Sabah Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Kota Belud
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sabah Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Kota Belud
Sabah 州试卷 Kota Belud · 2025
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan telitinya.
“Singa” dan “naga” telah kembali beraksi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan memenuhi undangan pelbagai pihak selepas kerajaan memberikan kebenaran untuk mereka membuat persembahan. Tarian singa atau ‘wu shi’ dalam bahasa Mandarin boleh dianggap sebagai pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina kerana masyarakat Tionghoa percaya tarian itu akan membawa tuah kepada mereka yang mahu mengadakan persembahan di kediaman atau premis perniagaan masing-masing.
Dipetik dan diubah suai daripada “Tarian Naga Meriahkan Tahun Baharu Cina Setelah Dua Tahun ‘Rehat’ Akibat Wabak”, *selangorkini.my*
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Air paip mengandungi pelbagai jenis mineral. Pelbagai mineral diperlukan oleh tubuh badan. Pengguna mudah mendapatkan sumber air minuman. Air paip disalurkan terus ke dalam rumah. Air paip dibekalkan oleh Syarikat bekalan air. Air paip perlu dididihkan sebelum diminum. Air paip mungkin dicemari logam berat. Air paip mungkin dicemari bahan kimia.
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** dalam petikan tersebut menjadi **tiga ayat majmuk** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Bahan 1
**Bioduta Penulis Sabah**
Encik Juilis bin Mokujal berasal daripada Kampung Sinukab, Pitas. Sabah. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik di SRK Lok Batu 1 Kudat pada tahun 1992. Pada tahun 1998, beliau bertugas di SMK Narinang hingga kini. Dalam ilmu penulisan, beliau telah menghasilkan karya kreatif seperti sajak, cerpen, dan kritikan sastera. Karya kreatif beliau diterbitkan bersama penulis ternama Malaysia, Indonesia dan India. Pada tahun 2008, beliau memenangi dua anugerah hadiah Sastera Sabah kategori kritikan sastera. Beliau menghasilkan Kumpulan Kripensi pada tahun 2025 yang mengetengahkan pelbagai tema seperti percintaan, kemiskinan, pendidikan, budaya dan ugama. Selain menulis karya kreatif, beliau juga banyak menulis buku akadimik, modul Bahasa Melayu, kajian tindakan dan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru serta pelajar seluroh negara. Beliau juga merupakan penceramah Bahasa Melayu se-Malaysia dan menggunakan TikTok sebagai wahana penyampaian berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu.
6 分
Bahan 2
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hasil kraf tempatan. Majlis Kraf Dunia Asia Pasifik telah mengiktiraf batik Malaysia sebagai satu daripada kraf tempatan yang terkenal pada peringkat gelobal. Menurut laporan, batik berupa hasil hutan, tekstail, dan aneka kraf. Oleh itu, batik juga merupakan teknik untuk menghias kain dengan rekaan corak menggunakan lilin sebagai penahan untuk menghalang warna menembusi bahagian lain di atas kain yang telah dicorakkan. Kewujudan corak batik dalam pelbagai bentuk seperti batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap menjadikan batik terpaling unik dan istimewa pada pandangan mata masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Industri Batik Masih Trend atau Dilupakan?’ oleh Siti Sumiyah Saripu Baharin, *Sinarbestari.sinarharian.com.my*, 17 Januari 2024.
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-dua sama orang berasal.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kantun amat lemah dalam mata pelajaran Matematik. Untuk mengatasi masalah tersebut, dia memberi perhatian sepenuhnya setiap kali guru mengajar dan mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru. Dia yakin bahawa ……..(i)………… . Selain itu, Kantun sering bertanya kepada gurunya apabila tidak memahami sesuatu pelajaran yang diajar di dalam kelas. Sebagai akibat….(ii)…………………. pasti dia akan gagal. Oleh itu, untuk memastikan cita-cita dan impiannya menjadi kenyataan, Kantun perlulah …………(iii)……………….. supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
Isi tempat kosong dengan **peribahasa yang sesuai**.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Teknologi telah memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Teknologi telah mengubah cara kita belajar dan mengajar pada era digital ini. Terdapat beberapa trend penggunaan teknologi dalam pendidikan. Antara trend tersebut termasuklah pembelajaran kolaboratif, pembelajaran hibrid, dan aplikasi berbantu AI. Teknologi pendidikan membolehkan murid dan guru untuk belajar secara fleksibel sama ada secara bersemuka ataupun secara maya. Kaedah ini sebenarnya telah diguna pakai tanpa kita sedari semasa pandemik COVID-19 yang lalu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Trend Teknologi dalam Pendidikan’ oleh Coach Herry, *Areduteh.com*, 16 April 2023
**Bahan 2**
Hologram merupakan teknologi yang memperlihatkan sebuah benda yang memanfaatkan gabungan dua paparan cahaya yang saling berhubung. Teknologi ini menampilkan sebuah benda yang muncul di atas dan dapat dilihat dengan tiga dimensi (3D). Teknologi hologram mempunyai potensi besar untuk mengoptimalkan masa depan pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana ilustrasi 3D yang dihasilkan dapat mencipta pengalaman belajar yang lebih menarik dan efektif dalam kalangan murid.
Dalam konteks implementasi, teknologi hologram dapat digunakan sebagai pembelajaran interaktif dan mudah alih semasa di dalam kelas. Sebagai contoh, kajian bidang sains dan geografi dapat diterangkan dengan lebih terperinci dan mudah kerana murid dapat melihat sesuatu proses itu berlaku. Keadaan ini boleh disamakan dengan penggunaan skrin layar di hadapan kelas. Kini, skrin layar tersebut telah dinaik taraf dengan imej 3D.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Hologram, Optimalkan Pendidikan demi Masa Depan’, *www.kompasiana*, 17 Disember 2023
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 3**, nyatakan dasar yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan teknologi pendidikan.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** terdapat kelebihan penggunaan Teknologi Pendidikan di sekolah.
Nyatakan kelebihan-kelebihan tersebut.
4 分
iii
Teknologi Kecerdasan Buatan (**AI**) telah menjadi satu daripada inovasi teknologi yang ketara pada abad ke-21. Teknologi ini bukan sahaja mempengaruhi sektor industri malahan berpotensi besar dalam bidang pendidikan. Namun, teknologi **AI** ini masih perlahan perkembangannya di Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang perlu diatasi bagi memastikan teknologi **AI** dapat dimajukan di negara kita?
3 分
iv
Anda dan rakan-rakan anda sedang menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Melayu di makmal komputer sekolah. Anda mendapati bahawa seorang rakan anda telah menyalahgunakan kemudahan tersebut dengan bermain permainan dalam talian. Selaku rakan yang bertanggungjawab, anda perlu mengambil tindakan untuk memastikan rakan anda itu fokus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu.
Nyatakan tindakan-tindakan tersebut.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Wajah Suri bergantian dengan wajah Umi. Umi masih kekal saya hormati tanpa usak walau sezarah. Setiap kali hati terbelit kecewa dengan kedinginan Umi, saya akan memperingatkan diri, dia ibu yang melahirkan saya, dia syurga saya dan tiada hakikat lain lagi.
“Umi tahu umi tak patut membebankan kamu. Tapi kamu Syed Nasullah, anak umi yang boleh harapkan bantuan. Umi tak ada sesiapa lagi yang boleh diharapkan. Adik kamu juga tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Tapi kami tahu kami boleh bergantung harap pada kamu!”
Umi akhirnya datang kepada saya, anak yang mendapat tempat kedua di hatinya selepas anak pilihan pertamanya meninggalkannya dengan beban hutang dan risiko muflis yang akan memalukan seluruh keturunan umi.
Dipetik daripada cerpen “Wajah Seribu Luka” oleh Nor Azida Ishak, *Pelita Bahasa*, Bil. 5/2015
**Bahan 2**
**Erti Hidup Bererti**
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta Atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei Sing, Antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan sebab Umi memerlukan bantuan Syed Nasullah.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah nasib yang menimpa ibu?
3 分
iii
Ibu merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan anak-anak. Namun begitu, segelintir anak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak bersikap sedemikian?
4 分
iv
Kedua-dua ibu bapa anda tinggal bersendirian di kampung. Anda mengajak mereka tinggal bersama-sama anda di bandar tetapi mereka enggan dengan alasan lebih selesa tinggal di kampung. Namun demikian, mereka sering mengeluh kerana anak-anak berjauhan dengan mereka.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda memastikan kedua-dua ibu bapa anda tidak berasa sunyi di kampung?
3 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Mungkinkah dia ingat siapa dirinya? Dari mana dia datang? Apakah tujuan hidupnya? Sudah sebulan lebih Aqram cuba menjejaki Farisha. Dr. Maxi yang memberikannya tugasan khas ini. Aqram memulakan pencarian di syarikat lama tempat Farisha bekerja. Maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan lamanya di situ tidak berjaya membantu kerana Farisha sudah berpindah rumah beberapa kali dan juga menukar nombor telefon. Alamat e-mel yang lama sudah tidak aktif. Dia juga sudah menghapuskan akaun Facebook Twitter, dan blog peribadi.
>
> Farisha seperti cuba menyembunyikan diri. Dia tidak pernah menghubungi rakan-rakan di tempat kerja lama. Ramai yang mengakui kali terakhir mereka bertemu Farisha adalah pada hari terakhir dia bertugas di situ.
>
> (Dipetik daripada *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Nyatakan sebab-sebab Aqram mengambil masa begitu lama untuk menjejaki Farisha.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan.
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1: Petikan**
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku kerana melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu.
Pembudayaan inovasi dalam pendidikan amat penting. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperluas mata pelajaran yang berteraskan inovasi seperti mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Reka Cipta dan Teknologi. Dengan adanya inovasi ini murid memperoleh banyak kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Inovasi dalam pendidikan perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para guru di negara ini. Guru-guru boleh mencetuskan budaya inovasi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan pertandingan mereka cipta berdasarkan kemahiran yang dipelajari.
Selain itu, murid perlu diberi pendedahan tentang kaedah saintifik bagi menguji dan menghasilkan sesuatu produk. Sebagai contoh, jika ada inovasi tentang baja, maka sampel baja tersebut dapat dihantar ke makmal bagi mendapatkan kandungan nitrogen, fosforus dan kalium. Budaya inovasi dapat mendedahkan kemahiran asas sains kepada murid yang terlibat dengan inovasi tersebut seperti menggunakan kemahiran yang ada dalam pembelajaran yang mereka ikuti. Di samping itu, guru boleh mengadakan pertandingan inovasi pada peringkat sekolah untuk mencungkil bakat murid. Antara contoh bentuk pertandingan inovasi ialah reka cipta untuk bahan kitar semula dan pertandingan reka bentuk inovasi kapal terbang.
Untuk merealisasikan budaya inovasi, penggunaan Internet di sekolah harus ditingkatkan bagi membolehkan guru dan murid melayari laman web seperti Youtube, Insider Science dan Today Innovation. Dengan adanya inovasi murid mendapat idea baharu untuk melakukan penggubahsuaian sesuatu produk. Penghasilan produk melalui inovasi daripada pelajar bukti bahawa pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diajar oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Budaya Inovasi Pelajar Sekolah’ oleh Arif Zakwan Ash’ari, *Dewan Siswa*, April 2017
**Bahan 2**
**GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA**
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan produktiviti terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan guru inovatif
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan bidang pendidikan
Guru inovatif melonjakkan
Transformasi pendidikan negara
Malaysia tercinta
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.