Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Empat Belas (K14) dengan kerjasama pihak pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Rapat Rentasi Sempadan yang bertempat di Hatyai, Thailand. Objektif program ini adalah untuk mengetahui purata jumlah pendapatan penduduk miskin di kawasan perkampungan Bantaped Thepa, Songkhla Thailand. Sehubungan dengan itu, sesi penyerahan bantuan bahan makanan yang melibatkan produk pelbagai jenama Malaysia turut diadakan. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan pertandingan sukaneka untuk golongan lelaki dan bagi golongan wanita pula diadakan aktiviti senamrobik.
Kenal pasti dan **senaraikan empat kata akronim.** Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada **kata akronim** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Kamil:** (i) <u>Jemputlah masuk, Najmi</u>. Selamat datang ke rumah saya.
**Najmi:** Terima kasih atas undangan. Selamat hari lahir saya ucapkan kepada kamu, Kamil. (ii) <u>Kamu perlu menjaga kesihatan agar sentiasa sihat</u>.
**Kamil:** Terima kasih Najmi atas doa yang baik-baik. Semoga doa itu berbalik kepada kamu sekeluarga juga. (iii) <u>Silalah makan apa-apa yang terhidang</u>. (iv) <u>Usah kamu segan-segan pula</u>.
**Najmi:** Baiklah. Kamil, (v) <u>tolong tunjukkan singki</u>. Saya ingin mencuci tangan.
**Kamil:** Boleh. (vi) <u>Marilah ikut saya</u>.
**Najmi:** Terima kasih.
Nyatakan jenis ayat perintah yang bergaris sama ada **ayat permintaan, ayat suruhan, ayat larangan** atau **ayat silaan**.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
**TEKS UCAPAN PERASMIAN**
**SEMPENA HARI APRESIASI KELIMA SPM DAN STPM SESI 2022/2023**
- *Yang berusaha, Pengetua SMK Tanjung, barisan-barisan pengurusan sekolah dan guru-guru.*
- *Ahli-ahli Jawatan kuasa, para penerima anugerah dan murid-murid SPM dan STPM Sesi 2022/2023*
Salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta kerana dengan limpah dan izinnya, saya diberikan kesempatan bersua dengan tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang diraikan dalam majlis Hari Apresiasi Kelima SPM dan STPM Sesi 2022/2023. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah, khususnya pengetua atas kesudian mengajak saya untuk hadir pada hari ini. Saya amat bangga dan berbesar hati kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid yang diraikan pada petang ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Atur Cara Majlis Perasmian’ edu.my/files/
6 分
Bahan 2
Pada masa kini, kita mendapati bahawa peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi utamanya. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi juga dididik sebagai pewaris negara agar supaya menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam kontek ini, NKRA itu sendiri merupakan suatu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Dasar dan strategi yang telah dibukti berjaya pada masa lampau, tidak semestinya berkesan pada masa sekarang.
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benar seperti kata Tun Perak itu."
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, "Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri."
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Dalam iklan raya Elrah memaparkan ibu Helmi hanya mengasihi dan menyayangi anak-anak yang lain dan tidak menunjukkan kasih sayangnya terhadap Helmi. Hal ini terjadi mungkin kerana rupa dan perangai Helmi mirip bekas suami yang dibencinya menyebabkan ibu Helmi sukar menerima Helmi. Sebenarnya, dalam doanya, ibu Helmi sentiasa mengharapkan hubungan dia dengan Helmi kembali pulih. Akhirnya doa ibu Helmi dimakbulkan dan mereka kembali berbaik-baik. Helmi disayangi oleh ibunya dengan sepenuh hati seperti anak-anak yang lain.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
KUALA LUMPUR : EB Frozen Food merupakan antara pemain industri makanan sejuk beku yang semakin menjadi pilihan masyarakat di negara ini.
EB Frozen Food bukan sahaja menghasilkan produk yang berkualiti malah makanan sejuk beku yang dikeluarkan tahan disimpan lama kerana menggunakan mesin automatik yang membantu dari segi kepantasan dan ketekalan *kualiti produk* yang dihasilkan. Bagi menjamin produk yang berkualiti, pihak mereka sentiasa akan memastikan proses pengeluaran hinggalah kepada pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard serta piawaian yang ditetapkan.
Mereka menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang canggih pada kira-kira -40 darjah Celsius bagi menjamin produk makanan yang segar walaupun selepas penyahbekuan. Penyimpanan di bawah tahap negatif ini bertujuan supaya tidak merosakkan produk dari segi rasa, rupa bentuk dan tekstur produk.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘EB Guna Teknologi Canggih Hasilkan Produk Sejuk Beku Tahan Lama’, *sinarharian.com.my*, 9 Mei 2021
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *kualiti produk*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan manfaat-manfaat produk makanan sejuk beku kepada masyarakat.
4 分
iii
Industri makanan sejuk beku mendatangkan pulangan yang lumayan kepada ekonomi negara.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan untuk memperkasakan industri tersebut?
3 分
iv
Rakan anda baru sahaja menamatkan pengajian dan bercita-cita ingin menjalankan perniagaan makanan sejuk beku. Namun, dia tiada pengalaman dan tidak tahu tentang risiko yang terpaksa dihadapinya.
Sebagai usahawan yang berjaya, nyatakan tindakan-tindakan anda untuk membantu rakan memulakan perniagaan makanan sejuk beku?
3 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kagumnya saya mengenangkan hebatnya bangsa saya membina sebuah empayar besar yang dikagumi dunia. Hebatnya anak-anak bangsa dengan semangat cekal dan berani menukarkan tanah negeri yang dipenuhi hutan dan belantara menjadi pelabuhan dagang terhebat dan termasyhur yang dikunjungi ribuan kapal asing untuk berniaga.
Di situlah, lahirnya pejuang-pejuang yang mulus, pahlawan-pahlawan yang gagah berani dan perkasa serta pedagang-pedagang yang amanah dan bijaksana. Kesemua mereka ini gigih menempuh gelora lautan menakluki saujana dunia dari timur ke barat. Namun, kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul* karya Husna Nazri, *Dewan Bahasa dan Pustaka* 2014
**Bahan 2**
**Malaysia Tanah Airku**
Negara merdeka lagi berdaulat
Aman makmur lagi sentosa
Rakyat berbilang kaum bukan alasan
Satu Malaysia senada sekata
Pembangunan *bertambah pesat*
Bangunan tinggi mencakar langit
Lebuh raya berlingkar melintasi bukit
Hasil bumi bertimbun-timbun
Tapi sayang pemimpin dipimpin
Kerakusan ketamakan jadi santapan
Selamatkan Malaysia sejahterakan Malaysia
Oh Malaysiaku tanah airku
tempat tumpahnya darahku
*merdeka https://b.cari.com.my/forum*
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *bertambah pesat*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan bukti kehebatan sesuatu bangsa dan kemajuan sesebuah negara.
4 分
iii
Setiap negara pasti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemajuan.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah kemajuan sesebuah negara?
3 分
iv
Kawasan tempat tinggal anda masih ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan. Masih banyak kemudahan asas seperti dewan serba guna, jalan berturap dan taman permainan masih belum disediakan dengan lengkap.
Sebagai pemimpin masyarakat, apakah usaha-usaha yang akan anda ambil bagi mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Ketua inspektor, saya terima pesanan melalui telefon bimbit saya," Tan Sri Muhaimin berkata dan menunjukkan satu pesanan yang datang daripada seorang pengirim yang tidak bernombor.
>
> Tarik balik sebut harga Dedaun Emas. Jika tidak, terima padahnya.
>
> "Hubungi syarikat telekomunikasi dan kesan lokasi mesej itu," Ketua Inspektor Lim mengarahkan salah seorang detektifnya.
>
> "Tan Sri Muhaimin, sila tarik balik sebut harga Dedaun Emas dan minta Menteri Besar membuat sidang akhbar, sementara itu polis akan adakan gerakan mencari," begitulah nasihat Ketua Inspektor Lim kepada Tan Sri Muhaimin.
>
> "Selamatkan nyawa Muhammad Taufik dahulu dari jauh," Ketua Inspektor Lim memberi nasihat. Dalam mindanya, pada masa akan datang jika kes seperti ini terjadi, kawalan dan iringan polis diperlukan.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah nasihat-nasihat Ketua Inspektor Lim kepada Tan Sri Muhaimin?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menimbulkan rasa ingin tahu pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Malaysia kaya dengan hutan paya bakau. Hutan paya bakau banyak tertumpu di kawasan pantai berselut dan di muara sungai khususnya di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hutan ini merupakan kawasan yang mempunyai nilai produktiviti yang tinggi berbanding dengan hutan-hutan lain yang terdapat di negara kita. Hutan paya bakau boleh menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat sama ada dalam bentuk sumber perikanan, kayu arang dan ekopelancongan.
Hutan paya bakau berupaya menyerap sumber karbon lebih tinggi berbanding dengan hutan-hutan lain yang terdapat di negara ini. Keadaan ini berlaku kerana hutan paya bakau mempunyai pelbagai spesies pokok bakau seperti Bakau Kurap, Bakau Minyak dan Nyireh. Namun begitu, banyak kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna akibat tuntutan pembangunan dan ekonomi. Hutan ini telah ditebang dan tanahnya telah ditambak bagi membuka ladang pertanian seperti ladang kelapa sawit. Kita perlu sedar bahawa hutan paya bakau sangat penting kerana menjadi pelindung semula jadi daripada bencana alam seperti tsunami, ombak besar dan ribut. Hutan paya bakau ini akan melindungi kawasan pesisiran pantai supaya selamat daripada impak bencana.
Sejak akhir-akhir ini, hutan paya bakau telah diteroka untuk pembukaan kolam udang dan ikan secara komersial. Permintaan yang tinggi terhadap produk udang dan ikan telah menyebabkan hutan paya bakau dimusnahkan. Hal ini sekali gus menyebabkan penebangan hutan paya bakau dan pencemaran di kawasan tersebut menjadi semakin serius. Pada masa yang sama, ada kawasan hutan paya bakau yang dijadikan kawasan penempatan manusia seperti di Hutan Paya Bakau Bukit Malut di Langkawi. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan hutan paya bakau terus terpelihara dan tidak kehilangan fungsinya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ekopelancongan Hutan Paya Bakau: Pendidikan Alam Sekitar Kepada Masyarakat’ oleh: Dr Ehwan Ngadi, *https://www.bernama.com/bm/tintaminda*
**Bahan 2**
**PANTUN HUTAN PAYA BAKAU**
Tumbuh subur di kawasan berpaya,
Pokok bakau nama diberi;
Api-api, Perepat rimbun spesiesnya,
Hidup subur teguh berdiri.
Di kala malam bermain di tanah,
Bersama merbah bersiul si takau;
Bencana alam datang memusnah,
Habis punah si hutan bakau.
Berpencak pendekar musuh berasak,
Gagah ditangkis pejuang berantai;
Kukuh akar bakau berpasak,
Tiada terhakis pasir di pantai.
Permata kemilau bukan mainan,
Warisan langkat dihias kencana;
Megah bakau hijau daunan,
Tempat habitat flora dan fauna.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.