Baca petikan di bawah dengan teliti.
Industri pelancongan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong asing kerana keindahan flora dan fauna semula jadinya. Tempat-tempat menarik seperti Pulau Langkawi dan Taman Negara sentiasa terpelihara dengan baik agar kekal bersih. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia giat menjalankan pelbagai promosi bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara. Makanan tradisional tempatan turut diperkenalkan kepada pelancong asing. Selain itu, budaya tempatan dipertontonkan melalui pelbagai persembahan kebudayaan. Persembahan kebudayaan tersebut diadakan khas untuk pengunjung antarabangsa.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Pelancongan di Malaysia’, [email protected]
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja pasif**. Kemudian, **bina ayat anda sendiri** daripada setiap **kata kerja pasif** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Puan Rahimah <u>melarang Nazirah bermain di tepi longkang itu</u>. Nazirah <u>memberitahu emaknya supaya tidak bimbang kerana dia akan menjaga keselamatan dirinya.</u> Puan Rahimah <u>berharap Salmah tidak bermain</u> di situ lagi. Selepas itu, Puan Rahimah <u>meminta bantuan Nazirah untuk mengambil majalah lama yang terletak di atas meja</u>. Dia turut <u>berpesan kepada anaknya supaya mengambil gunting sekali di dalam laci.</u> Tidak lama kemudian, Nazirah membawa dulang berisi makanan dan <u>mengajak emak serta ayahnya untuk minum petang</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Kenangan Kasih Ibu’, https://wadahdbp.my/lentera-kreatif
Bina **enam ayat perintah** yang lengkap dengan menggunakan **kata perintah** yang betul. Kata perintah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan **frasa yang bergaris.**
6 分
311 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Bahan-bahan ini mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa.** Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Kabaddi ialah permainan tradisional kaum India yang berasal dari bahagian selatan India. Permainan ini biasanya dimainkan di kawasan lapang seperti padang atau di ruang tertutup seperti dewan. Setiap pasukan terdiri daripada tujuh hingga dua belas pemain yang beraksi di dalam gelanggang segi empat yang telah ditandakan. Permainan ini berlangsung selama 20 minit bagi setiap separuh masa. Permainan kabaddi tidak sekadar hiburan, malah mampu melahirkan individu yang cemerlang, berkeyakinan tinggi dan seimbang dalam bidang sukan. Permainan ini juga berperanan memupuk semangat patriotik, membina integriti nasional serta menyemai sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang bergilir-gilir menyerang dan bertahan. Pasukan penyerang akan menghantar seorang pemain untuk melintasi tengah garisan dan cuba bersentuh pemain lawan. Kabaddi mempunyai persamaan dengan permainan tradisional Melayu seperti galah panjang atau toi dan tetap relevan dalam memupuk nilai murni serta membina semangat kesukanan dalam kalangan pemain.
Dipetik dan diubah suai daripada E-majalah Sukan Kabaddi, https://anyflip.com/hopdf/tkot
6 分
Bahan 2
**CARA BERMAIN PERMAINAN CONGKAK**
*Seronok • Bijak • Strategik*
**PERSEDIAAN**
Peralatan yang diperlukan untuk bermain congkak seperti berikut:
- Sebuah papan congkak.
- Sebanyak 98 biji guli *(jika menggunakan tujuh lubang pada setiap baris).*
- Dua orang pemain.
- Terdapat dua baris lubang kecil dengan tujuh lubang pada setiap baris.
- Dua lubang besar di hujung papan dikenali sebagai *rumah*.
- Setiap lubang kecil diisikan dengan tujuh biji guli.
- Kedua orang pemain perlu duduk berhadapan antara satu sama lain.
**PERMULAAN GILIRAN**
- Pemain dikehendaki memilih satu lubang pada baris milik sendiri.
- Kesemua guli yang terdapat dalam lubang tersebut hendaklah diambil.
**Contoh:** *Sekiranya pemain memilih lubang ketiga, guli hendaklah diagihkan satu demi satu ke lubang-lubang berikutnya mengikut lawan arah jam, termasuk rumah sendiri.*
**MENERUSKAN GILIRAN**
- Jika guli terakhir jatuh ke dalam lubang yang masih mengandungi guli, semua guli di dalam lubang tersebut hendaklah diambil dan agihan diteruskan.
- Jika guli terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri, pemain diberikan satu lagi giliran untuk bermain.
**TAMAT GILIRAN**
- Jika guli terakhir jatuh ke dalam lubang kosong di baris milik sendiri, giliran pemain akan tamat.
- Namun demikian, sekiranya lubang lawan yang bertentangan masih berisi guli, pemain boleh mengambil guli tersebut dan memasukannya ke dalam rumah sendiri.
**TAMAT PERMAINAN**
- Permainan akan tamat apabila semua lubang kecil telah kosong.
- Pemain perlu mengira jumlah guli dalam rumah masing-masing.
- Pemain yang mengumpul guli paling banyak sekali akan dikira sebagai pemenang.
Dipetik dan diubah suai daripada https://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/asas-dan-peraturan-permainan-congkak.html
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini?”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Anak-anak yang cemerlang dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa memberikan perhatian serius terhadap kepentingan pendidikan agama dan moral sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi serta sikap bagai menatang minyak yang penuh hendaklah diamalkan oleh ibu bapa dalam usaha membentuk generasi muda yang berkualiti dan berdaya saing. Jika langkah awal ini diabaikan, tidak mustahil anak-anak akan terjerumus ke kancah gejala sosial. Oleh itu, sikap sudah terhantuk baru tengadah perlulah dielakkan agar tidak menjejaskan usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Selain itu, anggota masyarakat juga memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda. Sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing harus dielakkan demi memastikan pembangunan sahsiah anak-anak dapat digembleng secara kolektif.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masalah Sosial Resahkan Ibu Bapa’
Senaraikan **tiga peribahasa** yang terdapat dalam petikan dan berikan maksud ketiga-tiga peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kecemerlangan seseorang pekerja merupakan lambang kejayaan dalam perkhidmatannya. Pencapaian ini hanya akan *dapat direalisasikan* sekiranya setiap pekerja menjalankan tugas dengan baik, sempurna, penuh tanggungjawab serta berintegriti. Integriti dalam pekerjaan terbukti mampu mendorong seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas secara teratur, mengikut perincian kerja serta menepati masa yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana berintegriti dalam pekerjaan bererti berusaha menunaikan janji yang wajib ditunaikan, berdasarkan perjanjian atau aku janji penyerahan tugas oleh majikan dan penerimaan tugas oleh pekerja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Integriti Pemangkin Kecemerlangan Pekerja’ oleh Ahmad Sabri Mohamed, *Dewan masyarakat*, 05/2022
**Bahan 2**
Etika, kejujuran dan moral merupakan elemen utama dalam pembentukan konsep integriti. Di tempat kerja, individu yang berintegriti akan sentiasa bersikap jujur, bertanggungjawab, telus dan boleh dipercayai. Mereka juga akan melayan rakan sekerja, pihak berkepentingan dan pelanggan dengan penuh rasa hormat. Menurut beliau, nilai integriti perlu diterapkan sejak awal seseorang menyertai sesebuah organisasi agar integriti menjadi sebahagian daripada identiti diri.
Menurut Institut Etika Perniagaan Malaysia (BEIM), penghapusan penipuan merupakan aspek penting dalam membentuk sistem pengurusan keselamatan yang mampan, terutamanya dalam pengendalian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta pencegahan kemalangan atau kejadian di tempat kerja. Sebagai contoh, pembelian peralatan perlindungan diri (PPE) yang berkualiti rendah boleh meningkatkan risiko kecederaan dalam kalangan pekerja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Etika, Integriti Penting bagi Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Yang Baik’, oleh Tan Sri Lee Lam Thye, www.sprm.gov.my, 7/2024
**Bahan 3**
Sumber: *Majlis Daerah Sabak Bernam*
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *dapat direalisasikan*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1, Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kepentingan-kepentingan amalan integriti dalam pekerjaan.
4 分
iii
Rasuah di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan dan tindakan perlu dipergiat untuk menangani masalah ini dalam masyarakat kita.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang individu terlibat dengan gejala tersebut?
3 分
iv
Setiap pekerja seharusnya menunjukkan komitmen dan integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Namun begitu, anda sering melihat rakan sekerja melakukan perbuatan yang tidak jujur atau melanggar peraturan di tempat kerja.
Sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab, apakah tindakan wajar yang perlu diambil terhadap rakan sekerja tersebut bagi mengatasi masalah ini?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu**
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja,
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sepuluh dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru,
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
**Za’ba**
Dipetik dan diubah suai daripada *Kalung Bunga Za’ba*, 2008, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
TUK WALI: (*Bangun dan mengingati sesuatu*) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan. Aku tau mereka cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! Sasarannya aku, Umi! Aku! Mereka mempersendakan tiap gerak dan kata-kata aku! Sampaikan cara aku bersamping pun dipersenda! Tapi aku tak peduli semua itu. Buruk sangat ke tingkah laku aku ni? Aku cuma bersilat dalam gelanggang! Silat itulah yang aku gerakkan sejak 50 tahun lalu! Dulu, semua jurus, pengunci dan penangkis pukulan itu dikagumi, dipuji dan dianggap hebat. Tiap gelanggang bila aku bersilat, penuh sesak orang datang nak melihat dan mencuri gelak! (*Hampa*) Tapi, sekarang tiap langkah aku baik di luar apalagi di dalam gelanggang, dicemuh, dihina dan diketawakan! Apa salah aku pada mereka. Umi! Besar sangat ke dosa aku ni? Cuma kerana terus bersilat?
Dipetik daripada drama *‘Gelanggang Tuk Wali’* dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah yang berlaku setelah istana siap dibina?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan cabaran yang perlu dihadapi ketika membina atau mempertahankan warisan bangsa.
3 分
iii
Seni silat tradisional merupakan salah satu budaya warisan bangsa yang wajar dipertahankan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mempopularkan seni tersebut di negara kita?
3 分
iv
Sekolah anda merancang untuk mengadakan Karnival Kesenian dan Kebudayaan sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Namun demikian, berdasarkan jumlah jualan kupon, didapati murid kurang memberikan sambutan terhadap karnival tersebut.
Sebagai seorang ahli Persatuan Seni Budaya sekolah anda, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid-murid menyertai dan menyokong karnival tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Akan tetapi, aku tidak melihat sebarang masalah dan keganjilan pada niat orang kampung. “Kenapa tak bangunkan masjid?”
>
> “Susah, kalau tiada muafakat. Wakil rakyat beri dua pilihan, sama ada hendak membangunkan dewan atau masjid, tapi rata-rata orang kampung ini hanya ingin memasang kubah.”
>
> “Pelik,” kataku.
>
> “Nak bangunkan masjid perlukan tapak. Tapak surau yang ada pun atas nama pemilik yang dah jadi arwah, sekarang ni pewarisnya tuntut tapak surau. Apalagi nak bangunkan dewan masyarakat, orang kampung selalu fikir nilai tanah mahal dan akan lebih mahal pada masa depan. Masing-masing pagar kawasan, orang kampung tak nak jual tanah kepada pemaju.”
>
> “Bukankah pembangunan sesuatu yang bagus?”
>
> Dipetik daripada novel *Jendela Menghadap Jalan*, Karya Ruhaini Mat Darin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kampung dalam melaksanakan pembangunan di kampung?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** novel yang telah anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dapat dijadikan inspirasi kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kecanggihan teknologi maklumat telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk melakukan urusan jual beli hanya di hujung jari. Aktiviti pembelian dalam talian semakin menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, kemudahan teknologi maklumat ini turut mengundang pelbagai risiko pembelian dalam talian, khususnya penipuan siber yang semakin berleluasa.
Menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), penipuan jual beli melalui pembelian dalam talian merupakan aduan kedua tertinggi selepas aduan kenaikan harga barang. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi dengan baik menyebabkan pembeli mudah terpedaya dengan tipu helah *scammer* yang biasanya menyasarkan pembeli daripada golongan remaja hingga dewasa yang berumur antara 17 hingga 50 tahun. Keghairahan membeli barangan dalam talian mengakibatkan pengguna akan mengalami kerugian wang ringgit. Penipuan ini bukan sekadar mendatangkan kerugian wang malah mencetuskan trauma emosi, rasa tertipu, marah dan hilang kepercayaan terhadap peniaga dalam talian.
Oleh itu, untuk mengelakkan penipuan pembelian dalam talian, pengguna disarankan agar mengambil langkah proaktif dengan menyemak latar belakang penjual melalui laman web rasmi pihak berkuasa seperti *semakmule.ccid.rmp.gov.my*. Semakan ini boleh membantu memastikan penjual barangan dalam talian benar-benar berdaftar dan sah. Selain itu, pembeli hendaklah mengelakkan diri daripada membuat bayaran penuh sebelum menerima barang. Sebaliknya, pembeli dalam talian disarankan memilih kaedah pembayaran selamat seperti sistem jaminan yang ditawarkan oleh platform e-dagang terkemuka. Kaedah ini dapat mengurangkan risiko penipuan terhadap pembelian dalam talian. Pembeli juga perlu lebih berhati-hati apabila membuat pembelian dalam talian dari luar negara terutama melalui platform e-dagang yang tidak mempunyai polisi jaminan hak antara pembeli dengan penjual selain eBay dan Amazon.
Kesimpulannya, pembelian dalam talian ialah satu inovasi yang memudahkan kehidupan, namun diibaratkan pedang bermata dua. Jika digunakan dengan bijaksana, memudahkan hidup. Jika disalah guna, mampu menjerat diri. Jadilah pengguna yang celik teknologi, bukan mangsa yang terperangkap dalam silap sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada Membeli Belah Secara Dalam Talian, *Dimensi Koop*, Bil.b4 (1/2020)
**Bahan 2**
**Bahan 3**
Klik di skrin beli komputer,
Tawaran hebat terus tersedia.
Urus niaga kini lebih teratur,
Segalanya pantas dan mesra media.
Belanja bijak di alam maya,
Perbandingan harga jadi panduan.
Tak perlu keluar menempuh bahaya,
Barang dihantar ke hadapan laman.
Teknologi bantu jana ekonomi,
Usahawan kecil turut berseri.
Dunia digital terbuka kini,
Mampu memiliki perniagaan sendiri.
MFY, Parit Buntar
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.