Baca petikan di bawah dengan teliti.
Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, kecerdasan buatan (AI) telah menjadi satu elemen penting dalam bidang sains. Semua cabang sains mendapat manfaat besar daripada AI termasuklah bidang kimia. Integrasi AI yang berkaitan dengan bidang kimia ini telah membawa pelbagai manfaat kepada pelajar dan tenaga pengajar. Dengan bantuan algoritma pintar, setiap pelajar dapat menjalankan eksperimen kimia dalam persekitaran simulasi yang selamat. Selain itu, AI dapat memproses dan menganalisis beratus-ratus data dengan lebih cepat dan tepat apabila tidak lagi menggunakan kaedah tradisional.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Kecerdasan Buatan dalam Bidang Kimia’ oleh Dr. Muhammad Hakimin Shafie, *Dewan Siswa*, Bil. 06/2025
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bilangan**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bilangan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa, kata ganda atau nama khas.
8 分
26 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Lizaharyati:** <u>Siapakah individu yang menjadi sumber inspirasi buat saudara?</u> (i)
**Raif:** Individu yang menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan saya ialah datuk saya, iaitu Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Umar Ali. <u>Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang mendekati dan menyelami kehidupannya yang penuh dengan dedikasi dan ketulusan.</u> (ii)
**Lizaharyati:** <u>Wah, beruntungnya saudara kerana mempunyai pertalian darah dengan tokoh akademik tanah air itu!</u> (iii) Saya yakin awak merupakan cucu kesayangannya.
**Raif:** Saya bersyukur menjadi antara cucu kesayangannya. Banyak rahsia kejayaan beliau sempat dikongsinya.
**Lizaharyati:** <u>Apakah prinsip hidup allahyarham yang menjadi ikutan saudara hingga kini?</u> (iv)
**Raif:** <u>Walaupun kedudukan beliau dalam dunia pendidikan adalah tinggi tetapi beliau tetap mengekalkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupannya.</u> (v) Sifat ini menjadikan beliau disegani. Saya juga akan berpegang pada prinsip iaitu <u>jangan sesekali mendabik dada apabila memperoleh pujian dan ganjaran.</u> (vi)
**Lizaharyati:** Dengan prinsip ini, saya percaya saudara akan menjadi seorang pegawai diplomat yang dapat membanggakan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mentadbir Perkara yang Ditakdirkan’ oleh Lizaharyati Md. Zen, *Dewan Siswa*, Bil. 5/2024
Kenal pasti jenis-jenis ayat bergaris yang berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut **ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan** ataupun **ayat perintah**. Jawapan hendaklah disenaraikan mengikut turutan.
6 分
310 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Menjelang tahun 2021 dan tahun 2022, kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar bagi mengatasi masalah penganguran graduan universiti. Beberapa ajensi kerajaan telah menubuhkan pusat latihan kemahiran untuk graduan, antaranya termasuklah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan Program Peningkatan Kemahiran Digital untuk Graduan. Selain itu, pihak kerajaan turut dilaksanakan pelbagai program lain bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan. Antaranya termasuklah program latihan dan kebolehan TVET, kerjasama dengan pihak swasta dan skim pembiayaan perniagaan. Oleh itu, kerjasama erat antara pihak kerajaan dengan universiti dan industri penting dalam menyediakan peluang pada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih sesuai.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Usahawan Mikro Kerjaya Pilihan Graduan’ oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, *Dewan Siswa*, Bil. 4/2025
5 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian: syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perpaduan kaum di negara ini amat penting untuk menjamin keamanan dan kemajuan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan genting, seperti ................................ (i). Oleh itu, rakyat hendaklah mengelak daripada berprasangka buruk antara satu sama lain. Golongan muda, baik lelaki mahupun perempuan memainkan peranan yang amat penting dalam membina masa depan negara seperti yang diungkapkan dalam peribahasa ................................ (ii). Jika kita benar-benar mahu melihat negara terus aman dan maju, maka usaha itu mestilah disertai dengan tekad yang jitu kerana ................................ (iii).
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Perkembangan pesat dalam sektor perindustrian telah mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar. Hal ini berlaku kerana pelepasan asap kilang yang tidak terkawal telah mencemarkan udara. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai juga dikatakan telah mengakibatkan kematian hidupan akuatik. Pencemaran yang berpunca daripada sektor perindustrian akan memberi impak dalam jangka masa panjang kepada kualiti alam sekitar.
Selain itu, penggunaan racun serangga dalam sektor pertanian turut menyebabkan pencemaran alam. Bahan kimia bebas dalam racun serangga mampu menipiskan lapisan ozon dan mencemarkan air bawah tanah kerana mengandungi klorofluorokarbon (CFC). Bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan hidupan lain.
**Bahan 2**
Longgokan sampah merupakan salah satu fenomena yang menyebabkan kualiti alam sekitar semakin merosot. Kegagalan orang ramai menguruskan sampah merupakan penyebab berlakunya masalah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat gemar menggunakan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang iaitu *polisterina* dan beg plastik dalam aktiviti harian. Bahan ini mengancam alam sekitar kerana mengambil masa selama 10 hingga 1000 tahun untuk diurai.
Seterusnya, masyarakat kurang pendidikan tentang alam sekitar menambahkan lagi masalah pencemaran. Oleh itu, mereka yang masih belum sedar tentang pentingnya khazanah ini sanggup mencemarkannya tanpa rasa bersalah.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, nyatakan jenis bungkusan pakai buang yang gemar digunakan oleh masyarakat.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar?
4 分
iii
Kini amalan kitar semula kurang dibudayakan dalam kehidupan masyarakat. Situasi ini menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar tidak pernah menampakkan kesan yang positif.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan membudayakan amalan tersebut?
3 分
iv
Anda dan rakan-rakan sedang berkelah di tepi sungai. Anda melihat salah seorang rakan telah membuang plastik sampah ke dalam sungai ketika mengemas kawasan berkelah. Dia bertindak sedemikian kerana ingin mengambil jalan mudah untuk membersihkan kawasan tersebut.
Sebagai seorang rakan yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang akan anda ambil?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Betapa Cikgu Balkis memahami keperitanku. Dia ikhlas menghulurkan tangan. Membantu setakat terdaya. Menyara persekolahan dan menghadiahkan kasih sayang buat aku. Cikgu menganggap aku seperti anak sendiri. Maklumlah, cikgu pun memang tidak dianugerahi anak. Dia memberitahuku, sudah hampir lima tahun dia mendirikan mahligainya, tapi hajatnya masih belum termakbul. Katanya, mungkin belum ada rezeki! Daripada pancaran wajah keibuan cikgu, jelas terserlah ketabahannya. Aku menyayangi sifat-sifatnya yang kuyakini tiada bercambah di tubuh lain.
Mengapa orang cacat sepertiku, masih ada yang memusuhi? Musuhku adalah orang yang menikam dan meleraikan kukuhan perjalanan kasih kami. Meskipun perkasihan kami retak yang menanti belah, aku *tetap mengasihi* cikgu. Biarlah cikgu benci dan melupaiku. Akukan terus setia.
Dipetik daripada cerpen ‘Menatap Wajahnya’ oleh Siti Hajar Mohd Zaki dalam antologi *Anak Laut*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**AKU TEMUI KOLAM JERNIH DI HATI GURU**
Guru-guruku, di hati kalian
aku temui kolam jernih
tempat aku mencari hening
tempat aku membugar segar.
Dengan minda cendekiawan
kalian rentang kebijaksanaan
dengan nurani harmoni
kalian hampar erti damai.
Guru-guruku, ketika aku
dirundung masalah
segera kalian bantu
membisik semangat
agar jiwaku kembali kejap
agar harapanku tidak ranap.
Sesekali aku lalai
tersasar dari adat dan nilai
kalian bantu bimbing aku
amalkan akhlak terpuji
pasti harga diri ini
tidak dihina, tidak dicaci
pada kemudian hari.
**HASSAN ALI**
Pengkalan Datu, Kelantan
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *tetap mengasihi*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, selain mengajar ilmu, nyatakan peranan guru dalam membantu aku.
3 分
iii
Guru umpama ibu bapa kita di sekolah. Jasa guru sangat besar dan kita perlu menghargainya. Namun, segelintir murid tidak menghargai jasa guru.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca murid bersikap sedemikian?
3 分
iv
Sambutan hari guru di sekolah anda pada kali ini diuruskan oleh badan pengawas. Sebagai ketua pelajar, anda menjadi pengerusi sambutan hari guru tersebut. Beban tugas yang anda pikul semakin bertambah apabila pihak sekolah mahu memastikan majlis itu berjalan lancar dan meriah.
Sebagai pengerusi program, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk mencapai hasrat pihak sekolah?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Jadi, secara umumnya anda mencadangkan yang Majlis Daerah Kuala Selangor perlu melakukan penilaian semula terhadap pelan pencahayaan bandar ini?” Dato’ Haji Mustofa al-Hamidi bertanya lanjut.
>
> “Ya, dan bukan itu sahaja. Majlis Daerah Kuala Selangor juga perlu merancang semula setiap pelan pencahayaan bandar ini dan melaksanakannya dalam tahun kewangan yang akan datang, iaitu pada tahun hadapan,” jelas Muhammad Taufik.
>
> Dato’ Haji Mustofa berdiam diri untuk berfikir.
>
> “Selain itu, sebagai persediaan untuk projek ini, premis-premis komersial perlu dialihkan dari Balai Cerap Sultan Salahuddin dan tebing Sungai Selangor, sekurang-kurangnya 10 kilometer.”
>
> “Tunggu,” kata Dato’ Haji Mustofa.
>
> “Persediaan untuk apa?”
>
> “Akhirnya, Dato’ juga diharap dapat meneliti cadangan kami untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu yang pertama dalam negara kita,” kata Muhammad Taufik menamatkan pembentangannya.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan cadangan-cadangan yang diberikan Muhammad Taufik ketika pembentangannya di hadapan Dato’ Haji Mustofa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Tirani* karya Beb Sabariah
(c) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(d) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(e) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(f) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(g) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda kaji, huraikan **satu** peristiwa yang menimbulkan rasa sedih kepada pembaca dan kemukakan pendapat anda.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dahulu lagi, fungsi batik tidak pernah berubah sebagai busana golongan wanita. Dalam usaha memajukan industri batik di Malaysia, pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri ini. Ungkapan peribahasa, tak kenal maka tak cinta menggambarkan betapa pentingnya aktiviti promosi yang agresif untuk memperkenalkan seni batik kepada masyarakat. Namun begitu, pembuatan batik kini kian dilupakan kerana kurangnya pendedahan kepada generasi muda untuk mewarisi kemahiran ini.
Bagi memastikan industri batik terus berkembang, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi penggunaan kain baharu, penggunaan warna asli, ketahanan basuhan dan lain-lain. Selain itu, Program Pembangunan Usahawan pula telah melaksanakan latihan kemahiran tenaga kerja bagi melahirkan tenaga kerja mahir. Sementara itu, keunikan corak yang pelbagai pada batik seperti corak berdiri, corak jalur dan corak melintang merupakan salah satu ciri batik Malaysia. Proses penghasilan blok dan corak batik yang sukar menjadi punca generasi hari ini tidak mahu mempelajari pembuatan batik. Tambahan pula, kos pembuatan sarang blok batik yang semakin meningkat kerana harga bahan mentah semakin mahal menjadi asbab generasi kini tidak berminat menceburi bidang ini.
Sehubungan dengan itu, bagi memajukan industri batik teknologi baharu berkaitan penggunaan mesin dan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan. Sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara turun-temurun kembali berdaya maju seperti yang pernah dilalui sebelum ini. Seni batik diharapkan terus bertapak di hati generasi bangsa sebagai khazanah yang dibanggakan.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kisah di Sebalik Khazanah Blok Batik Terengganu”, oleh Muhamad Hakimi Abd Rani, *Dewan Budaya*, Bil. 3/2021.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.