Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sejak berabad-abad dahulu, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah berkembang dan menggunakan berbagai-bagai istilah asing untuk memperkaya kosa katanya. Malah sebelum era penjajahan, bahasa Melayu telah meminjam beberapa istilah daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Perkembangan ini lebih ketara apabila kita memasuki satu zaman baharu iaitu zaman teknologi maklumat. Dari sudut peminjaman bahasa, kini kedudukan bahasa Melayu agak kritikal kerana sebahagian daripada bahasa asing masing-masing sudah menodai kemurniannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sejarah Bahasa Melayu’ oleh Abdul Rashid, Utusan Publication & Distributors, 2006
Senaraikan **empat kata bilangan**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Kebanyakan pulau di negara ini masih terpelihara alam semula jadinya. Kerajaan menggazetkannya sebagai Taman Laut Negara. Penubuhan taman laut bertujuan melindungi pelbagai habitat. Penubuhan taman laut bertujuan melindungi hidupan marin akuatik. Ketua Pengarah Perikanan berkata usaha-usaha memupuk kesedaran tentang penjagaan laut mulai menampakkan hasil. Taman laut menjadi pilihan utama pelancong bagi menikmati sendiri keindahan dasar laut. Taman laut menjadi penyumbang terbesar dalam industri pelancongan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Kaya Spesies Marin’ oleh Zaitie Satibi, Harian Metro, 4 Ogos 2019
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi **tiga ayat** sahaja dengan menggunakan **kata hubung yang sesuai** tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Seiring dengan peredaran masa, kaedah pendidikan berubah dan hubungan antara murid dengan guru berhadapan dengan isu baru. Murid berhubung dengan guru melalui aplikasi Telegram, Facebook, Instagram, Twitter, khidmat pesanan ringkas dan e-mel. Cabaran murid alaf ini dalam mengawal adab sopan dan tingkah laku terutamanya penggunaan bahasa di dalam media sosial. Murid wajar menggunakan bahasa laras yang betul ketika berhubung dengan guru. Penggunaan bahasa rojak perlu dielakan walaupun penggunaannya popular dalam media sosial. Komunikasi murid hendaklah dimulakan dengan teguran atau ucapan selamat. Murid perlulah mengelakan penggunaan bahasa singkatan atau slanga. Selepas murid menghantar pesanan kepada guru, mereka tidak boleh beranggapan bahawa guru akan memberikan respon yang terus.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Adab Berbahasa dan Media Sosial’ oleh Kamal Azmi Abd Rahman, *Dewan Bahasa*, Bil. 10/2019
6 分
Bahan 2
Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) harus peka memilih bidang pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Kajian menunjukkan, kegagalan utama graduan mencari pekerjaan antara lain-lainnya berkaitan dengan pilihan bidang pengajian yang bukan menjadi keperluan asas pasaran kerja atau berlaku lambakan graduan dalam bidang berkenaan. Pemilihan bidang adalah perkara paling penting sekali kepada semua orang pelajar, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi agar bukan menyumbang kepada penganguran selepas tamat pengajian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pilih Bidang Pengajian yang Sesuai’ oleh Suzianah Jiffar, BH Online, 9 September 2019
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah paduka Bentara itu.”
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun berlayarlah.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai aur dengan tebing. Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan cepat kaki ringan tangan untuk menempa kecemerlangan kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kita sedia maklum bahawa, resipi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Senaraikan **tiga** peribahasa dalam petikan tersebut, kemudian berikan peribahasa lain yang **hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Memiliki golongan remaja yang meminati sukan bukanlah tiket menjadi kuasa besar sukan dunia. Banyak negara tidak mampu *membangunkan potensi* anak muda mereka akibat pelbagai masalah. Situasi ini juga terjadi di Malaysia. Meskipun negara mempunyai beberapa infrastruktur sukan yang canggih, tetapi kemudahan ini tidak menyeluruh. Kebanyakan majlis sukan negeri tidak mempunyai kemudahan sukan yang memudahkan atlet muda menjalankan latihan yang berkesan. Hal ini sudah pasti menjejaskan perkembangan bakat dan potensi atlet remaja pada peringkat akar umbi. Mereka yang cuba mengambil inisiatif sendiri pula sering menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa menampung kos latihan sendiri dan bayaran khidmat jurulatih.
Atlet muda juga sering terpalit dengan isu 'doping' walaupun pelbagai program pendidikan dan kesedaran 'antidoping' dijalankan secara berterusan. Selain itu, masalah pembangunan atlet remaja juga terpalit dengan masalah amalan rasuah. Kebanyakan amalan rasuah melibatkan aktiviti mengatur perlawanan. Pada tahun 2018, dua pemain badminton profesional remaja negara digantung daripada menyertai sebarang kejohanan masing-masing selama 15 hingga 20 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana mengatur perlawanan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembangunan Atlet Remaja Negara’, *Sinar Harian*, 12 Jun 2019
**Bahan 2**
Negara ini tidak pernah ketandusan bakat baharu bertaraf dunia baik dalam sukan olahraga, badminton mahupun bola sepak. Ramai atlet muda yang berbakat, namun begitu ke manakah hala tuju mereka? Malang sekali apabila wujudnya masalah kerenah birokrasi dalam kepimpinan persatuan sukan yang berpunca daripada kepentingan peribadi sehingga menghancurkan masa depan atlet muda yang berbakat. Hal inilah yang menjadi masalah dan dilema dalam sukan negara sehingga tumpuan kepada pelaksanaan program atlet tidak berkesan.
Terdapat segelintir atlet muda yang tidak berdisiplin sehingga menjejaskan aksi di gelanggang. Mereka tidak mengikuti sesi latihan, tidak mengikut arahan dan bersikap sambil lewa. Selain itu, atlet negara juga tidak mempunyai daya saing yang tinggi berbanding dengan atlet negara lain kerana rasa rendah diri masih melekat dalam diri mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia’ oleh Noor Muhammad Shakil Hameed, *Dewan Masyarakat*, Julai 2017.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *membangunkan potensi*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan masalah-masalah dalam pembangunan atlet remaja negara.
3 分
iii
Penyertaan murid-murid dalam acara sukan sememangnya memberikan pelbagai faedah kepada mereka.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah bersukan kepada murid-murid?
3 分
iv
Anda merupakan atlet sukan yang sangat berbakat dan sering mengharumkan nama sekolah dalam acara sukan yang disertai.
Sebagai atlet yang berjaya, apakah yang boleh anda lakukan untuk menarik minat rakan-rakan anda supaya melibatkan diri dalam bidang sukan sekali gus mewakili sekolah ke peringkat yang tertinggi?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta tahun iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi, tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya.
'Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun', kata Pak Tua, sendirian sambil memejamkan mata.
Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa. Timbunan batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terenjut-enjut ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dengan Disember sering membina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu.
Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ oleh Sasjira, *Antologi Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka.
**Bahan 2**
**TENTANG ALAM**
> Seindah mentari pagi,
> Hidup ini indah,
> Hidup ini sesegar rumput menghijau,
> Seandainya manusia menghargai alam.
>
> Kini,
> Suramnya mentari,
> Kaburnya pandangan,
> Dedaun menguning,
> Gondolnya bukit menyembah bumi,
> Kelodak menyekat aliran.
>
> Semua ini,
> Kerana rakusnya manusia,
> Jahilnya manusia tentang alam,
> Mengejar pembangunan,
> Menidakkan rintihan alam,
> Yang sewajarnya dipertahankan,
> Demi manusia sejagat di kemudian hari.
>
> Sedarlah manusia,
> Alam ini milik Dia,
> Namun tidak selamanya mampu bertahan,
> Seandainya manusia alpa,
> Tentang alam.
Elizeberth Yanty Anak Liben, Miri, Sarawak, *Dewan Siswa*, Bil. 05/2018.
**Bahan 3**
**PANTUN ALAM SEKITAR**
> Hikmatnya talam diletak bara,
> Jatuh di tanah tertimpa sarang;
> Bencana alam melanda negara,
> Hingga memusnah segala barang.
>
> Anak teruna duduk tertunggu,
> Mata tertumpu tiga pemanah;
> Habitat fauna kian terganggu,
> Menjadi pupus tiada khazanah.
>
> Negeri Kembayat makmur di Hulu,
> Terkenal buana padi sebendang;
> Ekonomi rakyat terjejas selalu,
> Angkara bencana datang bertandang.
MANN, Jun 2024, Malim Nawar
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan sebab-sebab berlakunya kemusnahan alam sekitar?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan kemusnahan hutan akibat aktiviti manusia.
4 分
iii
Hutan amat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.
Pada pandangan anda, apakah peranan-peranan yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengelakkan kemusnahan hutan di negara ini?
3 分
iv
Pada cuti persekolahan yang lepas, anda dan rakan-rakan telah mengikuti ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi sekolah anda. Semasa ekspedisi tersebut, anda dapat melihat kesan-kesan aktiviti penebangan hutan yang dilakukan secara haram.
Sebagai rakyat yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Walaupun ada sedikit perasaan gemuruh dalam dirinya tetapi Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik sekali. Setiap kali dia mengambil tempat di hadapan pentas itu, tepukan yang gemuruh bergema malah ada beberapa orang tua yang menyaksikan Haiqal menari dengan linangan air mata. Lazim turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya. Dia juga sentiasa bersorak memberikan kata-kata perangsang kepada Haiqal dan See Hwa. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan atas permintaan YB Datuk Saiful Azizi sendiri. Beliau begitu terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, mata Haiqal terpandang tiga susuk manusia yang cukup dikenalinya. Mereka berdiri di bahagian belakang balai tempat duduk penonton sambil tersenyum. Kehadiran tetamu istimewa itu langsung tidak pernah diduganya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan reaksi penonton yang menyaksikan persembahan tarian zapin secara berpasangan oleh Haiqal dan See Hwa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang menunjukkan kejayaan bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sekolah berasrama banyak terdapat di negara kita. Kebanyakan ibu bapa akan berusaha sedaya upaya untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah berasrama. Biasanya, waktu belajar yang telah diatur oleh pihak sekolah berasrama lebih padat berbanding dengan sekolah harian. Percubaan untuk menyesuaikan diri di sekolah asrama ini boleh menjadi suatu pengalaman yang sukar bagi seseorang remaja.
Di sekolah berasrama, selain belajar pada sesi persekolahan biasa, terdapat waktu yang telah dikhaskan untuk belajar pada waktu petang dan malam, malahan hujung minggu juga dapat digunakan untuk belajar bersama rakan-rakan. Perkara ini memberi kelebihan kepada pelajar asrama iaitu mereka mempunyai masa yang lebih untuk mengulang kaji pelajaran, melakukan kerja-kerja sekolah dan belajar.
Selain itu, sekolah berasrama juga membolehkan seseorang pelajar menjadi lebih berdikari. Pelajar yang tinggal di asrama mestilah belajar menguruskan masa mereka dengan sebaiknya seperti membahagikan masa untuk belajar, berehat, tidur, membasuh pakaian, dan sebagainya. Mereka juga bertanggungjawab untuk menguruskan wang saku mereka supaya wang tersebut mencukupi sehingga akhir penggal persekolahan. Hal ini akan membantu pelajar untuk lebih bertanggungjawab apabila dewasa kelak.
Namun begitu, para pelajar tidak boleh lari daripada berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri serta konflik dalam perhubungan. Kejadian buli sering berlaku di sekolah berasrama. Oleh itu, para pelajar perlulah mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan yang mengamalkan tingkah laku berisiko. Kawan-kawan seperti itu mungkin nampak seperti menyeronokkan. Namun begitu, mereka boleh merosakkan jati diri serta nilai-nilai murni seseorang pelajar yang lain dengan mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara yang terlarang dan tidak baik. Sebaliknya, jika dipandang dari sudut positif, pelajar dapat memperkuat keterampilan mereka dari segi sosial dan emosional dalam mempertahankan diri mereka daripada gejala negatif.
Kesimpulannya, kehidupan di sekolah berasrama memberi lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam mengharungi kehidupan di asrama. Sungguhpun ibu bapa dan penjaga berada jauh daripada pelajar, pelajar masih dapat menghargai dan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diajar sama ada sekarang mahupun pada masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menyesuaikan Diri di Sekolah Asrama’ oleh Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary, Portal My Health
**Bahan 2**
> Asrama Victoria Institution
> Jalan Hang Tuah,
> 55200 Kuala Lumpur.
>
> 20 Mei 2024
>
> Menemui sahabatku, Adrian, semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi saya di sini sihat-sihat sahaja.
>
> Saudara,
>
> Saya mendapat tahu bahawa saudara berminat untuk memasuki asrama di sekolah ini. Dalam surat ini, saya akan menceritakan pengalaman saya tinggal di asrama ini.
>
> Asrama Victoria Institution menempatkan murid lelaki pelbagai kaum. Di asrama ini, saya dapat bergaul dengan rakan-rakan daripada kaum lain. Antara rakan saya ialah Navein, Jason dan Qabil. Hubungan kami erat bagaikan isi dengan kuku.
>
> Di asrama ini, murid-murid mesti menjayakan pelbagai aktiviti secara bersama-sama. Kami sering mengadakan aktiviti gotong-royong untuk menjayakan sesuatu majlis.
>
> Sampai di sini sahaja corat-coret saya dalam warkah ini. Saya berharap agar saudara segera mengisi borang untuk memasuki asrama ini. Tidak sabar rasanya untuk menyambut kedatangan saudara ke asrama ini.
>
> Sekian, terima kasih.
>
> Sahabatmu,
> Yasir
(Dipetik dan diubah suai daripada Surat daripada Sahabat, *Persaudaraan Tanpa Sempadan*, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3)
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.