Johor Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Johor Trial 2024 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru · Set 1
Johor 州试卷 Johor Bahru · Set 1 · 2024
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana merekalah yang harus memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang utama agar aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dapat direalisasikan. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan yang disifatkan mampu melahirkan modal insan yang berwibawa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Profesion Keguruan’ oleh Rizuan Kamis, *Dewan Masyarakat*, Bil.5/2012
Senaraikan **empat kata kerja pasif**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Bidang pendidikan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sudah menjadi kelaziman dan lebih dikenali sebagai konsep e-pembelajaran atau *e-learning*. <u>Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta dana untuk memastikan pendidikan secara elektronik ini dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat</u>. Konsep e-pembelajaran telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di negara ini. Dalam hal ini, <u>manfaat yang diperoleh ialah guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata</u>. Guru dan murid hanya perlu menggunakan komputer dan Internet sebagai medium. Oleh itu, <u>proses pembelajaran boleh dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada “Proses Pembelajaran Terkini : Mudah atau Sukar” oleh Siti Aminah binti Hussin, *Dewan Siswa*, Bil. 5/2019
Kenal pasti dan tulis **subjek** dan **predikat** yang lengkap bagi setiap ayat yang bergaris.
**Subjek** : …
**Predikat** : …
6 分
311 分
Petikan 1 dan petikan 2 di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan **betulkan enam kesalahan bahasa** dalam petikan 1 dan **lima kesalahan bahasa** dalam petikan 2. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Cuti semester dianggap peluang bagi setengah penuntut universiti untuk melepaskan tekanan selepas berhempas pulas menimba ilmu. Terdapat banyak cara mereka lakukan untuk memanfaatkan cuti tersebut seperti pekerjaan sambilan. Cuti semester ini juga merupakan masa terbaik bagi mereka untuk mencari wang saku selain merasakan pengalaman dunia kerjaya biar pun hanya sementara. Cuti panjang menjadi platform terbaik kepada mahasiswa untuk memanfaatkan masa dengan berkesan dan keluar dari kepompong dunia akademik. Selain itu, mereka juga dapat mencari pengalaman bagi menghadapi pelbagai kekangan dalam kehidupan.
6 分
Bahan 2
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Cuti-cuti Malaysia
Apa khabar? Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengutus e-mel kepada awak.
Untuk pengetahuan awak, saya baru selesai menjalani peperiksaan pertengahan tahun di sekolah saya. Setelah penat mengulangkaji pelajaran, kini sampai masanya untuk saya merehatkan minda. Ayah saya sudah bersetuju untuk membawa saya pergi bercuti.
Berdasarkan pengalaman awak, bolehkah awak cadangkan distinasi percutian yang membolehkan saya mendapatkan sebentuk permata untuk dihadiahkan kepada ibu saya nanti sempena hari istimewanya?
Saya menantikan balasan e-mel dari awak.
Yang benar,
*Intan*
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka.
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, mereka terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa sehingga lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air sendiri. Perjuangan perlu diteruskan supaya kita tidak menyesal pada kemudian hari.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Jururawat merupakan tenaga kerja yang menjadi tulang belakang dalam sesebuah fasiliti kesihatan khususnya di hospital. Pada masa ini, kerjaya jururawat bukan sahaja disertai oleh golongan wanita malah golongan lelaki juga mula *menunjukkan minat* terhadap kerjaya tersebut. Namun begitu, setiap jururawat perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu menghadapi pesakit yang beraneka ragam.
Kerjaya ini tidaklah semudah yang disangka kerana jururawat terpaksa berdepan dengan masalah pengurusan masa yang terhad. Contohnya, waktu menunaikan solat ditambah pula dengan keadaan wad yang sibuk telah menyukarkan lagi jururawat untuk menunaikan rukun Islam kedua ini. Namun, hal tersebut bukan alasan untuk mereka meninggalkan ibadah wajib ini. Pada masa yang sama, jururawat berisiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Misalnya, semasa negara dilanda COVID-19, jururawat berhadapan kemungkinan tinggi dijangkiti penyakit berbahaya ini. Namun, keberanian mereka wajar dipuji.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jururawat Wira Bakti’, oleh Ahmad Syahmi Jalaluddin, *Dewan Siswa*, Bil. 06/2021
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **bahan 1**, berikan maksud rangkai kata ***menunjukkan minat***.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan,** nyatakan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang jururawat.
3 分
iii
Jangkitan Covid -19, Influenza A dan H1N1 boleh diatasi melalui langkah-langkah tertentu.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah tersebut?
3 分
iv
Rakan anda mengalami simptom penyakit berjangkit tetapi dia enggan mendapatkan rawatan di klinik kerana beranggapan bahawa penyakit akan sembuh dengan sendirinya.
Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan cara-cara yang akan anda lakukan untuk membantunya supaya mendapatkan rawatan.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri, dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,* Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**GELANGGANG**
Hari ini kitalah pewaris gelanggang
yang terbina dari keringat dan air mata
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap
sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan
dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan
Para pendekar kita harus berani
berjuang *menangkis tohmahan*
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’ oleh Onn Malini, dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 3**
**PANTUN HIDUP BERSATU**
Bunyi cengkerik peneman malam,
Helang tidur di atas dahan,
Perpecahan bermula dari dalam,
Hati tak jujur punca perselisihan
Sungguh tampan berbaju Melayu,
Hendak meminang si anak dara,
Sungguh aman ibu pertiwiku,
Negara makmur hidup sejahtera
Ke lubuk dalam memancing ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Berselisih faham wujud perbalahan,
Hilanglah ukhuwah, timbul keraguan.
**Lasa Abdullah**
Kuala Lumpur.
i
Berdasarkan **Bahan 2,** berikan maksud rangkai kata *menangkis tohmahan*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan,** nyatakan faktor-faktor yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara kita.
4 分
iii
Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha tersebut?
3 分
iv
Kelas anda telah menerima kehadiran seorang murid baharu berbangsa India. Namun, dia berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di sekolah anda kerana lebih ramai murid yang berbangsa Melayu dan Cina.
Sebagai ketua kelas yang prihatin, cadangkan tindakan yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Bulan Ogos adalah bulan yang kukira sangat menyesakkan. Selain Seri Purnama dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim, dalam bulan ini juga program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan, iaitu seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. Surat siaran telah diedarkan dan aku mampu menarik nafas lega apabila ramai penduduk di sekitar kawasan DUN ini berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat sendiri telah menyatakan persetujuannya untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmiannya nanti. Beliau juga amat teruja apabila menerima undangan sebagai perasmi. Begitulah berita yang disampaikan oleh Haji Kemat kepadaku.
>
> Belakangan ini juga aku semakin sibuk di balai raya. Persiapan untuk kedua-dua acara besar itu perlu dibuat dengan rapi. Tidaklah nanti dikatakan orang, buat program seperti melepaskan batok di tangga sahaja. Latihan kompang dan zapin juga semakin kerap diadakan. Adakalanya dua atau tiga kali seminggu.
>
> Dipetik daripada *‘Novel Silir Daksina’* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan perkara-perkara yang mampu membuatkan *aku* menarik nafas lega.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) Silir Daksina, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang perlu dielakkan dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Riadah bermaksud satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Rekreasi atau riadah merupakan kegiatan masa lapang yang dilakukan sebagai hiburan atau kepuasan yang dianggap menyeronokkan. Sebagai contoh, aktiviti riadah yang popular di negara kita ialah berjoging, berbasikal dan bersenam. Aktiviti riadah wajar diamalkan kerana dapat mengisi masa lapang seseorang dengan perkara yang bermanfaat. Jika dibandingkan dengan aktiviti lain seperti bermain permainan video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah aktiviti yang baik untuk diamalkan. Kesihatan diri juga akan terjamin kerana dapat mengeluarkan peluh apabila beriadah. Peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau berbasikal dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari untuk kekal sihat. Namun begitu, masyarakat Malaysia juga didapati kurang kesedaran tentang kepentingan beriadah atau berekreasi. Mereka sering beranggapan aktiviti ini hanya membuang masa dan tidak bermanfaat.
Selain itu, aktiviti riadah sebenarnya mampu menjadi medium mengeratkan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan. Hubungan menjadi bertambah erat kerana mereka akan saling berkomunikasi dan berbual mesra ketika beriadah bersama-sama. Bagi golongan pekerja pula, syarikat atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti rekreasi bersama bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja. Keadaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik. Walau bagaimanapun kesibukan bekerja menjadi penyebab masyarakat tidak beriadah atau bersenam. Tuntutan kerja yang banyak terutamanya yang tinggal di kawasan bandar menyebabkan sukar untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga. Di samping itu, ada yang tidak beriadah disebabkan keadaan fizikal yang terlalu gemuk. Mereka berasa malu untuk bersukan bimbang akan diejek oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk tidak beriadah disebabkan berat badan yang berlebihan atau terlalu gemuk.
Kesimpulannya, aktiviti beriadah wajar dipopularkan kembali dalam kalangan masyarakat kita. Semua pihak sewajarnya berganding bahu demi memastikan masyarakat membudayakan aktiviti ini dalam kehidupan seharian mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Riadah Hujung Minggu’ oleh Shammy Juniey, Sinarharian.com.my, 25 Ogos 2023.
**Bahan 2**
*Dialog di bawah antara seorang murid sekolah dengan seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan.*
**Ah Meng:** Selamat pagi cikgu, saya Ah Meng dari kelas empat Anggerik.
**Cikgu Halim:** Selamat pagi Ah Meng. Baiklah Ah Meng, apakah yang boleh cikgu bantu?
**Ah Meng:** Saya ingin bertanya kepada cikgu beberapa soalan. Soalan ini berkaitan dengan aktiviti riadah seperti berjoging pada masa lapang. Mengapakah masyarakat digalakkan melakukan aktiviti tersebut?
**Cikgu Halim:** Aktiviti ini terbukti dapat mengurangkan obesiti. Pembakaran lemak atau kalori dalam badan berlaku ketika kita berjoging atau berbasikal. Oleh itu aktiviti sesuai dijalankan pada setiap hari jika berkelapangan.
**Ah Meng:** Oh begitu cikgu, adakah aktiviti ini dapat meningkatkan stamina juga kalau berjoging setiap hari? Mengapakah masyarakat tidak gemar berjoging, cikgu?
**Cikgu Halim:** Ya, betul. Namun, ada ketikanya cuaca yang tidak menentu menyebabkan aktiviti ini sukar dijalankan. Selain itu, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menjadi penyebab mereka untuk beriadah.
**Ah Meng:** Terima kasih cikgu atas penerangan yang diberikan.
**Cikgu Halim:** Sama-sama.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.