Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kecanggihan teknologi AI menyebabkan semakin banyak keputusan diserahkan kepada sistem. AI mampu menghasilkan keputusan dengan pantas dan tepat. AI juga dapat memproses maklumat dalam jumlah yang besar dan mengenal pasti corak dengan kecekapan yang sukar terjangkau oleh manusia. Kehidupan manusia tidak ditentukan oleh data semata-mata. Ada situasi yang memerlukan empati, ada keputusan yang menuntut kefahaman konteks dan ada persoalan yang tidak boleh terjawab hanya melalui logik. Kecekapan tidak boleh menjadi satu-satunya ukuran apabila keputusan membabitkan manusia kerana keadilan tidak boleh diukur hanya melalui angka dan pola. Lama kelamaan, manusia menjadi lebih pasif dalam membuat penghakiman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di mana letaknya kepimpinan manusia apabila mesin ‘berfikir’?’ oleh Dr. Abdul Hafiz Ab Rahman, *Berita Harian Online*, 21 April 2026
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja pasif**. Kemudian, **bina ayat** anda sendiri daripada setiap **kata kerja pasif** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Komunikasi merupakan antara aspek penting dalam proses interaksi sosial dalam kehidupan masyarakat. <u>Meliputi aspek secara lisan dan bukan lisan elemen komunikasi ini.</u> Informasi yang diterima oleh masyarakat pada masa ini dipersembahkan sama ada secara media cetak yang bersifat visual ataupun media elektronik yang bersifat audio. <u>Merupakan satu daripada media yang paling efektif dalam proses penyampaian maklumat dan ilmu pada masa ini media komunikasi yang bersifat audio visual seperti televisyen</u>. Televisyen berfungsi sebagai penyiaran visual bergerak dan mempunyai suara. Kelebihannya, <u>mudah digunakan dan diingati dengan lebih lama maklumat dan ilmu daripada siaran televisyen</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Jurubahasa Isyarat Media’ oleh Syar Meeze Mohd Rashid, *Dewan Bahasa*, Bil. 09/2021
Tukarkan **ayat susunan songsang** yang bergaris kepada **ayat susunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Dalam bidang penulisan skrip radio pula, walaupun dikatakan sudah kekurangan peminatnya lantaran persaingan dengan televisyen dan sosial media, penulisan ini masih dapat bertahan. Penulisan skrip radio masih boleh dijadikan sebagai sumber menjana pendapat untuk penulis. Aminah Mokhtar merupakan antara nama penulis yang gigih menghasilkan drama radio sehingga memenangi berbagai anugerah dalam penulisan skrip drama radio. Selain itu, Aminah Mokhtar juga giat menjalankan bengkel penulisan skrip untuk pembelajaran generasi baru. Beliau bersama-sama Nuha Books juga menghasilkan Kumpulan Skrip Drama Radio *Fajarul Ain* yang kumpul koleksi skrip drama radio terbaiknya. Sebahagian koleksi skrip drama radionya telah menjadi bahan rujukan kepada pengiat seni.
Dipetik dan diubahsuai daripada: ‘Menjadikan penulisan sebagai kerjaya’ oleh MK Riza, Artikel Tunas Cipta Jun 2021
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri."
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Zarul merupakan pelajar terbaik di sekolahnya dan bercita-cita menjadi seorang doktor. Setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Zarul ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Zarul berazam untuk <u>belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.</u>
Zarul berasa sangat gembira sepanjang belajar di Mesir. <u>Zarul sentiasa menghormati dan mematuhi adat istiadat serta peraturan di negara tersebut.</u>
<u>Setelah tamat pengajian, Zarul kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada masyarakat.</u> Zarul sedar bahawa khidmatnya sangat diperlukan di negaranya sendiri.
**Senaraikan tiga peribahasa** yang sesuai dengan situasi yang bergaris dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Tagal atau ‘bombon’ merupakan sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan, terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah. Tagal melibatkan peraturan berasaskan adat masyarakat Kadazan Dusun di Sabah berhubung dengan pemeliharaan ekosistem sungai bagi mengelak kepupusan spesies ikan air tawar seperti ikan pelian atau ikan kelah merah akibat aktiviti penangkapan yang tidak terkawal.
Sistem tagal yang diurus dan dipantau oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah, ini dapat mengelakkan pencemaran sungai selain menjanakan pendapatan masyarakat. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semula jadi dihadkan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut berterusan untuk generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keunikan Sistem Tagal di Sabah’ oleh Faizul Zubairi, *Dewan Budaya.jendeladbp.my*
**Bahan 2**
Sistem tagal ialah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Komuniti kampung Luanti Baru telah mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan sistem tagal sebagai produk pelancongan sejak dibuka untuk kunjungan pada tahun 2006. Industri pelancongan yang berasaskan sistem tagal sebagai produk utama dan pengurusannya telah memberi manfaat kepada komuniti pelaksana di kampung tersebut.
Selain itu, sistem tagal kampung Luanti Baru telah berjaya mengaplikasikan sistem tagal bukan sahaja berjaya mengekalkan habitat semula jadi, malahan penglibatan masyarakat dalam industri pelancongan berasaskan pengurusan sistem tagal sebagai produk pelancongan telah melahirkan kesedaran terhadap nilai bekerjasama dalam komuniti.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sistem Tagal Dalam Industri Pelancongan: Manfaat Kepada Komuniti’ oleh Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan spesies-spesies ikan air tawar yang diancam kepupusan?
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, berikan kepentingan-kepentingan pelaksanaan sistem tagal di negeri Sabah.
3 分
iii
Bidang perikanan memberikan banyak kelebihan kepada golongan muda, namun dikatakan masih ramai dalam kalangan mereka tidak mahu menceburkan diri dalam bidang tersebut sehingga sanggup menganggur.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca golongan remaja tidak mahu menceburinya?
3 分
iv
Rakan anda merupakan seorang usahawan yang baru sahaja menceburi bidang perikanan. Walaupun beliau telah memperoleh hasil yang banyak, namun beliau menghadapi masalah untuk memasarkan produk-produk perikanannya.
Sebagai seorang rakan yang telah berjaya dalam bidang tersebut, apakah tindakan-tindakan anda untuk membantunya?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya.
“Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun,” kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan matanya
Dipetik daripada cerpen *Hutan Rimba*, oleh Sasjira, dalam antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**SYAIR DAMAINYA ALAM**
Ceritera alam di pagi hari,
Kabus memutih menambah seri,
Cahaya sang suria mula menari,
Pawana berhembus unggas berperi.
Damainya sungguh buana terbentang,
Jadi penawar hati yang bimbang,
Syukurlah selalu malam dan siang,
Kepada Allah sentiasa dikenang.
Ikan di laut berwarna-warni,
Karang di laut menari-nari,
Indahnya sungguh tidak terperi,
Itulah kekuasaan ciptaan Ilahi.
Terbang tinggi si rama-rama,
Hinggap sebentar di kuntum bunga,
Sungguh damai tidak terkira,
Mendengar unggas bersiulan di rimba.
Dunia kini semakin derita,
Musnahnya alam di mana-mana,
Angkara manusia tamak haloba,
Alam yang damai menjadi binasa.
Bumi ini amanah Tuhan,
Hindari diri dari binasakan,
Usahlah dibangkit murkanya Tuhan,
Kelaknya nanti ditimpa balasan.
Damailah alam usahlah rawan,
Darat dan laut langit dan awan,
Pohon-pohonan unggas dan haiwan,
Alam dan manusia seakrab kawan.
Anati binti Narius & Nurul Anati binti Jaimin, Antologi Karya Kreatif Sasterawan Muda
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah tanda-tanda Pak Tua amat kesal?
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam akibat kerakusan manusia.
3 分
iii
Alam ini merupakan amanah daripada Tuhan kepada manusia. Oleh itu, manusia sewajarnya memelihara dan memulihara alam ini dengan penuh rasa tanggungjawab agar manusia sejagat hidup dalam suasana yang sejahtera.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca utama manusia memandang enteng perihal tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar?
4 分
iv
Pertambahan penduduk yang pesat di kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan pencemaran alam sekitar dan suhu persekitaran. Keadaan ini menjejaskan kualiti hidup penduduk bandar.
Sebagai pegawai majlis perbandaran, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Secangkir kopi O pekat sudah memadai untuk menjadi bekalku apabila bersengkang mata hingga dinihari. Betapa fikiranku tiba-tiba terfokus kepada anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia menyusun-nyusun kaki, melenggok-lenggokkan badan dan mengayun-ayunkan tangan. Dia cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari di pentas kecil, di hadapan balai raya. Dia kelihatan gembira.
>
> Apabila menyedari aku memperhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segera berlari mendapatkan ayahnya, Tauke Lim. Tangannya yang kecil memeluk pinggang ayahnya. Dia membenamkan kepalanya di perut Tauke Lim yang buncit. Keletah anak kecil yang menghiburkan.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perkara yang menarik hati "aku" sehingga menyebabkan fikiranku tiba-tiba terfokus kepada anak kecil itu?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang dapat menunjukkan kepentingan persahabatan bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kebelakangan ini, kemajuan teknologi digital terus merubah landskap pendidikan global. Negara kita, Malaysia tidak terkecuali daripada arus perubahan ini. Seiring dengan usaha negara memperkukuh ekosistem pendidikan abad ke-21, pendidikan digital amat penting kerana dapat meningkatkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di samping itu dapat memupuk budaya pembelajaran aktif dalam kalangan murid-murid.
Peralihan daripada kaedah tradisional kepada pendekatan digital bukan sekadar penggunaan komputer atau peranti semata-mata. Sebaliknya, pendekatan ini merupakan satu transformasi yang menggabungkan pedagogi, teknologi dan interaksi dinamik bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih inklusif, fleksibel dan bermakna (*meaningful learning*). Penggunaan platform pembelajaran seperti *Google Classroom*, *Microsoft Teams*, *Quizziz* dan *Learning Management System* (LMS) dapat memudahkan guru menyampaikan bahan pengajaran tanpa terhad kepada ruang fizikal. Hal ini sedemikian kerana murid-murid berpeluang mengakses nota, tugasan, dan video pembelajaran pada bila-bila masa.
Dalam masa yang sama, teknologi digital turut bertindak sebagai jambatan kepada pembelajaran kolaboratif murid-murid melaksanakan pelbagai aktiviti seperti perbincangan maya, projek berkumpulan secara dalam talian dan perkongsian idea. Dalam menghadapi revolusi pendidikan, kita perlu juga menuntut kesiapsiagaan guru dan sekolah dari aspek kompetensi teknologi dan sokongan berterusan. Guru perlu diberi latihan komprehensif bagi memastikan teknologi digital diaplikasikan dalam Pendidikan. Di samping itu juga sekolah perlu memastikan capaian Internet dan peralatan digital sentiasa memadai bagi menyokong penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Selain itu, murid juga perlu dibimbing agar menggunakan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.
Secara keseluruhan, pendekatan digital telah membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Revolusi Pendekatan Digital Menggalakkan Pembelajaran Kolaboratif’ Oleh Dr. Nadiah Ramlan
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.