Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kasih sayang daripada guru <u>dapat</u> mengeluarkan seseorang daripada stres dan tanggapan negatif terhadap diri sendiri. Ada murid yang memperoleh markah yang <u>rendah</u> menganggap dirinya "kandas", namun kasih sayang dan tunjuk <u>ajar</u> guru dapat menyuntik semangat murid untuk terus mencuba. Perhatian dan tumpuan yang diperoleh pastinya membawa <u>kesan</u> positif kepada mereka. Di samping itu, murid wajar diberikan panduan untuk melihat perkembangan kejayaan dari semasa ke semasa. Model kawalan <u>kualiti</u> pembelajaran yang sesuai perlu digunakan oleh murid untuk mengukur perkembangannya. Instrumen ini boleh disesuaikan dengan trend penaksiran semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Manusiawi Mendorong Kejayaan Murid’ oleh Arul Das Arumugam, *Dewan Masyarakat*, 10 Mei 2024
Berdasarkan perkataan yang bergaris anda dikehendaki untuk menambahkan **satu imbuhan awalan**. Kemudian bina **satu** ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang berimbuhan awalan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Althaf** : Adakah awak bersetuju bahawa Malaysia merupakan negara majmuk yang berjaya menjaga hubungan antara etnik?
**Darwish** : Ya, masyarakat Malaysia telah mengamalkan semangat kekitaan yang tinggi dalam menjaga perhubungan antara etnik secara berterusan.
**Althaf** : Kita sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan janganlah mudah terpengaruh dengan ideologi yang boleh memudaratkan hubungan antara etnik yang telah dibina sekian lama.
**Darwish** : Wah, bersemangat betul awak ya! Pada pendapat awak, apakah kebaikan jika perpaduan etnik dijaga dengan baik?
**Althaf** : Pada pendapat saya, perpaduan etnik yang dijaga dengan baik mampu membantu negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Toleransi antara Etnik Kunci Perpaduan, Kestabilan Negara’ oleh Dr. Zaharul Abdullah, Berita Harian, 14 April 2024
Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut **ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan** ataupun **ayat perintah**. Jawapan hendaklah disenaraikan mengikut turutan.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan, dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
*Chat Generative Pre-Trained Transformer* (GPT) adalah model pembelajaran semula jadi yang berasaskan pembelajaran yang mendalam (*deep learning*). Model ini telah syarikat teknologi latih supaya boleh menjaga maklumat yang sangat luas sekali dan teks boleh diambil dari pelbagai sumber seperti laman web dan buku. Penggunaan transformer berfungsi menukar input teks kepada perwakilan angka yang diperoses secara berterusan dan akhirnya pengguna dapat output yang dikehendaki. Penggunaan Chat GPT menunjukkan tentang kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian khususnya dalam mempelajari bahasa Melayu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenali Chat GPT: Model Pembelajaran yang Boleh Memahami Bahasa’ oleh Mahani Zakaria, *Dewan Siswa* Bil.06/2023
6 分
Bahan 2
**Naufal** : Amboi, pandai engkau membaiki mesin basuh! Kau belajar daripada siapa?
**Fairus** : Aku belajar daripada Youtube sahaja Naufal. Pada masa kini, zaman telah berubah. Semuanya dihujung jari sahaja. Kita boleh belajar melalui media sosial dan sidang video.
**Naufal** : Walaubagaimanapun, kita perlu juga belajar melalui guru kerana banyak input yang perlu dijelaskan kepada murid-murid secara lebih mendalam. Pembelajaran melalui Internet untuk mempertambahkan ilmu dan kemahiran sahaja.
**Fairus** : Setuju! Kita perlulah menjadikan kemudahan ilmu tanpa sepadan ini sebagai nilai tambah untuk menjadi seorang yang pro-aktif.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4’ Kementerian Pendidikan Malaysia
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohon ampun dan kurnia; Adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, Adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, laksamana pula mengerjakan dia.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sukan SEA (SouthEast Asian Games) merupakan sukan dwitahunan yang menghimpunkan atlet daripada 11 buah negara di Asia Tenggara. Penganjuran sukan ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan negara-negara terlibat sejajar dengan peribahasa \_\_\_\_\_\_\_\_ (i) \_\_\_\_\_\_\_\_.
Selaku tuan rumah penganjuran Sukan SEA edisi ke-29, negara kita turut melakar sejarah tersendiri semasa upacara pembukaan kerana mempamerkan keunikan kepelbagaian budaya dan bangsa di Malaysia dengan menggabungkan elemen teknologi pencahayaan diod pemancar cahaya (LED). Kejayaan ini meletakkan negara kita \_\_\_\_\_\_\_\_ (ii) \_\_\_\_\_\_\_\_ dengan negara-negara penganjur sukan dunia yang lain.
Isi **tempat-tempat kosong** dengan peribahasa yang sesuai.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Negara (NASA) dan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) Amerika Syarikat melaporkan bahawa suhu purata permukaan bumi pada tahun 2023 adalah yang paling panas. Menurut pentadbir NASA, Bill Nelson, laporan suhu global NASA dan NOAA mengesahkan bahawa kita sedang *mengalami krisis* iklim. Perubahan iklim ini disebabkan oleh pelepasan bahan api fosil dan kesannya dapat dilihat dalam kejadian gelombang haba, hujan lebat dan banjir.
Aktiviti penyahhutanan yang tidak terkawal juga menjadi faktor berlakunya perubahan iklim. Aktiviti ini telah memusnahkan hutan sebagai sumber perangkap karbon dioksida utama bumi. Fenomena alam semula jadi seperti El Nino dan La Nina juga menyebabkan keadaan semakin buruk. Masyarakat dunia perlu membuka mata kerana setiap individu berperanan untuk menjaga bumi ini, bukan sahaja untuk kita diami pada hari ini, malah untuk menjadi tinggalan kepada generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Krisis Iklim: Tahun 2023 Sebagai Tahun Paling Panas’ oleh Rashid Ating, *Dewan Kosmik*
**Bahan 2**
Menurut kajian oleh The World Bank, keluasan hutan di dunia telah mengecil sehingga 1.3 juta kilometer persegi dalam tempoh 25 tahun yang lepas. Dianggarkan bahawa sebanyak 10 juta kilometer persegi hutan di seluruh dunia telah musnah dek pembangunan sejak bermulanya abad ke-20. Flora dan fauna turut terancam akibat pengecilan kawasan hutan yang menjadi habitat hidupan ini. Pembangunan yang tidak terancang dan perbuatan manusia yang tidak beretika telah menyebabkan perubahan iklim. Masalah ini turut dihadapi oleh negara lain di dunia dan secara tidak langsung telah mendatangkan pelbagai kesan negatif khususnya kepada alam sekitar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Flora dan Fauna Milik Semua’ oleh Adlina Ahmad, *Dewan Siswa* Bil. 10 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mengalami krisis*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah faktor yang menyebabkan perubahan iklim dunia?
3 分
iii
Selain kenaikan paras air laut, perubahan iklim juga akan mengakibatkan peningkatan suhu secara mendadak atau gelombang haba. Fenomena gelombang haba iaitu cuaca panas dan kering turut melanda negara sejak Julai 2023.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan apabila berlakunya fenomena gelombang haba?
4 分
iv
Tempat kediaman anda terletak berhampiran dengan kawasan pinggir hutan. Berikutan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 37 darjah Celsius selama beberapa hari, kawasan pinggir hutan telah terbakar.
Sebagai seorang remaja yang tinggal di kawasan perumahan itu, apakah tindakan awal yang perlu anda lakukan setelah melihat kejadian tersebut?
3 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Itu sumpahan kerana kamu melanggar pantang larang!”
“Orang berpantang jaga diri. Jaga tingkah laku. Jaga perbuatan. Boleh pula suami kamu patahkan kaki katak untuk dijadikan umpan memancing haruan.”
Aku terdiam dek kerana bentakan suara keras itu serasa hinggap menampar jasad.
Kepercayaan pada unsur-unsur mitos dan tahyul masih menebal dalam kalangan masyarakat di kampung. Sejujurnya terkejut juga dengan keterangan doktor yang mengatakan anak ini didapati mengalami kecacatan fizikal.
Sejak dikhabarkan melahirkan anak cacat, aku perasan, aku sekeluarga disisih dan dijauhi oleh masyarakat rumah panjang. Sesungguhnya aku tidak mengerti kenapa mereka bertindak sedemikian rupa. Semacam ada daging yang membusuk di dalam rumah tangga kami. Bau busuk semerbak mengitari seluruh rumah panjang hingga orang-orang memandang kami dengan pandangan yang sinis dan tajam macam mata belati. Kami dipulaukan. Mereka semua ketakutan. Seperti ada penyakit berjangkit dan wabak berbahaya yang kami sebarkan.
Dipetik daripada cerpen ‘Suara Orang Kecil’ oleh Clayton Dawi
**Bahan 2**
Dia takut apabila ibu meninggikan suaranya. Maka itu dia patuh apa sahaja suruhan atau larangan ibu. Kadang-kadang timbul juga rasa ingin tahu mengapa tidak boleh buat itu dan tidak boleh buat ini. Timbul juga tanda tanya di hatinya. Akan tetapi, Aisyah tidak berani membuka mulut untuk bertanya.
\*\*\*\*\*\*\*
Dua tiga hari di rumah anak menantunya perasaan Aisyah tersinggung. Rupa-rupanya tidak mudah mengajar Jamilah tentang pantang larang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Apabila Aisyah tidak benarkan Jamilah makan sayur-sayuran atau lain-lain, dia selalu bertanya, “Kalau saya makan apa akan jadi, mak?” Apabila Aisyah melarangnya daripada menyapu sampah atau membuat sesuatu, dia akan bertanya, “Kalau saya menyapu juga apa akan jadi pada saya, mak?”
Dipetik daripada novel ‘Hatimu Aisyah’ karya Sn Zurinah Hasan
**Bahan 3**
**Pantun Pantang Larang Jadi Nasihat**
> Makan sireh bercalit kapur,
> Seulas pinang dikunyah-kunyah,
> Anak dara menyanyi di dapur;
> Dapat suami boleh dipanggil ayah.
>
> Idaman hati bunga matahari,
> Mengapa di tangan si bunga kekwa,
> Usah menjahit di senja hari;
> Matamu rabun sebelum tua.
>
> Mendaki bukit berbatu-batu,
> Hendak mencari daun keladi,
> Jangan termenung di muka pintu;
> Dipinang orang asyik tak jadi.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan kesan sekiranya melanggar pantang larang.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan pantang larang yang perlu dipatuhi.
4 分
iii
Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Orang tua-tua dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan mematuhi amalan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia?
3 分
iv
Sempena cuti persekolahan yang lalu, anda telah berjumpa dengan sepupu anda yang dahulunya menetap di London. Kini, dia dan keluarga akan menetap di Malaysia. Dia menyatakan bahawa dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri disebabkan perbezaan adat dan budaya di Malaysia.
Sebagai seorang sepupu, apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membantu sepupu anda menyelesaikan masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
> Entah apa yang membawa kaki Zahid ke situ, dia sendiri rasa ingin menyumpah. Zahid merenungnya. Waheeda tercenung. Tanpa dipelawa, tanpa segan-silu Zahid melangkah masuk, kemudian tercegat kira-kira satu meter daripada pintu. Waheeda mengalihkan pandangan. Dia bingkas bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Apabila melihatnya hati Zahid tiba-tiba berbunga. ‘Telepati rindu mengena sasaran,’ fikirnya. Harapan untuk Zahid berbaik-baik semula naik menjulang. Yang nyata sangkaannya meleset sama sekali. Waheeda serta merta ingin keluar meninggalkan tempat itu, namun Zahid cepat-cepat menangkap tangannya. Waheeda berhempas-pulas untuk cuba melepaskan diri daripada genggaman tenaga lelaki itu. Dalam masa yang sama, Waheeda tidak henti-henti mengomel bagaikan terkena histeria.
>
> Dipetik daripada novel *Tirani* karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Waheeda apabila Zahid bertemu dengannya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip bin Talib
(b) *Tirani* karya Beb Sabariah
Teguran perlu untuk memberikan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memberikan teguran kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pertanian merupakan sektor tertua dan terpenting di Malaysia. Menurut Jabatan Pertanian, pada tahun 2021 hasil pengeluaran buah-buahan di Malaysia sebanyak 1,568,167 tan metrik. Gaya hidup dan cita rasa pengguna kini telah berubah dengan menekankan pemilihan makanan yang sihat. Nilai kadar sara diri industri buah-buahan di Malaysia menunjukkan hasil pengeluaran yang dapat memenuhi keperluan pasaran domestik seperti buah pisang, belimbing dan jagung. Oleh itu, bekalan buah-buahan tempatan dapat memastikan pengguna memperoleh harga yang lebih murah dan berpatutan.
Industri buah-buah tempatan mendapat permintaan yang tinggi dari luar negara. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta memperkenalkan buah-buahan tempatan ke peringkat antarabangsa. Pesta makan durian dan pesta buah-buahan peringkat antarabangsa merupakan satu landasan untuk memajukan industri buah-buahan tempatan. Selain keinginan untuk meluaskan pasaran industri buah-buahan tempatan, hasil buah yang berkualiti juga perlu dijaga. Pihak kerajaan sentiasa menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti buah-buahan tempatan seperti kaedah kultur tisu dan pengklonan. Setiap buah-buahan mempunyai kebaikan dan kelebihannya tersendiri. Pengguna perlu mendahulukan buah-buahan tempatan berbanding buah-buahan import. Kepelbagaian resipi yang diadun bersama dengan buah-buahan tempatan akan memajukan industri ini.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan syarikat swasta menjalankan penyelidikan dalam mempelbagaikan produk berasaskan buah-buahan tempatan. Antara produk yang dihasilkan ialah serbuk nanas untuk penghasilan jus dan jem. Usaha ini berupaya untuk membantu dalam menggalakkan perkembangan usahawan tani tempatan yang menggunakan buah-buahan tempatan dalam produk mereka. Pada tahun 2022, keluasan tanaman buah-buahan di Semenanjung Malaysia ialah 145,923 hektar. Lantaran itu, penanaman pokok buah-buahan di negara kita turut memastikan ekosistem alam sekitar yang lebih baik. Hal ini dapat memelihara alam semula jadi demi kelangsungan generasi masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sokongan Pengguna dan Industri, Membela Petani’ oleh Siti Nurathirah Abu Hassan, *Bernama* 5/12/2022.
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Dari Ubai Ke Dubai**
> Di hujung desa ini
> saujana mata memandang
> hijau menjalar terbentang luas.
>
> Di hujung desa ini
> riak petani tersenyum lebar
> keringat mengalir terbayar sudah
> benih yang ditabur mula dituai
> menjadi nadi ekonomi masyarakat desa.
>
> Mari kita hijaukan bumi
> dengan tembikai, semangka atau apa sahaja panggilannya
> pihak berkuasa turun padang
> suntikan dana akan menyemarakkan hasil
> pasaran baharu giat diteroka
> sepotong tembikai penghilang dahaga
> mula ditanam di hujung desa
> kini berada di pentas dunia.
>
> **Umi RA**
> Seremban, Negeri Sembilan.
Baca dengan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.