Selangor Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Selangor Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Selangor 州试卷 Set 1 · 2026
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Peribahasa Melayu “Malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut” menunjukkan bahawa kalau seseorang itu segan bertanya, maka dia akan membuat kesilapan. Sebagai seorang murid atau mahasiswa, mereka seharusnya mengamalkan budaya berani untuk mengutarakan soalan kepada guru atau pensyarah berkenaan tajuk yang diajarkan, sebagaimana yang diamalkan oleh mahasiswa di institusi pendidikan di negara maju yang lain. Apabila mereka malu untuk bertanyakan soalan kepada guru, mereka akan menjadi resah dan kebingungan sewaktu hari peperiksaan. Perkara ini mungkin kelihatan kecil pada sebilangan murid atau mahasiswa, namun hakikatnya akan memberikan impak yang besar terhadap mereka pada masa hadapan. Oleh sebab itu, murid-murid mestilah dibimbing bertunjangkan nilai keyakinan demi masa depan yang cerah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kecemerlangan dalam Pendidikan Meningkatkan Kualiti Kerjaya Masa Hadapan’ oleh Firdaus Mul, *Dewan Siswa*, Bil. 07/2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja tak transitif**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata kerja tak transitif** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Baru-baru ini, seluruh negara digemparkan dengan insiden yang menyayat hati</u>. Seekor ibu gajah cuba mengalihkan sebuah lori di Lebuh Raya Timur-Barat Gerik-Jeli untuk menyelamatkan anaknya yang telah mati dilanggar lori tersebut. <u>Anak gajah jantan seberat 700 kilogram yang berusia kira-kira lima tahun itu tersepit di bawah lori muatan ayam semasa melintas jalan</u>. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi itu menyaksikan anak gajah yang cuba melintas jalan dari bahu kiri lebih raya menuju ke kanan. <u>Telah disiarkan secara meluas paparan kejadian tragis ini di dada akhbar dan juga media sosial</u>. Yang lebih memilukan, insiden tersebut berlaku bersamaan dengan tarikh sambutan Hari Ibu pada tahun 2025. Teriakan tangisan ibu gajah dan tindakan menolak lori berulang kali seolah-olah memberikan pengajaran kepada rakyat Malaysia bahawa naluri kasih sayang ibu merupakan nilai kehidupan sejagat yang melangkaui sempadan spesies.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Isu Haiwan Liar: Tanggungjawab dan Keprihatinan Bersama’ oleh Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, *Dewan Masyarakat*, Bil. 07/2025
Berdasarkan ayat yang bergaris, kenal pasti **subjek** dan **predikat** yang lengkap bagi ayat-ayat tersebut.
Subjek : …………
Predikat : …………
6 分
310 分
Rencana di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
**Kerjaya Pegawai Kelestarian: Pilihan Baharu Generasi Masa Ini**
**Oleh Norfatin Aisyah Ahmad**
Sejak kebelakangan ini, kerjaya sebagai Pegawai Kelestarian semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia walaupun masih kurang golongan muda ceburi. Kerjaya ini berkaitan dengan usaha untuk memastikan sesebuah organisasi menjalankan operasi secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Pengembangan isu perubahan iklim, pencemaran alam dan keperluan tadbir urus yang baik telah meningkatkan kepentingan kerjaya ini.
Antara keistimewaan-keistimewaan kerjaya Pegawai Kelestarian termasuklah peranannya yang luas dan mencabar. Individu dalam bidang ini bertanggungjawab untuk merancang program mesra alam seperti penjimatan tenaga, pengurangan sisa, serta kempen kesedaran di kalangan pekerja. Selain itu, mereka juga membantu pihak pengurusan menilai kesan aktiviti syarikat terhadap alam sekitar dan masyarakat setempat. Oleh itu, kerjaya ini bukan sahaja melibatkan kerja di pejabat, malah memerlukan pelibatan secara terus di lapangan.
Dari segi potensi, kerjaya ini mempunyai masa depan yang cerah. Banyak syarikat dan organisasi kini memberikan perhatian kepada aspek kelestarian untuk menjaga imej serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan permohonan terhadap tenaga kerja dalam bidang kelestarian semakin meningkat. Selain itu, kerjaya ini turut membuka peluang kepada golongan muda untuk menyumbang kepada pembangunan negara secara mapan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dalam kerjaya ini. Antaranya adalah kesukaran untuk mengubah sikap sesetengah pihak yang masih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Di samping itu, Pegawai Kelestarian perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta kemahiran komunikasi yang baik untuk menyakinkan semua pihak.
Kesimpulannya, kerjaya Pegawai Kelestarian merupakan satu pilihan kerjaya yang bermakna dan semakin relaven. Kerjaya ini bukan sahaja menjanjikan peluang pekerjaan, malah memberikan ruang kepada individu untuk menjaga keseimbangan di antara pembangunan dengan kelestarian alam.
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin teks rencana tersebut.
10 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Keluarga merupakan institusi sosial terpenting dalam pembentukan sahsiah individu. Hubungan kekeluargaan lazimnya kekal utuh walaupun berlaku perbezaan pendapat sesama ahli keluarga kerana air dicencang tiada putus. Namun begitu, perlu diingatkan juga bahawa keburukan ahli keluarga sendiri tidak seharusnya diheboh-hebohkan kerana tindakan tersebut akan akhirnya mengaibkan diri sendiri, iaitu menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Sesungguhnya, ahli keluarga hendaklah senantiasa bermuafakat supaya segala susah senang dihadapi bersama umpama kata orang tua-tua, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dengan itu, barulah keharmonian sesama ahli keluarga akan sentiasa terpelihara. Keluarga yang bahagia akan membentuk masyarakat yang sejahtera.
Kenal pasti dan **senaraikan** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang **sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Permainan dalam talian telah menjadi bahagian penting dalam hiburan moden memandangkan sesiapa sahaja boleh mengakses Internet dengan mudah untuk bermain pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, kesan negatif fenomena ini dizahirkan dalam bentuk ketagihan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang secara serius. Penciptaan aplikasi sedemikian bukanlah satu kesilapan kerana permainan tersebut direka sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Namun begitu, *tumpuan yang melampau* terhadap permainan dalam talian pastinya memudaratkan kesihatan mental. Oleh sebab itu, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat mesti bekerjasama untuk mendidik orang ramai tentang risiko dan tanda-tanda ketagihan permainan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana bermain permainan dalam talian untuk tempoh yang terlalu lama akan mengurangkan keupayaan seseorang untuk berinteraksi secara sosial. Orang ramai perlu sedar tentang tingkah laku yang sihat dan pengurusan masa adalah penting untuk mengelakkan ketagihan permainan dalam talian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketagihan Permainan *Online*’, www.malaysiagazette.com, 20 Disember 2022
**Bahan 2**
Perkembangan teknologi digital kini menjadikan permainan dalam talian sebagai salah satu industri hiburan terbesar di dunia. Hiburan yang pada asalnya bertujuan untuk memberikan keseronokan dan melepaskan tekanan, akhirnya berubah menjadi suatu ketagihan sehingga melibatkan murid-murid sekolah. Ketagihan permainan dalam talian menyebabkan prestasi akademik mereka merosot kerana tenaga dan masa dihabiskan sepenuhnya untuk bermain. Tanda ketagihan dapat dilihat dengan jelas apabila seseorang murid bermain berjam-jam setiap hari, berasa gelisah apabila tidak bermain atau sanggup berjaga sehingga lewat malam hanya untuk mencapai sasaran permainan. Murid yang terlalu menumpukan perhatian kepada pencapaian dalam permainan kerap mengalami tekanan apabila gagal mencapai kemenangan sehingga menjejaskan kestabilan emosi mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Antara Hiburan dan Ketagihan’, *apakhabartv.com*, 15 November 2025
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan maksud rangkai kata *tumpuan yang melampau*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3**, berikan akibat-akibat ketagihan permainan dalam talian.
4 分
iii
Tingkah laku negatif seperti buli siber sering berlaku semasa bermain permainan dalam talian.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini?
3 分
iv
Kumar merupakan seorang atlet e-sukan sekolah yang sangat berbakat dan sering memenangi pelbagai pertandingan peringkat daerah. Namun begitu, kebelakangan ini, guru kelasnya mendapati Kumar sering kelihatan letih, tidak fokus di dalam kelas, dan keputusan ujiannya semakin merosot akibat terlalu banyak meluangkan masa berlatih permainan video hingga lewat malam.
Sekiranya anda ialah Kumar, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**ORANG TUA**
Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
Nampakkah kau
mereka juga sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil tidak berbudi
nampakkah kau?
**Puspa Rani a/p Munusamy**
Antologi Puisi dan Cerpen Remaja: Klik! Klik!, 2002
**Bahan 2**
Majalah *Mastika* yang terpegang di tangannya itu memuatkan cerita tentang Siti Nurhidayah, isteri kesayangannya, datang membawa surat kadi meminta fasakh ketika dia meringkuk dalam penjara di Singapura. Itulah kali terakhir bibirnya merasai kelembutan pipi Izwan, anak lelakinya yang baru berusia enam tahun dan pipi montok Nuryani Iman, anak perempuannya yang berusia empat tahun.
Sekeras mana pun hati seorang lelaki, apabila berhadapan dengan anak-anak dan isteri kesayangan yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal, Pak Itam tidak tahan, air jernih yang sudah lama terkunang-kunang di tubir matanya, jatuh juga ke pipi, merenung orang-orang kesayangannya yang kian jauh dan kian mengecil meninggalkannya. Walaupun sehingga hari ini dia tidak tahu ke mana Siti Nurhidayah, Izwan dan Nuryani Iman menghilang, rindu yang terpahat di hatinya tidak pernah luak, tidak pernah menipis. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat dia berserah dan berharap supaya Siti Nurhidayah mendapat kebahagiaan, Izwan dan Nuryani Iman menjadi srikandi bangsa yang bertakwa dan menjadi anak-anak yang soleh.
Dipetik daripada cerpen *Memori Seorang Tua* oleh Zahari Affandi, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah harapan Pak Itam terhadap anak-anaknya?
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan penderitaan yang dihadapi oleh seorang bapa apabila diabaikan dan ditinggalkan oleh anak-anak.
3 分
iii
Dalam kehidupan yang serba mencabar, terdapat anak-anak yang terlalu sibuk mengejar kejayaan sehingga mengabaikan perasaan ibu bapa. Sikap ini boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan ibu bapa.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anak-anak dapat menjaga perasaan mereka?
3 分
iv
Setiap anak pasti pernah melakukan kesilapan yang menyebabkan ibu bapa berasa kecewa, sama ada dari segi pelajaran atau tingkah laku. Jika perasaan ini tidak ditangani dengan bijaksana, hubungan antara anak dengan ibu bapa boleh menjadi renggang. Oleh itu, anak-anak perlu mengambil langkah yang wajar untuk memperbaik keadaan dan memulihkan kepercayaan orang tua.
Sekiranya anda pernah mengecewakan ibu bapa, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memulihkan hubungan tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Menelusuri Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan seterusnya memintas Jalan Tun Abang Haji Openg serta melalui jalan pintas Jalan Ong Tiang Swee memberi Waheeda banyak ruang untuk menyendiri. Kamri terangguk-angguk mengikut irama yang berkumandang daripada alat cakera padat. Raidah pula menghayati landskap sepanjang jalan.
>
> “Tidak hairanlah Bandar Raya Kuching dinobatkan sebagai bandar dalam taman. Bersih, cantik dan aman.” Tercetus suara hati Raidah.
>
> “Dan bandar selamat menurut pengisytiharan anugerah daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia sebanyak dua kali,” sambut Ghazi.
>
> “Mak seronok melihat nama jalan menggunakan nama-nama pembesar negeri. Itulah eloknya selepas merdeka. Dulu, kebanyakan jalan menggunakan nama penjajah.” Wajah Raidah disapu lega.
>
> Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semakin dihampiri. Suasana metah sesak disebabkan penaiktarafan prasarana sedang giat dijalankan. Daripada sebuah lapangan terbang kecil yang dipertingkat dari semasa ke semasa sejak dibina dalam tahun 1950, inilah kali pertama lapangan itu diberi suntikan wajah baharu yang bakal menelan perbelanjaan bernilai lebih ratusan juta ringgit.
>
> Dipetik daripada novel *Tirani* karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan keistimewaan-keistimewaan Bandar Raya Kuching.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang telah anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa menyedihkan dan sebab-sebab peristiwa tersebut boleh menimbulkan perasaan simpati pembaca bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pelancongan kesihatan merupakan salah satu sektor yang semakin berkembang di Malaysia dan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara. Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori, iaitu pelancongan perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di Malaysia sehingga sembuh. Mereka juga boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi hospital-hospital bagi melihat infrastruktur yang disediakan sebelum menjalani perubatan. Oleh itu, pihak kerajaan telah menambah baik mutu perkhidmatan di hospital bagi membawa masuk kedatangan pelancong dari luar negara untuk mendapatkan rawatan sambil bercuti di negara ini.
Kos rawatan perubatan yang lebih rendah berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan negara Eropah menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pelancongan kesihatan. Walaupun kosnya lebih murah, Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Negara ini mempunyai doktor pakar yang terlatih sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta yang setanding dengan standard antarabangsa. Program latihan yang berterusan kepada kakitangan perubatan merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk memastikan negara tidak kekurangan doktor pakar. Selain itu, hospital di negara ini juga dilengkapi dengan teknologi perubatan moden seperti alat ultrabunyi poket yang dapat memudahkan doktor melakukan diagnosis terhadap pesakit di katil wad tanpa perlu memindahkan pesakit ke bilik rawatan khas.
Selain itu, kemudahan sokongan yang efisien dan kondusif seperti sistem pengangkutan yang cekap turut menjadi faktor tarikan pelancongan kesihatan. Malaysia mempunyai rangkaian sistem pengangkutan yang baik dan hotel bertaraf antarabangsa. Pelancong kesihatan boleh menjalani rawatan sambil berehat di destinasi menarik seperti yang terdapat di Hospital Island, Pulau Pinang. Hospital ini menawarkan rawatan kardiologi, onkologi dan ortopedik bertaraf dunia dengan kos yang berpatutan. Keadaan politik yang stabil serta masyarakat yang mesra pelancong juga meningkatkan keyakinan mereka untuk datang ke negara ini. Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu mempergiat promosi pada peringkat antarabangsa melalui pameran pelancongan dan kerjasama dengan agensi luar negara. Sememangnya, pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang di Malaysia. Melalui kelebihan sedia ada, Malaysia mampu menjadi hub pelancongan kesihatan yang terkemuka di rantau ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembangunan Pelancongan Kesihatan Di Malaysia’ oleh Mohana Priya, *Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia* 2024
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Pantun Nikmat Kesihatan**
Tumbuh melata daun pegaga,
Buat kerabu bercampur santan;
Kerajaan dan swasta bergabung tenaga,
Memacu industri pelancongan kesihatan.
Terbang camar di tengah lautan,
Hinggap sebentar di pohon cemara;
Penyembuh sakit dapatkan rawatan,
Nescaya hidup sihat sejahtera.
**Anna**
Selangor
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian, buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.