Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Kerukunan hidup dalam berkeluarga boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan akan mengelakkan daripada timbulnya rasa benci. Pertengkaran sesama ahli keluarga boleh mengundang perbalahan dan perasaan marah yang berpanjangan. Hubungan yang erat antara keluarga dengan masyarakat tentu sahaja akan melahirkan perasaan sayang. Keluarga yang bahagia menyebabkan suasana kekeluargaan lebih mesra dan tenang. Institusi kekeluargaan yang kukuh tidak akan takut akan ancaman daripada pihak lain. Hubungan baik itu sendiri akan memberikan impak yang sangat positif dalam kehidupan bermasyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keluarga Sejahtera Lahirkan Belia, Masyarakat Sejahtera’, oleh Jufitri Joha, *Utusan Malaysia*, 28 April 2018
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata adjektif perasaan.** Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif perasaan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Pak Uda:** <u>Lebih baik kamu kurangkan makanan yang bergula dan berlemak, Azlan</u>.
**Azlan:** Baik, Pak Uda. Saya akan menjaga pemakanan saya.
**Pak Uda:** Kalau sudah terkena penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan serangan jantung macam Pak Uda, waktu itu kenalah makan ubat sahaja. Jadi, <u>mohon kamu beringat-ingat dari sekarang agar tidak menyesal pada kemudian hari.</u>
**Azlan:** Baik, Pak Uda. Saya akan beringat-ingat mulai sekarang. Pak Uda pun begitu juga, kalau pergi ke mana-mana, <u>jangan lupa bawa ubat</u>. Pak Uda perlu bersedia. Bukan senang hendak mencari ubat di tempat orang.
Kenal pasti dan nyatakan jenis **ayat perintah yang bergaris** sama ada **ayat permintaan, ayat larangan** dan **ayat suruhan.** Anda perlu menyalin ayat-ayat perintah tersebut dan nyatakan jenisnya.
6 分
311 分
Dalam petikan 1, terdapat **enam kesalahan bahasa** manakala petikan 2 terdapat **lima kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam bahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula.
Bahan 1
Pada tiap-tiap tahun, dikatakan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakkan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakan kedatangan mereka ke negara kita. Malaysia banyak dimiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk para pelancong kunjungi. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan mempunyai beberapa baris batu yang besar seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya.
6 分
Bahan 2
| | |
|---|---|
| Daripada | [email protected] |
| Kepada | [email protected] |
| Perkara | Malaysia cuti-cuti |
Salam hormat, Irfan.
Apa khabar? Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengutuskan e-mel kepada awak.
Untuk pengetahuan awak, saya baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun di sekolah saya. Selepas puas mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan tersebut, kini tibalah masa untuk saya merehatkan minda.
Setahu saya, awak dan keluarga awak juga selalu bercuti setiap kali sekolah bermula. Berdasarkan pengalaman awak, bolehkah awak cadangkan destinasi percutian yang sesuai dan sebab-sebab saya dan keluarga saya patut pilih destinasi tersebut?
Saya menantikan pendapat dari awak.
Sahabatmu,
Johan
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Adapun akan Tun Kudu itu diperisterikan Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan kening sudah bertemu?”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti.
Dalam kehidupan di sesebuah kawasan perumahan kita harus bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Amalan seumpama ini dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat pada hari ini tidak menghiraukan jiran tetangga dan lebih selesa hidup bersendirian. Mereka memberikan pelbagai alasan termasuklah kesibukan bekerja. Sepatutnya, dalam kehidupan bermasyarakat kita perlu menjalinkan hubungan mesra dengan jiran supaya sesuatu masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak tanpa menyinggung mana-mana pihak.
Senaraikan **dua peribahasa** dan **maksud setiap peribahasa** tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Tahukah anda, orang yang bekerja sendiri *mampu mencipta* peluang kerja dengan lebih kreatif dan berinovasi? Satu daripada kelebihan bekerja sendiri adalah dari segi fleksibiliti terutamanya kebebasan dalam memilih waktu bekerja serta pilihan kerja yang ingin dilaksanakan. Tidak dinafikan bahawa ramai orang yang tidak suka menempuh kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, rakan sekerja yang menjengkelkan, gaji kecil dan bermacam-macam alasan lagi.
Apabila bekerja sendiri, pasti anda ada matlamat tersendiri. Untuk memastikan matlamat anda tercapai, anda akan berusaha bersungguh-sungguh. Di tangan andalah terletaknya keputusan sama ada ingin berurusan atau tidak dengan individu atau syarikat. Anda juga tidak berdepan dengan tekanan kerja akibat terkejar-kejar tarikh untuk menyiapkan kerja. Ketiadaan drama atau politik di tempat kerja turut membolehkan anda fokus terhadap kerja sepenuhnya. Jika berlaku kecemasan, anda tidak perlu kelam kabut untuk memohon cuti daripada majikan. Walau bagaimanapun, bekerja sendiri mempunyai kelemahan yang agak letih untuk difikirkan. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan projek, maka anda sedang berada dalam bahaya yang bakal mengundang masalah kewangan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kelebihan Bekerja Sendiri Berbanding dengan Makan Gaji’ oleh Farizul Izwany, *Majalah Maskulin*, 11 Jun 2019
**Bahan 2**
Bekerja makan gaji bermaksud bekerja di bawah waktu bekerja yang telah ditetapkan. Jika anda cuma mampu menurut perintah dan kurang berkeyakinan, adalah lebih baik anda bekerja makan gaji. Antara kelebihan bekerja makan gaji termasuklah mempunyai pendapatan tetap. Apabila anda menunjukkan komitmen yang tinggi, prestasi yang bagus, peluang untuk kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih tinggi adalah lebih luas. Proses kenaikan pangkat pula berbeza-beza bagi setiap syarikat. Ada syarikat yang mengutamakan pengalaman kerja, senioriti, kecekapan dan sebagainya.
Selain itu, majoriti syarikat menyediakan latihan asas untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan menghadiri latihan tersebut, anda boleh menimba lebih ilmu dan belajar kemahiran baharu. Anda dapat belajar bermacam-macam perkara yang menjadi suatu pengalaman terbaik dalam hidup. Syarikat turut menyediakan kemudahan bantuan rawatan dan kad perubatan kepada pekerja. Apabila ada klinik panel, kos rawatan biasanya percuma. Begitu juga apabila mendapat cuti sakit, gaji tidak ditolak mengikut jumlah cuti yang diluluskan. Bekerja makan gaji mempunyai kelemahan kecil, iaitu kekangan masa dan perbelanjaan anda. Gaji anda adalah terhad dan anda perlu akur dengan apa-apa yang anda peroleh setiap bulan. Sesetengah majikan pula gemar mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi tenaga pekerja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dilema Makan Gaji vs Bekerja Sendiri’ oleh Adzhar Mohammad Noor, *Media Permata Online*, September 2020
i
Berdasarkan bahan 1, berikan maksud *mampu mencipta*?
2 分
ii
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelemahan-kelemahan apabila seseorang itu memilih untuk bekerja sendiri dan makan gaji?
4 分
iii
Perniagaan merupakan suatu bentuk usaha bekerja sendiri.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang itu sebelum memulakan perniagaan?
3 分
iv
Andaikan anda graduan universiti tempatan. Ibu bapa anda meletakkan harapan yang tinggi agar anda dapat menjawat jawatan di sektor kerajaan atau awam. Sebaliknya anda lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian tanpa perlu makan gaji dengan mana-mana syarikat.
Sebagai generasi yang bercita-cita tinggi, bagaimanakah caranya anda dapat meyakinkan ibu bapa anda tentang keputusan anda untuk bekerja sendiri?
4 分
712 分
Baca **bahan-bahan di bawah** dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Syair Pengalaman Hidup Berjiran**
Tersebutlah kisah sebuah cerita,
Hidup berjiran suka dan duka,
Itulah adat sebagai manusia,
Keruh dibuang ambil yang mulia.
Tutur dan kata perlu dijaga,
Untuk elakkan kita bersengketa,
Budi Bahasa budaya kita,
Peribadi baik jiran pun suka.
Janganlah kita bermasam muka,
Senyuman itu hanya percuma,
Tegur menegur antara kita,
Jiran bahagia kita gembira.
Janganlah kita suka mengata,
Jiran pun juga manusia biasa,
Usahlah buka aib manusia,
Akhirnya nanti menambah dosa.
Inilah kisah jiran-jiran saya,
Suka menolong tidak berkira,
Hidup pun tenang aman sentosa,
Jadi teladan pada anak bangsa.
**Bahan 2**
**ENCIK MUSA:** Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya.
**PAK MAIL:** Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama.
**ENCIK MUSA:** Mengapa begitu, Pak Mail?
**PAK MAIL:** Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.
**PENGHULU:** Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga.
**PAK MAIL:** Betul, Tuk.
**ENCIK MUSA:** Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail?
**PAK MAIL:** Dia di dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah!
**FAUZIAH:** (Dari dalam) Ya, ayah.
**PAK MAIL:** Keluar sekejap.
Dipetik daripada drama “Hadiah” oleh Aripin Said dalam antologi *Kuingin Berterima Kasih*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail setelah kematian Sarjan Akhbar?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, senaraikan usaha untuk memupuk amalan kejiranan.
3 分
iii
Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan semangat kejiranan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran yang menyebabkan semangat kejiranan sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat?
3 分
iv
Satu program gotong-royong Madani akan diadakan di kawasan perumahan anda. Gotong-royong ini diadakan bertujuan mencantikkan kawasan perumahan dan menjalinkan silaturahim antara penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai anggota masyarakat, nyatakan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan untuk memastikan program ini mendapat sambutan daripada penduduk di kawasan perumahan anda.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Tatkala Felicia Landosi memasuki ruang farmasi itu lagi, tiba-tiba dia berasa seperti sudah tersilap langkah. Dia bukan ke ruang farmasi itu, sebaliknya ke salah sebuah wad kelas biasa di hospital itu. Namun, Felicia menjadi terpinga-pinga, dia seperti melihat kewujudan seorang pesakit lelaki yang pernah mendapatkan rawatan di PRPK dahulu.
>
> Seingatnya pesakit itu telah pun dihantar pulang. “Mustahil, mustahil. Aku masih siuman. Ya, aku masih siuman!” getus hatinya, cuba menggapai sisa-sisa kewarasan yang mungkin masih ada dalam dirinya.
>
> “Apa lagi kau tercegat di situ?”
>
> Tempelakan pesakit itu terlalu tajam, menghiris hati Felicia. Matanya terkedip-kedip memandang lelaki yang terlantar di atas katil pesakit itu. Dia seolah-olah dapat melihat kembali filem sinar-X yang menunjukkan tiga bahagian pada femur atau tulang panjang antara pinggul dengan lutut pesakit lelaki yang mengalami keretakan itu.
>
> Dipetik daripada novel *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apakah yang berlaku ketika Felicia Landosi memasuki wad kelas biasa tersebut?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **DUA buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu peristiwa** yang meninggalkan kesan positif di hati pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Menurut undang-undang Malaysia, sukan ditakrifkan sebagai segala aktiviti yang diinstitusikan secara kompetatif melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal yang kompleks di mana penglibatan seseorang itu didorong oleh gabungan kepuasan dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luaran yang diperolehi melalui sukan itu. Penglibatan seseorang dalam arena sukan tidak hanya tertumpu kepada atlet lelaki sahaja malahan tidak kurang hebatnya atlet wanita.
Tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan wanita dalam bidang sukan pada masa ini begitu menyerlah dengan meraih pelbagai kejayaan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Atlet seperti Datuk Nicol David, Farah Ann dan Pandalela Rinong antara beberapa atlet yang berjaya mengharumkan nama negara. Penglibatan mereka bermula apabila golongan wanita diberi peluang yang sama rata untuk menyertai arena sukan. Tambahan lagi, dengan adanya minat yang mendalam dalam sukan yang diceburi selain mempunyai disiplin diri yang tinggi merupakan salah satu cara untuk menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang sukan. Sebagai contoh, atlet Nur Suryani Taibi yang merupakan atlet memanah negara mampu mencipta kejayaan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa disebabkan oleh pegangan tersebut. Secara tidak langsung, segala usaha mereka mampu memberikan harapan kepada lebih ramai atlet wanita untuk mengukir nama dan berjaya dalam arena sukan.
Namun demikian, kejayaan atlet wanita di negara ini dilihat turut dibayangi oleh beberapa isu. Tuduhan atlet wanita berhadapan diskriminasi pelbagai pihak selain kekurangan jurulatih wanita turut menjadi cabaran buat mereka sekali gus membantutkan perkembangan mereka dalam sukan masing-masing. Selain itu, pakaian atlet wanita juga kurang sesuai untuk digayakan dalam acara sukan seperti gimrama dan sukan air. Tambahan pula, bagi wanita yang hamil juga turut menyebabkan golongan ini sukar untuk menceburi bidang tersebut. Begitu pun, ramai netizen berpendirian bahawa wanita perlu mempunyai bakat dan kebolehan untuk bersukan jika mahu terlibat dalam bidang ini. Seterusnya, sokongan daripada pelbagai pihak seperti keluarga dan persatuan sukan juga memainkan peranan penting agar atlet wanita lebih kompetitif untuk berjuang di pentas antarabangsa. Untuk berjaya, golongan wanita juga perlu sentiasa positif dan yakin akan kemampuan diri sendiri.
(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.)
**Bahan 2**
**Hidup Sihat**
Madu lebah di bawa ke pekan,
Sambil melihat si anak Jebat,
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda sihat jasmani hebat.
Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin,
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.
Banyak ikan di sungai pekan,
Sawah padi di hujung peta,
Kemudahan sukan amat diperlukan,
Supaya menjadi amalan kita.
**Bahan 3**
Dipetik dan diubahsuai daripada “Inspirasi wanita bersukan”, *Metro Online*, 26 April 2019
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.