Baca petikan di bawah dengan teliti.
Rewang ialah satu budaya dan adat tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Jawa. Amalan rewang juga disebut sebagai gotong-royong untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Amalan ini memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan lancar, menjimatkan masa dan perbelanjaan. Penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti rewang dianggap penting. Jika tidak dapat hadir, mereka mesti memberi alasan yang munasabah. Rewang merupakan aktiviti yang meriah kerana kerja dilakukan sambil bergurau senda. Rewang mampu mengeratkan tali persaudaraan apabila saudara-mara yang jauh juga turut menyertai aktiviti ini. Setelah rewang selesai, mereka akan memasak bubur sumsum yang dibuat daripada tepung beras halus dan kuah gula melaka untuk dinikmati bersama-sama.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rewang membentuk masyarakat bersatu padu’ oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim, *Dewan Budaya* Bil. 4/2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata adjektif**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Bermain pedang sering dijalankan sebagai suatu acara sukan atau riadah. Sukan berpedang berasal daripada ilmu perang masyarakat zaman dahulu. Ciri utama yang membezakan sukan berpedang dengan latihan berpedang ialah pengiraan markah. <u>Latihan berpedang tidak mengambil kira faktor markah. Latihan ini mengasah kemahiran pemain tersebut.</u> Hal ini merupakan sebahagian daripada aktiviti asas sukan berpedang. Selain itu, <u>sukan berpedang mempunyai peraturan. Sukan ini mempunyai disiplin tertentu. Disiplin perlu dipatuhi oleh penggiat dalam bidang ini.</u> Penggiat yang tidak mematuhi disiplin akan berisiko untuk mencederakan diri sendiri dan lawannya di dalam gelanggang. Hampir semua permainan pedang di dunia ini berkongsi beberapa prinsip seni berpedang. Prinsip ini perlu dipelajari daripada sumber yang sah. Bukan itu sahaja, <u>tahap profesionalisme sukan berpedang juga perlu dipelihara. Sukan ini melibatkan senjata</u>. Oleh itu, bermain pedang mestilah diamalkan dengan kaedah yang betul agar tidak mendatangkan kemudaratan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemainan Pedang: Seni atau Sukan?’ oleh Tengku Nara Paduka, *Dewan Budaya* Bil. 9/2023
Gabungkan **ayat-ayat bergaris di bawah** supaya menjadi **tiga ayat** sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
6 分
313 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Bahan-bahan ini mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut semula.
Bahan 1
7 分
Bahan 2
Apabila kita memikirkan masa depan, pertimbangkan laluan kerjaya yang mempunyai pasaran kerja paling luas. Dengan penyelidik arah aliran pasaran kerja pada tahun-tahun mendatang, anda boleh menentukan kerjaya terbaik yang paling sesuai sungguh kerana seiring dengan minat atau kebolehan. Tiga bidang kerjaya yang dirangka mendapat permintaan tinggi pada tahun 2024 ialah pakar kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin memandangkan kedua bidang ini semakin maju. Golongan profesional dalam bidang ini akan memainkan peranan penting untuk melaksanakan AI dan algoritme serta model pembelajaran mesin. Kerjaya sebagai pakar keselamatan siber juga amat diperlukan lantaran lebih banyak organisasi menggerakkan operasi mereka secara atas talian. Ancaman serangan siber juga semakin meningkat. Oleh itu, pakar keselamatan siber memainkan peranan penting dalam melindungi organisasi daripada serangan siber demi memastikan keselamatan data. Sehubungan dengan itu, setiap individu harus berusaha ceburi bidang-bidang kerjaya ini.
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk. “Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi adalah antara isu kesihatan awam yang semakin membimbangkan terutamanya selepas pandemik COVID-19. Hal ini terbukti apabila statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial meningkat lima kali ganda pada tahun 2022 berbanding tahun 2020. Statistik ini menunjukkan keadaan yang amat mencemaskan seperti...............(i)...............kerana masalah kesihatan mental akan menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Selain itu, permasalahan kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri iaitu terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021. Isu ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Sebelum terlambat, usaha mengawal masalah ini harus dilaksanakan dengan segera sebagaimana kata peribahasa...............(ii)...............
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kesihatan Mental di Malaysia Semakin Membimbangkan’ oleh Raihan Mokti, Laman Web Rasmi MKN, 13 April 2023
Isikan tempat kosong yang terdapat dalam perenggan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Batik lukis terkenal di Kelantan dan Terengganu. Batik ini dikenali juga sebagai batik canting. Langkah menghasilkannya dimulakan dengan melakar corak batik menggunakan lilin panas di atas kain putih. Corak tersebut dilukis dengan tangan secara bebas. Di alam Melayu, batik lukis *mempunyai corak* bunga kerana agama Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Setelah selesai melakar, proses mewarna dilakukan mengikut kesesuaian corak dengan menggunakan berus cat. Melalui proses mewarna ini akan wujud benteng apabila bahagian yang terkena lilin tidak meninggalkan kesan warna.
Lakaran yang siap diwarnakan akan direndam di dalam sodium silikat untuk mematikan warna. Proses ini mengambil masa selama empat jam. Seterusnya, kain batik direbus untuk mencairkan lilin. Jelas sekali bahawa menghasilkan batik lukis berkualiti memerlukan kreativiti dan ketekunan yang tinggi daripada pembuatnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Batik Malaysia: Warisan Sepanjang Zaman’ oleh Nur Atiesya, *Dewan Budaya*, 3 Disember 2021
**Bahan 2**
Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik cap. Batik ini memerlukan penggunaan dua atau tiga blok berasingan untuk menonjolkan motif bunga pada sehelai kain. Menghasilkan batik blok dimulakan dengan memateri kepingan logam menjadi blok. Penghasilan blok batik berlaku dalam tempoh yang panjang dan melalui pelbagai gabungan idea.
Langkah seterusnya ialah meletakkan kepingan logam ke atas blok. Blok batik atau dipanggil juga sebagai sarang batik ini mempunyai pelbagai saiz dan berbeza berat. Terdapat lima jenis motif batik blok ialah flora, fauna, geometri, abstrak dan gabungan. Blok akan dicelup ke dalam cairan lilin dan dicapkan ke permukaan kain. Kepingan logam pada blok ini sangat dijaga. Hal ini dikatakan demikian kerana jika kepingan itu rosak maka kualiti kain batik akan terjejas.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Batik Blok Mungkin Berkubur’ oleh Nazdy Harun, *Berita Harian*, 9 Julai 2023
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mempunyai corak*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan langkah-langkah dalam menghasilkan batik lukis dan batik blok.
4 分
iii
Batik lukis dan batik blok merupakan salah satu kraf tangan yang unggul di Malaysia. Walau bagaimanapun banyak perusahaan batik tidak dapat bertahan lama.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku?
3 分
iv
Rakan anda merupakan seorang pengusaha batik lukis. Akhir-akhir ini beliau gagal menghasilkan corak batik yang menarik menyebabkan permintaan batiknya sangat merosot. Beliau telah menyuarakan masalah tersebut kepada anda.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk membantunya.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Nyawa saya juga pernah terancam. Keadaan yang cemas itu berlaku dalam satu operasi lain. Entah bagaimana saya telah ditawan oleh tentera Siliwangi dari Indonesia.
Nasib baiklah saya dapat berfikir dengan pantas pada saat-saat genting itu. Sebelum ditawan, saya sempat menukarkan pakaian seragam dan bertindak sebagai orang awam. Begitu juga dengan senjata, dapat saya buangkan terlebih awal bagi menyelamatkan nyawa saya.
Dipetik daripada novel ‘Kanang Cerita Seorang Pahlawan’ oleh Maznan Noordin, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
“Kita kena pindah ke bukit yang lebih tinggi. Air dah sampai ke khemah!”
Ripin terkejut. Air naik terlalu cepat. Seakan sekelip mata sudah sampai ke paras dada. Kalau perahu tidak ditambat, tentu hanyut entah ke mana. Dia segera memuatkan isteri dan anak-anaknya ke dalam perahu lalu mengayuh ke arah bukit yang lebih tinggi. Ripin mengerah tenaga melawan arus yang terlalu deras itu. Motosikal buruknya dibiarkan di situ.
Dipetik daripada cerpen ‘Ahmad Bah’ oleh Abham T.R, Antologi Puisi dan Cerpen *Bah Kuning*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 3**
**GURINDAM MUSIBAH**
Melihat musibah bak air di olak,
Kita terdedah hidup bergolak.
Kalau diri berhadapan musibah,
Pasti kecewa jikalau tak tabah.
Musibah datang tanpa dipinta,
Resah dirundung dek derita.
Andai musibah berlalu sudah,
Kelam berubah menjadi indah.
**Nor Hakira**
Mentakab, Pahang
i
Berdasarkan **Bahan 3**, nyatakan kesan-kesan apabila mengalami musibah.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah tindakan-tindakan yang diambil ketika berhadapan dengan ujian getir?
3 分
iii
Akhir-akhir ini didapati murid sekolah rendah yang mengalami gangguan kesihatan mental akibat gagal mengatasi tekanan hidup kian bertambah. Ada juga dalam kalangan mereka terpaksa berhenti sekolah.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
3 分
iv
Seorang rakan anda menghadapi musibah iaitu kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya. Anda berasa bimbang apabila mengetahui emosinya amat terganggu, lebih-lebih lagi tarikh peperiksaan semakin hampir.
Sebagai rakan yang bertanggungjawab, apakah langkah-langkah perlu anda ambil untuk mengatasi masalahnya?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Dengan sekali jenguk, disorotinya pula lorong yang menghala ke arah lif penghubung wad-wad mewah di PRPK itu. Juga tidak kelihatan sesiapa di situ. Lantas, dia melurut jari-jemarinya di celah-celah rambut, seraya mengeluh singkat.
>
> ‘Itu hanya ilusiku, sebuah ilusi yang terbit berulang kali, setiap kali diselubungi rasa letih yang bukan kepalang.’ Demikianlah Raiha memujuk rasa sayu dalam hatinya. Demikianlah pada perkiraannya.
>
> Tambahan pula, operasi penggantian sendi tulang pinggul yang baru sebentar tadi selesai dijalankan ke atas pesakit muda yang bernama Unong Siron itu, bukan sahaja memakan masa yang lama, malah turut memamah jiwa dan batinnya. Benar-benar suatu penyeksaan yang menguji diri Raiha semasa dia melaksanakan tugas itu, biarpun dirinya memiliki kemahiran dan juga kepakaran yang tidak kurang baiknya, jika dibandingkan dengan pakar bedah yang lain. Bagi Raiha, menghadapi pesakit yang semalang Unong Siron, mendera perasaannya sendiri.
>
> Dipetik daripada novel *Pantai Kasih* oleh Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perasaan Doktor Raiha apabila melakukan pembedahan terhadap pesakit yang bernama Unong Siron.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda kaji, jelaskan **satu** peristiwa yang sukar dilupakan oleh pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sungai merupakan sumber daya alam kepada kehidupan semua makhluk. Namun, masalah pencemaran sungai terus menjadi isu yang diperdebatkan saban waktu. Sebagai contoh, isu Sungai Rambai di Lukut, Negeri Sembilan menjadi polemik apabila tersenarai sebagai sungai tercemar di Malaysia. Pencemaran sungai ini disebabkan oleh najis khinzir yang dibuang terus ke sungai. Amat menyedihkan, Sungai Rambai merupakan sumber daya alam yang penting kepada penduduk di sekitarnya. Dalam hal ini, perundangan alam sekitar wajar dikaji semula dengan mengenakan tindakan lebih tegas kepada individu yang mencemarkan sungai. Hukuman yang ringan dan sesetengah pesalah terlepas daripada tindakan menyebabkan usaha mengatasi pencemaran sungai tidak berkesan.
Kita pasti membayangkan aliran tersekat, dipenuhi sampah, sisa makanan dan bangkai apabila menyebut tentang pencemaran sungai. Keadaan ini berlaku kerana segelintir masyarakat menganggap sungai sebagai tong sampah. Di Johor misalnya, purata sampah yang dibuang ke sungai utama, anak sungai dan saliran parit di bandar raya itu mencecah sebanyak 50 tan setiap bulan. Aplikasi sistem saliran bandar mapan (SUDS) perlu diperluas demi memastikan sungai mengalir dengan lancar. Hal ini disebabkan oleh SUDS mengambil kira faktor alam sekitar dan sosial di kawasan bandar. Lebih malang lagi, sungai yang terletak di kawasan hutan atau jauh daripada pembangunan turut tercemar kerana pihak tidak bertanggungjawab rakus membuka kawasan hutan. Akhirnya, kegiatan mereka akan memberi kesan buruk kepada kualiti sungai tersebut.
Selain itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 80 peratus air kumbahan dilepaskan ke dalam sungai telah mengundang berlakunya pencemaran. Air kumbahan daripada air sisa isi rumah, komuniti dan industri mengandungi pencemar fizikal, kimia dan biologi. Masalah ini dapat diatasi apabila air kumbahan dirawat atau disalurkan ke pembetung. Air kumbahan yang dirawat boleh digunakan untuk kegunaan lain, selain dilepaskan ke sungai atau ke laut. Paling asas, setiap individu perlu mempunyai kesedaran dalam memelihara dan memulihara sungai. Kalau bukan kita, siapa lagi yang harus membendung masalah pencemaran sungai ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaatkan Sains, Teknologi Urus Pemeliharaan Sungai’ Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, *Berita Harian*, 13 Oktober 2022
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Alias:** Awak tahu ke sungai di hujung kampung kita bertukar warna jadi hitam dan busuk kerana semua spesies ikan telah mati?
**Idris:** Tak tahu. Kenapa?
**Alias:** Sungai tu cemar kerana orang tuba ikan. Dari jernih menjadi keruh dan hitam. Ikan mati berapungan.
**Idris:** Sungai tu baru jernih dalam dua tahun ni, tercemar semula. Aduh…
**Alias:** Betul kata awak. Dulu cemar kerana orang ternak binatang di dalam sungai. Diternaknya itik beribu-ribu ekor. Sungai jadi kotor dan busuk.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.