Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sempena Bulan Kebangsaan kali ke-67, para penduduk Taman Maju sedang bersiap-siap untuk acara sambutan yang akan diadakan pada akhir minggu ini. Mereka perlu menyelesaikan persiapan dengan cepat agar semuanya dapat berjalan lancar. Setiap orang memiliki tugas masing-masing; ada yang menyiapkan makanan, ada yang mendekorasi hiasan, dan ada juga yang akan mengatur persembahan. Dengan kerjasama yang baik, mereka yakin sambutan kali ini akan menjadi yang terbaik. Meskipun sedang sibuk, semangat gotong-royong selalu membuat semua kerja mereka terasa lebih ringan dan menyenangkan.
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap **kata** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
28 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Bagaimanakah kita boleh mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius ini?</u> <u>Para saintis telah mengingatkan kita tentang bahaya pencemaran yang tidak terkawal dan kesannya terhadap kesihatan manusia serta ekosistem.</u> Setiap individu perlu mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan mengamalkan kitar semula. <u>Hentikanlah pembaziran sumber dan jangan biarkan alam sekitar kita terus terjejas.</u> <u>Semangat dan usaha bersama adalah kunci untuk melindungi bumi kita!</u>
Kenal pasti ayat-ayat yang bergaris sama ada **ayat tanya, ayat penyata, ayat seruan** atau **ayat perintah.** Anda perlu **menyalin ayat** dengan menyatakan jenis ayat tersebut.
8 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut.
Bahan 1
Gotong-royong adalah salah satu budaya rakyat Malaysia. Budaya ini merupakan budaya masyarakat kita sejak turun temurun. Dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia, aktiviti ini sebenarnya mampu mewujudkan persefahaman antara kaum melalui hasrat bantu-membantu dan bekerjasama. Namun begitu, aktiviti ini semakin dilupakan terutama dalam kalangan masyarakat canggih yang tinggal di bandar-bandar besar. Oleh itu, semua pihak haruslah menggembeleng tenaga untuk memastikan harapan ini tercapai. Kita sebagai rakyat pula memainkan peranan untuk menjadi budaya gotong-royong ini sebagai kunci perpaduan kaum di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gotong-royong Muafakat Perpaduan’ oleh Johari yap, *Sinar Harian*, 3 Januari 2021
5 分
Bahan 2
**NOTIS**
**PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT**
Berikutan kerja-kerja sanitasi pejabat dalam usaha mencegah petularan wabak Covid-19, Pejabat JPN Negeri Kelantan akan ditutup sementara pada:
**1 SEPTEMBER 2021 HINGGA 2 SEPTEMBER 2021**
Ramai orang yang telah mempunyai janji temu akan pihak JPN hubungi bagi penetapan semula tarikh janji temu. Sebarang pertanyaan lebih boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan melalui maklumat yang telah disedia.
Pejabat Perkhidmatan Pelanggan
[email protected] — 09-743063_/09-744171_
**PENGARAH**
**JBATAN PENDAFTARAN NEGERI**
**NEGERI KELANTAN**
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Portal Rasmi JPN Kelantan’ Jpn.gov.my
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
54 分
Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
**Anis** : Sedapnya karipap ini. Pandai kamu membuatnya, Ummi.
**Ummi** : Terima kasih, Anis. Biasa-biasa saja karipap ini. Lagipun saya membuat karipap ini sambil menemani ibu memasak di dapur semalam, umpama sambil menyelam, minum air katakan.
**Anis** : Sememangnya kamu mewarisi kepakaran daripada ibu kamu Ummi. Ibu kamu memang pakar dalam bidang masakan kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan.
**Ummi** : Mungkin juga tu. Eh, kita asyik berbual-bual saja! Marilah kita ke bilik guru, tentu Cikgu Norma sudah lama menunggu kita untuk menghias pusat sumber sekolah.
**Anis** : Eh, betul! Marilah kita sama-sama membantu Cikgu Norma kerana banyak yang perlu dibuat di pusat sumber sekolah kita tu, maklumlah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Senaraikan **dua** peribahasa sahaja, kemudian berikan **peribahasa lain yang sama maksud** atau **hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kerjaya sebagai cef semakin bersinar dan dikatakan suatu *prospek besar* yang menjanjikan peluang kerjaya sebagai tenaga pengajar, di samping membuka perniagaan sendiri yang berasaskan makanan atau produk masakan. Kecemerlangan dalam kerjaya ini turut dipengaruhi oleh keupayaannya untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa. Seorang cef akan terus cemerlang dalam bidang kerjaya itu apabila bersikap bijak, kreatif, dan mempunyai imaginasi yang baik ketika menghasilkan hidangan. Seterusnya, seseorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi dengan cara kerja yang mudah seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan yang baik sesuai menjadi cef kerana menepati ciri-ciri yang dinyatakan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peluang Kerjaya dalam Bidang Kulinari di Malaysia’ https://wwwpendidikanmalaysia.com
**Bahan 2**
Khairul Aming kini membuka kilangnya sendiri setelah memperkenalkan produk pertamanya, iaitu Sambal Nyet. Kilang pengeluaran sambal yang mempunyai keluasan 14,000 kaki persegi itu sedang beroperasi dengan baiknya. Dalam tempoh masa setahun, beliau berjaya mencatatkan jualan mencecah RM7.5 juta. Pada awalnya, beliau berat hati untuk membangunkan kilang tersebut. Walau bagaimanapun beliau bertekad untuk meneruskan perjuangannya ekoran daripada keinginan yang tinggi untuk mempelajari dan menguasai kemahiran dalam bidang perniagaan dan pemasaran. Sikap tidak berputus asa ketika memperjuangkan idea oleh cef muda ini wajar dipuji. Kini, produk Sambal Nyet mendapat sambutan hangat dan sering habis terjual dalam aplikasi Shopee.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jualan Produk Cecah RM7 Juta, Khairul Aming Kini Ada Kilang Sendiri’ oleh Madiha Abdullah, 2 Mac 2022
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *prospek besar*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1 dan Bahan 2**, kemukakan beberapa kriteria yang perlu ada pada seseorang cef yang berjaya.
3 分
iii
Bidang kulinari mempunyai prospek yang luas dan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun demikian, murid-murid sekolah didapati masih kurang mengenali dan meminati bidang ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah guru kaunselor di sekolah dapat memainkan peranan untuk menarik minat murid-murid menceburi bidang seni kulinari?
3 分
iv
Fitri mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ibu dan ayahnya berharap agar Fitri menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu, Fitri mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni kulinari kerana ibunya merupakan pengusaha kek dan roti secara dalam talian.
Jika anda rakan karib Fitri, apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memastikan ibu dan ayah anda dapat merestui hasrat anda untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni kulinari?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya mencampakkan diri saya di tengah gelora kota. Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bahasa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu. Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**SAJAK BAHASA IBUNDA MEMBESARKAN KITA**
Bahasa ibunda terus berbunga\
mewarnakan suasana\
melahirkan cendekiawan\
mengajar peradaban berharga\
mengenalkan kita\
suara pembuka dunia.
Bahasa memutikkan pertemuan\
bibir-bibir manis kita\
tersusun mengatur bicara\
ramah bertegur sapa\
kesantunan warisan\
tidak ada galang gantinya.
Bahasa membesarkan kita\
berkembang di dalam gelombang\
menyatukan bangsa dan budaya\
bercahaya pelita bahasa\
bagai bisikan menyelinap\
pujukan bersemangat\
untuk bangun dan berjuang\
mengajar ketabahan insan\
tajamnya senjata bahasaku.
**ABDUL GHAFAR BAHARI**\
*Pelita Bahasa*, 26 September 2010
i
Berdasarkan **Bahan 3**, berikan maksud *melahirkan cendekiawan*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kepentingan menguasai bahasa ibunda.
3 分
iii
Merujuk kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah keburukan-keburukan pencemaran bahasa?
4 分
iv
Anda mendapati bahawa ramai dalam kalangan rakan sekelas menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi. Keadaan ini akan mengakibatkan bahasa Melayu akan hilang identitinya.
Sebagai seorang pelajar yang prihatin, cadangkan usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengatasi situasi ini?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Pada siang hari, kita tak mungkin ada peluang berjumpa dengan Izza," kata Lais sebaik-baik Izzati melabuhkan punggung di kerusi di sebelahnya belakang kaunter. "Waktu siang, pelancong pergi berjalan-jalan. Jika nak tengok orang ramai di lobi atau restoran, datanglah pada waktu pagi sebelum mereka keluar mengikuti pakej bersiaran. Ke tempat air terjunkah, memanjat gunungkah, memancingkah atau melawat ladang strawberi," sambung Lais. "Atau seperti di sini malam ini, datanglah pada waktu senja atau malam. Izza tengoklah nanti," sambungnya sambil menoleh ke arah Izzati.
>
> Dipetik daripada novel *Tirani*, oleh Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk pelancong apabila mengambil pakej pelancongan.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib\
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor\
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin\
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin\
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip\
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah\
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman\
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Dalam era digital ini, buli siber telah menjadi isu yang semakin membimbangkan. Buli siber merujuk kepada perbuatan menganiaya seseorang melalui platform digital seperti media sosial, e-mel, atau aplikasi mesej.
Salah satu punca utama buli siber adalah kerahsiaan identiti yang ditawarkan oleh platform dalam talian. Dengan kebolehan untuk menggunakan nama palsu atau anonimitas, individu sering kali berasa bebas untuk melakukan tindakan yang mereka tidak akan lakukan secara bersemuka. Selain itu, kurangnya kesedaran dan pendidikan mengenai buli siber turut menyumbang kepada masalah ini. Ramai individu, tidak sepenuhnya memahami kesan buruk yang boleh ditimbulkan oleh buli siber. Tekanan sosial dan persekitaran juga merupakan faktor penting. Individu yang menghadapi tekanan atau masalah peribadi mungkin melampiaskan kemarahan mereka melalui buli siber.
Pengaruh media sosial juga memainkan peranan dalam mempromosikan norma-norma negatif yang boleh mendorong buli siber. Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan sosial dan kaunseling dalam mengurangkan tindakan buli. Kesan buli siber terhadap mangsa adalah mendalam dan pelbagai. Dari segi psikologi, mangsa boleh mengalami tekanan emosi yang serius seperti kemurungan, kegelisahan, dan hilang keyakinan diri. Buli siber boleh menyebabkan mangsa mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga. Selain itu, terdapat juga kesan kewangan yang mungkin timbul daripada buli siber.
Buli siber adalah masalah serius yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada semua pihak. Usaha semua pihak merupakan kunci untuk menangani dan mengatasi masalah ini secara efektif.
**Bahan 2**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.