Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan para pelancong kerana menyimpan sejarah negara yang tersendiri. Beberapa orang ahli geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menemukan kewujudan batuan purba termasuk batu jatuh glasier yang berusia berbilion-bilion tahun. Terdapat tiga georimba di bawah Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG). Setiap georimba menawarkan keunikan yang tersendiri ini telah menjadi daya tarikan Warisan Geologi Langkawi. Namun, Taman Georimba Kambria Machinchang ialah taman tertua kerana mempunyai batuan yang dikenali sebagai Formasi Machinchang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Taman Georimba Langkawi’, *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4*
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bilangan.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada **setiap kata bilangan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa, kata ganda atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Memasak merupakan tugas rutin seseorang wanita apatah lagi jika wanita itu bergelar isteri, ibu dan anak. <u>Seseorang wanita tidak semestinya pakar dalam dunia masakan tetapi perlu mengetahui perkara asas memasak</u>. Kini, <u>penggunaan teknologi membantu manusia memasak dengan mudah dan menjimatkan masa memasak</u>. Wanita yang mempunyai kemahiran memasak boleh menggunakan kemudahan penghantar makanan seperti GrabFood dan Foodpanda untuk menjanakan pendapatan. Tidak hairanlah, <u>ramai wanita di luar sana telah menjalankan perniagaan berasaskan makanan yang memberikan pulangan lumayan kepada mereka.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dan Peristilahan’, *Dewan Bahasa*, Bil. 8/ 2020
Tukarkan **ayat majmuk** yang bergaris di bawah kepada **ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Baru-baru ini, hangat diperkatakan dalam sosial media tentang tabiat menghisap rokok elektronik yang mengakibatkan penemuan penyakit baru yang dipanggil EVALI (*E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury*) yang boleh memudarat paru-paru manusia. Gejala EVALI sama seperti masalah paru-paru yang lain, iaitu sesak nafas, banyak berpeluh di waktu malam, kurang oksigen dalam darah dan terlihat tompokkan pada imej X-ray dada pesakit. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti tanda awal EVALI, antaranya termasuklah batuk, rasa muak, muntah, penurunan berat badan dan sakit perut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rokok Elektronik Memudaratkan Kesihatan’, *Dewan Siswa*, Bil. 3/2024.
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata Kertala Sari kepada orang itu, "Siapa tuan hamba ini?"
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti.
**Fadli:** Sudah lama Pak Cik Hadri membuka kedai tanaman hiasan ini?
**Pak Cik Hadri:** Sudah sepuluh tahun, Fadli.
**Fadli:** Wah, lama juga! Pak cik memang berminat dalam bidang ini?
**Pak Cik Hadri:** Ya, pak cik memang berminat. Mungkin pak cik mewarisi minat emak pak cik, bak kata peribahasa, …………………….
**Fadli:** Oh begitu! Susahkah membuat tanaman hiasan ini?
**Pak Cik Hadri:** Kerja membuat tanaman hiasan ini …………………… bagi pak cik kerana pak cik sudah terbiasa dengan pekerjaan ini walaupun pada awalnya agak susah.
**Fadli:** Saya berminat untuk mengikuti jejak langkah pak cik.
**Pak Cik Hadri:** Boleh Fadli. Yang penting kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Bagi pak cik, …………………….
Isi **tempat kosong** dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
TEMERLOH - Program Kelas Canva dan *Artificial Intelligent* (AI) atau Kecerdasan Buatan yang diadakan di Desa Murni Kerdau menarik perhatian murid dan guru untuk meneroka dunia teknologi digital dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Sebanyak 31 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang guru dan 21 orang murid telah menyertai program tersebut *merupakan inisiatif* Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Desa Murni Kerdau dengan kerjasama e-READ KEMAS. Edu Fluencer Kementerian Pendidikan Malaysia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya, Puan Fatimah Uyub bertindak sebagai tenaga pengajar dengan membimbing peserta meneroka penggunaan teknologi AI melalui penggunaan prom (prompt) untuk menghasilkan teks, logo, poster, lagu digital serta penyuntingan video melalui medium Canva. Katanya lagi, “Kami ingin peserta bukan sekadar tahu menggunakan aplikasi ini, tetapi benar-benar faham peranan alat seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot”. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi Suno sebagai alat penghasilan muzik digital dan diajar menghasilkan video melalui gabungan Canva dan aplikasi AI.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kelas Canva dan Kecerdasan Buatan (AI) Menarik Minat Generasi Digital Desa Murni Kerdau’ oleh Nasrul Isyam Abdul Hamid, *Dewan Kosmik*, Bil. 6/2025
**Bahan 2**
Persoalan tentang etika penggunaan AI dalam pendidikan juga merupakan satu lagi isu yang perlu dibincangkan dengan lebih serius. Salah satu isu etika yang perlu diberikan perhatian serius ialah isu berkaitan perlindungan maklumat peribadi murid daripada digodam melalui capaian maklumat yang tidak sah, kebocoran dan penyalahgunaan data. Kemampuan AI adalah untuk menghasilkan modul pembelajaran kendiri dan boleh dipersonalisasikan berdasarkan maklumat pencapaian semasa murid. Penggunaan teknologi ini akan membuka ruang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel dan terarah. Namun, jika tidak diurus dengan baik, perkara ini boleh membawa kepada manipulasi maklumat yang berisiko kepada pengguna terutamanya murid.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan Tinggi’ oleh Dr. Masnida Haji Husin, *Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik UPM*
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *merupakan inisiatif*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kelebihan-kelebihan mempelajari penggunaan kecerdasan buatan (AI).
4 分
iii
Penggunaan teknologi dalam kehidupan dapat memudahkan urusan harian.
Pada pendapat anda, apakah usaha pelbagai pihak bagi menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat?
3 分
iv
Seorang sahabat anda di sekolah tidak berminat menggunakan teknik kreatif dan teknologi terkini dalam pembelajaran. Situasi ini menyebabkan dia sedikit ketinggalan dalam aspek akademik berbanding rakan-rakan yang lain.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda untuk membantunya?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Petang itu, suasana di hujung kampung meriah dengan gelak tawa anak-anak. Di bawah pokok ketapang yang rendang, aku dan rakan-rakan sibuk bermain sepak bulu ayam permainan tradisional yang jarang-jarang dimainkan oleh generasi kini. Kami membuat bulu ayam itu sendiri menggunakan gabus daripada penutup botol, pelepah pisang, dan beberapa helai bulu ayam yang dijumpai di reban Pak Ngah.
“Awas, Rashid! Sepak tinggi-tinggi, jangan bagi jatuh!” jerit Roslan sambil melompat menahan bulu ayam daripada mencecah tanah. Aku ketawa kecil, teruja dengan kecekapan kaki Roslan menyambut bulu ayam itu seperti seorang pemain profesional.
Permainan ini bukan sahaja menguji kecekapan kaki dan keseimbangan badan, malah mengeratkan silaturahim antara kami. Dalam ledakan teknologi kini, aku sedar betapa berharganya saat ini. Detik yang sederhana, tetapi penuh makna.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sepak Bulu Ayam’ oleh Niedya, http://www.ipendidikan.my
**Bahan 2**
**MEMARTABATKAN WARISAN**
Permainan tradisional harta berharga,
dari congkak hingga gasing yang berputar,
penuh makna,
penuh sejarah,
hanyut perlahan di arus masa.
Di sekolah, di taman, mari dikenalkan,
generasi muda jangan dibiarkan lupa,
festival dan pertandingan jadikan pentas,
permainan tradisional bangkit kembali.
Dari permainan kita pelajari budaya,
dari permainan kesabaran diuji,
warisan utuh dijaga,
tanggungjawab dipikul seluruh warga.
**Eloramia**
Desa Tiara
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan bahan-bahan untuk membuat bulu ayam.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan manfaat-manfaat permainan tradisional.
3 分
iii
Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk mempopularkan semula permainan tradisional. Namun permainan ini belum mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran untuk mempopularkan permainan tradisional?
3 分
iv
Komuniti di kawasan perumahan anda telah menganjurkan Festival Permainan Tradisional. Namun begitu, festival ini tidak mendapat sambutan.
Sebagai pihak penganjur, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan penyertaan dalam festival akan datang?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Terasa darah korporat mengalir dengan deras di segenap urat nadi Waheeda semasa melangkah ke lokasi sehingga masuk ke kompleks bangunan Chalet Iwana-Iwani petang itu. Bangunan Chalet Iwana-Iwani nampak gah sekali di sini dan agak strategik juga nampaknya. 'Patutlah bergelar Iwana. Bangunan ini, betul-betul bagaikan takhta di tanah tinggi Cameron Highlands. Komersial juga bunyinya,' hati Waheeda berbicara.
>
> "Hanya tujuh minit dengan kereta ke pusat bandar Cik Eda," tiba-tiba Lais memberitahu yang seakan-akan dapat membaca fikiran Waheeda. Waheeda terperanjat lalu menoleh ke arah Lais yang berada di belakangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Tirani* oleh Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan-keistimewaan Chalet Iwana-Iwani.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang mendidik pembaca berserta alasan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Hentikan Pencemaran Plastik menjadi tema Hari Alam Sekitar pada tahun ini. Secara globalnya pada tahun 2019, sebanyak 353 juta tan sisa plastik telah dihasilkan dan dianggarkan mencapai 408 juta tan metrik menjelang tahun 2040.
Pembuangan sisa plastik yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran terhadap alur air, longkang dan lautan. Plastik yang dibuang tanpa kawalan akan memasuki alur air seperti parit dan longkang awam dengan mudah. Longkang yang tersumbat dengan sisa plastik akan mengakibatkan masalah banjir kilat apabila hujan lebat. Sebagai generasi pewaris negara, remaja perlu menjadi lebih prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar. Kepekaan terhadap isu alam sekitar dapat dicapai dengan membaca berita atau mengikuti laman media sosial tentang alam sekitar seperti *World Wildlife Fund (WWF)*. Remaja boleh menyertai Kelab Alam Sekitar di sekolah untuk mengetahui isu semasa tentang alam sekitar. Penyertaan dalam kelab dan persatuan yang berkaitan dengan alam sekitar akan mendedahkan remaja kepada kaedah yang paling sesuai untuk menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran plastik.
Tahukah anda, plastik yang hanyut ke laut akan dimakan oleh hidupan marin seperti penyu, ikan dan burung laut kerana disangkakan makanan? Keadaan ini secara tidak langsung mengancam keseimbangan ekosistem laut apabila haiwan marin tersebut mati angkara plastik yang dimakan. Di samping itu, proses pembuatan dan pelupusan plastik, terutamanya melalui pembakaran, membebaskan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global dan mendorong kepada perubahan iklim dunia. Bagi menangani masalah ini, remaja harus melibatkan diri dalam program alam sekitar yang dianjurkan oleh komuniti. Pelibatan remaja dalam program seperti gotong-royong atau pembersihan sungai bukan sahaja mendidik diri menjadi bertanggungjawab tetapi juga boleh memberikan kesan positif terhadap kelestarian alam sekitar.
Sebagai pengguna aktif media sosial, remaja boleh menyebarkan maklumat tentang ancaman pencemaran plastik terhadap alam sekitar. Melalui platform seperti Instagram, Facebook dan TikTok, remaja boleh menghasilkan video pendek dan infografik yang memaparkan data serta statistik pencemaran plastik. Setiap langkah kecil untuk mengurangkan penggunaan plastik, tetap memberikan kesan yang besar kepada alam sekitar dan generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembuangan Plastik Ancaman Kepada Alam Sekitar’ oleh TS Dr. Abdul Rahman Mahmud, *Dewan Siswa*, Bil. 06/2025
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Danial:** Ainon, kenapa kamu termenung? Apakah yang difikirkan agaknya?
**Ainon:** Saya berasa sangat sedih. Saya baru sahaja membaca laporan tentang kepupusan hidupan akuatik kerana memakan sisa-sisa plastik yang dibuang ke dalam laut.
**Danial:** Ainon, jika tidak mahu melihat perkara tersebut berulang, kita seharusnya mengitar bahan berasaskan plastik yang telah digunakan semula. Barulah kita boleh bebaskan bumi daripada plastik.
**Ainon:** Terima kasih Danial atas nasihat kamu itu.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.