Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kemajuan sektor pelancongan memang penting kepada masyarakat dan negara, iaitu kepentingan kemajuan sektor pelancongan dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Dengan ini kadar pengangguran dapat dielakkan. Negara pula akan mendapat hasil melalui cukai yang dikenakan kepada pelancong asing. Pelancong asing yang datang ke negara ini salah satunya bertujuan untuk melihat pemandangan yang cantik. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah mengadakan promosi untuk menarik kemasukan pelancong asing ke negara ini agar pembangunan dapat diteruskan. Rakyat juga tidak menganggur dan tidak terlibat dengan jenayah. Oleh itu, kemajuan sektor pelancongan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat yang menganggur di negara ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sektor Pelancongan’ oleh Syaza Wardina Abd Khalik, *Dewan Siswa*, Bil 2/ 2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata sendi nama**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata sendi nama** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Menjadi tonggak kemakmuran negara keutuhan jati diri pada masa hadapan.</u> Sememangnya, kemantapan jati diri menjadi teras dan lambang keperibadian individu. <u>Sangat penting semangat cinta akan negara bagi memastikan rakyat sentiasa berganding bahu dalam menjaga kedaulatan negara.</u> Pemupukan nilai jati diri, terutamanya melalui aktiviti dan program yang terancang akan menjadikan aktiviti atau program lebih berkesan. <u>Diamalkan secara jelas, berterusan dan menyeluruh pengamalan nilai murni dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jati Diri Pengukuh Patriotisme Remaja’ oleh Siti Irni Yuslinda, *Dewan Siswa*, Bil 8 / 2022
Tukarkan **ayat susunan songsang** yang bergaris kepada **ayat susunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
39 分
Bahan di bawah mengandungi pelbagai **kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut.
**KRONOLOJI SEBELUM MALAYSIA MENCAPAI KEMERDEKAAN**
| Tarikh | Peristiwa |
|---|---|
| **27 JULAI 1955** | Pilihan Raya Persekutuan pertama diadakan. UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan untuk menghidapi pilihan raya tersebut. |
| **10 OGOS 1955** | Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet pertama dianggotai oleh 6 orang wakil Melayu, 3 orang wakil Cina dan dua wakil India. |
| **18 JANUARI - 6 FEBRUARI 1956** | Tunku Abdul Rahman mengetuai merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London. |
| **8 FEBRUARI 1956** | Perjanjian kemerdekaan telah memeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. |
| **20 FEBRUARI 1956** | Tunku Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. |
| **21 MAC 1956** | Suruhan jaya Perlembagaan Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. |
| **28 - 29 DISEMBER 1956** | Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakkan komunis. Rundingan Baling diadakan pada 28 - 29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agong PKM. |
| **30 OGOS 1957** | Detik 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan. |
| **31 OGOS 1957** | Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. |
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kronologi Sebelum Merdeka’ www.politikkinimalaysia.my
9 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Maka titah baginda, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Tugas anggota bomba yang diketahui oleh kebanyakan orang adalah untuk memadamkan kebakaran. Selain itu, pihak bomba mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan dan bahaya kebakaran supaya masyarakat sentiasa \_\_\_\_\_(i)\_\_\_\_\_. Tugas-tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lain termasuklah melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa runtuhan bangunan dan mangsa yang lemas. Tugas mereka \_\_\_\_\_(ii)\_\_\_\_\_ perlulah dihargai. Masyarakat tidak sepatutnya membuat panggilan palsu. Dalam hal ini, kerjasama yang erat antara masyarakat dengan pihak bomba perlu diperkukuh kerana \_\_\_\_\_(iii)\_\_\_\_\_.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sedia Menyelamat’ *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Isi tempat-tempat kosong dengan **peribahasa** yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kes buli siber dalam kalangan masyarakat di negara ini masih tiada penamat. Statistik yang dikongsikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menunjukkan aplikasi Tik Tok antara platform yang paling banyak hantaran berkaitan buli siber.
Lebih membimbangkan, jumlah kes buli siber terutamanya melibatkan golongan remaja di negara ini dilaporkan semakin meningkat saban tahun. Usaha kerajaan mewujudkan perundangan khusus seperti Akta Anti Buli perlu diberi sokongan padu. Sebagai ibu bapa perlu memantau anak-anak yang terlalu leka dengan media sosial supaya mereka tidak menjadi mangsa atau pemangsa tanpa sedar. Bukan itu sahaja, institusi pendidikan juga perlu mengambil *pelbagai pendekatan* dengan memberi kesedaran antibuli secara berterusan kepada murid kerana buli siber sudah pasti akan menjejaskan keharmonian masyarakat malah memberikan tekanan emosi kepada mangsa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buli Siber Barah yang Semakin Merebak’ oleh Arziana Mohmad Azaman, *Sinar Harian*, 9 Mei 2024
**Bahan 2**
| | |
|---|---|
| Daripada: | [email protected] |
| Kepada: | [email protected] |
| Subjek | Buli Siber Perlu Ditangani Segera |
Salam sejahtera Lily,
Apakah khabar awak di sana? Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Terima kasih kerana menghantar e-mel kepada saya. Mohon maaf kerana terlewat membalas e-mel ini. Dalam e-mel yang lalu, awak memaklumkan bahawa rakan baharu awak telah mengalami kemurungan kerana dibuli dalam laman sosial. Awak telah meminta pendapat saya untuk menangani masalah tersebut. Saya yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah buli siber, kita janganlah melawan atau mengabaikan pembuli dan menyimpan bukti yang dipaparkan di dalam media sosial. Ibu bapa paling dekat dengan kita, maka masalah buli siber perlulah diberitahu kepada ibu bapa untuk mengelakkan diri daripada tertekan. Setakat ini sahaja pendapat yang boleh saya kongsikan kepada awak. Semoga kita berjumpa lagi dalam e-mel yang lain.
Sekian, sahabatmu.
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *pelbagai pendekatan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan usaha-usaha untuk menangani masalah buli siber dalam kalangan masyarakat.
4 分
iii
Perbuatan membuli di pelantar digital seperti media sosial dan mesej dalam talian menjadi barah di alam maya.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong seseorang melakukan perbuatan buli siber?
3 分
iv
Seorang rakan anda telah memuat naik isu pergaduhan dalam media sosial dengan menggunakan kata-kata negatif yang bertujuan menyakitkan hati rakan sekelas.
Sebagai seorang sahabat yang prihatin, apakah yang perlu anda lakukan supaya rakan anda tidak mengulangi perbuatan tersebut?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
> **Alam Keberangan**
>
> Pergunungan telah gondol,
> Pokok jadi kudung,
> Tanah mulai kontang,
> Langit pula disorokkan,
> Itulah oleh manusia,
> Sengaja memarak bengisnya alam.
>
> Lihatlah,
> Amarah alam ini,
> Tangisnya membasahi bumi,
> Dengan amarah guruh,
> Menenggelamkan kota impian.
>
> Lihatlah sendiri,
> Bentala alam menimbus bumi,
> Protes buana dipertirikan-
> Pada kerabat penumpang di persemayaman.
>
> **SITI NUR IZZURIN ROSLAN**
> Tunas Cipta, Bil 07/ 2023
**Bahan 2**
“Semua serba lengkap dan yang paling penting, tidak ada kejadian cuaca luar biasa yang boleh mengganggu kesejahteraan kita di planet baharu itu,” ujar seorang profesor yang berjanggut putih, segak memakai pakaian formal berwarna hitam, sambil menggerakkan tangannya, mempamerkan keyakinan tentang perkara yang dibicarakannya.
“Benar, populasi manusia di bumi ini telah mencecah 15 bilion dan sumber yang kita ada di bumi tak akan mampu menampung manusia yang dah terlalu banyak. Kejadian cuaca yang luar biasa, serta perubahan iklim yang mendadak menyukarkan kehidupan manusia di sini. Setiap udara yang tidak berkualiti yang disedut akan mendatangkan penyakit kepada penduduk bumi ini,” kata pula seorang tokoh pemikir wanita.
Dipetik daripada cerpen ‘Kita Pembinasa Dunia’ oleh Abu Adli Muhammad Arif, *Dewan Siswa*, Bil 12/2022
**Bahan 3**
> **Pantun Alam Sekitar**
>
> Indah purnama dari puspita,
> Cantik berseri di waktu malam;
> Peranan utama adalah kita,
> Membentuk diri cintakan alam.
>
> Cantik bulan kerana terang,
> Ditambah bintang yang berkerlipan;
> Kehijauan hutan akan menghilang,
> Kalau ditebang tanpa kawalan.
>
> Tanam mari si pokok lada,
> Pohon kelapa juga ditegar;
> Kesedaran diri jika di dada.
> Kekal terpelihara alam sekitar.
>
> **Afiena-MJ**
> April 2010
i
Berdasarkan **Bahan 3**, apakah peranan kita untuk memelihara alam sekitar?
2 分
ii
Berdasarkan **bahan 1** dan **bahan 2**, nyatakan kesan kemusnahan alam sekitar.
4 分
iii
Alam sekitar yang merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya semakin tercemar.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar?
3 分
iv
Anda mendapati rakan anda suka membuang sampah di dalam longkang di kawasan sekolah.
Sebagai rakannya, apakah usaha-usaha anda untuk mengubah sikapnya?
3 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Mukanya diraup dengan kedua-dua belah tapak tangan. Ada perasaan ria dan bimbang. Ria bakal menemui emaknya, bimbang untuk menghadapi kemungkinan yang tidak manis.
>
> “Datang juga Lia. Kenapa baru sekarang sampai?” Mungkinkah kalimat itu bakal diluahkan emaknya?” “Baru ada kelapangan, mak. Emak dah sihat?”
>
> “Emak tak sakit. Orang sahaja yang menganggap bukan-bukan terhadap emak. Katakan kepada petugas di sini, emak mahu balik.” “Kalau macam itu, bolehlah mak balik ikut Lia. Mak tahu, Lia sekarang dah keluar dari asrama. Sekarang Lia nak bersama emak.”
>
> “Baguslah. Mari kita keluar cepat. Kalau lambat, orang akan tangkap emak lalu disumbatkan ke dalam bilik ini. Emak benci bilik ini. Emak mahu balik, emak nak jumpa abah, nak jumpa anak-anak emak yang lain.”
>
> “Cik nak jumpa siapa?
>
> “Er…!” Dahlia separuh terkejut. Khayalannya terputus. Di hadapannya tercegat seorang wanita. Pada anggarannya wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah harapan emak Dahlia dalam khayalannya?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(b) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pelancongan domestik tetap menjadi pilihan rakyat ketika ini malah beberapa lokasi pelancongan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pulau Langkawi, Cameron Highlands dan Kundasang merupakan destinasi pelancongan domestik yang menjadi pilihan masyarakat. Destinasi pelancongan menarik yang tular di media sosial akan lebih menjadi tumpuan. Melancong di dalam negara bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan malah mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan. Masyarakat tempatan seharusnya memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan industri pelancongan domestik agar terus berkembang.
Melancong di dalam negara memudahkan kita berkomunikasi dengan orang sekeliling apabila melawati pusat-pusat peranginan. Bayangkan jika kita melancong ke negara luar yang mempunyai bahasa pertuturan lain dan tidak difahami. Kita perlu menggunakan perkhidmatan peralihan bahasa di telefon bimbit. Bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian, kita perlu mengetahui beberapa persediaan asas sebelum keluar melancong. Kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju dan membuat sedikit kajian tentang lokasi pelancongan seperti melayari laman sesawang mengenai kemudahan penginapan, makanan yang menarik serta kos pengangkutan. Selain itu, kita perlulah merancang perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan selamat di samping memastikan kenderaan diselenggara dengan baik. Sebenarnya, percutian lebih menyeronokkan jika kita menggunakan kenderaan sendiri. Kita boleh ke mana-mana sahaja tempat percutian.
Industri pelancongan Malaysia akan lebih rancak seandainya rakyat negara ini memilih pelancongan domestik. Semoga industri pelancongan domestik di negara ini mengalami pertumbuhan positif selepas penularan pandemik COVID-19. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada Sumber: https://www.irujukan.my/faedah-melancong/|Irujukan.
**Bahan 2**
> Petang hari bermain buai,
> Bermain buai di pohon berangan;
> Pilih penginapan biar sesuai,
> Ubat-ubatan dilupa jangan.
>
> Hendak belayar ke negeri China,
> Usah nakhoda mengubah haluan;
> Agar melancong lebih bermakna,
> Wang disedia mengikut keperluan.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.