Baca petikan di bawah dengan teliti.
Negara telah mengamalkan pendidikan percuma sejak peringkat sekolah rendah bagi memudahkan masyarakat mengetahui nikmat pendidikan. Melalui pembacaan masyarakat berupaya memperoleh ilmu baharu kerana menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap manusia. Maklumat terkini juga boleh didapati di ruang siber. Ibu bapa, guru dan pihak kerajaan perlu bergabung tenaga bagi merealisasikan hasrat menjadikan remaja sebagai golongan celik huruf. Amalan membaca tidak seharusnya terhenti setakat membaca sahaja. Amalan ini perlu dikembangkan secara meluas. Seterusnya, rutin harian ini akan mengubah cara hidup remaja lebih indah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Melahirkan Remaja Minat Membaca’ oleh M. Mahendran, *Dewan Siswa*, Bil. 3/2019
Kenal pasti dan senaraikan **dua kata adjektif** dan **dua kata hubung**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif** dan **kata hubung** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pada era teknologi ini, keselamatan ialah perkara yang paling penting diamalkan di semua tempat, terutamanya di sekolah. <u>Keselamatan dalam persekitaran sekolah adalah sangat penting kepada semua warga dan pelawat yang mengunjungi sekolah.</u> Peningkatan kes kemalangan yang melibatkan murid di makmal sains dan di bengkel sekolah amat membimbangkan. <u>Untuk menjayakan konsep sekolah yang selamat, pihak sekolah perlu mempunyai pelan pencegahan dan kecemasan yang sesuai.</u> <u>Pelan keselamatan sekolah yang komprehensif merangkumi pelaporan jenayah sekolah, kesedaran awam tentang keselamatan dan persepsi masyarakat terhadap keselamatan.</u> Murid dan guru merupakan pemangkin produktiviti negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sekolah yang Selamat’ oleh Sethuprakhash Vengidason, *Dewan Ekonomi*, Bil. 8/2022.
Kenal pasti dan tulis **subjek** dan **predikat** bagi ayat-ayat yang bergaris. Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.
**Subjek** : Keselamatan
**Predikat** : ialah perkara yang paling penting diamalkan di semua tempat, terutamanya di sekolah.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Makanan adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia dan berfungsi untuk memenuhi keperluan fizikal, psikologi, pisiologi dan sosial. Makanan diperlukan untuk manusia berkerja dan melaksanakan kehidupan harian mereka. Selain itu, makanan membekalkan nutrien penting untuk keperluan pembesaran badan. Kuantiti dan kualiti makanan juga sangat mempengaruh tahap kesihatan individu. Namun begitu, pengambilan makanan yang kurang berkualiti dapat menjadi racun pada manusia dan memudaratkan kesihatan. Makanan yang tidak berkualiti termasuklah makanan yang tercemar dengan penyakit bawaan di dalamnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keselamatan Pemakanan’ oleh Hayati Adilin. *Dewan Siswa* Bil. 5/2018.
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Syahadan, akan kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Adam dan Haziq merupakan sahabat akrab seperti isi dengan kuku. Namun begitu, hubungan mereka semakin renggang. Sikap Adam menjadi dingin setelah Haziq mendapat jawatan sebagai ketua pengawas di sekolah. Namun demikian, keakraban mereka sebagai sahabat menjadikan perbalahan mereka tidak kekal lama.
Sebelum ini, hubungan mereka menjadi retak kerana ada musuh dalam selimut yang cuba merosakkan hubungan mereka berdua, sehingga Adam mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengawas sekolah. Setelah mereka saling bermaafan, hubungan mereka bagai aur dengan tebing untuk menjadi pengawas contoh di sekolah dan ikon kepada murid-murid lain.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Hidup Mendewasakan Diri’ oleh Abu Hassan Morad, *Dewan Siswa*, Bil. 03/2020
Kenal pasti dan **senaraikan tiga** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang **sama maksud** atau **hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Menurut Kamus Dewan Perdana, patriotisme merujuk perasaan atau semangat cinta akan tanah air dan rela mengorbankan diri untuk mempertahankannya. Oleh itu, untuk menjadi seorang warganegara yang mempunyai nilai patriotisme, kita seharusnya mempunyai kefahaman terhadap sistem pentadbiran negara yang melibatkan ilmu tentang sejarah pentadbiran negara, kemasyarakatan, sistem demokrasi negara, sistem kerajaan dan sistem beraja. Kita juga *perlu bangga* sebagai rakyat Malaysia dengan menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambang negara seperti jata, bendera, lagu, bahasa serta mempertahankan maruah negara dan menghargai kepelbagaian budaya bangsa. Di samping itu, seorang rakyat juga sewajarnya memiliki perasaan sayang akan negara, iaitu berkorban tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau imbuhan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menghayati Patriotisme demi Kedaulatan Negara’ oleh Amirah Syazwani Baderol, *Dewan Siswa*, Bil. 08/2024
**Bahan 2**
Usaha menyemai dan menyubur kembali semangat patriotik, iaitu semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Apabila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya ialah pihak kerajaan hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik antara masyarakat.
Selain itu, semangat patriotik juga perlu dipupuk bermula dari bangku sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri murid seperti peribahasa Melayu iaitu melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nyanyian Lagu Negaraku ketika perhimpunan dan banyak lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Semarak semangat patriotisme perlu berterusan’ oleh Dr Aminudin Mansor, *Berita Harian*, Ogos 15, 2017
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *perlu bangga*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
4 分
iii
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin luntur.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai semangat patriotik dalam diri?
3 分
iv
Anda mendapati bahawa sekumpulan rakan anda telah memijak dan merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di dalam kelas anda.
Sebagai seorang murid yang berjiwa patriotik, apakah tindakan anda untuk menangani masalah ini?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Menabur Benih Integriti**
Integriti,
tertabur keringat menukang hasrat
terlaksana perlakuan seikhlas tulus
tertib akur kualiti terpuji
walau pada saat bersendiri
tanpa sesiapa penyaksi pemerhati.
Menekuni integriti
cabaran terhebat kita hadapi
puing-puing cabaran menyelinap di benak hati
antara laba mewah lupa diri
atau semurni budi mithali pekerti.
Kita yang *meminggirkan amanah*
mengundang parah maruah dan harga diri
visi dan misi hanyut pada nikmat duniawi
kepalsuan ikrar hancurlah seluruh jati diri.
Apalah makna dan buruan keadilan
malah agendanya kelemasan tanpa nafas
ketika hukum hanya tegak pada perasuah
membeli kehidupan dengan kepura-puraan.
Ayuh anak-anak bangsa
ayuh pelaksana amanah tunjang negara
genggam erat jiwa kita
pasakkan ajaran agama menebal rohani di dada
ke medan perang tak perlu angkat senjata
cukup rasuah dan ketamakan tidak dianggap biasa.
Sesungguhnya
integriti terkuat jati diri
merekayasa keperibadian terpuji
di pundak kepimpinan yang bebas korupsi
di situlah tegak masa depan pertiwi.
Dipetik daripada sajak ‘Tunas Muda’ oleh Wan Azlida Wan Muda, *Dewan Bahasa dan Pustaka* Bil 11, 2020
**Bahan 2**
Suatu petang yang hening lingkungan jam 3 petang, saya bersama beberapa orang pegawai penyiasat dan turut bersama adalah Orang Kena Tuduh (OKT), kami telah bertolak ke lokasi rumah beliau yang terletak di kawasan perumahan Sungai Besar. Sepanjang perjalanan kami dari Teluk Intan ke Sungai Besar Encik Ahmad kelihatan sugul dan hanya mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, sewaktu kami menghampiri kawasan perumahan tersebut, Encik Ahmad telah menyatakan sesuatu kepada saya dan beberapa pegawai SPRM yang lain, dia mahu kami membuka gari di tangannya dan berjanji untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada kami. Apabila kami bertanyakan kenapa, dengan secara tiba-tiba Encik Ahmad menangis, dia tidak mahu anak-anak, isteri serta ibunya yang sedang uzur melihat keadaannya sebegini kerana akan memberikan tekanan kepada keluarganya.
Oleh yang demikian, setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Cawangan kami, gari telah dibuka sejurus sahaja kami tiba di rumah teres kos sederhana dengan cat kusam setelah 1 jam setengah perjalanan kami.
Dipetik daripada Cerpen ‘Beginilah Kesudahannya’, *Buletin SPRM* Bil 1/2021
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *meminggirkan amanah*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan rasuah yang dihadapi oleh individu dalam mengharungi kehidupan.
3 分
iii
Sejarah dunia membuktikan bahawa banyak negara yang runtuh kerana pemerintahnya tidak amanah dan mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat sanggup melakukan perbuatan rasuah.
3 分
iv
Anda merupakan seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berintegriti. Pada suatu hari semasa anda sedang menjalankan tugas memeriksa lesen memandu kenderaan, seorang pemandu cuba memberi anda sejumlah wang untuk mengelak dirinya daripada disaman kerana cukai jalan kenderaannya sudah tamat tempoh.
Sebagai seorang penjawat awam yang jujur dan ikhlas menjalankan tugas, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk mengelak daripada menerima wang tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Perkara itu telah dibincangkan di peringkat atasan. Kami sengaja menghebahkan serangan akan dilakukan melalui Singapura bagi mengelirukan musuh. Dengan ini kekuatan askar British akan bertumpu di Singapura,” jawab Jeneral Yamashita.
>
> “Baru saya faham, tuan,” kata Kuzuko.
>
> “Awak masih muda dan baru keluar dari pusat latihan tentera. Banyak perkara yang perlu awak belajar. Jangan segan bertanya,” kata jeneral yang berumur 45 tahun itu.
>
> “Tuan telah mengirim ramai perisik ke Tanah Melayu bagi memberitahu penduduk tempatan bahawa askar Jepun datang bagi membebaskan negara mereka daripada penjajahan British.
>
> “Itu juga satu helah peperangan…,” jawab Jeneral Yamashita. Kita menjanjikan kemerdekaan dengan semboyan “Asia untuk orang Asia” secara tidak langsung memberikan tanggapan baik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu untuk menerima kedatangan kita dengan mudah.
>
> Dipetik daripada novel “*Leftenan Adnan Wira Bangsa*”, karya Abdul Latif Bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan strategi-strategi peperangan tentera Jepun dalam misi meluaskan kuasanya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan tanggungjawab dalam setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Amalan berbudi bahasa yang terangkum adanya nilai-nilai murni, merupakan salah satu sifat sejagat yang menjadi acuan perilaku seseorang dan berfungsi sebagai wadah pancaran tamadun bangsa. Setiap individu perlu memupuk amalan berbudi bahasa dan diaplikasikan pada setiap masa. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan berbudi bahasa mencerminkan sikap individu yang melambangkan keperibadian seseorang. Kesan negatif apabila komunikasi yang tidak berhemah terjadi, maka sudah pasti masyarakat tidak mempraktikkan amalan berbudi bahasa, lantas akan mengeruhkan suasana hubungan sesama sendiri.
Setiap anggota masyarakat wajar membina persekitaran yang baik dengan orang sekeliling supaya lingkungan kehidupan mereka berada dalam situasi yang harmoni. Anggota masyarakat perlu mempertahankan peranan yang didukung oleh amalan berbudi bahasa. Selain masyarakat umum, setiap petugas barisan hadapan termasuklah pegawai perkhidmatan pelanggan di jabatan kerajaan juga perlu berbudi bahasa semasa menjalankan tugas bersama pelanggan.
Suatu hal yang mendukacitakan pada ketika ini, amalan berbudi bahasa kian terhakis dan tidak menjadi budaya dalam kalangan masyarakat. Hal ini terserlah apabila adab berbahasa dan berkomunikasi semakin tidak beretika menghampiri kebiadaban berbahasa dan bertatasusila. Jika hal seumpama ini berpanjangan, maka bangsa kita akan luntur jati diri. Seseorang itu akan dilabelkan rendah moralnya apabila tidak mengamalkan kesantunan dan tidak cukup ajar tingkah lakunya ketika berurusan dengan individu lain. Perkara ini dapat kita bayangkan jika seseorang menggunakan bahasa yang kesat ketika berkomunikasi dengan kita. Perlakuan itu membuatkan kita berasa geram dan menganggap orang tersebut sebagai orang yang biadab dan tidak berakhlak.
Perkara yang menghimpit masyarakat alaf baharu ini mempunyai hubung kaitnya dengan perkembangan teknologi moden yang menyebabkan generasi muda semakin tidak mempedulikan kewajipan menghormati orang lain. Kita harus sedar bahawa tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, pangkat atau darjat, budi bahasa dapat melambangkan jati diri kita yang sebenar sebagai masyarakat yang bertamadun.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Budi Bahasa Rapuh Cerminan Individu Toksik’ oleh Abd. Kadir Mohd Ayub, *Dewan Masyarakat*, Bil. 02/2023.
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**BUDI BAHASA BUDAYA KITA**
Ibu bapa dan kaum keluarga
saudara terdekat jiran tetangga
sayang menyayangi sesama kita
ketulusan ikatan sepanjang usia.
Para guru rakan sekolah
turut warnai kehidupan kita
ilmu ditimba, akhlak disemai
pergaulan sihat peribadi ceria
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
jika tiada jujur dan ikhlas
pandangan serong masyarakat luar
pembangunan negara nescaya bantut
ekonomi merudum, rakyat merana.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.