Baca petikan di bawah dengan teliti.
Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan STEM di Malaysia, jurang digital dan infrastruktur muncul sebagai cabaran utama yang perlu ditangani segera. Ketidakseimbangan akses Internet antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar telah mencipta perbezaan peluang pembelajaran yang ketara. Sekolah di kawasan luar bandar selalu menghadapi kekangan dari segi kemudahan makmal dan peralatan STEM, manakala kos penyediaan infrastruktur digital yang tinggi turut menjadi penghalang kepada perkembangan pendidikan STEM yang seimbang. Bagi menangani isu ini, beberapa penyelesaian strategik sedang dilaksanakan. Program Internet Sekolah yang melibatkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi boleh membantu merapatkan jurang digital.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘STEM Tonggak Pendidikan Masa Hadapan’ oleh Dr. Norhana Bakhary, *Dewan Siswa*, Bil.4/2025
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu.** Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Badan sihat, otak cerdas merupakan frasa yang sering diungkapkan oleh orang ramai. Jika masyarakat tidak menjaga kebersihan, maka kesihatan mereka akan mudah terjejas. <u>Kesihatan amat penting kepada kehidupan.</u> <u>Penjagaan kesihatan wajar diberikan keutamaan oleh masyarakat.</u> <u>Masyarakat haruslah melakukan pelbagai aktiviti.</u> <u>Masyarakat perlu mengamalkan beberapa langkah untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.</u> Masyarakat yang cinta akan alam sekitar perlu mengurus sampah sarap untuk mengelakkan penyakit membelenggu kehidupan. <u>Pengambilan makanan yang bersih dan berzat juga penting.</u> <u>Makanan yang bersih dan berzat dapat menyihatkan badan.</u> Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab menjaga kebersihan kerana kesihatan harta paling berharga dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kebersihan’ oleh Azira Zakaria, *scribd.com/doc/Internet*
Berdasarkan petikan di bawah, gabungkan ayat tunggal yang bergaris kepada ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
6 分
311 分
Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut.
Bahan 1
Jika ada peruntukkan dan lokasi yang sesuai, jejantas perlu dibina supaya anak-anak boleh melintas jalan dengan selamat. Pihak sekolah dengan bantuan PIBG juga perlu mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan yang bertindak sebagai warden trafik ketika waktu puncak. Tawaran Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi melihat lalu lintas di kawasan sekolah juga wajar ditimbangkan. Pihak polis juga diharap dapat mengatasi masalah lebih berat seperti gangsterisme, penyalahgunaan dadah dan berbagai jenayah lain membabitkan murid sekolah di samping kes penculikan di luar kawasan sekolah. Rondaan secara kerap oleh anggota polis untuk melakukan intipan secara berjadual wajar dilaksanakan supaya dapat mencegah kejadian penculikan dan pelbagai salah laku jenayah di kalangan murid sekolah daripada terus berleluasa. Kita tidak mahu selepas sesuatu kejadian itu berlaku barulah masing-masing menunding jari menyalahkan pihak lain. Dalam hal ini, baik dalam perimeter sekolah mahupun di luar pagar sekolah, kepentingannya adalah tahap keselamatan anak-anak kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rencana Menangani Isu Keselamatan di Sekolah’ oleh Noor Mohamad Shakil, *Utusan Malaysia*, 12 Mac 2021
7 分
Bahan 2
4 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Usaha seorang lelaki melakukan kajian selama lima tahun membuahkan hasil apabila berjaya menanam lebih 30 batang pokok anggur. Pokok-pokok anggur tersebut berjaya ditanam tanpa beliau belajar secara formal kerana <u>baginya untuk mendapatkan kesenangan biarlah bersusah payah dahulu</u>. Salleh mengalami kegagalan mulanya kerana tidak membuat teduhan, memilih jenis tanah dan benih anggur yang sesuai. Walau bagaimanapun, Salleh tidak berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membaiki kesilapannya. <u>Kejayaan tidak dicapai serta-merta atau tiba-tiba kerana memerlukan usaha yang berterusan</u>. Ladang anggur Salleh di Terengganu semakin dikenali. Pengunjung dari negeri lain datang untuk melihat sendiri tanaman anggurnya <u>selepas mendengarnya melalui perbualan orang ramai</u> terutama di *Facebook* dan *Tik Tok*.
Dipetik dan diubah suai daripada Bingkisan Anggur Pantai Timur oleh Ahmad Rabiul bin Zulkifli, *Harian Metro*, 5 Julai 2019
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi maksud peribahasa yang digariskan.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kepentingan inovasi sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Inovasi membolehkan kita melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Sebagai contohnya, penggunaan alat berteknologi tinggi seperti komputer bukan sahaja dapat memantau dan mengawal mesin serta jentera, malah mampu mengurangkan beban kerja tenaga manusia secara signifikan. Selain itu, inovasi dalam bidang perisian seperti pembangunan hardware dan software turut memainkan peranan penting dalam mempercepat penyebaran ilmu serta maklumat secara dalam talian. Pengembangan ilmu pengetahuan pada era digital merupakan fenomena yang tidak dapat disangkal lagi pada masa ini.
Inovasi turut berperanan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya saing dan progresif. Hal ini dikatakan demikian kerana pengusaha, pihak swasta mahupun kerajaan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dan berinovasi agar terus kekal relevan dalam era yang serba pantas ini. Kesimpulannya, inovasi merupakan pemangkin utama dalam memacu kemajuan masyarakat dan pembangunan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Inovasi’ oleh Ustaz Kenali, Sumber: ustazkenali.wordpress.com.
**Bahan 2**
Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberikan kesan baik kepada pendidikan (Crowell (1971). Inovasi dalam pendidikan merujuk kepada usaha memperkenalkan pendekatan baharu, teknologi dan kaedah pembelajaran yang lebih efektif. Kepentingan inovasi termasuklah *meningkatkan kualiti* pembelajaran. Inovasi membolehkan guru menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih menarik seperti pembelajaran berasaskan projek, permainan digital dan realiti maya. Selain itu, inovasi memupuk kemahiran abad ke-21. Melalui inovasi, murid dapat membangunkan kemahiran penting seperti pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi dan kolaboratif. Sebagai contoh, penggunaan platform kolaboratif dan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah (PBL) mendorong murid menjadi lebih aktif dan berdikari.
Sumber: nurashwaq.blogspot.com.
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *meningkatkan kualiti*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kepentingan-kepentingan inovasi dalam kehidupan manusia.
4 分
iii
Penyalahgunaan teknologi boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Pada pendapat anda, nyatakan kesan-kesan jika kemajuan teknologi disalahgunakan.
3 分
iv
Rakan anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan inovasi peringkat negeri. Namun, dia masih belum mempunyai idea untuk memilih inovasi yang sesuai untuk pertandingan tersebut.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan beberapa langkah untuk membantunya.
3 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Aminah jarang-jarang meluangkan masa bersama-sama dengan rakan sekelasnya kerana perlu menolong ibunya berniaga nasi lemak. Dia perlu bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk membantu ibunya menyiapkan nasi lemak untuk dijual di warung Pak Alif, walaupun hasil jualan nasi lemak tidaklah lumayan, namun cukup untuk mengalas perut mereka sekeluarga. Setiap hari, Aminah akan pulang dari sekolah sekitar pukul 3.00 petang dengan berjalan kaki. Selepas membersihkan diri, dia akan ke belakang rumah untuk menolong ibunya di kebun.
Tanah gembur yang sekangkang kera itu dimanfaatkan oleh ibunya dengan menanam sayur bayam dan ubi keledek untuk dihantar ke warung Pak Alif. Selepas solat maghrib, Aminah akan membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Aminah akan memastikan bahawa segala tugasan sekolahnya disiapkan sebelum pukul 10.00 malam. Dia perlu tidur awal kerana perlu membantu ibunya pada awal pagi.
Dipetik daripada cerpen ‘Jiwa yang Hidup’ oleh Siti Munifah Mohd, *Dewan Siswa*, Bil 02/2025
**Bahan 2**
**SEMANGAT**
Wahai sahabatku
aku jiwamu
yang hilang membisu
tanpa diberitahu.
Engkau tidak keseorangan
merasa diri menjengkelkan
kamu tidak pernah dibanggakan
keberadaanmu tidak pernah dirasakan.
Kadangkala membuat imaginasi
walau hanya dalam ilusi
lebih indah dari realiti
memakan jiwa bersulam hati.
Dikau banyak terasa hati
hanya pura-pura tidak tersakiti
hanya mampu berdiam diri.
Cukup rasa diri tidak berguna
banyak jalan liku sudah kamu harungi
simpan yang baik untuk bangkit
genggam yang buruk buat ajaran.
**Kasih Qirana Yuda Basuki**
Petaling Jaya, Selangor
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah perkara yang dilakukan oleh Aminah selepas solat maghrib?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, apakah cabaran yang perlu dilalui oleh seseorang dalam menempuh kehidupan?
3 分
iii
Pihak sekolah melaksanakan pelbagai program motivasi sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan. Program-program ini melibatkan murid, guru dan pihak luar yang berkaitan.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan program motivasi kepada murid?
4 分
iv
Anda mendapati seorang rakan anda telah hilang semangat dan berputus asa sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda supaya dia kembali bersemangat?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Sewaktu melangkah, beberapa pelajar tingkatan enam atas bersebelahan kelas memandang ke arahnya dengan seribu kehairanan. Dia berasa tidak enak. Dia memandang dirinya, melihat pakaiannya dan membetulkan tudung. Semuanya sempurna, tiada yang tidak kena.
>
> Jangan pedulikan orang, desis hatinya lalu melangkah ke perut perpustakaan. Masuk sahaja ke bilik itu, kedinginan menyerap hingga ke tubuh. Dia menuju ke meja hujung. Sesampainya ke meja yang kosong, punggungnya dilabuhkan.
>
> Tidak membuat sesuatu terasa janggal pula. Dia duduk. Dia mahu mencari kedamaian yang tercicir dan mahu mencantumkan benang kebahagiaan yang terputus.
>
> Pada saat itu, wajah emaknya terbayang di ruang mata. Emaknya seakan-akan menjerit memanggilnya datang.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah yang dilakukan oleh Dia apabila melangkah ke perut perpustakaan?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(b) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda kaji, huraikan **satu** peristiwa yang menimbulkan simpati dan nyatakan pengajaran kepada pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pada era digital yang serba pantas ini, perbelanjaan tanpa tunai semakin menjadi norma dalam kehidupan seharian. Transformasi Malaysia ke arah ekonomi digital semakin diterima dan disambut baik oleh masyarakat. Mereka lebih selesa melakukan perbelanjaan tanpa membawa wang tunai dengan menggunakan kad debit, kad kredit, e-dompet dan pembayaran QR. Perbelanjaan tanpa tunai ini bukan sahaja menawarkan kemudahan dan kelajuan dalam urusan pembayaran tetapi bermanfaat untuk mengubah cara pengguna mengurus perbelanjaan. Dengan satu imbasan kod QR atau sentuhan kad, urusan pembayaran dapat diselesaikan dalam beberapa saat seperti membeli barangan, membayar tol, membayar tambang pengangkutan awam dan pelbagai perkhidmatan lain. Kita boleh lihat sendiri betapa banyak premis, kedai dan perkhidmatan yang sudah mula menggunakan kaedah ini yang ternyata mampu menyokong pertumbuhan ekonomi digital.
Transaksi tanpa tunai boleh dikatakan sebagai pedang bermata dua. Pengguna akan menghadapi cabaran apabila berhadapan dengan risiko ketirisan maklumat peribadi dalam perbelanjaan tanpa tunai namun pada masa yang sama memberikan kemudahan untuk pengguna merekodkan perbelanjaan seharian. Sejauh mana data keselamatan kita dilindungi? Semua maklumat peribadi kewangan disimpan di alam maya dan sudah pasti akan berlakunya peningkatan jenayah siber di negara kita seperti penipuan dalam talian dan akaun pengguna yang digodam. Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang buta teknologi maklumat akan menjadi mangsa jenayah siber terutamanya golongan yang berusia dan yang tinggal di pedalaman. Selain itu, pengguna mudah tergelincir ke dalam masalah kewangan kerana melakukan perbelanjaan yang tidak terkawal. Hakikatnya, kemudahan ini juga boleh mendorong kepada pembelian tidak terancang seperti skim beli sekarang bayar kemudian.
Teknologi bukan musuh kita tetapi pengguna perlu belajar menggunakannya dengan cara yang betul tanpa memberi kesan yang buruk kepada kewangan kita. Kebanyakan negara seluruh dunia bergerak ke arah menjadikan negaranya tanpa tunai. Wang tunai mungkin satu hari nanti akan terhapus dengan sendirinya mengikut peredaran zaman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Berbelanja Tanpa Tunai, Memudahkan atau Merugikan?’ oleh Nur Umi Fatehah Mohd Kamal, *Utusan Malaysia*, 28 Februari 2025
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Suresh:** Kali ini dari mana pula pelanggan awak?
**Haikal:** Kelantan.
**Suresh:** Dengan adanya perniagaan dalam talian ini, orang Kelantan atau mana-mana negeri boleh membeli barang di mana-mana sahaja, ya. Mereka tidak perlu bersesak ke bank untuk selesaikan urusan bil dan pembayaran. Semuanya boleh dibuat di hujung jari. Saya bangga dengan semangat awak yang telah menjadi ahli perniagaan dalam talian.
**Haikal:** Betul, tu. Sistem bayaran tanpa tunai ini juga berpotensi menyokong usahawan kecil dan sederhana seperti saya dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Waspada Selalu’, *Buku Teks Tingkatan 4*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.