Baca petikan di bawah dengan teliti.
Taun merebak secara meluas pada abad ke-19 dan meragut berpuluh-puluh juta nyawa manusia. John Snow merupakan individu pertama yang mengenal pasti bahawa air tercemar merupakan punca taun. Beberapa gejala seperti pening dan muntah boleh dialami, terutamanya pada peringkat awal jangkitan dan berlarutan berjam-jam. Jika tidak dirawat, taun boleh membawa maut. Gejala ini mungkin bermula seawal dua jam selepas pengambilan air yang sudah tercemar dengan bakteria. Masa inkubasi yang singkat ini dianggap sebagai punca taun dapat merebak dengan begitu pantas melalui populasi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jangkitan Taun Zaman Moden, Perlukah Kibar Bendera Kuning?’ oleh Hamidah Zabidi, *Dewan Masyarakat*, Bil.01/2022
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bilangan**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata bilangan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Amran** : <u>Eh, lama saya tidak melihat kamu bermain badminton di sini</u>!
**Yazid** : Ya, memang benar, <u>kaki saya tercedera semasa saya menyertai ekspedisi menjelajah Gua Niah pada bulan lepas</u>.
**Amran** : Oh, begitu! <u>Di manakah terletaknya Gua Niah</u>?
**Yazid** : <u>Gua Niah terletak di bahagian Miri</u>. Gua Niah merupakan gua terbesar di Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong yang ingin melihat keunikan alam semula jadi di Sarawak.
**Amran** : <u>Bukankah kaki awak tercedera</u>?
**Yazid** : Ya, tetapi tidaklah terlalu serius.
**Amran** : <u>Janganlah awak terlalu aktif bergerak kerana proses pemulihan akan mengambil masa</u>.
Tentukan jenis ayat yang bergaris di bawah sama ada **ayat seruan, ayat tanya, ayat perintah** atau **ayat penyata**. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
6 分
311 分
Bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Amirah ialah seorang pelajar yang suka menangguhkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas. Dia lebih suka berangan ketika di dalam kelas. Guru kelas pernah menasihati Amirah bahawa ____________________, kerana kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Namun, Amirah tidak mengakui bahawa dirinya malas. Dia menyalahkan keadaan dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara seperti ____________________. Siti berasa kasihan melihat sikap Amirah yang tidak mahu berubah dan hanya bersikap ____________________ tanpa ada kesungguhan dalam dirinya.
Isi tempat kosong dengan **peribahasa yang sesuai**.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Sikap integriti perlu diajar seawal mungkin termasuk di peringkat sekolah bagi memastikan generasi baharu yang memasuki alam pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kelak bebas daripada sebarang kelakuan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr. Ismail Bakar, berkata perkara itu boleh dilakukan dengan memasukkan topik integriti ke dalam mana-mana pembelajaran di sekolah seperti mata pelajaran Pendidikan Sivik agar murid dapat memahami kepentingan jati diri yang kuat dalam melaksanakan tugas mereka.
"Usaha untuk mendidik sikap integriti ini juga perlu bermula dari rumah. Dalam hal ini, ibu bapa juga harus memberi tunjuk ajar tentang perkara yang betul dan salah. Itulah perkara yang wajib dan penting untuk ditanam kepada anak masing-masing," katanya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Integriti Perlu Diajar Seawal di Peringkat Sekolah’, *Bernama*, 14 Jun 2024
**Bahan 2**
Integriti di sekolah ialah elemen penting dalam membentuk generasi yang beretika dan berprinsip. Peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya menekankan pentingnya mendidik anak sejak kecil. Integriti yang bermaksud kejujuran dan prinsip moral yang tinggi seharusnya dijadikan budaya hidup seharian rakyat Malaysia. Nilai-nilai murni seperti kejujuran dan kasih sayang perlu diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa. Meskipun pendidikan integriti bermula dari rumah, namun sekolah harus menjadi tempat untuk memupuk nilai-nilai integriti.
Pendidikan melalui subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Sejarah sangat penting. Guru-guru dan kakitangan sekolah harus menjadi suri teladan dalam mengamalkan nilai-nilai ini. Pendidikan membantu dalam pembentukan generasi yang *mengamalkan etika* dan tanggungjawab sosial. Memupuk integriti di sekolah ialah kunci untuk melahirkan generasi muda yang beretika dan berintegriti. Integriti di sekolah ialah asas penting dalam pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Integriti Sekolah: Memahami dan Menerapkan Nilai-Nilai’ oleh Alifa Ilyana Chong Abdullah dan Nor Haslaily Mohd Nasir, *masadahtime*, 10 Jun 2024
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *mengamalkan etika*.
2 分
ii
Merujuk **semua bahan**, nyatakan cara-cara memupuk integriti dalam kalangan remaja.
4 分
iii
Integriti sangat penting untuk membentuk nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat. Kemajuan sebuah perniagaan bergantung kepada sikap seorang peniaga yang berintegriti.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor seorang peniaga tidak berintegriti dalam perniagaannya?
3 分
iv
Anda mendapati salah seorang pengawas di sekolah anda sering kali merokok di dalam kawasan sekolah secara sembunyi-sembunyi. Perbuatan rakan anda itu sudah pastinya salah dan tidak berintegriti apatah lagi dia seorang pengawas sekolah.
Cadangkan tindakan-tindakan yang sepatutnya anda lakukan.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Salju turun mencurah-curah. Istanbul, kota neon yang cahayanya samar-samar menerangi malam. Seluruh bandar raya itu diselaputi salju. Hujan salju ini turun menjelang senja. Semakin malam semakin turun menebal. Pokok-pokok telah mula memutih. Sengaja aku menyusuri malam di Istanbul ini untuk mengumpul pengalaman. Salju ada di mana-mana. Di atas jalan raya juga dipenuhi salju memutih yang sangat dingin.
Aku sampai di Hagia Sophia 300 meter dari Masjid Biru yang dibina pada 1606. Hagia Sophia destinasi paling popular yang asalnya sebuah gereja dibina pada kurun keenam. Gereja itu ditukar kepada masjid pada tahun 1453 ketika Empayar Uthmaniah menawan Istanbul. Namun tatkala kerajaan Uthmaniah tumbang, Turki menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium pada tahun 1935. Pandangan aku tertumpu pada keunikan Masjid Biru. Masjid ini dikenali dengan Masjid Biru kerana jubin biru menghiasi dinding dan reka bentuk dalamannya berwarna biru. Ramai pelancong masih ada di kawasan ini walaupun malam semakin dingin.
Dipetik daripada cerpen ‘Malam Salju di Istanbul’ oleh M. Zaki Arif, *Dewan Siswa*, Oktober 2023
**Bahan 2**
**DESTINASI**
Cameron Highland nyaman terasa,
Di puncak tinggi diselimut cahaya,
Udara bersih segar sentiasa,
Menjadi tumpuan pelancong serata.
Bunga melor harum merata,
Ladang teh menghijau seluas mata,
Strawberi ranum segar tersedia,
Pelawat datang tak kira masa.
Kebun strawberi merah menggoda,
Dipetik sendiri rasa bahagia,
Anak kecil riang ketawa,
Cipta kenangan bersama keluarga.
**Mira Azmira**
Kuantan
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan keadaan bandar raya Istanbul setelah salju turun.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah keunikan tempat tumpuan pelancong?
3 分
iii
Aktiviti melancong ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia perlu digalakkan agar dapat mengenali warisan negara.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat berkunjung ke tempat-tempat tersebut?
3 分
iv
Kerajaan Malaysia telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia sejak tahun 1990 lagi. Namun begitu, masih terdapat rakyat Malaysia yang memilih untuk melancong ke luar negara.
Cadangkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat rakyat tempatan melancong dalam negara.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Apa-apa pun kehadiran Dr. Zahari amat menyenangkan, terutama tentang sikap terbukanya itu selain sama-sama mengagumi buku.
>
> "Buku jambatan ilmu." Begitulah Dr. Zahari mengangkat hobinya. "Buku juga kekasih setia yang tidak cemburu apabila dimadu." Dr. Zahari mengerling Bazilah untuk melihat reaksi tunangnya, namun sebagai orang terpelajar, usikan itu semakin menambahkan kemesraan yang sentiasa berputik dan berkembang dengan masa.
>
> "Manusia juga seperti buku jika anda dapat membacanya," kata Dr. Zahari sambil menoleh semula ke arah Bazilah. Bazilah mengalihkan pandangan untuk mengelak daripada dibaca dan menjadi sasaran renungan bakal suami. Wajah Bazilah menjadi merah.
>
> "Banyak ilmu banyak kawan, banyak harta banyak lawan, begitulah keadaan manusia di muka bumi ini." Berderet-deret falsafah Dr. Zahari tentang buku.
>
> Dipetik daripada novel *‘Tirani’* oleh Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan falsafah Dr. Zahari tentang buku.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan situasi berani sehingga memberi kesan kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Setiap institusi pendidikan di dalam negara mempunyai unit bimbingan dan kaunseling (UBK). UBK terdiri daripada seorang atau beberapa kaunselor yang memberikan bimbingan dan kaunseling tanpa mengira peringkat usia. Setiap kaunselor di sekolah mempunyai peranan dalam membimbing generasi muda membentuk keperibadian yang baik dan mulia. Oleh itu, murid akan mendapat nasihat yang bermanfaat daripada kaunselor yang mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan sesuatu isu. Seterusnya, UBK juga mempunyai kaunselor yang bertanggungjawab untuk menyediakan khidmat nasihat kepada murid.
Ciri seorang kaunselor yang berkesan ialah seorang yang mampu membantu kliennya bagi mengenali diri untuk menjadi yang lebih baik. Selain itu, kewujudan kaunselor di sekolah juga berperanan membantu murid meningkatkan nilai dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana unit bimbingan dan kaunseling sekolah boleh menganjurkan kem motivasi atau program-program yang berkaitan dalam membina disiplin dan jati diri murid supaya cekal dan tabah dalam kehidupan. Pada masa yang sama, seorang kaunselor perlu melayan klien dalam mencari penyelesaian sesuatu isu sehingga berjaya.
Sungguhpun kaunselor bebas melayan klien, kaunselor juga seorang yang telus dalam menjaga kerahsiaan kliennya. Jangan menyebarkan sesuatu perkara yang menjadi kerahsiaan dalam pertemuan. Di samping itu, antara kebaikan murid apabila berjumpa kaunselor adalah mendapat bimbingan bidang kerjaya yang diminati. Dalam hal ini, murid akan dibimbing oleh kaunselor untuk menyesuaikan minat mereka dengan peluang kerjaya masa sekarang. Dengan bimbingan yang betul, murid dapat memastikan mereka memberikan fokus terhadap bidang pengajian yang sesuai dengan minat dalam pemilihan kerjaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kaunselor : Membina Kerjaya dan Personaliti’, *Ipendidikan 2024*
**Bahan 2**
**PANTUN KAUNSELOR**
Pohon pinang tumbuh berjajar,
Teduhan pemuda meniup seruling;
Seorang kaunselor dekati pelajar,
Penuhi etika kerjaya kaunseling.
Rempah perapan mari diramu,
Ingin membakar ikan kerisi;
Ciri kaunselor kepakaran ilmu,
Sentuhan jiwa menyinar solusi.
Sungguhpun sungai airnya cangkat,
Ingin ke seberang bertiti papan;
Keyakinan diri dapat ditingkat,
Temui kaunselor capai harapan.
Berpencak silat di tengah laman,
Tekun berlatih pemuda perkasa;
Adab berguru jadi pedoman,
Pasti berjaya sepanjang masa.
**Romuzdin**
Kepala Batas, Pulau Pinang.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.