Baca petikan di bawah dengan teliti.
Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan yang ada pada diri seseorang. “Orang yang berpersonaliti hebat akan membuatkan diri anda berasa hebat apabila berada di sisinya”. Apabila anda bertemu dengan orang yang berpersonaliti positif, anda akan berasa seronok dan selesa untuk terus bersama. Sebaliknya, apabila anda berjumpa dengan orang yang berpersonaliti sebaliknya, anda akan sentiasa berisiko berkecil hati dengan sikapnya dan berasa diri anda kerdil serta hodoh. Oleh itu, seharusnya kita cuba untuk menjauhkan diri daripada individu yang suka memfokuskan kepada masalah tanpa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tips Meningkatkan Personaliti Diri’, oleh Prof. Muhaya Mohamad, *Dewan Siswa*, Bil 07/2021
Senaraikan **empat kata adjektif**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Hari kebangsaan merupakan antara sambutan peristiwa penting yang diadakan di negara kita pada setiap tahun. Penglibatan daripada semua peringkat masyarakat amat diperlukan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan negara. Masyarakat boleh mengambil bahagian melalui pelaksanaan aktiviti pada peringkat sekolah, universiti ataupun peringkat organisasi. Kebanyakan sekolah ataupun organisasi akan mengadakan pertandingan melukis poster, kuiz merdeka, buku skrap dan pidato kemerdekaan. Negara kita perlu disayangi dan dipelihara keharmoniannya agar cengkaman penjajah pada masa lalu tidak akan berulang lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Patriotisme Remaja Pemangkin Kesejahteraan Negara’ oleh Nordiana Hamzah, *Dewan Siswa*, Ogos 2023
Kenal pasti dan tulis **subjek** dan **predikat** yang lengkap bagi **tiga ayat** yang anda pilih seperti yang berikut.
**Subjek** : ______________________
**Predikat** : ______________________
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Dron digunakan seawal Perang Dunia Pertama sebagai sasaran atau aerial target bagi latihan senjata pertahanan udara. Kemudian, dron dibangunkan sebagai peninjau, pengawas, dan penandaan sasaran semasa peperangan moden serta sebagai sasaran bagi senjata *anti-aircraft missile*. Walau bagaimanapun, antara isu utama yang timbul setelah popularnya dron adalah isu privasi di mana dron membolehkan pengguna mengambil gambar atau merakamkan video dari udara tanpa dikesan oleh mangsa. Malah, di setengah negara termasuk Malaysia, undang-undang penggunaan dron diperkenalkan bagi menghalang kawasan-kawasan keselamatan negara diintip dron.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Antara Kepentingan dan Ancaman’, Buku Teks *Bahasa Melayu Tingkatan 4*, Kementerian Pendidikan Malaysia
6 分
Bahan 2
**JERTIH** : Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenal pakej teknologi pengeluaran padi berpenghasilan tinggi menerusi pertanian dengan menggunakan teknologi dron. Teknologi ini membolehkan pantauan udara terhadap tanaman itu dilakukan. Projek rintis dijalankan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut dan membabitkan 200 petani dengan kawasan tanaman seluas 200 hektar. Dron berupaya untuk merakam imej kawasan seluas 140 sehingga 950 hektar di dalam tempoh satu jam penerbangan, bergantung kepada keadaan cuaca dan ketinggian penerbangan dron.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘UPM Perkenal Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron’, *Harian Metro*, 17 Mac 2018
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ketua kampung itu menasihati para penduduk kampung agar hidup seperti serumpun bak serai sesusun bak sirih jika mahu hidup dalam suasana tenang dan harmoni. Beliau percaya bahawa prinsip usaha tangga kejayaan sangat penting dalam memajukan kampung mereka. Selain itu, beliau menyeru agar semua penduduk kampung menjaga kerukunan hidup bermasyarakat. Oleh itu, mereka perlu menjaga tutur kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Kenal pasti dan senaraikan **tiga** peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian beri **peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Buli merupakan perbuatan yang tidak bertamadun kerana melanggar tatasusila kehidupan manusia sejagat. Isu ini telah **menimbulkan kerisauan** bukan sahaja dalam kalangan ibu bapa dan pihak sekolah, malah turut membimbangkan negara dalam aspek melahirkan generasi yang terdidik akhlaknya. Kajian mendapati bahawa faktor kurangnya kasih sayang dalam sesebuah keluarga merupakan punca berlakunya gejala buli. Anak yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa seperti orang asing dalam keluarganya sendiri. Mereka akan memberikan tekanan kepada orang lain kerana tiada tempat untuk mengadu dan akan melepaskan tekanan tersebut dengan membuli orang lain. Selain itu, terdapat juga kes buli yang berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Tekanan daripada rakan sebaya boleh membuatkan pelajar tidak mempunyai pilihan lain, selain melakukan perkara yang sama, iaitu membuli rakan yang lemah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Murni Membendung Gejala Buli’ oleh Ilhami Hisham, *Dewan Siswa*, Bil. 05/2024
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *menimbulkan kerisauan*.
2 分
ii
Dengan merujuk semua **Bahan 1 dan Bahan 2**, nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gejala buli berlaku dalam kalangan murid.
3 分
iii
Perbuatan buli boleh mengakibatkan kecederaan fizikal dan penderitaan mental yang serius jika tidak ditangani dengan segera.
Pada pendapat anda, apakah tanda-tanda yang menunjukkan murid telah menjadi mangsa buli?
4 分
iv
Pergaduhan yang kerap berlaku dalam kalangan anak-anak sehingga melibatkan serangan fizikal ataupun lisan turut membentuk tingkah laku buli. Masalah ini tidak boleh dipandang enteng kerana perlakuan ini akan menyebabkan berlakunya gejala buli.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala buli ini.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Tanah yang diwarisi oleh Pak Tua daripada bapa mentuanya dibiarkan menjadi hutan simpan. Pak Tua hanya membersihkan sedikit sahaja kawasan untuk tapak rumah dan untuk dusun buah-buahan. Hanya dengan cara itu Pak Tua berasa dia dapat menebus kesalahan memusnahkan hutan. Mak Tua yang melayan cucu-cucu menanyakan anak-anaknya iaitu Ajam, Bakar, Melati dan Budi sama ada mereka sudah dapat mencari pekerja untuk menjaga kawasan dusun dan hutan kerana kecurian kayu balak makin menjadi-jadi. Mak Tua takut kalau tidak dijaga, habis kayu balak dicuri. Bakar memberitahu mereka sudah mencari dan bulan depan akan mula bekerja. Melati memberitahu bahawa mereka merancang untuk menjadikan kawasan hutan bapanya kawasan pelancongan kerana ada aliran sungai yang boleh diperbesar menjadi kolam memancing ikan, mereka boleh meniru kawasan pelancongan seperti Lembah Danum di Lahat Datu, Sulaman Resort di Tuaran, atau Sukau.
Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ dalam antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 2**
**GURINDAM ALAM SEKITAR**
Jika alam kita pelihara,
Hidup tenang hati gembira.
Jika kita mampankan alam,
Hidup kita tidak kelam.
Jika alam kita cemari,
Kelak bencana sukar dihindari.
Jika kita beraja nafsu,
Alam indah menjadi lesu.
Jika alam tercemar sampah,
Rezeki tidak lagi melimpah.
Jika kita saling bersatu,
Alam sekitar terjaga tentu.
Jika alam menghijau damai,
Jiwa tenang kasih tersemai.
Jika amalkan kitar semula,
Alam ceria nasib terbela.
Jika alam bersih dan indah,
Hidup selesa tiada gundah.
Alias bin Derais, Buku Teks *Bahasa Melayu Tingkatan 5*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan tindakan keluarga Pak Tua terhadap tanah yang diwarisi oleh Pak Tua daripada bapa mertuanya.
2 分
ii
Berdasarkan **setiap bahan**, nyatakan kesan-kesan sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik.
3 分
iii
Banjir merupakan fenomena semula jadi yang berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh yang panjang.
Pada pendapat anda, selain faktor semula jadi, apakah faktor-faktor berlakunya banjir yang berpunca daripada aktiviti manusia?
3 分
iv
Di sekolah, kita sering mendengar tentang pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Kedua-duanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pihak sekolah boleh mewujudkan satu jawatan baharu, iaitu pengawas alam sekitar.
Sebagai seorang murid yang cinta akan alam sekitar, apakah peranan yang perlu kamu lakukan jika terpilih sebagai pengawas alam sekitar di sekolah kamu?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Doktor Raiha, untuk pengetahuan doktor, perempuan tua itulah yang keterlaluan sebenarnya. Perempuan itu sengaja cari fasal denganku. Sudahlah saya berasa letih dan *tension* pula pada ketika itu.” “Okay, jelaskan kepada saya,” pinta Raiha dengan nada yang perlahan tetapi menggerunkan. Sama-sama *tension* kini. Ternyata Felicia amat teragak-agak pula. “Jelaskan!” arah Raiha dengan tegas. “Err... kata perempuan tua itu, semasa saya mencadangkan agar anaknya, Si Unong Siron melalui operasi penggantian sendi tulang pinggul di PRPK ini dahulu, kononnya saya tidak ikhlas. Tidak jujur. Kononnya saya sengaja mempengaruhi mereka dengan niat yang buruk!” “Mempengaruhi mereka?” soal Raiha, dengan amat berhati-hati kini. Penuh waspada.
>
> Dipetik daripada novel *Pantai Kasih*, oleh Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mengapakah ibu Unong Siron dikatakan sengaja mencari fasal dengan Felicia?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menimbulkan rasa simpati kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Penyakit berjangkit merupakan satu fenomena biososial. Manusia boleh dijangkiti penyakit melalui hubungan manusia sesama manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Namun begitu, terdapat juga manusia dijangkiti penyakit melalui air dan makanan. Penularan penyakit berjangkit akan menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara.
Terdapat beberapa punca penularan penyakit berjangkit. Penyakit leptospirosis misalnya, merupakan penyakit yang sering berjangkit kepada manusia. Penularan penyakit ini disebabkan oleh bakteria leptospira yang terdapat dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing dan lembu. Langkah yang paling mudah mengelakkan penyakit ini ialah makanan dan minuman hendaklah sentiasa ditutup bagi menghindari ancaman makhluk perosak seperti tikus serta elakkan daripada bermain lopak air terutama selepas banjir.
Kini, Malaysia dikejutkan dengan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Penularan HFMD berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis pesakit yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus tersebut. Bagi mengelakkan daripada dijangkit HFMD, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa membersihkan tangan anak-anak ketika berada di luar rumah, dan mengelakkan daripada membawa anak-anak ke tempat yang dipenuhi dengan orang ramai.
Penularan penyakit berjangkit turut berpunca daripada kemasukan pekerja asing yang tidak terkawal atau tanpa saringan lebih-lebih lagi yang memasuki negara secara haram. Mereka ini sudah tentunya tidak menerima sebarang saringan kesihatan. Oleh itu, agensi kesihatan perlu bekerjasama dengan agensi keselamatan membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Manakala bagi pekerja asing yang sah, perlu menjalani ujian kesihatan lebih dahulu di negara asal mereka atau negara penerima.
Secara tuntasnya, semua pihak tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit. Masyarakat seharusnya berganding bahu menangani masalah penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menangani Penularan Penyakit Berjangkit’ oleh Zulfiqar Mohd Yusof, *Dewan Siswa*, Bil. 09/2018
**Bahan 2**
**Pantun Menjaga Kebersihan Diri**
Marilah dengar wahai teman,
Teman mendengar untuk berjaga,
Pastikan badan bebas berkuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga.
Indah jelitanya Sang Kesuma,
Ayu mendayung membawa rakit,
Mencuci tangan amalan utama,
Yakinlah penyakit takkan berjangkit.
Tiga per empat air di baldi,
Menjadi keperluan hidup manusia,
Ingat sahabat untuk mandi,
Asas utama berwajah ceria.
Si Luncai bergeliga lantangnya tergelak,
Bersama labu menyelamatkan diri,
Makanan ringan perlu dielak,
Piramid makanan melengkapkan diri.
Sate terkenal terletak di Kajang,
Beraturnya pelanggan mengikut giliran,
Bersihnya kuku tiada kotor dan panjang,
Barulah badan tiada jangkitan.
Nukilan Azri Abd Rahman, Kuala Lumpur, 2014
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.