Baca petikan di bawah dengan teliti.
Institusi pendidikan negara harus <u>**memastikan**</u> generasi muda mendapat pendidikan sejarah dan <u>**kefahaman**</u> patriotisme yang tepat dan selari. Oleh itu, sistem pendidikan tentang kenegaraan perlu <u>**diperkenalkan**</u> kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya. Sistem pendidikan ini juga menjadi wadah untuk membina keutuhan negara bangsa dan melahirkan modal insan yang <u>**berkualiti**</u> kepada negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membentuk Kewibawaan Belia’ oleh Siti Irni Yuslinda Mosman, *Dewan Siswa*, Bil. 11/ 2024
Senaraikan **empat kata dasar** daripada perkataan yang bergaris. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata dasar** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pembelajaran abad ke-21 merupakan suatu kaedah pembelajaran berpusatkan murid. Kaedah ini membuka peluang kepada murid berfikir secara kreatif. Selain itu, <u>memberi ruang kepada murid berperanan aktif pembelajaran berpusatkan murid</u>. <u>Untuk membimbing murid mencari maklumat dan menyelesaikan masalah secara berdikari guru bertindak sebagai pemudah cara</u>. Sehubungan dengan itu, guru perlu melakukan anjakan paradigma untuk mengubah pendekatan tradisional berpusatkan guru kepada pendidikan yang menitikberatkan keperluan murid. <u>Perlu menjalankan aktiviti seperti jelajah pembelajaran, pembentangan dan mengemukakan pertanyaan kepada guru mereka murid</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembelajaran Berpusatkan Murid’ oleh Alex Leong Jun Wei, *Dewan Siswa*, Bil. 1/ 2025
Tukarkan **ayat susunan songsang** yang bergaris di bawah ini kepada **ayat susunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Budi bahasa mestilah diutama. Dalam kehidupan modern yang hebat dan maju, budi bahasa jangan dilupakan dalam melayari kehidupan yang penuh ujian dan cabaran. Ibu bapa dan orang-orang tua dahulu sering menasihati anak-anak, bahawa walaupun memiliki ilmu setinggi langit, jangan sekali-kali leka budi bahasa kita di setiap masa. Pesanan itu sering ibu bapa ingatkan agar budi bahasa dalam kehidupan anak-anak mereka tidak pupus ditelan zaman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Berbudi bahasa dalam kehidupan’ www.sinarharian.com.my, 2021
5 分
Bahan 2
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikian pekerjaannya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Di tempat kerja, setiap tugasan memerlukan kerjasama yang erat antara rakan sekerja, bukannya membuat kerja apabila disuruh atau diperintah sahaja (i) …………………… Setiap individu memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat bersama supaya usaha yang gigih dan tekun pasti akan membuahkan hasil kerana (ii) …………………… Namun, ada juga yang (iii) …………………… dan tidak melakukan kerja dengan penuh tanggungjawab. Tindakan sebegini bukan sahaja merugikan diri sendiri, tetapi turut memberi kesan kepada seluruh pasukan. Oleh itu, penting untuk setiap individu melaksanakan tugas dengan integriti agar kejayaan dapat dicapai bersama-sama.
**Isi tempat kosong** dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran Bahasa Melayu menawarkan pelbagai manfaat yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Penggunaan AI membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif. Peranti AI diharapkan dapat terus berkembang sesuai dengan perubahan dalam kurikulum dan keperluan pendidikan, serta menghadapi cabaran baharu dalam proses pembelajaran. Dengan penggunaan dan penerapan yang telus dan betul, AI mampu membawa perubahan yang positif dalam dunia pendidikan. Pengaplikasian AI digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan mutu pembelajaran yang progresif dan membantu pendidik mempelbagaikan konteks pengajaran.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengupayaan Kecerdasan Buatan Mengemudi Pembelajaran Bahasa Melayu’ oleh Anida Sarudin, *Pelita Bahasa*, Bil.10/2024
**Bahan 2**
Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Perubahan ini memberikan pelbagai kebaikan tetapi juga menuntut *persediaan rapi* untuk menghadapinya. AI mencipta peluang kerja baharu dalam bidang berkemahiran tinggi seperti pengurusan data, pembangunan perisian, analisis data, dan keselamatan siber.
Peningkatan produktiviti ini boleh berlaku kerana AI mampu melaksanakan tugas-tugas rutin dengan lebih pantas dan tepat berbanding manusia. Hal ini menjadikannya alat yang sangat efektif dalam pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan kewangan, dan logistik. AI juga dapat dimanfaatkan dalam bidang perubatan yang mempermudah diagnosis penyakit dengan lebih cepat dan tepat serta membantu doktor memberi rawatan dengan lebih baik. Secara tidak langsung, penerapan AI tidak hanya meningkatkan produktiviti tetapi juga memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bagaimana AI mengubah dunia pekerjaan?’ oleh Mohd Khairi Ismail, https://berita.rtm.gov.my/
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *persediaan rapi*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, berikan manfaat-manfaat teknologi kecerdasan buatan atau AI dalam kerjaya.
4 分
iii
Perkembangan teknologi kecerdasan buatan atau AI sememangnya memberikan pelbagai kebaikan dalam kehidupan. Namun begitu, timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat hari ini tentang keburukan teknologi ini kepada kehidupan manusia.
Pada pendapat anda, apakah keburukan-keburukan tersebut?
3 分
iv
Anda mendapati ramai rakan sekelas anda menggunakan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) secara berlebihan untuk menyiapkan tugasan seperti menulis karangan dan penyelesaian Matematik. Hal ini menyebabkan mereka kurang berusaha dan bersikap sambalewa dalam pelajaran.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4 分
712 分
Baca **semua bahan** di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Kamu cakap saja pandai. Tapi buat tak tahu”
“Benar, bang. Saya tak tahu, tetapi Kak Halimah ada kelulusan bang. Dia boleh uruskan harta itu dengan baik bang.”
“Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu.”
“Kalau tanah itu jadi wang, wang tak akan kekal. Sebanyak manapun wang, wang akan habis.” Mata Hisyam tertancap pada wajah Harun.
“Lalu?”
“Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu. Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual.”
“Kamu ada duit?”
“Duit boleh pinjam dengan bank.”
Dipetik daripada Cerpen ‘Sekeping Tanah’ oleh A. Rahman C.M., Antologi *Bintang Hati*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**Harta Duniawi**
Pergi mengail di air keruh,
Tertangkap tedung lalu dibuang;
Bajet disusun tidak keluh,
Jimat dan cekap, supaya tak terbang.
Masuk ke hutan menebang balak,
Untuk dibawa ke Tasik Cermin;
Simpan sedikit untuk hari kelak,
Masa depan cerah hidup terjamin.
Terbang tinggi Si burung helang,
Hinggap sebentar di tepi telaga;
Harta diurus agar tak hilang,
Amanah untuk diri dan keluarga.
**Nilamsari,**
Kuantan, 2025
i
Berdasarkan **Bahan 1**, mengapakah Kak Halimah diberi kepercayaan untuk menguruskan harta pusaka?
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan harta.
Nyatakan cara-cara tersebut.
3 分
iii
Harta merupakan keperluan asasi manusia. Sekiranya seseorang itu memiliki harta tetapi tidak diuruskan dengan baik seperti boros berbelanja dan suka membazir akan mendatangkan banyak kemudaratan.
Pada pendapat anda, apakah kemudaratan tersebut?
3 分
iv
Baru-baru ini, salah seorang ahli keluarga anda telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka selepas memenangi cabutan bertuah berupa wang tunai berjumlah satu juta.
Sebagai seorang ahli keluarga yang prihatin, cadangkan tindakan yang boleh anda ambil bagi memastikan wang tersebut diuruskan dengan baik.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Suasana pada malam itu tenang sekali. Sekumpulan kanak-kanak dari sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima duduk di kerusi di atas platform melengkung dan mengelilingi kubah balai cerap yang tersergam di lereng konkrit Bukit Melawati, Kuala Selangor. Balai Cerap Sultan Salahuddin dicirikan dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh Rumah Api Almnara, Somalia. Di samping menonjolkan reka bentuk kubah yang lazim digunakan oleh banyak bangunan balai cerap lain, bangunan ini juga menambah sebuah platform yang mengelilingi kubah tersebut. Platform ini mempunyai ketinggian 50 meter dari tapak balai cerap tersebut.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan ciri-ciri reka bentuk Balai Cerap Sultan Salahuddin di Kuala Selangor.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang bertujuan untuk mendidik remaja.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pengkomposan ditakrifkan sebagai mengitar semula sisa buangan dapur atau sisa daripada ladang tanaman atau ternakan. Pengkomposan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati di sekitar rumah, seperti sisa sayuran, sisa tanaman seperti batang dan daun jagung, kulit buah-buahan, kulit telur, kulit bawang, sisa siangan ikan dan lain-lain lagi.
Pengkomposan mampu memperbaik struktur tanah yang kurang baik dan mengurangkan aktiviti larut resap di dalam tanah. Kompos yang sudah matang boleh dikenal pasti dengan ciri seperti tekstur yang lembut, ringan dan berwarna gelap. Terdapat dua jenis pengkomposan, iaitu pengkomposan aerob dan pengkomposan anaerobik. Kaedah pengkomposan yang paling popular dalam kalangan masyarakat ialah pengkomposan menggunakan pasu, iaitu menggunakan bahan sisa dapur seperti sisa sayuran dan buah-buahan dengan mencampurkan sedikit tanah sebelum disiram air. Bahan tersebut dibiarkan mereput sekurang-kurangnya satu bulan hingga dua bulan sebelum boleh digunakan. Pembuangan sisa dapur yang dimanfaatkan sebagai kompos, jika dilakukan secara konsisten boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada isi rumah.
Pengkomposan sisa buangan dengan menggunakan beg plastik pula biasanya menggunakan beg plastik sampah berwarna hitam dan pengkomposan ini juga mudah kerana hanya perlu memasukkan sisa sayuran dan buah ke dalam plastik sampah dan diikat dengan rapat sebelum dibiarkan bahan mereput. Namun begitu, pengkomposan yang mendapat perhatian kini ialah *Takakura Home Method*, iaitu pengkomposan menggunakan bekas berongga untuk mengubah sisa makanan kepada kompos. Melalui kaedah ini, larutan penapaian yang terdiri daripada tempe, gula merah, air dan medium penguraian perlu disediakan terlebih dahulu, sebelum dicampurkan dan disimpan di dalam bekas yang bertutup. Tindakan pengkomposan ini dapat menjimatkan kos pembelian baja untuk menyuburkan tanaman kerana kosnya lebih murah berbanding harga baja kompos di pasaran.
Marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat pelbagai pihak untuk mengurangkan pencemaran alam melalui penghasilan baja kompos yang betul kerana kelestarian alam tanggungjawab bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada *‘Kompos: Berimpak Besar’* oleh Masitah Ab. Jalil, https://dewankosmik.jendeladbp.my/
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**KASIH KOMPOS, SUBUR ABADI**
Kompos lembut yang menyubur perlahan,
mengajak tanah kembali bernyawa,
tiada racun, tiada kimia,
menggunakan tenaga lestari
yang hijau bersinar.
Dari dapur, dari kebun,
Tiada membazir, semuanya pasti untung,
Rezeki lestari, bumi bahagia,
Mekar bersama teknologi pintar.
Hijau abadi, warisan sejati,
Tanah kompos, subur harmoni.
Bumi berbisik, pohon bersyair,
"Inilah baja, kasih yang mekar abadi"
*Nukilan: Armada Jiwa*
Baca petikan dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.