Baca petikan di bawah dengan teliti.
Peningkatan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pengguna media sosial telah menggugat keistimewaan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia. Keadaan ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Oleh itu, kita harus memainkan peranan penting dalam memastikan kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat dan tidak diperlekeh, walaupun kita sedang berada pada era modenisasi. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera akan menjejaskan pemahaman individu terutamanya dalam kalangan generasi Z terhadap sistem tatabahasa bahasa Melayu yang baik dan betul. Untuk memastikan bahasa kebangsaan terus terpelihara, sikap dan kesedaran setiap individu perlu diperhebat dan diperkasa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dan Asakan Era Digital’ oleh Norliza Amin, *MyMetro*, 3 November 2024
Senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bantu** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan atau menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
"<u>Jangan ambil buku itu</u>," kata Nurin. Alya hampir-hampir menyentuh buku berwarna merah di atas meja Suri. "Alya.., hari Ahad ini ibu saya ingin mengadakan sambutan hari lahir adik saya. <u>Jemputlah datang ke rumah saya</u>," kata Fifi. Alya mengangguk setuju. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. "Fifi, <u>tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di kantin</u>, saya rasa pening kepala," kata Alya kepada Fifi. "Baiklah," sahut Fifi.
Setelah waktu rehat berlalu, sesi pembelajaran telah diteruskan. "Baiklah murid-murid, <u>sila buka halaman 19 buku teks masing-masing</u>," kata Cikgu Khairul. "Ganesh! Kenapa banyak sampah di bawah meja kamu? <u>Buang sampah-sampah itu sekarang</u>," kata Cikgu Khairul lagi.
Memori zaman persekolahan itu masih terpahat diingatan Alya. Lamunannya terhenti seketika menyaksikan deretan kenderaan pasukan sukarelawan yang hadir berlumba-lumba menghantar bantuan kepada mangsa banjir. "<u>Tolong letakkan kotak-kotak itu di sini</u>," kata Encik Kassim. Sebagai sukarelawan petugas di situ, aku juga turut membantu sambil memeriksa senarai keperluan yang perlu diagihkan.
Dipetik daripada *Kolam Derita* karya Amani Arman
Kenal pasti dan tulis **jenis ayat perintah** yang bergaris sama ada **ayat silaan, ayat permintaan, ayat larangan** dan **ayat suruhan**. Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.
**Ayat** : **Sila ikut saya.**
**Jenis Ayat** : **Ayat silaan.**
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
6 分
Bahan 2
Umum mengetahui bahawa jururawat memiliki waktu bekerja yang agak panjang dan pengiliran kerja yang tidak teratur. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut termasuklah kekurangan kakitangan dan keruncingan tahap kesihatan pesakit yang meningkat dari masa ke semasa serta memerlukan penjagaan kejururawatan yang lebih insentif. Kerjaya ini juga memerlukan komitmen untuk seseorang itu bekerja dalam pesekitaran yang dinamik dan tidak dapat diramalkan seperti kejadian kecemasan, insiden kritikal atau kemasukan penyakit yang tidak dijangka. Keadaan seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa di samping jururawat juga perlu menjalankan tanggungjawab pentadbiran seperti melakukan pendokumenan yang pastinya memakan masa di dalam tugas seharian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dedikasi Seorang Jururawat’ oleh Norfarahmieza Muhd Ariffin, *Dewan Kosmik*, Bil. 5/2024
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Isu dan gesaan pelbagai pihak dalam mengatasi pembalakan haram seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Tindakan ini telah menyebabkan berlakunya kerosakan kepada alam sekitar dan menyebabkan pihak yang diamanahkan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar turut dipersalahkan ibarat seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit. Segala tindakan yang diambil sesudah mendapat teguran itu tidak ubah seperti nasi sudah menjadi bubur kerana tindakan ini sudah tidak bermakna lagi sehingga alam sekitar musnah akibat pembalakan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kenal pasti dan **senaraikan** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang **sama maksud** atau **hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Encik Norhan Ahmari menyatakan rasa senang apabila melihat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bersaing secara sihat dan bersemangat *menonjolkan kebolehan* diri mereka dalam acara sukan. Dalam Majlis Penutupan Rasmi Karnival Bakat Pendidikan Khas Zon Selatan 2024, beliau turut mengatakan bahawa semua pihak perlu memberikan sokongan dan kerjasama agar kecemerlangan sukan pendidikan khas dapat dimantapkan. Murid-murid inilah yang bakal menjadi pelapis atlet Orang Kurang Upaya (OKU) yang diperlukan Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa kemudahan sukan yang mesra OKU perlu disediakan bagi menjamin penyertaan aktif murid dalam bidang ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Karnival Bakat Pendidikan Khas Cungkil Lebih Ramai Atlet Muda dalam Kalangan MBPK’ oleh Fatkhurrozak, *e-Majalah Dewan Masyarakat*, November 2024
**Bahan 2**
Memikul tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah satu amanah yang mudah untuk digalas. Apatah lagi apabila digelar sebagai seorang guru dalam bidang pendidikan khas. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk memastikan kejayaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), guru perlu mempersiapkan diri MBPK dengan pengetahuan dan kemahiran hidup. Pengajaran kemahiran hidup memerlukan MBPK untuk mengawal emosi dan tingkah laku bersesuaian dengan situasi yang berlaku di sekelilingnya. Dengan penguasaan kemahiran tersebut, MBPK dapat menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja dengan lebih baik. Guru Pendidikan Khas juga perlu meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial MBPK. Kedua-dua kemahiran ini saling berkaitan kerana memudahkan MBPK menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan yang baharu serta bersama-sama rakan sekerja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menyelami Peranan Guru Pendidikan Khas’ oleh Nur Nadhirah Rahmat, *e-Majalah Dewan Masyarakat*, Ogos 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *menonjolkan kebolehan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah usaha pelbagai pihak untuk memastikan kejayaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)?
3 分
iii
Pelbagai pihak sering meminggirkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku?
3 分
iv
Anda berkawan rapat dengan seorang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di sekolah.
Sebagai seorang rakan kepada MBPK, apakah tindakan-tindakan anda untuk menggalakkan dia lebih berinteraksi dengan orang lain?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pemandu pelancong, Encik Yuksel, telah memberitahu kami beberapa panduan berbelanja di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua, jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad kredit sebab terlalu berisiko ditipu.
Wah, banyaknya pantang larang! Aku mulai rasa tidak selamat. Apatah lagi setelah mendengar cerita Hajah Normah bahawa pemandu-pemandu bas berbangsa Turki di Mekah hanya boleh berunding jika diberikan duit. Menurut Hajah Normah lagi, jemaah haji Turki, baik lelaki mahupun perempuan, biasanya bersikap kasar. Mereka suka merempuh jemaah yang lain ketika melakukan tawaf.
Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa perbezaan harga terlalu ketara, Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5, LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pernah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar Istanbul dan diberitahu bahawa rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**Pasar Perasaan**
Ini pasar perasaan
Pada gerainya duduk penjual sentimental
Yang sering dikunjungi pembeli emosional.
Ini pasar perasaan
Mereka memperdagangkan kata-kata
Yang terbit daripada kalbu
Bukan terbit daripada akal.
Mereka memperdagangkan hujah
Yang rapuh dan lapuk
Bagai kayu buruk
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.
Ini pasar perasaan
Di dalamnya mengalir sungai manusia
Yang menghilirkan suara kosong.
Ini pasar perasaan
Yang memperdagangkan akal cetek
Dan tawar-menawar yang dangkal.
Kumasuki pasar ini
Kususuri sungai sibuk ini
Di tengah-tengah penjual dan pembeli
Yang kaya dengan perasaan
Tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
Ini pasar tidak berakal
Yang diriuhkan kekosongan.
T. Alias Taib, dalam antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah panduan berbelanja yang telah diberitahu oleh Encik Yuksel?
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan sikap peniaga yang digambarkan oleh penulis.
3 分
iii
Segelintir peniaga suka mengambil kesempatan untuk menipu dalam proses jual beli.
Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir peniaga yang sanggup bersikap sedemikian?
4 分
iv
Anda ialah seorang peniaga produk cenderamata di sebuah pusat pelancongan. Kebelakangan ini, jumlah pelancong yang berkunjung ke pusat pelancongan itu semakin merosot.
Apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk melariskan jualan produk cenderamata di kedai anda?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Kini datuk bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Memang dalam soal ini datuk boleh disebut pakar, macam doktor. Dia jenis manusia yang bijak memanfaatkan bahan sedia ada atau bahan percuma menjadi bahan kegunaan untuk kesihatan dan kecantikan. Misalnya, hampas kopi dijadikannya losen tangan. Hampas teh untuk menyegarkan mata, ubi kayu bagi menghilangkan buasir. Lobak pula bagi melancarkan air kencing dan mengurangkan sakit kepala. Biji mangga dijadikan tepung untuk masakan. Kulit mangga yang dikeringkan untuk membantu melancarkan pengaliran darah ketika datang haid.
>
> Dipetik daripada novel *Jendela Menghadap Jalan* oleh Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan bahan-bahan sedia ada atau bahan-bahan percuma yang dapat menjadi bahan kegunaan untuk kesihatan dan kecantikan.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dapat membangkitkan semangat keberanian kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Penggunaan teknologi pada abad ke-21 telah menjadi sebahagian daripada rutin harian yang perlu dilalui. Dalam meniti perubahan semasa, sistem pendidikan juga tidak ketinggalan mengaplikasikan kemajuan teknologi digital sebagai satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi digital mampu membantu murid mempelajari sesuatu topik dengan mudah.
Platform digital seperti Skype, Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp dan Telegram digunakan sepenuhnya oleh guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Kewujudan medium tersebut menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan penggunaan teknologi digital dalam sistem pendidikan nasional kerana terdapat banyak kepentingannya. Penggunaan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dan murid meningkatkan kemahiran digital kerana mereka akan diberikan pendedahan terhadap peralatan seperti komputer, projektor LCD, cakera padat dan perisian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan penggunaan teknologi digital dalam sistem pendidikan. Ketiadaan kemahiran asas berkaitan dengan teknologi digital menyukarkan murid dan guru untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan peranti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana guru dan murid mungkin tidak terbiasa dengan penggunaan peralatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini.
Pada masa yang sama, penggunaan peralatan digital di bilik darjah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Namun demikian, usaha untuk melengkapkan peralatan digital di setiap sekolah memerlukan modal yang besar. Motivasi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu apabila capaian Internet di sekolah tidak dinaik taraf bagi memastikan penggunaan teknologi digital dapat digunakan sepenuhnya. Kini tugas guru menjadi semakin mencabar kerana guru perlu celik teknologi dalam menguruskan pendidikan generasi Z.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Pendidikan Pemudah Cara Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Farra Humairah Mohd, *Dewan Siswa*, Bil. 6/2023
**Bahan 2**
**Bahan 3**
Mandi perigi kain pun basah,
Sampai ke petang badan pun letih;
Kemahiran berfikir dapat diasah,
Sumber manusia mahir terlatih.
Serawan jala, sebatang joran,
Buluh serumpun, tebu seruas;
Dengan wujudnya teknologi pengajaran,
Akses pendidikan menjadi luas.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.