Baca petikan di bawah dengan teliti.
Keluarga bahagia menjadi teras keluarga yang cemerlang. Kerjasama setiap ahli keluarga diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Jika seisi keluarga hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan, nescaya segala elemen negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau perceraian yang menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Ahli keluarga perlu bersama-sama menyempurnakan tanggungjawab masing-masing seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya demi memastikan kehidupan yang lebih sejahtera. Oleh hal yang demikian, seisi keluarga sama ada tua atau muda perlu bersatu hati mendukung aspirasi ini. Demi kerukunan dan kedamaian keluarga, seluruh anggota keluarga haruslah sentiasa bermuafakat dan berganding bahu dalam apa-apa jua keadaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pentingnya Keluarga Bahagia’ oleh Thaarmaaraj a/l Ramanathan, *Dewan Siswa*, Bil.04 2020
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata majmuk** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Harimau betina boleh melahirkan anak pada usia tujuh hingga 15 tahun.</u> <u>Harimau betina mampu melahirkan anak antara 18 hingga 24 ekor.</u> Anak harimau tinggal bersama-sama ibunya hingga usia dua tahun setengah sebelum hidup berasingan. <u>Ibu harimau mengajar anaknya memburu mangsa pada usia 18 bulan.</u> <u>Kebolehan berburu penting untuk kelangsungan hidup anaknya.</u> Harimau mampu menjadikan mamalia yang sebesar lima kali ganda daripada berat badannya sebagai mangsa. Harimau menandakan kawasan keliaran dengan rembesan air kencing dan cakaran di pokok. <u>Harimau telah menjadi simbol rasmi kerajaan Malaysia.</u> <u>Harimau digunakan dalam Jata Negara.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia
Tukarkan **ayat tunggal** yang bergaris kepada **ayat majmuk** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
6 分
Bahan 2
Kehidupan mewah dan kerjaya yang glamor dipercayai antara penyebab ramai anak muda, khususnya keluaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpukau dengan karier sebagai pempengaruh. Mereka sanggup mengenepikan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Kerjaya yang anak muda dambakan ini belum tentu dapat menjamin masa depan. Keputusan mereka untuk memilih kerjaya sebagai pempengaruh boleh mendatangkan risiko kekurangan tenaga mahir dan professional kepada negara. Terdapat kebarangkalian mereka bukan berjaya meraih populariti yang diinginkan, selain mereka perlu ada rupa menawan dan berbakat. Oleh itu, berbagai pihak perlu memberikan pendedahan lebih awal kepada anak muda dalam pemilihan kerjaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lepasan SPM Lebih Rela Jadi Influencer’ *Harian Metro Online*, 8 April 2023
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam Antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Cikgu Rina:** Saya telah menerima maklumat bahawa ada dalam kalangan ahli pasukan kita telah membocorkan strategi pasukan kepada pihak lawan. Sikap ini ibarat \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_.
**Pelajar:** Kami minta maaf cikgu. Kami juga tidak menyangka, hanya kerana seorang yang melakukan kesilapan ini seperti \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_ telah menjejaskan imej pasukan kita.
**Cikgu Rina:** Saya berharap kesilapan ini tidak berulang lagi dan dapat dijadikan pengajaran agar \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_.
**Pelajar:** Baiklah cikgu. Kami berjanji akan sentiasa mendengar nasihat dan pesanan cikgu.
Kenal pasti dan isikan tempat kosong dengan **peribahasa** yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Perasaan marah dikatakan suatu bentuk emosi yang lumrah. Ibu bapa yang sering memarahi anak-anak akan mendatangkan implikasi buruk kepada anak-anak mereka. Perlakuan ini akan meningkatkan risiko kesihatan mental apabila mereka meningkat dewasa. Anak-anak yang sering dimarahi oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang antisosial. Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa melepaskan kemarahan atas pelbagai faktor. Jadi, anak-anak yang sentiasa dimarahi ketika kecil, mungkin membesar menjadi seorang yang panas baran. Sesungguhnya, ibu bapa yang bijak mengawal kemarahan di hadapan anak-anak mampu *menunjukkan teladan* yang baik kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengawal Kemarahan Semasa di Hadapan Anak’ *Blog Tasneem Natural*, 23 Disember 2021
**Bahan 2**
Kemarahan lazimnya berlaku apabila seseorang itu gagal mengawal emosi ketika berhadapan dengan konflik. Kegagalan mengawal perasaan ini akan menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan diri seperti degupan jantung menjadi laju, proses pernafasan menjadi cepat dan lebih teruk lagi tekanan darah meningkat. Perasaan marah yang keterlaluan turut menyebabkan hormon adrenalina dan noradrenalina meningkat sehingga otot tubuh menjadi tegang. Dr. Alinah Athman, seorang pakar psikologi menyatakan bahawa emosi amarah akan menjadi konflik yang lebih rumit apabila tidak ditangani secara berhemah. Dalam kehidupan berumah tangga, kemarahan yang tidak dikawal akan mengakibatkan keadaan rumah tangga porak-peranda sehingga boleh menyebabkan perceraian dan kematian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tangani Hala Tuju Amarah’ oleh Nurul Husna Mahmud, *Harian Metro Online*, 2 September 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *menunjukkan teladan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, berikan kesan-kesan apabila seseorang itu gagal mengawal kemarahan.
3 分
iii
Masyarakat kini sukar mengawal kemarahan walaupun melibatkan isu yang kecil.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu mudah marah?
3 分
iv
Seorang rakan anda gagal mengawal emosi apabila menghadapi sesuatu masalah sehingga dia bertindak agresif terhadap rakan sekelas.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda mengatasi masalah tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Baru Farid faham, menjual batik bukan seperti menjual barangan elektrik atau elektronik yang rata-rata canggih. Dibuat pula dengan bantuan robot.
Batik asli lain. Tangan manusia yang berjiwa seni yang menghasilkannya. Cetusan hati yang gemarkan keindahan yang mengilhamkan corak-corak tradisi yang unik dan menawan. Benar kata ibunya, sekali gus menjelaskan bahawa batik sebagai barang dagangan yang bukan sebarangan objek. Batik mewakili nilai yang tersendiri iaitu nilai seni dan keindahan. Kemahiran tangan pembatik yang tidak kenal pendidikan formal tetapi sentuhan seninya mampu *memikat jiwa* pelanggan yang peka akan keindahan. Bukankah pada setiap helai batik yang apa-apa pun coraknya, memancarkan nilai seni dan budaya yang tinggi?
Dipetik dan diubah suai daripada novel *Hempasan Ombak* oleh Zailiani Taslim, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017
**Bahan 2**
**PANTUN KRAF TANGAN MALAYSIA**
Pohon berangan pohon angsana,
Terbang tinggi si burung helang;
Kraf tangan tinggalan orang lama,
Warisan pertiwi terus dijulang.
Buah kuini buah rambutan,
Dijual orang di tengah kota;
Halus seni kraf tempatan,
Pusaka moyang kebanggaan kita.
Berbaju kebaya nampak santun,
Jari berinai bercincin suasa;
Keunikan budaya turun-temurun,
Tingginya nilai leluhur bangsa.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *memikat jiwa*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan keistimewaan-keistimewaan kraf tangan.
3 分
iii
Kraf tangan kurang popular dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah mempopularkan produk kraf tangan?
4 分
iv
Kelab Seni dan Budaya sekolah anda akan mengadakan Minggu Kraf Tangan Malaysia. Walau bagaimanapun, sambutan daripada murid-murid kurang menggalakkan.
Sebagai pengerusi kelab, bagaimanakah anda dapat menarik minat murid-murid menyertai program tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Selepas itu, dia ke bawah. Dia sedih, yang ditunggu belum tiba. Dia tidak sanggup menghadapi perpisahan tetapi berasa riang kerana anak kampung sepertinya bakal ke negara matahari terbit.
>
> Dahlia kemudian bersalaman dengan tetamu yang ada. Kedua-dua orang tuanya dipeluk, begitu juga adik-adiknya.
>
> “Belajar betul-betul. Nanti pandai, jangan lupa balik kampung,” pesan Tauke Lim. Manakan boleh dia melupakan kampung, mahu dibalas kata-kata itu tetapi kesedihan benar-benar telah menguasai dirinya.
>
> “Tahniah dan satu kebanggaan yang tidak akan saya lupakan,” luah Cikgu Hisyam.
>
> “Jangan lupakan Allah, Lia. Satu lagi, di mana-mana kita berada, sedarlah kita orang Melayu,” pesan Embong. Sedih tidak dapat melihat jari manis anaknya bersarungkan cincin.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan pesanan-pesanan yang disampaikan kepada Dahlia berdasarkan petikan novel di atas.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Tirani* karya Beb Sabariah
(f) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(g) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca bagi setiap novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 - Petikan**
Remaja di negara ini dikatakan semakin kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara faktor remaja kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran ialah tiada perancangan masa depan. Remaja berpendapat bahawa mereka hanya perlu menamatkan pendidikan pada peringkat menengah sahaja. Situasi ini semakin meruncing apabila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya yang suka berseronok.
Selain itu, adanya pilihan kerjaya alternatif tanpa memerlukan kelulusan akademik yang tinggi turut menyebabkan isu ini menjadi-jadi. Mereka lebih cenderung untuk berniaga, mencipta kandungan media sosial atau menjadi pemandu *e-hailing* yang menjanjikan pendapatan lumayan. Di samping itu, kursus yang ditawarkan di universiti tidak sesuai dengan minat remaja. Bagi menggalakkan remaja meneruskan pelajaran, beberapa langkah boleh dilakukan. Antaranya, pihak sekolah mengundang pakar-pakar untuk memberikan informasi tentang laluan pengajian selepas SPM. Informasi yang diberikan amat penting untuk membantu remaja mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang pengajian di universiti.
Pada masa yang sama, kerajaan menyediakan program pembangunan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk menggalakkan para remaja meneruskan pelajaran terutama bagi mereka yang tidak meminati pembelajaran akademik. Kursus-kursus yang ditawarkan di pusat pengajian tinggi perlulah relevan dan praktikal dengan kebolehpasaran agar mereka lebih mudah mendapatkan pekerjaan. Hal ini akan memberikan ruang kepada remaja untuk memilih bidang dan institusi yang diminati oleh mereka. Ibu bapa dan keluarga seharusnya memberikan sokongan moral kepada anak-anak yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Kesimpulannya, remaja hendaklah bijak merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana banyak kebaikan yang bakal diperoleh dalam mengharungi kehidupan mendatang selari dengan kemajuan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tangani Isu Remaja Tidak Minat Sambung Belajar’ oleh Editor Edisi 9, *Blog Edisi 9*, 14 Disember 2023
**Bahan 2 - Grafik**
**Bahan 3 - Sajak**
**PELAYARAN MENGEJAR ILMU**
Ilmu itu
mendewasakan akal
membezakan jahat dan batil
yang tersurat dan tersirat
antara dosa dan pahala.
Dalam lelah pelayaran
mengejar ilmu
ayah bonda menjadi juragan
membimbing zuriat tercinta
menentu hala tuju
melakar kejayaan.
Dalam sabar menebar ilmu
sang guru sentiasa
memotivasi murid meneruskan legasi
meneroka ilmu duniawi ukhrawi
tanpa mengenal jemu dan benci.
*SifuJie*, 2021
Teratak Semilir Kasih
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.