Terengganu Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Terengganu Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Terengganu 州试卷 Set 1 · 2026
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Sejak kecil, ilmu agama dan ilmu persilatan telah dipelajari oleh beliau sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup. Setelah meningkat dewasa, beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikirannya yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani oleh penduduk negeri Pahang. Ketika, British mula campur tangan dalam pentadbiran negeri Pahang, Mat Kilau bersama rakyat bangkit menentang British bagi mempertahankan hak serta kedaulatan negeri Pahang. Selepas tercetusnya perang di Pahang, Mat Kilau dikatakan telah berundur ke kawasan pedalaman dan hampir ditangkap oleh pihak British ketika bersembunyi di hutan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mat Kilau Pahlawan Pahang’ oleh Shamiera Osment
Kenal pasti **kata kerja pasif** dan senaraikan **empat kata kerja pasif.** Kemudian **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata kerja pasif** tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Seorang pesara guru bergelar jutawan. Seorang pesara guru memenangi Cabutan Al-Islah, Bank Kerjasama. Sebahagian hasil daripada wang kemenangan itu akan disedekahkan kepada sebuah sekolah agama. Sebahagian hasil daripada wang kemenangan itu akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Beliau melahirkan perasaan agak terkilan. Hadiah ini tidak dapat dikongsi bersama-sama isterinya. Isterinya telah meninggal dunia pada minggu lalu.
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** yang terdapat dalam petikan tersebut menjadi **ayat majmuk** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Rukun Negara diishtiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 May 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan yang kukuh di dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia. Antara matlamat Rukun Negara adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih kuat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat. Salah satu prinsipnya adalah Keluhuran Perlembagaan. Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima perlembagaan sebagai sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mempatuhi keluhurannya. Tuntasnya, rakyat perlu bersama-sama menghayati maksud Keluhuran Perlembagaan sebagai asas perpaduan dan pembina negara bangsa di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rukun Negara Asas Perpaduan Kaum’ oleh Prof Madya Dr Nazri Muslim, *BH Online*
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka titah Seri Betara. “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun berlayarlah. Berapa lamanya, maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Ibu** : Apa nak jadi dengan adik ni? Belajar tidak habis, kerja tidak mahu. Sudah banyak kali nasihat diberikan, tetapi semua nasihat itu seperti mencurahkan garam ke laut dibuatnya. Sekarang ini, melepak di kampung pula kerjanya.
**Farah** : Kakak sudah beberapa kali menegurnya, mak. Memang keras hati betul adik ni. Adik tidak tahu bahawa segala perbuatannya akan memalukan diri dan keluarga nanti. Perbuatan adik umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
**Ibu** : Walaupun hati emak sekarang bagai kaca terhempas ke batu, tetapi mak percaya suatu hari nanti adik pasti akan berubah.
**Farah** : Sama-samalah kita berdoa mak.
Kenal pasti dan senaraikan **tiga** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang **sama maksud** atau **hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Persatuan sukan memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pembangunan sukan negara. Melalui perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program latihan, persatuan sukan bertanggungjawab melahirkan atlet yang berkualiti dan berdaya saing. Namun begitu, usaha persatuan sukan untuk meningkatkan mutu sukan negara sering terhalang oleh pelbagai masalah yang bersifat struktural dan sistematik. Antara masalah utama ialah kekangan kewangan dan penajaan. Sesetengah persatuan sukan tidak mampu melantik jurulatih profesional bertaraf antarabangsa akibat kekangan kewangan.
Kebanyakan persatuan sukan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan atau sumbangan pihak swasta yang tidak konsisten. Hal ini menyebabkan program latihan tidak dapat dijalankan secara berterusan. Situasi ini secara langsung menjejaskan pembangunan atlet pada masa jangka panjang. Selain itu, kekurangan jurulatih tempatan yang berkelayakan dan kepakaran teknikal yang masih terhad menjadi antara cabaran utama dalam pembangunan sukan negara. Keadaan ini menyebabkan proses latihan atlet tidak dapat dijalankan secara lebih sistematik dan berkesan. Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, usaha untuk melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa akan menjadi lebih sukar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sukan Bertaraf Dunia’ oleh Dayang Ku Intan, *Dewan Siswa* Ogos 2024.
**Bahan 2**
Pencapaian cemerlang beberapa atlet negara di arena antarabangsa baru-baru ini cukup menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Kejayaan mereka membuktikan bahawa atlet Malaysia juga mampu pergi lebih jauh dan boleh mencipta kegemilangan di peringkat antarabangsa. Namun begitu, dalam usaha memajukan dan *meningkatkan mutu* sukan negara, persatuan sukan sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Perkara yang paling kritikal ialah masalah ketandusan atlet pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya, negara kita belum mendapat pengganti jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh skuasy dunia, iaitu Datuk Nicol David. Selain itu, terdapat juga kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa depan atlet muda berbakat dengan begitu sahaja. Oleh itu, setiap persatuan sukan dan kepimpinan perlu ada misi, visi dan hala tuju yang jelas dalam melahirkan bakat baharu secara berterusan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia’ oleh Noor Muhammad Shakil, *Dewan Masyarakat* Julai 2023.
**Bahan 3**
Persatuan sukan memainkan peranan penting dalam memajukan sukan di negara ini bagi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa. Namun begitu, terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh persatuan sukan untuk merealisasikan impian ini.
Salah satu masalah yang dihadapi persatuan sukan ialah kekurangan infrastruktur dan fasiliti sukan yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan atlet menghadapi kesukaran untuk menjalani latihan secara berkesan kerana banyak kemudahan sukan tidak diselenggara dengan baik.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *meningkatkan mutu*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan masalah yang dihadapi oleh persatuan sukan untuk meningkatkan mutu sukan negara.
4 分
iii
Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi menarik minat masyarakat untuk bersukan, namun masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
3 分
iv
Rakan baik anda tidak gemar bersukan dan banyak menghabiskan masa dengan tidur dan menonton televisyen selepas pulang dari sekolah atau pada cuti hujung minggu. Keadaan ini menyebabkan kesihatan rakan ada terjejas.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan, berikan tindakan-tindakan anda untuk menarik minat rakan anda bersukan.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Dia teringat akan Samihah. Wanita itu sentiasa reda. Selama ini, dia fikir dia melakukan pengorbanan dengan menjual maruahnya demi kesenangan keluarga. Tetapi, adakah anak-anaknya benar-benar senang dengan duit yang kotor? Adakah kebahagiaan mereka itu palsu? Sebuah ayat yang pernah didengarnya di masjid kembali berlegar; rezeki yang haram, walaupun banyak, tidak akan membawa keberkatan. Ia akan ditarik balik dalam bentuk lain, mungkin dari segi kesihatan.
Tangan Hadi naik menyentuh pipi. Dia telah kehilangan ketenangan jiwa sejak sekian lama. Dia sentiasa dibayangi rasa takut. Takut ditangkap PGA. Takut diserbu polis. Takut Tauke mungkir janji. Ketakutan itu adalah harga yang dia bayar untuk setiap wang yang dia terima. Kini, dengan arahan merobohkan pangkalan, Hadi melihat ia sebagai tanda daripada Tuhan. Ini adalah isyarat bahawa masa sudah tamat. Tuhan telah menutup pintu rezeki haram itu, memaksa dia untuk berpaling.
Dipetik daripada cerpen ‘Senja di Pangkalan’ oleh Wan Mazuki Wan Ramli, *www.bharian.com.my*
**Bahan 2**
**Sirnanya Integriti**
Anak ikan berenang-renang,
Mati dipatuk burung pekaka;
Depan majikan mukanya tenang,
Belakang menipu mengundang petaka.
Bunga raya mekar di taman,
Harum baunya di waktu pagi;
Biar kaya tiada aman,
Integriti semua letak di tepi.
Pohon sena di tepi muara,
Dahan patah menimpa titi;
Jangan disangka rasuah juara,
Kelak merana memakan diri.
**Mazin Damha**
10 Jun 2026
Muara Sungai Marang
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah ketakutan yang sentiasa membayangi kehidupan Hadi?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan akibat yang timbul jika seseorang itu melibatkan diri dalam pekerjaan atau perbuatan yang tidak berintegriti.
3 分
iii
> *Tolak Rasuah : Integriti Diri Diutamakan*
Frasa di atas menyatakan bahawa kita perlu menolak rasuah demi memelihara integriti. Namun begitu, sesetengah individu masih lagi melibatkan diri dalam perbuatan terkeji ini walaupun sedar akan risikonya.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini terjadi?
3 分
iv
Anda mendapati bahawa salah seorang ahli keluarga terdekat terlibat dalam kegiatan rasuah ketika bekerja. Walaupun perbuatannya itu bertujuan untuk menanggung perbelanjaan keluarga, tetapi anda menyedari bahawa tindakan itu menyalahi undang-undang negara.
Sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab, nyatakan cadangan-cadangan anda untuk menangani kemelut ini tanpa menjejaskan hubungan kekeluargaan.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel **Tingkatan 4** dan **Tingkatan 5**.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> ‘Orang Melayu miskin di tanah air sendiri. Awak tahu kenapa?” pertanyaan Pak Saidi membuatkan Mak Milah yang hampir terlena, terjaga semula.
>
> “Sudah suratan barangkali…,” sahut Mak Milah.
>
> “Disebabkan tanah air kita dijajah, mereka mengaut hasil kekayaan negara kita lalu dibawa pulang ke negara mereka,” kata Pak Saidi. “Di bumi yang kita pijak ini ada emas, bijih timah dan getah. Namun, Inggeris tidak membenarkan orang-orang Melayu mengusahakannya. Orang putih menjadi pelombong emas. Orang Melayu dibiarkan duduk di kampung menjadi penanam padi dan penoreh getah,” katanya lagi.
>
> “Betul kata abang,” sokong Mak Milah.
>
> “Tanah air kita ini sudah begitu lama dijajah. Mula-mula Portugis, kemudian Belanda, dan sekarang Inggeris. Sudah beratus-ratus tahun tanah air kita dijajah. Entah bila agaknya akan merdeka?”
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib, Kementerian Pendidikan.
Nyatakan kesan-kesan penjajahan Inggeris.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menyentuh hati pembaca bagi setiap novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun amat signifikan di hati masyarakat sama ada yang masih di bangku sekolah mahupun yang telah lama meninggalkan alam persekolahan. Hari Guru wajar dijadikan ruang untuk menilai makna peranan guru semula dan hubungan antara pendidikan sekolah dengan masa hadapan generasi pelapis negara. Pada dasarnya, guru berperanan sebagai pelaksana agenda pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tanggungjawab ini merangkumi usaha melahirkan modal insan holistik, membudayakan inovasi dan memastikan kelangsungan aspirasi pendidikan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
Dalam pada itu, guru juga memikul tanggungjawab strategik sebagai pembina modal insan yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara. Keadaan ini memperlihatkan bahawa institusi sekolah menjadi tapak awal pembentukan bakat kepimpinan. Guru turut memainkan peranan penting dalam membentuk cara manusia berfikir. Dalam dunia yang dibanjiri maklumat, kekuatan sebenar individu bukan lagi terletak kepada banyaknya maklumat yang dihafal, tetapi kepada keupayaan menilai maklumat dengan matang dan bijaksana. Namun begitu, kepantasan memperoleh maklumat tidak semestinya menjadikan seseorang lebih bijaksana. Di sinilah letaknya peranan guru yang tidak mampu digantikan oleh teknologi. Jadi, guru bertanggungjawab mengasah pemikiran murid untuk membezakan antara fakta dengan propaganda.
Oleh itu, usaha memartabatkan kerjaya guru perlu dilakukan oleh semua pihak sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru. Untuk itu, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru, pihak kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kebajikan guru dengan menyediakan laluan khas kenaikan pangkat kepada semua guru. Langkah ini dapat meningkatkan motivasi guru untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Media massa pula memainkan peranan dengan menyiarkan program yang menonjolkan pengorbanan dan kejayaan guru. Hal ini dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya peranan guru dalam pembangunan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada Guru Pembentuk Daya Saing Negara, Zulnaidi Yaacob, *Dewan Ekonomi*, Mei 2026
**Bahan 2** dan **Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.