Terengganu Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Terengganu Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Terengganu 州试卷 Set 1 · 2025
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kestabilan ekonomi negara merupakan asas penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Pada era globalisasi ini, pelbagai cabaran ekonomi telah dihadapi oleh negara kita termasuk inflasi, pengangguran dan ketidaktentuan pasaran dunia. Oleh itu, dasar-dasar ekonomi yang mampan harus dirangka dengan teliti oleh pihak kerajaan. Antara langkah yang telah diambil ialah penstabilan nilai mata wang, pengurangan kadar faedah serta insentif cukai kepada sektor perniagaan. Usaha-usaha ini telah diperkenalkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelaburan asing. Selain itu, bantuan kewangan juga telah disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah agar dapat meningkatkan kuasa beli mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kestabilan Ekonomi Negara’ oleh Nur Sajwa binti Adnan, *Utusan Malaysia Online*, 30 Mei 2024
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja pasif**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata kerja pasif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Kebersihan alam sekitar amat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa alam sekitar yang bersih, kesihatan manusia akan terjejas. <u>Di kawasan perumahan sangat menjijikkan keadaan longkang yang tersumbat</u>. Air bertakung, sampah berselerak dan bau busuk menusuk hidung. Pihak berkuasa tempatan sedang berusaha membaiki sistem saliran yang rosak. <u>Telah menaikkan banyak poster tentang kebersihan alam sekitar pihak majlis daerah.</u> Namun begitu, masih ramai penduduk membuang sampah sesuka hati di merata-rata tempat. Oleh itu, <u>tanggungjawab bersama amalan menjaga kebersihan kawasan kediaman</u>. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, tidak akan berhasil segala usaha untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ oleh Naurah binti Adam, *bharian.com.my*, 16 Januari 2023
Berdasarkan petikan di bawah ini, tukarkan ayat **bersusunan songsang** yang bergaris kepada ayat **bersusunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Rencana di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
**SST Baharu: Implikasi Terhadap Kos Sara Hidup dan Ekonomi Negara**
oleh : Yaya Widana binti Yahya
Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia akan memulai pelaksanaan semula dan peluasan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Langkah ini Kementerian Kewangan umumkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil cukai domestik tanpa menaikan kadar cukai langsung seperti cukai pendapatan. Hal ini juga bertujuan mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil berkaitan minyak dan pinjaman luar.
Antara perubahan ketara dalam sistem baharu ini ialah kenaikan kadar cukai jualan daripada 5 peratus kepada 10 peratus atas barangan mewah dan tidak perlu, termasuk makanan eskotik seperti ketam raja, keju import, jam tangan mewah dan perabot berjenama. Perubahan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan lumayan agar prinsip percukaian progresif dapat diwujudkan. Dalam masa yang sama, cukai perkhidmatan akan diperluas kepada beberapa sektor-sektor yang sebelum ini tidak dikenakan cukai.
Menurut kenyataan resmi, kerajaan menjangkakan langkah ini akan menyumbang sekitar RM5 hingga RM7 bilion pendapatan tambahan pada setiap tahun yang akan digunakan untuk memperkukuhkan perkhidmatan awam serta subsidi bersasar. Namun begitu, pelaksanaan ini turut menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna dan penggiat industri. Golongan pengguna melahirkan kegusaran terhadap kemungkinan peningkatan kos sara hidup, terutamanya barangan yang dulunya bebas cukai. Dalam kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), sebanyak 62 peratus responden menyatakan bahawa mereka menjangka kenaikan harga barangan dalam tempoh tiga bulan selepas pelaksanaan SST baharu.
Kesimpulannya, kejayaan pelaksanaan semula SST 2025 bergantung kepada keupayaan kerajaan menseimbangkan keperluan meningkatkan hasil negara dengan kemampuan rakyat menanggung kos hidup. Keterbukaan terhadap maklumbalas awam dan fleksibiliti dalam pelaksanaan menjadi kunci utama kepada keberkesanan reformasi fiskal ini dalam jangka panjang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘SST Baharu Tingkatkan Ekonomi’, *utusan.com.my*
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin rencana tersebut.
11 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana." Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang mengadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat melihat dengan mata sendiri keindahan alam serta kepelbagaian budaya masyarakat kerana banyak berjalan, banyak yang dilihat, banyak berlayar banyak yang didengar. Sebagai pelancong, kita hendaklah sentiasa menghormati budaya dan adat resam masyarakat setempat kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kita juga jangan bersikap hidung tinggi di tempat orang. Aktiviti pelancongan memerlukan persiapan dan perancangan yang rapi. Tanpa persediaan yang cukup, percutian kita boleh terganggu disebabkan oleh masalah di luar jangka. Dalam hal ini, kita perlu sediakan pelita sebelum malam dengan menyusun pelan dan membuat kajian tentang destinasi yang ingin dilawati agar kita dapat menikmati percutian dengan lebih tenang.
Kenal pasti dan **senaraikan** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan **peribahasa lain yang sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Perkembangan informasi dan teknologi digital pada hari ini telah menjadi keperluan dalam kehidupan masyarakat terutamanya kepada golongan mahasiswa. Seiring dengan peredaran zaman, banyak teknologi dan aplikasi baharu yang diperkenalkan untuk memudahkan masyarakat, contohnya penggunaan aplikasi media sosial. Aplikasi ini digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi, berjual beli, menyebarkan maklumat pendidikan dan mencipta peluang pekerjaan.
Selain itu, satu daripada aplikasi yang paling popular dalam kalangan remaja kini ialah TikTok. Aplikasi TikTok mula diiktiraf oleh kebanyakan pengguna media sosial sebagai sebuah pelantar hiburan yang menayangkan video imaginatif dan menyeronokkan dalam durasi yang pendek. TikTok juga diakui sebagai alat yang boleh meningkatkan intelektual pelajar melalui sokongannya terhadap pendidikan dan penyebaran maklumat. Keupayaan TikTok *menyajikan maklumat* secara ringkas dan padat dalam satu video menyebabkan kaedah ini mudah diingati oleh pelajar dan memberikan faedah kepada pengajar untuk meningkatkan mutu pendidikan. Disebabkan oleh sekatan tempoh masa dalam penghasilan video TikTok, pengguna mesti menyampaikan idea atau maklumat secara ringkas dan berkesan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘TikTok Meningkatkan Kecerdasan Mahasiswa’, oleh: Itmi’nan Irwan, *Dewan Masyarakat*, DBP
**Bahan 2**
Dengan kemajuan teknologi dan akses Internet yang semakin meluas, platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok telah mengubah cara kita berinteraksi, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Salah satu pengaruh positif media sosial ialah kemampuannya untuk menghubungkan orang daripada pelbagai latar belakang dan lokasi. Melalui platform ini, individu dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan, keluarga, dan orang asing tanpa batasan geografi. Situasi ini memberi peluang pertukaran idea dan budaya, serta meningkatkan pemahaman antara masyarakat yang berbeza. Selain itu, guru dan pelajar kini dapat menggunakan media sosial untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan sumber pembelajaran yang berguna. Namun begitu, di sebalik manfaat yang dinyatakan, terdapat juga kebimbangan mengenai kesan negatif media sosial. Salah satu isu utama ialah penyebaran maklumat palsu. Dengan mudahnya maklumat boleh disebarkan, tidak semua berita yang diterima adalah benar. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan dan panik serta memburukkan keadaan semasa, seperti ketika krisis kesihatan atau politik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengaruh Media Sosial dalam Kehidupan Seharian’, *BH Online*, 29 Oktober 2024
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *menyajikan maklumat*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, apakah kebaikan-kebaikan menggunakan media sosial?
4 分
iii
Pada masa ini, golongan remaja sering ketagih menggunakan media sosial sehingga menjejaskan aktiviti dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menangani masalah tersebut?
3 分
iv
Adik anda selalu membuat pembelian dalam talian melalui aplikasi jualan yang popular pada masa ini. Namun begitu, semalam adik anda telah menerima barang yang dibeli tetapi barang tersebut tidak seperti yang diiklankan oleh penjual. Adik berasa sangat sedih dan tertekan.
Sebagai abang yang penyayang, jelaskan tindakan-tindakan anda untuk membantu adik.
4 分
712 分
Baca **bahan-bahan** di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Bagi Mak Milah, itu bukanlah kali pertama suaminya bercakap mengenai Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu itu. Sudah banyak kali diperkatakannya. Suaminya bagaikan sengaja mengulang-ulang cerita itu supaya tidak luput daripada ingatannya. Bukan di rumah sahaja dia bercerita, malah apabila ada kesempatan, dia selalu menceritakannya kepada penduduk kampung itu terutama anak-anak muda.
Menurut Pak Saidi, punca keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah kerana orang Melayu tidak lagi bersatu. Para pemimpin pula berebut kuasa. Fitnah dan adu domba berleluasa. Pahlawan Hang Tuah difitnah. Bendahara Tun Mutahir dihukum bunuh dan akhirnya Sultan Mahmud Shah hilang takhta dan menjadi pelarian. "Sekiranya orang Melayu bersatu, maka tanah air kita ini akan merdeka tetapi jika tidak bersatu, sampai bila-bila pun kita akan dijajah," kata Pak Saidi.
Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latif Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat - rezeki dan ibadat.
Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan terlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik sahaja perang pecah pada tahun 1941 dan Jepun masuk, keadaan jadi berkecamuk. Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jaranglah dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kami bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup dijajah.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ karya Zainal Rashid Ahmad Abdullah dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
**Syair Anak Merdeka**
Lima puluh tahun negara merdeka
Masa yang lalu diingat sentiasa
Susah derita pejuang bangsa
Menentang penjajah tak kira masa.
Masih kuingat ketika dahulu
Bendera berkibar di tangan tuanku
Laungan keramat menusuk kalbu
Itulah bukti merdeka negaraku.
Tidak terhitung pejuang yang gugur
Berani mereka di medan tempur
Rela berkorban bukti nan luhur
Tersebut namamu terkenal masyhur.
Mereka berjuang kerana bangsa
Semangat tak luntur jiwa perkasa
Jasa pejuang diingat sentiasa
Kita hargai sepanjang masa.
Apa ertinya kita merdeka
Jika fikiran sentiasa leka
Lebih sedihnya ada derhaka
Budaya penjajah itu yang disuka.
Tingkatkan ilmu dan juga agama
Iman dan amal usahakan bersama
Merdeka kita lebih bermakna
Pertahankan ia selama-lama.
**Abdul Halim**
Perak, Disember 2009
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah faktor-faktor keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kesan-kesan peperangan.
3 分
iii
Sejak dahulu lagi, peluasan kuasa sering dilakukan oleh negara-negara kuasa besar dunia terhadap negara-negara dunia ketiga.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
3 分
iv
Anda mendapati ramai murid yang tidak mengenali pahlawan dan pejuang kemerdekaan negara walaupun para pejuang ini telah berjuang mati-matian untuk membebaskan tanah air kita daripada penjajahan.
Sebagai seorang guru Sejarah, bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Betul mereka meninggalkan sekolah hingga sanggup tak ambil SPM kerana dorongan wang?"
>
> "Memang ada. Alasannya, orang keluar universiti belum tentu dapat kerja. Jadi, ibu bapa tak galakkan anak mereka bersekolah dan menyuruh mereka bekerja. Dapat RM300.00 hingga RM400.00. Yang perlu kita kupas ialah mereka bukan kerana masalah kemiskinan tetapi kegagalan mereka menghargai kepentingan pendidikan."
>
> "Inilah orang kita, asyik memikirkan kesenangan hari ini hingga lupa memikirkan keturunan akan datang."
>
> Memanglah inilah orang kita, detik hati Dahlia. Dia tidak akan meninggalkan bangku sekolah walaupun miskin, semata-mata untuk meraih pendapatan yang tidak seberapa.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas*, oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikan faktor-faktor seseorang murid tidak mahu meneruskan persekolahan atau pengajian?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang memberikan keinsafan kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Bawang putih ialah sejenis sayuran daripada keluarga bawang yang mempunyai isi berwarna putih yang terbungkus dalam beberapa lapisan kulit nipis yang berwarna keperang-perangan. Penggunaan bawang putih sangat popular dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kaedah pengambilan bawang putih yang sering menjadi keutamaan dalam kalangan masyarakat adalah dengan menambahkan bawang putih ke dalam pelbagai hidangan termasuk sup, kari, sos dan masakan tumis. Bawang putih juga boleh dimakan mentah dengan cara memotong atau menghancurkan bawang itu. Kemudian bawang itu ditambahkan ke dalam salad atau bersama-sama hidangan lain. Keterujaan masyarakat makan bawang putih kerana mereka menyedari bahawa bawang putih mengandungi sumber antioksidan yang kuat seperti selenium dan vitamin C yang berfungsi mengurangkan risiko penuaan pramatang. Hasilnya keremajaan rupa dan kulit wajah seseorang dapat dikekalkan.
Hakikat khasiat bawang putih sememangnya tidak boleh dinafikan kerana sejak zaman nenek moyang kita, pengambilan bawang putih sudah menjadi satu kemestian. Hal ini berlaku kerana bawang ini dikatakan mengandungi sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah. Sebatian sulfur tersebut boleh mengurangkan tekanan darah dan kolesterol dalam badan seterusnya mencegah pengumpalan darah yang boleh menyebabkan tekanan darah tiba-tiba naik sehingga terdedah kepada strok. Bawang putih juga dapat meningkatkan sistem imun badan dengan cara bertindak sebagai antiradang dan antioksidan yang kuat serta merangsang pengeluaran sel-sel darah putih yang penting untuk melindungi badan daripada penyakit.
Pengambilan bawang putih secara konsisten juga dapat mengurangkan keradangan dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti artritis, diabetes, dan penyakit-penyakit lain. Khasiat bawang putih yang pelbagai ini meningkatkan kecenderungan masyarakat untuk mengambil bawang putih dengan cara mencampurkan bawang putih ke dalam minuman. Mereka menambahkan beberapa ulas bawang putih yang dihiris ke dalam air panas dan membiarkan air itu sejuk seketika sebelum diminum. Walaupun bau bawang putih kurang enak, namun para penggemar teh bawang putih tidak mempedulikan masalah tersebut kerana mereka mementingkan khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bawang Putih : Antara Tradisi dan Moden’, oleh Aina Rifqah Zahin, *Jurnal Perubatan*, Mei 2024.
**Bahan 2**
**BAWANG PUTIH (ALLIUM SATIVUM)**
- Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia.
- Bawang putih mengandungi sebatian prebiotik yang dapat meningkatkan kesihatan pencernaan dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
- Kini, setelah melalui proses modenisasi, bawang putih boleh diambil dalam bentuk suplemen seperti pil, serbuk, atau minyak. Kaedah ini mungkin sesuai bagi mereka yang tidak suka akan rasa atau bau bawang putih. Pengambilan suplemen bawang putih semakin menggalakkan dalam kalangan masyarakat kerana bawang putih dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Walaupun bawang putih sering digunakan untuk pelbagai tujuan dan dipercayai mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan, bawang putih juga mempunyai beberapa keburukan.
- Oleh itu, kita hendaklah mengambil bawang putih secara sederhana dan segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan.
**Bahan 3**
**Syair Bawang Putih**
Bawang putih idaman nusa,
Di dalam dapur ada sentiasa,
Menjadi pilihan setiap bangsa,
Tersimpan rahsia anugerah Esa.
Penghalau bisa dalam tubuh,
Elok dimakan selepas Subuh,
Cegah selesema daripada tumbuh,
Penawar ditemui penyakit sembuh.
Darah dibersih racun dibuang,
Kolesterol jahat pun ditentang,
Badan sihat kehidupan tenang,
Dengan izin Tuhan, mudarat terhalang.
Amalan lama bukan rekaan,
Dibukti sains dan pengalaman,
Bawang putih bukan sembarangan,
Petua warisan penuh kelebihan.
**Zuraidah M.Adam**
Kuala Dungun.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.