Baca petikan di bawah dengan teliti.
Komunikasi yang berkesan akan mengelakkan daripada timbulnya rasa benci. Pertengkaran sesama ahli keluarga boleh mengundang perbalahan dan perasaan marah yang berpanjangan. Selain itu, hubungan yang erat antara keluarga dengan masyarakat tentu sahaja akan melahirkan perasaan sayang. Keluarga yang bahagia menyebabkan suasana kekeluargaan lebih mesra. Jika kita hidup dengan menjaga hubungan baik, tentu saja tidak akan takut akan ancaman daripada pihak lain. Hal ini disebabkan oleh hubungan baik itu sendiri akan memberikan impak yang sangat positif dalam kehidupan bermasyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sejarah kepada Remaja’ oleh Hasrul Hosshan, *Dewan Siswa*, Bil 3, 2021
Senaraikan **empat kata adjektif perasaan**. Kemudian anda dikehendaki **membina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif perasaan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Nek Sinah:** <u>Nak Aiman, jemputlah makan</u>. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.
**Aiman:** <u>Jangan panggil saya nak Aiman</u>. Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
**Nek Sinah:** Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. <u>Tetapi, tolong hormat nenek sebagai orang tua</u>. Tadi, Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
**Aiman:** Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk. Macamlah esok dah nak kiamat.
**Nek Sinah:** <u>Usah berkata begitu, Aiman</u>. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
**Aiman:** <u>Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini</u>. <u>Jangan menyibuk di sini</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam, antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenal pasti dan tulis jenis ayat perintah yang bergaris sama ada **ayat silaan, ayat permintaan, ayat larangan dan ayat suruhan.** Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.
Ayat : Sila ikut saya.
Jenis Ayat : Ayat silaan
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin semula bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Tarikh 31 Ogos 1957 sentiasa dipahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Tanah Melayu dibebaskan daripada genggaman penjajahan British selepas dijajah hampir 500 tahun. Penjajahan ini berlaku melalui beberapa siri kedatangan penjajah bermula dengan lain-lain kuasa seperti Portugis, Belanda, British dan pendudukan Jepun sebelum kedatangan British semula. Pada tarikh 16 September 1963 pula, negara Malaysia dibentuk secara resmi setelah melalui fasa konfrontasi Indonesia dan Filipina yang menuntut kepulauan Borneo atas beberapa faktor-faktor seperti geopolitik dan persejarahan.
5 分
Bahan 2
Daripada : [email protected]
Pada : [email protected]
Subjek : Petua Nenek
Damia,
Apa khabar awak di sana? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Awak tahu tak bahawa bunga raya berwarna putih boleh menjadikan ubat? Nenek saya menggunakan bunga raya putih sebagai alat tuam untuk merawat bisol dan bengkak. Di sekeliling rumah nenek saya juga ada banyak pokok kaduk. Namun, saya hampir keliru untuk membezakan di antara daun kaduk dengan daun sirih kerana rupa parasnya yang hampir sama. Nenek memberitahu saya, akar pokok kaduk digunakan untuk merawat gigi sakit, batuk dan kulat pada kaki.
Sahabatmu,
Noreen
Dipetik dan diubah suai daripada *Herba Jadi Ubat*, Halaman 56, Buku Teks Tingkatan 4
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis petikan tersebut semula dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Alif meninggalkan kampung halaman kerana sering bergaduh dengan adik-beradiknya. Walaupun dia telah mencapai kejayaan dan hidup selesa di perantauan, namun ingatan terhadap kampung halaman masih membara. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia meminta maaf kepada adik-beradiknya atas kesalahannya yang lalu. Kini, hubungan mereka semakin baik dan mesra.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan amat berkait rapat dengan perkembangan kehidupan seseorang itu. Kerjaya juga adalah kerja yang berterusan atau berkesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Kebanyakan graduan yang menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah semestinya mengharapkan mereka akan memperoleh kerjaya yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka semasa di universiti.
Namun realitinya, tidak semua graduan bernasib baik dan berjaya memperoleh pekerjaan sebagaimana yang diinginkan kerana pelbagai faktor seperti kesukaran memperoleh pekerjaan, ganjaran yang tidak setimpal, faktor dorongan atau halangan keluarga dan sebagainya. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting bukan sahaja dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang individu, malah menjamin kepuasan hidup yang didambakan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menempa Laluan Kerjaya Sendiri’ oleh Megat Solleh, *Dewan Siswa*, Februari 2024
**Bahan 2**
Pemilihan kerjaya yang sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di Malaysia. Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin menceburkan diri dalam kerjaya yang diminati ataupun tidak.
Perkara ini berlaku kerana pilihan kerjaya menunjukkan bahawa individu telah menjalani proses membuat keputusan, bahawa mereka telah meninjau bidang kerja, telah menguasai kecekapan yang diperlukan, *memperoleh pegangan* tentang perkara yang membawa rasa kepuasan serta mencari alternatif untuk memenuhi kepuasan hidup dan profesion yang dilakukan. Walau bagaimanapun masih ramai yang gagal dalam mendapat pekerjaan kerana kesilapan dan salah langkah dalam membuat pilihan kerjaya dan individu tidak mempunyai karakter yang bersesuaian dengan kerjaya yang dipilih. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang enteng.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Memperkasakan Kebolehpasaran Graduan’ oleh Sabri Mohamad Sharif, *Dewan Masyarakat*, Disember 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *memperoleh pegangan*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah faktor-faktor seseorang itu tidak berjaya mendapat pekerjaan yang diimpikan?
3 分
iii
Pemilihan sesuatu kerjaya sangat penting dalam mencapai kejayaan hidup.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang boleh dilakukan sebelum menempuh alam pekerjaan?
4 分
iv
Rakan anda baharu sahaja berjaya dalam temuduga di beberapa buah syarikat yang menawarkan pekerjaan idamannya. Namun begitu, rakan anda berasa keliru untuk memilih syarikat yang terbaik sebagai permulaan dalam alam pekerjaan ini.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantunya membuat pilihan.
3 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Setibanya di kedai aku terus mencari barang yang dipesan oleh ibu. Aku sangsi untuk meletakkan semua barang di atas kaunter kerana risau duit tak cukup. Risau jika terlebih belanja. Formula tambah dan tolak terus berselirat dalam otakku ditambah dengan pelekat-pelekat harga yang bersilih ganti menerjah minda.
“Pak Cik Ling, kira satu demi satu, ya! Saya risau kalau duit tak cukup.”
“Semuanya RM48.00.”
Peluh halus terasa di seluruh badan sehingga menerbitkan rasa sejuk. Aku mengira wang berkali-kali.
“Pak cik, er… saya hendak beli beras lima kilogram sahaja, jadi tak beli kicap.”
“Bukan itu barang yang ibu kamu pesan?”
“Er…sebenarnya ibu minta saya beli beras lima kilogram, kicap dan telur tapi duit saya tak cukup.” Rendah suaraku.
“Ayah kamu baik orangnya, sanggup bantu pak cik tak kira apa jua keadaan, Mal. Nada suara Pak Cik Ling beransur rendah sambil mengikat plastik barang-barang seraya berkata, “Ambil saja barang ini, bagi jer, Mal. Ayahmu dah tolongku membaiki bumbung kedai ini walaupun ada kerja lain pada waktu tu. “ Aku terkelu, lalu menyimpan semula wang tersebut setelah mengucap terima kasih.
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen ‘Lima Puluh Ringgit dari Kocek Ayah’ oleh Ilya Alias, *Dewan Siswa*, Bil. 05/2021
**Bahan 2**
**Pantun Muhibah**
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara berbilang bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Pelbagai keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang berpadu.
Dipetik dan diubah suai daripada Koleksi Pantun 7 Tema Pantun Melayu
**Bahan 3**
**Sajak Perpaduan**
Mari kita dendangkan,
wadah perpaduan diperdengarkan,
mengikut gerak lagu mesra dialunkan,
tanda muafakat membawa berkat.
walau berbeza rupa, biar tak sama lenggok tarinya,
namun gerak seia sekata,
berteduh di bawah payung mahkota.
Rakyat bersatu tonggak perpaduan,
sopan dan santun menjadi amalan,
budaya kita dipandang mulia,
jadi sebutan kebanggaan Malaysia.
dengan penuh semangat setia kawan,
berdiri megah di bawah satu bendera.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, mengapakah aku berasa sangsi?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan amalan-amalan baik yang terdapat dalam kehidupan bermasyarakat.
4 分
iii
Memupuk perpaduan kaum bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilakukan. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan?
3 分
iv
Anda telah berpindah ke sebuah kawasan kejiranan yang baharu. Namun, akibat kesibukan bekerja, anda masih belum mengenali jiran di kawasan tersebut. Anda berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan jiran-jiran anda yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Sebagai seorang jiran baharu, nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran anda?
4 分
810 分
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Sebelum pemuda itu dihantar ke hospital besar yang sebenarnya sebuah hospital sakit jiwa, dia telah diberikan segelas susu yang sudah dicampurkan dengan sedikit ubat penenang.
>
> Kemudiannya, mereka ketahui juga cerita sebenar tentang pemuda tersebut. Rupa-rupanya, pemuda itu ialah bekas penuntut di sebuah universiti tempatan dalam jurusan perubatan juga. Namun, dia gagal dalam peperiksaan semester terakhirnya. Akibat desas-desus negatif yang timbul daripada jiran tetangga, tekanan yang tidak henti-henti daripada keluarganya dan juga teman wanitanya yang berpunca daripada kegagalan itu, akhirnya pemuda itu mencari tempat pelarian. Lari sehingga dia dianggap sebagai seorang yang hilang akal. Sekurang-kurangnya, begitulah yang diceritakan oleh ibu tua Unong Siron kepada para doktor dan jururawat yang kelihatan tekun mendengar ceritanya itu.
Dipetik daripada novel *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Nyatakan cerita sebenar tentang pemuda seperti yang diceritakan oleh ibu tua Unong Siron kepada para doktor dan jururawat?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab dalam kehidupan bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Secara umumnya, sukan air merupakan suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Aktiviti sukan air boleh dilakukan di tepi pantai, jeram, kolam dan taman tema air. Kini, sukan air telah menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat dunia. Antara sukan air seperti luncur jet, luncur air, bersnorkel, berkayak ataupun selam skuba. Penglibatan golongan remaja dalam sukan air sememangnya memerlukan stamina, kecergasan fizikal dan kecerdasan mental selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertandingan sukan air yang dianjurkan.
Menurut kajian, aktiviti sukan air membolehkan seseorang memiliki berat badan yang ideal. Selain itu, peminat sukan air dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Bagi mereka yang suka berenang pula, kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti South Carolina Amerika Syarikat mendapati bahawa jangka hayat perenang kemungkinan lebih panjang berbanding dengan atlet lain seperti olahraga. Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Oleh sebab kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta mestilah mematuhi arahan yang diberikan. Bagi sukan air secara berkumpulan, berada di dasar laut sudah pasti dapat memupuk sikap saling mempercayai antara satu sama lain.
Bagi menggalakkan aktiviti sukan air di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh menganjurkan aktiviti sukan air di peringkat antarabangsa. Aktiviti ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana mempunyai banyak faedah. Di samping itu, pihak kerajaan juga seharusnya menyediakan kemudahan sukan air yang lengkap bagi mewujudkan platform sukan air yang berprestij di rantau ini. Sesungguhnya, perkembangan bidang sukan air menjadi platform terbaik untuk memacu negara ke arah yang lebih cemerlang di persada dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan sukan air’ oleh *Dewan Bahasa dan Pustaka*, Kuala Lumpur, 2019.
**Bahan 2**
**Pantun Jangan Berlengah**
Kerjasama diraikan hasil cemerlang,
Semangat berani tanggungjawab digalas,
Dahulu sukan amat dijulang,
Sikap kini menjadi malas.
Tenaga dicurahkan menabur bakti,
Tanda efisien tidak terbilang,
Minat bersukan di pinggir hati,
Peranti moden jadi penghalang.
Setiap langkah bonda berpesan,
Ilmu dibaja menyumbang jasa,
Suka berlengah menjadi alasan,
Sibuk bekerja tiada masa.
**Zaidah**
Julai 2024
Johor.
**Bahan 3**
Baca petikan dan teliti bahan grafik serta pantun yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.