Baca petikan di bawah dengan teliti.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan di peringkat nasional akan dapat menonjolkan identiti negara. Oleh itu, usaha proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu telah dijalankan oleh kerajaan. Salah satu usaha yang dilaksanakan adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan Malaysia. Secara tidak langsung, penguasaan berbahasa terutama aspek tatabahasa dalam kalangan murid dan mahasiswa dapat dipertingkat. Akhirnya, usaha ini mampu melahirkan generasi yang bitara dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Memperkukuh Identiti Masyarakat Malaysia’ oleh Tang Jay Young, *Dewan Siswa*, Bil. 5/ 2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat imbuhan awalan pinjaman**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **imbuhan awalan pinjaman** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah.
*Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menemui alternatif terbaik bagi memastikan negara mampu untuk mengeluarkan hasil pertanian melalui kilang tanaman.* <u>Teknologi kilang tanaman ialah satu daripada teknologi pertanian bandar</u>. Aktiviti penanaman ini dijalankan dalam kawasan tertutup seperti kontena, gudang dan bangunan kilang. Melalui kaedah ini, risiko serangan serangga perosak tanaman adalah sangat rendah. Selain itu, <u>kawasan tanaman lebih bersih kerana disanitasi mengikut langkah kawalan yang ditetapkan.</u> <u>Kebersihan kilang tanaman adalah untuk menjamin kualiti sayur-sayuran yang dihasilkan agar lebih segar</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Kilang Makanan’ oleh Siti Zahrah Ponari, *Dewan Kosmik*, Bil. 6/ 2023
Kenal pasti dan tulis pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada **Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)**, **Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)**, **Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)** atau **Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)**. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah.
**Pola ayat: FN+FK**
**FN:** Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
**FK:** menemui alternatif terbaik bagi memastikan negara mampu untuk mengeluarkan hasil pertanian melalui kilang tanaman
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulan. Anda tidak perlu menyalin semula bahan tersebut.
Bahan 1
**Pesanan Baru**
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Perkara : Impian Saya
Aisyaa,
Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga sihat belaka. Saya baru sahaja menerima hadiah dan sehelai surat yang awak kirimkan. Saya amat seronok sekali apabila membaca pengalaman awak semasa bercuti di Pulau Langkawi pada cuti persekolahan tempuh hari.
Saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak. Saya telah dilantik menjadi pengerusi rumah sukan Bendahara pada tahun ini. Saya berazam demi untuk memimpin rumah sukan ini sehingga menjadi juara. Namun, pada tahun ini, beberapa atlit rumah sukan kami yang hebat telah menamatkan alam persekolahan. Ada juga dalam kalangan ahli rumah sukan yang kurang yakin akan kemampuan kami untuk menjadi juara. Pada pendapat awak, apakah perkara-perkara yang patut dilakukan oleh saya untuk memimpin rumah sukan saya menjadi juara pada tahun ini?
Saya akan menantikan balasan emel daripada awak. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas cadangan awak itu.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
*Masleeha*
5 分
Bahan 2
**Mewujudkan Persekitaran Sukan yang Selamat**
Oleh : Dr. Jaffry bin Zakaria
Aktiviti riadah sama ada melalui sukan atau rekreasi telah dilakukan oleh masyarakat sejak dari dahulu lagi. Komuniti pada masa tersebut mempunyai daya kreativiti yang tersendiri untuk mencipta dan mempelbagaikan aktiviti waktu sengang mereka. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi telah lama bertapak dan berkembang mengikut edaran masa. Era sukan moden di negara ini bermula dengan kedatangan British sehingga aktiviti ini telah menjadi aktiviti rutin yang wajib dilaksana di setiap sekolah.
Jika diperhatikan, aktiviti sukan dan rekreasi yang dilaksanakan ini memberikan cabaran baharu terutamanya berkaitan dengan keselamatan murid. Saban hari, media cetak dan media massa melaporkan terdapat berbagai kes yang melibatkan murid sehingga boleh mengancam nyawa. Kes yang melibatkan kecederaan dan kematian ini perlulah dijauhi jika semua pihak mengambil pendekatan yang positif dalam semua aspek amalan pengurusan murid. Oleh itu, risiko dan keselamatan dalam akitiviti sukan dan rekreasi merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mewujudkan Persekitaran Sukan yang Selamat’ oleh Dr. Jaffry Zakaria, *Dewan Siswa*, Bil.9 2022
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Aku dan Shamira bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan sangat yakin bahawa dia akan menyimpan rahsiaku. Namun, telahanku silap. Shamira telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Aku sangat kecewa dengan sikap Shamira tersebut. Kini, mungkin Shamira telah berubah. Sungguhpun begitu, aku tidak akan mempercayainya lagi.
Kemukakan **tiga peribahasa** yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Usaha memupuk keharmonian di sesebuah kawasan kejiranan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Oleh itu, sebelum membeli atau membina kediaman di sesebuah kawasan, seseorang perlu bersedia untuk berhadapan dengan jiran yang berlainan bangsa dan agama. Bukan itu sahaja, mereka perlu menerima perbezaan sikap orang sekeliling dan berusaha menjadi jiran yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila seseorang berpindah ke kediaman yang baharu, mereka akan menjadi sebahagian daripada ahli komuniti di kawasan tersebut. Sewajarnya mereka menunjukkan nilai kejiranan yang positif. Dengan cara ini, hubungan antara kejiranan akan terjalin mesra. Namun begitu, ada segelintir masyarakat yang terlalu menjaga privasi dalam kehidupan mereka. Mereka juga sentiasa menutup pintu rumah untuk mengelak kehadiran jiran mereka. Sebagai jiran, kita perlu bijak untuk mendekati mereka. Jika tidak ada peluang berbual panjang atau beramah mesra, memadailah dengan bertanya khabar atau memberi salam kepada mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mulakan dari Kawasan Kejiranan’ oleh Roshila Murni Rosli, *www.sinarharian.com*
**Bahan 2**
Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan baik sesama jiran mampu menjamin keharmonian masyarakat setempat. Namun begitu, kebanyakan masyarakat hari ini dikatakan mengambil mudah tentang semangat kejiranan. Isu ini lebih ketara berlaku dalam kalangan masyarakat yang tinggal bandar. Punca utama yang sering dijadikan alasan lunturnya semangat kejiranan di kawasan bandar ialah masing-masing terpaksa keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada lewat malam untuk bekerja. Ekoran daripada itu, ada jiran tetangga yang tidak mengenali antara satu sama lain, malah tidak pernah bertegur sapa. Pada hujung minggu pula mereka akan memanfaatkan masa sepenuhnya untuk berehat bersama-sama keluarga di rumah sambil menonton televisyen. Perkara ini perlu dibendung kerana sikap ini boleh menjadi duri dalam daging yang menghalang usaha memupuk semangat kejiranan di sesebuah kawasan kediaman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemerosotan Nilai Kejiranan’ oleh Samat Buang, *Dewan Siswa*, Mac 2016
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan persediaan-persediaan diri seseorang sebelum berpindah ke kediaman yang baharu.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, apakah punca-punca semangat kejiranan semakin luntur?
3 分
iii
Ketua masyarakat dalam komuniti kejiranan berperanan menjaga hubungan baik sesama jiran.
Pada pandangan anda, apakah peranan-peranan ketua masyarakat dalam memupuk keharmonian masyarakat dalam kawasan kejiranan.
3 分
iv
Anda dapati kebanyakan anak-anak muda di kawasan kediaman anda tidak suka menyertai aktiviti kejiranan. Situasi ini menyebabkan program yang dirancang kurang memberikan impak yang positif. Sebagai orang yang lebih tua di kawasan tersebut, anda berasa bimbang kerana keadaan ini akan menjadi duri dalam daging yang boleh merenggangkan hubungan silaturahim antara generasi muda dengan golongan tua di situ.
Sebagai jiran yang prihatin, apakah pendekatan-pendekatan yang perlu anda lakukan untuk merapatkan hubungan mereka?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Sajak Bahasa Kita**
Bahasa menunjukkan bangsa,
tanpa bahasa kita mundur,
tanpa bahasa kita dihina,
tanpa bahasa hilang budaya.
Kini di mana nilai bahasa,
anak muda hilang bahasa,
tutur kata tiada bahasa,
petah membantah kata.
Ke mana hilangnya bahasa,
yang dahulunya disanjung mulia,
lingua franca kini dilupakan
ditelan arus kemodenan,
yang tidak berperikemanusiaan.
Sedarlah wahai sahabatku,
pernahkah kau terfikir,
betapa sukarnya pertahankan bahasa,
yang kini dilupakan.
Bangunlah dan majukan Bahasa kita!
Bukan bahasa asing yang kini menjadi kebanggaanmu!
Karya : Cikgu Hanis 2013
**Bahan 2**
Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan *bumi kelahiran* saya ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk anakandanya yang merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota. Sebelum berangkat, bonda menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama miliknya di dalam sebuah beg sarat untuk dikirimkan kepada sahabat lama di kota.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
**PANTUN BAHASA**
Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.
Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
Masuk ke desa memburu rusa,
Rusanya lari ke tepi kali;
Melalui bahasa menyerlahkan bangsa,
Jati diri dicari identiti dikenali.
Rusanya lari ke tepi kali,
Kali di kuala ada buaya;
Jati diri dicari identiti dikenali,
Komunikasi bermula itulah budaya.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *bumi kelahiran*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan peranan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat.
4 分
iii
Generasi muda sekarang semakin hilang identiti diri kerana tiada kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi terutama dengan ibu bapa sendiri. Keadaan ini telah membimbangkan banyak pihak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah tersebut?
3 分
iv
Anda mempunyai seorang rakan yang begitu fasih bertutur dalam bahasa asing, kerana dilahirkan dan mendapat pendidikan di luar negara. Dia berasa malu dengan rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa ibundanya dengan lancar. Menurutnya, ahli keluarganya juga kurang menggunakan bahasa ibunda semasa berinteraksi di rumah.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu rakan anda mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Mungkin menyedari gilirannya lambat lagi, lelaki itu mengeluarkan telefon dan mula mendail. Perbualannya dalam bahasa Inggeris. Farisha tertarik apabila mendengar tutur kata lelaki itu yang begitu sopan, teratur dan bijak sekali dia menyusun ayat dan perkataan. Farisha berpaling menatap wajah lelaki di belakangnya. Kebetulan lelaki itu juga sedang memandang kepadanya. Mereka bertentang mata beberapa ketika dan berbalas senyuman. Tidak lama kemudian lelaki itu menamatkan perbualan telefon.
>
> “Minta maaf kalau perbualan saya mengganggu cik.” Lelaki itu bersuara. Farisha agak terkejut belum pernah ada orang yang meminta maaf kerana berbual di telefon.
>
> Dipetik daripada novel *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh lelaki itu sebaik Farisha berpaling menatap wajahnya?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusof
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang pada pendapat anda dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa 19 November setiap tahun merupakan Hari Tandas Sedunia. Namun begitu, masih ada tandas sekolah dan tandas awam yang bukan sahaja kotor tetapi amat menjijikkan. Menjaga kebersihan merupakan perkara asas yang sepatutnya sudah disemai sejak usia kanak-kanak lagi. Sehubungan dengan itu, saranan perdana menteri agar murid-murid dididik untuk membersihkan tandas di sekolah sendiri merupakan cara penjagaan kebersihan tandas yang munasabah. Kebanyakan tandas di sekolah yang merupakan kemudahan asas bagi murid di negara ini, tidak dijaga dengan sebaiknya. Keadaan sebahagian tandas di sekolah yang kotor dan rosak berpunca daripada sikap segelintir murid yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika dalam penggunaan tandas. Mereka melakukan vandalisme dan merosakkan kelengkapan yang disediakan.
Hakikatnya, setiap masyarakat mahu menggunakan tandas dalam keadaan yang selesa dan bersih. Dalam hal ini, kita seharusnya menjadi pengguna tandas yang menghormati hak orang lain selepas kita menggunakannya. Sikap tidak peka dengan keselesaan pengguna tandas yang lain menjadi salah satu punca berlakunya tandas kotor di negara ini. Kita sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri dan orang asing apabila keadaan tandas kita begitu kotor dan tidak sesuai digunakan. Oleh hal yang demikian, kita perlulah menjadi pengguna tandas yang beretika sesuai dengan ajaran agama dan pendidikan di sekolah. Pastinya, imej negara akan tercalar apabila orang luar mempunyai tanggapan negatif bahawa rakyat Malaysia pengotor dan tidak pandai menjaga tandas. Dari sudut lain, masalah berkaitan tandas ini akan menimbulkan krisis sanitasi yang menjadi punca kepada penularan pelbagai penyakit berjangkit dengan penyebaran kuman melalui bekalan air dan rantaian makanan. Kesimpulannya, tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam terletak di bahu kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tandas Bertaraf ‘BMW’’, oleh Jeniri Amir, *Dewan Masyarakat*, 19 November 2023
**Bahan 2**
**Bahan 3**
Indah dihias sebuah raga,
Jadi tatapan dara rupawan;
Kebersihan tandas perlu dijaga,
Kempen kesedaran boleh dijalankan.
Manis nian si gadis desa,
Petah berbicara gemar memasak;
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Segera selenggara tandas yang rosak.
Tumbuh tinggi pohon kuini,
Tempat puteri asyik terlena;
Kebersihan diri asas pembangunan rohani,
Luhur peribadi jiwa terbina.
Nukilan Puteri Kota
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.