Baca petikan dialog di bawah dengan teliti.
**Siti:** Permainan congkak merupakan warisan tradisi yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu.
**Amir:** Ya, Siti. Lazimnya, dua orang pemain akan duduk berhadapan untuk memulakan permainan dengan menggunakan sebuah papan kayu.
**Siti:** Betul itu. Sebelum permainan dimulakan, lubang kampung perlu kita isi dengan beberapa biji guli mengikut bilangan yang tertentu.
**Amir:** Selepas itu, guli tersebut kita ambil lalu dimasukkan ke dalam setiap lubang secara bergantian, bukan?
**Siti:** Ya, tepat sekali. Dalam permainan ini, strategi yang bijak amat penting supaya buah guli tidak mati di dalam lubang yang kosong.
**Amir:** Menarik sungguh! Rupa-rupanya minda dapat kita asah dalam permainan tradisional ini.
**Siti:** Bukan itu sahaja, Amir. Permainan ini juga dapat memupuk semangat persahabatan yang erat antara pemain, di samping mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembelajaran Bahasa Dalam Permainan Tradisional’ oleh Wan Azni Wan Mohamad, *Dewan Bahasa*, 28 April 2026
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja tunggal**. Kemudian bina **ayat anda sendiri** daripada setiap **kata kerja tunggal** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Nasi kerabu ialah satu hidangan tradisional. Hidangan ini cukup sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Kelantan. Warna biru pada nasi sangat unik. Warna tersebut terhasil daripada kelopak bunga telang. Nama saintifiknya ialah Clitoria Ternatea. Nasi ini terkenal sebagai warisan gastronomi negara. Nasi ini turut memberikan pelbagai khasiat kepada kesihatan manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nasi Kerabu Makanan Tradisional’, https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** tersebut menjadi **tiga ayat majmuk** sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
310 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Bahan-bahan ini mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin mendapat perhatian pelajar, ibu bapa dan pembuat dasar di Malaysia. Melalui penekanan tentang kemahiran praktikal yang memenuhi keperluan industri, TVET menjadi laluan altenatif kepada sistem pendidikan tradisional yang berasaskan akademik. Pelbagai inisiatif untuk memperkasakan TVET telah kerajaan umumkan sebagai langkah mendepani cabaran industri pada masa hadapan termasuklah peningkatan peruntukkan kewangan, melakukan kerjasama strategik dengan industri serta pembaharuan kokurikulum pendidikan agar selaras dengan keperluan pemasaran kerja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memperkasakan TVET untuk Bakat Tempatan’ oleh Mohamad Shaufi Kambaruddin, *Dewan Kosmik*, 8 Jun 2024
5 分
Bahan 2
5 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun.
Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta adil lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Amir sering mengelakkan diri daripada melakukan kerja di pejabat. Dia membiarkan rakan-rakannya menyiapkan tugasan yang berat, manakala dia hanya bekerja sambil lewa dan tidak pernah menyiapkan tugasnya dengan sempurna. Walaupun begitu, Amir tetap menjadi pekerja kesayangan majikannya kerana mereka telah berkawan sejak zaman universiti. Majikannya langsung tidak menyangka bahawa orang yang sangat dipercayainya itu sanggup mengkhianati kepercayaan tersebut dan menjejaskan syarikat. Akibat sikap cuai Amir, sebuah projek penting gagal disiapkan tepat pada waktunya sehingga syarikat mengalami kerugian besar.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai mengikut situasi.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kajian psikologi pendidikan mendapati bahawa fitrah manusia sejak kecil lagi adalah untuk bekerjasama dan bersatu padu dalam melakukan setiap aktiviti positif dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, sekolah sewajarnya dijadikan wadah untuk mendidik hati dan jiwa, sekali gus memupuk sifat *serasi berkawan* serta rasa kebersamaan dalam kalangan murid. Oleh itu, pihak sekolah perlu terus menyuburkan penerapan nilai kemampanan, kesejahteraan serta sifat hormat-menghormati dalam persekitaran pendidikan demi mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan seawal peringkat persekolahan.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia wajar memperkasakan kembali penubuhan Sekolah Wawasan yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu, supaya dapat menghimpunkan murid berbilang kaum dan memupuk rasa kebersamaan. Penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh dalam kalangan warga sekolah juga merupakan formula paling berkesan untuk memupuk penyatuan masyarakat berbilang kaum kerana bahasa kebangsaan berfungsi sebagai wahana komunikasi utama yang meruntuhkan tembok pemisah antara etnik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Asas Perpaduan Kaum Bermula di Sekolah.’ oleh Aminudin Mansor, *Dewan Masyarakat*, 19 Februari 2024
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *serasi berkawan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
3 分
iii
Perpaduan amat penting dalam pembangunan sesebuah negara, sama ada negara maju mahupun negara yang sedang membangun.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingannya kepada negara?
3 分
iv
Anda telah menerima mesej di telefon bimbit yang mengandungi fitnah, berita palsu, kata-kata kesat serta hinaan terhadap kaum dan agama. Mesej ini boleh menyebabkan pergaduhan dan merosakkan perpaduan negara.
Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang akan anda lakukan?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Pantun Indahnya Melayu**
Ombak sudah memukul bayu,
Laut kaya berkilau cahaya;
Bahasa indah sastera Melayu,
Warisan budaya terus dijaya.
Suasana desa indah sentosa,
Indah bayu tiada hilang;
Jiwa bangsa teras bahasa,
Bahasa Melayu bahasa gemilang.
Tumbuh layu herba di laman,
Tanam padi tumbuh duri;
Adab Melayu warisan zaman,
Penyuluh budi pembentuk diri.
Fartiqah
Mima 2026
**Bahan 2**
Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.
Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu.
Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah.
Dipetik daripada “Munsyi” karya Husna Nazri dalam *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
**PENTERJEMAH:** Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pihak pendakwa menggunakan bahasa Melayu.
**HAKIM:** Ya, ya, ya... saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30 tahun, seharusnya kita menggunakan bahasa Melayu... bahasa kebangsaan kita di dalam mahkamah yang mulia ini. Ya, pendakwa raya, sila huraikan menurut bahasa Melayu.
**PENDAKWA RAYA:** Perintah dijunjung, ya yang arif.
Dipetik daripada drama *Mahkamah* karya Awang Abdullah, dalam antologi *Baik Budi, Indah Bahasa*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah tekad ‘saya’?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan sebab-sebab penggunaan bahasa Melayu perlu dipertahankan.
4 分
iii
Pada masa ini, murid kurang berminat akan bahan bacaan berunsurkan sastera.
Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
3 分
iv
Saban hari, bilangan murid yang mengunjungi Pusat Sumber Sekolah (PSS) semakin merosot. Lebih membimbangkan, bahan bacaan dalam bahasa Melayu jarang disentuh, sekali gus menggambarkan lunturnya minat murid terhadap bahasa kebangsaan.
Sebagai guru perpustakaan sekolah, apakah perubahan-perubahan boleh dilakukan di pusat tersebut untuk memupuk minat murid terhadap bahasa Melayu.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Seperti selalu, habis solat berjemaah, datuk masih duduk di atas sejadah, berzikir, cuma kali ini tanpa kalung tasbihnya. Kuhampiri datuk melalui mataku yang terhala ke tubuhnya. Dia membetulkan serban di kepala, kemudian tubuhnya membongkok di sudut kanan bilik, mengambil kitab kecil.
>
> Aku perhatikan datuk tidak tenteram. Dia menyudahkan bacaan dengan cepat, cuma dua halaman, kemudian dia menutup kitab kecil itu dan meletaknya di dada. Matanya dipejam, aku melihat ombak nafas melalui dadanya yang bergetar kencang, seperti nafas orang diserang asma. Kuhampiri lagi dia, tapi bukan melalui mataku. Aku berengsot, mendekatinya. Hingga aku dapat mendengar deru nafasnya yang satu-satu dilepaskan.
>
> Dipetik daripada novel *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini MatDarin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan reaksi-reaksi datuk ketika dia tidak tenteram.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** novel yang anda pelajari, kemukakan **satu** peristiwa cabaran dalam kehidupan yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, integrasi Kecerdasan Buatan (AI) merupakan elemen penting yang mengubah landskap pendidikan di Malaysia secara menyeluruh. Penyelarasan teknologi ini menjadi suatu keperluan yang mendesak bagi mendepani cabaran global masa hadapan. Integrasi AI mampu meningkatkan kualiti pendidikan melalui pemupukan kemahiran pembelajaran abad ke-21 seperti pemikiran kritis dan literasi digital. Hal ini melibatkan penguasaan teknologi dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia sebenar yang semakin kompleks.
Penggunaan AI dalam pengurusan sekolah berupaya meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugasan pentadbiran berkaitan pengurusan warga sekolah agar operasi sekolah lebih sistematik dan efisien tanpa risiko kesilapan manusia. AI juga menyokong pembelajaran adaptif bagi menyediakan pengajaran yang lebih efektif mengikut tahap keupayaan setiap pelajar. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya berdepan kekurangan infrastruktur teknologi yang canggih serta isu jurang kemudahan digital yang ketara antara pelajar di kawasan bandar dengan luar bandar. Jurang ini menyebabkan pelajar di luar bandar sukar untuk bersaing dan mendapatkan ilmu yang sama rata seperti pelajar di bandar.
Integrasi AI berkesan dalam meningkatkan kemahiran berfikir kepada pelajar menerusi pendedahan kepada pembelajaran mesin. Hal ini demikian kerana teknologi tersebut mampu melatih mereka menganalisis data dan membuat keputusan berdasarkan logik. Namun, penggunaan AI tanpa kawalan yang rapi boleh meningkatkan risiko kebocoran data dan maklumat pelajar seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, rekod akademik dan latar belakang keluarga. Oleh itu, kerjasama semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan penggunaan AI dapat dilaksanakan secara berkesan, adil, dan mampan demi kelestarian ilmu dalam era digital ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Integrasi AI Meningkat Kualiti Pendidikan’ oleh Nur Afrina Md Sargowi, *Pelita Bahasa* Bil. 04/2025
**Bahan 2**
Burung hutan hinggap di dahan,
Terbang ke sana di angkasa buana;
Kecerdasan Buatan jadi pilihan,
Asal diguna dengan bijaksana.
Pohon kuini dahan berbelah,
Buah pinang dimakan rusa;
Teknologi ini selesaikan masalah,
Hati senang belajar selesa.
Pergi meramu banyak kawasan,
Dapat rusa bersama jamu;
Tidak jemu buat tugasan,
Jimat masa tuntut ilmu.
Filzah,
Mima, 2026
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.