Baca petikan di bawah dengan telitinya.
Terompah tempurung adalah antara permainan sukan rakyat yang masih popular sehingga kini. Untuk menghasilkan terompah tempurung, kita hanya memerlukan tempurung kelapa, gunting, kayu kecil yang berukuran 1.5 inci dan tali yang berukuran dua meter. Cara bermain terompah tempurung adalah amat mudah. Pertama sekali, pemain perlu meletakkan kaki di atas tempurung. Kemudian, ibu jari kaki menyepit tali dan tangan pula harus mengawal tali ketika kaki digerakkan. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga dapat mengisi waktu lapang. Permainan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat usia.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Halaman 21, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenal pasti dan **senaraikan empat kata bantu**. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Anak kelahiran <u>Ipoh, Perak</u>. Syaidatul Afifah Badrul sememangnya terkenal <u>dalam sukan boling</u>. Minat Afifah dalam sukan boling berputik <u>apabila ayahnya, Badrul Hamid Gam yang juga bekas pemain boling sering membawanya ke pusat boling</u>. Banyak pencapaian diperoleh Afifah sepanjang <u>11 tahun</u> dalam sukan tersebut. Namun begitu, <u>pada 1 September 2020,</u> Afifah telah menghantar surat untuk menarik diri daripada skuad kebangsaan kepada Majlis Sukan Negara dan Kesatuan Tenpin Boling Malaysia. Menurut Afifah, dia membuat keputusan untuk bersara daripada pasukan boling <u>kerana ingin memberikan fokus kepada kerjaya yang lebih stabil dan mencuba pelbagai bidang.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada 'Selamat Tinggal Dunia Boling - Syaidatul Afifah Badrul Hamidi' oleh Rosli Mohd Nordin, *Dewan Siswa*, Bil. 10/2020
Berdasarkan petikan di atas, **bina enam ayat tanya** yang lengkap dengan menggunakan **kata tanya** yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang **bergaris**.
6 分
310 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
| Mesej Baharu | |
|---|---|
| *Daripada:* | *[email protected]* |
| *Kepada* | *[email protected]* |
| *Subjek:* | *Pertandingan Bermain Gasing Pangkah* |
*Salam sejahtera, Aley.*
*Apa kabar? Saya di sini baik-baik sahaja*
*Pada cuti pertengahan penggal pertama yang lalu, saya telah pulang ke kampung datuk saya di Kg Kok Keli, Tumpat, Kelantan. Semasa berada di sana, saya bepeluang untuk melihat pertandingan bermain gasing pangkah. Pertandingan itu enam pasukan sertai, suasana semasa pertandingan tersebut sungguh meriah, saya berkongsi video pertandingan tersebut dalam media sosial. Banyak warga siber yang memberikan tanda tanya terhadap perkongsian saya itu. Saya berasa sungguh gembira.*
*Awak pernah bercerita kepada saya yang awak selalu bermain permainan tradisional seperti guli, batu seremban, dan konda kondi semasa kecil sebagai peminat permainan tradisional, bolehkah awak terangkan kebaikan-kebaikan bermain permainan tradisional kepada saya?*
*Saya menantikan respon daripada awak. Sekian, terima kasih.*
*Sahabatmu,*
*Adam*
5 分
Bahan 2
| *Mesej Baharu* | |
|---|---|
| *Daripada:* | *[email protected]* |
| *Kepada:* | *[email protected]* |
| *Subjek:* | *Kebaikan Bermain Permainan Tradisional* |
*Salam sejahtera Adam,*
*Saya di sini sihat. Terima kasih atas e-mel yang awak kirimkan tempohari. Saya mohon maaf bahawa agak lewat membalas e-mel awak itu.*
*Sebenarnya banyak benar sekali kebaikan bermain permainan tradisional. Antara kebaikan tersebut termasuklah kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Oleh itu, masa kita tidak membuang begitu sahaja. Selain itu, kita juga dapat menyihatkan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan mengeluarkan peluh semasa bermain permainan tradisional seperti galah panjang, sepak raga, dan baling tin. Seterusnya, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.*
*Seperkara lagi, bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak memerlu peralatan yang mahal atau ruang yang luas untuk bermain permainan ini. Permainan tradisional memberikan keseronokan kepada kita tanpa perlu berbelanja banyak.*
*Setakat ini sahaja penerangan saya. Sekian.*
*Sahabatmu.*
Aley
5 分
45 分
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."
Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **Bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Mangsa penipuan dalam talian sering kerugian wang ringgit. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, terdapat mangsa penipuan yang terpaksa menanggung bebanan pinjaman daripada pihak bank. Banyak kes penipuan berlaku kerana mangsa tertipu dengan tarikan personaliti penjenayah yang menaburkan janji dan ayat cinta. Penjenayah pandai menanam tebu di bibir mulut sehingga mangsa terperangkap. Mangsa sanggup berkorban seperti lilin membakar diri untuk kemudahan orang lain keluar daripada masalah kewangan. Namun demikian, perbuatan jahat penjenayah kepada mangsa ibarat air susu dibalas dengan air tuba.
Kenal pasti dan **senaraikan** peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian beri **maksud** peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, dan masyarakat perlu saling membantu dan sedar tentang tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keselamatan murid-murid terjamin ketika mereka berada di sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan keselamatan murid-murid dapat dijaga sama ada ketika mereka berada di kawasan sekolah atau ketika mereka berada di luar pagar sekolah.
Sebenarnya, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan murid di luar pagar sekolah terletak di tangan ibu bapa dan masyarakat awam. Namun demikian, pihak sekolah juga perlu terlibat sama, iaitu mengambil langkah untuk mencegah kejadian yang tidak diingini daripada berlaku kepada murid-murid. Antara inisiatif yang dapat diambil oleh pihak sekolah untuk memastikan keselamatan murid-murid di sekolah termasuklah menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah. Pihak sekolah boleh menggunakan khidmat polis atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal lalu lintas di hadapan sekolah ketika murid-murid tiba di sekolah atau ketika pulang dari sekolah.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Semua Murid Berperanan Jaga Keselamatan Murid' oleh Aiman Amerul Munir, https://www.malaysiakini.com
**Bahan 2**
Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan, 30 peratus daripada syarikat keselamatan di sekolah *gagal mematuhi* garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian. Tindakan ini merupakan respons yang diambil daripada laporan-laporan yang diterima daripada pihak sekolah. Selain itu, garis panduan pemantauan telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memantau prestasi kontraktor.
Kementerian Pendidikan dengan tegasnya tidak membenarkan syarikat keselamatan mengambil warga asing untuk menjadi pengawal keselamatan di sekolah. Kementerian akan memperketat syarat pengambilan pengawal keselamatan bagi syarikat-syarikat yang diberikan kontrak. Pihak pengurusan sekolah bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diminta membuat laporan dengan segeranya dan telus jika syarikat keselamatan sekolah tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Semua tindakan ini diambil untuk memastikan keselamatan murid di sekolah terjamin.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Tidak Patuh Garis Panduan, 24 Syarikat Keselamatan Sekolah Ditamatkan Kontrak' oleh Israr Khalid, https://www.astroawani.com
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *gagal mematuhi*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1, Bahan 2,** dan **Bahan 3** nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan murid-murid di sekolah sentiasa terjamin.
4 分
iii
Isu keselamatan murid-murid sama ada ketika mereka pergi ke sekolah atau ketika mereka pulang dari sekolah sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai saluran media massa.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin keselamatan anak-anak ketika mereka pergi atau pulang dari sekolah?
3 分
iv
Ketika anda sedang menunggu kedatangan ayah anda di perhentian bas selepas sesi persekolahan berakhir, seorang murid sekolah rendah sedang menangis di sebelah anda. Anda bertanya punca dia menangis. Murid itu memberitahu bahawa bapanya mungkin terlupa untuk mengambilnya di sekolah pada hari itu.
Sebagai seorang murid yang baik hati, cadangkan cara-cara yang boleh anda ambil untuk membantu murid itu agar tangisannya berhenti.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
MASA: Tahun 1946
TEMPAT: Sekitar bandar Johor Bahru
*Pemandangan memperlihatkan bangunan Sultan Ibrahim atau pejabat kerajaan di Bukit Timbalan. Orang ramai bersorak-sorak dengan cogan kata anti-Malayan Union*
ORANG RAMAI: Hidup Dato' Onn! Hapuskan Malayan Union….
*Kelihatan Dato Onn berdiri di pentas, sementara orang ramai bersorak-sorak.*
DATO' ONN: Kita berkehendak meninggi serta menjaga maruah serta kesopanan bangsa kita terselamat dan kuat. Kedua-duanya hanya boleh terselamat jika kita kuat. Dan, kita hanyalah boleh kuat, jika kita bersatu padu Marilah kita menunjukkan dengan kekuatan dan kita akan menzahirkan satu bangsa yang tegap dan subur mengambil tempat kita di sisi bangsa lain yang tegap.
Dipetik daripada drama 'Dato' Onn' oleh Othman Haji Zainuddin dalam antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**Sajak Benteng Waja**
Usah kita alpa
pada sumpah pelakar Sejarah
yang tegar memerah minda
bitara menitis keringat dan air mata
menumpahkan darah bergadai nyawa
demi *nusa berdaulat* ini
Ayuh kita julang semangat juang
dengan kudrat berjiwa besar
menjadi benteng waja
pancang penghalang musuh durjana
tidak hanya dengan senjata
tetapi akal budi dan bijaksana
agar tanah yang kita warisi ini
subur membara
membakar bayang-bayang
ketakutan
Ayuh!
mari kita nyanyikan lagu keamanan
mari kita laungkan suara perpaduan
mari kita kukuhkan kota bertuah ini
utuh menongkat maruah
menjadi pura kebanggaan kita.
Rasdi Daud, Kuala Lumpur, *Dewan Siswa*, Bil. 1/2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *nusa berdaulat*?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2** nyatakan cara-cara menunjukkan semangat cinta akan negara.
3 分
iii
Perasaan cinta akan negara wajar dipupuk sejak bangku sekolah lagi melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti tersebut?
3 分
iv
Rakan anda bercita-cita untuk menjadi tentera kerana ingin mempertahankan negara. Namun, rakan anda menyedari tidak ramai generasi muda yang ingin menceburi bidang ketenteraan walaupun mereka tahu bahawa bidang itu memainkan peranan penting dalam aspek pertahanan sesebuah negara.
Sebagai rakyat yang patriotik, cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan pihak kerajaan untuk menarik minat remaja menceburi bidang ketenteraan.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Apa yang penting, kita tidak berputus asa. Budak-budak muda ini, kadang-kadang kita perlu ikut rentak mereka juga. Kita dampingi mereka selalu dan buat macam kawan. Alhamdulillah, nampaknya dah ada yang mula tunjuk minat. Malam ni pun, ramai juga yang datang," kataku. Penduduk kampung yang datang pada malam itu beransur-ansur pulang. Beberapa orang anak muda kampungku pula sedang sibuk menyusun kerusi-kerusi yang digunakan tadi untuk disimpan di dalam stor balai raya. Beberapa orang ahli jawatankuasa pergerakan wanita juga kelihatan sibuk mengemas pentas dan pasu-pasu bunga. Sampah-sampah yang terdapat di persekitaran balai raya turut dikutip dan dimasukkan ke dalam plastik hitam.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina*, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penduduk kampung setelah selesai majlis tersebut?
4 分
ii
*Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:*
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda kaji, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan pentingnya ilmu dalam kehidupan dan alasannya.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Peredaran zaman telah merubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk mengisi waktu terluang. Pada masa dahulu, remaja akan mencari rakan sebaya untuk menjalankan aktiviti di luar rumah secara berkumpulan dan berbentuk fizikal. Kini, kebanyakan remaja lebih berminat untuk berkurung sendirian di dalam bilik dengan memberikan tumpuan terhadap gajet. Aktiviti tersebut bukan sahaja menjadi kegiatan untuk memenuhi waktu terluang, bahkan menjadi kegiatan utama yang melibatkan penggunaan masa yang banyak sehingga menyebabkan remaja ketagihan gajet.
Keghairahan menggunakan gajet secara tidak berdisiplin mengundang pelbagai masalah sosial dan penyalahgunaan dalam kalangan remaja Hal ini dikatakan demikian kerana kesan penggunaan gajet secara berlebihan mengganggu norma dan nilai dalam keluarga, masyarakat dan negara. Remaja yang bijak mampu untuk membuat pertimbangan menggunakan kemudahan gajet untuk mendapatkan maklumat yang bermanfaat. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga kesan positif terhadap penggunaan gajet dalam kehidupan remaja. Bukan itu sahaja, kesan negatif penggunaan gajet secara berlebihan termasuklah pembaziran masa yang kritikal.
Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, penggunaan gajet seperti telefon pintar tanpa kawalan ibu bapa mendatangkan kesan negatif berbanding kesan positif. Sebenarnya, ibu bapa berperanan sebagai kamera litar tertutup dalam mengawasi pergerakan anak-anak ketika bermain gajet. Ibu bapa sewajarnya bertindak tegas terhadap anak-anak apabila mereka menggunakan aplikasi seperti permainan video melebihi dua jam. Tabiat melihat skrin digital dengan lama menyebabkan mata menjadi rabun. Selain itu, bagi remaja yang menggunakan gajet dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan meningkatkan risiko bongkok pada usia muda.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Ketagihan Gajet' oleh Noor Azam Abdul Rahman, *Dewan Siswa*, Jun 2014
**Bahan 2**
**Bahan 3**
> "Sesetengah remaja yang mengalami ketagihan gajet secara berlebihan akan terganggu perkembangan emosi mereka. Hal ini akan membawa kesan yang lebih buruk kelak sehingga mengancam pembentukan modal insan berminda kelas pertama. Maka, ibu bapa boleh mencuba untuk mengehadkan masa penggunaan gajet anak-anak ketika di rumah."
>
> Petikan ucapan, Menteri Belia dan Sukan, Program Kesejahteraan Mental, Kuala Lumpur.
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.