ibu bapa turut memberikan didikan dan dorongan bagi memastikan modal insan untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang ialah generasi negara yang memahami segenap bidang dalam dunia digital. Tatkala negara maju semakin jauh mendahului kita dalam pemerkasaan digital dalam pendidikan, kita kini mempunyai gagasan DPD yang memerlukan keseriusan semua pihak dalam menjayakannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Misi Negara Melahirkan Murid Fasih Digital’ oleh Muhammad Salim, *Dewan Masyarakat*, 29 Januari 2024
**Bahan 2**
Perkara yang perlu difikirkan ialah cara untuk meningkatkan kemahiran asas digital kepada guru dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membekalkan kepelbagaian teknik pengajaran dan pendekatan menggunakan teknologi digital.
Hal ini secara langsung akan meningkatkan kompetensi guru dalam pengajaran untuk melakukan intervensi. Pada masa yang sama, KPM juga perlu meningkatkan kualiti guru dengan pengetahuan dan kemahiran digital kepada bakal guru dan guru sedia ada.
Kajian semula masa penggunaan digital di sekolah perlu dilakukan kerana mengambil kira pelbagai jenis sekolah dengan tumpuan berbeza terhadap kemampuan digital berlainan. Dasar Pendidikan Digital KPM ini bermatlamat untuk mengukuhkan sokongan infrastruktur dan infostruktur melalui penglibatan rakan strategik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perhebat Fasih Digital dalam Kurikulum Baharu’ oleh Prof. Madya Dr. Nasir Nayan, *Berita Harian*, 6 Februari 2024
**Bahan 3**
**GURINDAM GURU JAUHARI**
Guru jauhari rajin mengajar,
Murid terdidik jadi terpelajar.
Buta digital punca utama,
Murid belajar tidaklah lama.
Guru jauhari bertindak bijaksana,
Murid diasuh dengan sempurna.
Guru bestari pandai cerdik,
Murid dibimbing mudah dididik.
Guru jauhari tambah ilmunya,
Murid ceria kasih padanya.
Guru jauhari bertugas cemerlang,
Murid berwawasan hidup gemilang.
**Swarga,**
**Ipoh**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.