Baca petikan di bawah dengan teliti.
Akibat gelap mata dengan nikmat dunia sama ada wang ringgit atau material, ramai kakitangan sesebuah organisasi atau jawatankuasa yang ditubuhkan sanggup menggadaikan maruah dan negara sendiri demi memenuhi kehendak nafsu. Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang diraikan dengan pelbagai atur cara, kita perlu sedar akan tanggungjawab sebenar kita kepada watan yang dicintai ini. Berbaloikah menggadaikan keselamatan dan maruah negara serta keperibadian hanya untuk wang ringgit yang akan habis dalam sekelip mata. Kerjasama utuh daripada semua warganegara perlulah disemarakkan demi mengekalkan kemerdekaan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Semarakkan Semangat Merdeka Benteng Elak Khianati Negara’, *Berita Harian*, 3 September 2024
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk mantap.** Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata majmuk mantap** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
28 分
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti.
Sampai sahaja aku di pojok surau, aku terlihat kang Mahad sedang berbual dengan Arbain. (i) <u>“Amboi Arbain, lapar sangat nampaknya tu!”</u> Usik kang Mahad dalam gurauan. (ii) <u>Arbain merupakan warganegara Pakistan yang bekerja sebagai posmen di kampung itu.</u> Dia rajin ke surau untuk beribadat dan mengeratkan hubungan dengan orang kampung. Ada beberapa kali aku melihat dia di jeti memancing ikan bersama-sama nelayan yang lain.
“Eh kang! (iii) <u>Duduk kang, makan sekali</u>. Saya memang suka bihun goreng Mek Janda ni masak. Sambalnya tu yang buat sedap!” Jawab Arbain dengan bihun yang masih penuh di dalam mulutnya.
Belum sempat aku menyokong kenyataan Arbain, dia menyambung lagi. (iv) <u>“Kang, esok tak ke laut kah?</u> Dengar kata barang tengah banyak.”
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen ‘Kelong’ oleh Nurnafisa Irdina Zul Nizam, *Dewan Siswa*, Bil. 9/2024
Kenal pasti dan tulis jenis ayat yang bergaris sama ada **ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,** atau **ayat seruan.** Anda perlu menulis jawapan seperti contoh di bawah.
Ayat: <u>Saya memang suka bihun goreng Mek Janda ni masak.</u>
Jenis Ayat: Ayat penyata
8 分
39 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
**JAWATAN KOSONG**
**PEMBANTU TADBIR (N19)**
Pekerja Sambilan Harian (PSH)
**DISKREPSI TUGAS**
- Membantu untuk mengurus pemantauan geran penyelidikan
- Mengurus penyediaan surat-menyurat dan rekod fail
- Merekodkan dan mengemaskini maklumat penyelidikan dalam sistem Al-Bahiyyah
- Membantu untuk mengurus permohonan dan surat pelantikan GRA/RA
- Membantu hal ehwal pengurusan kuantiti ISO geran penyelidikan
**SYARAT KELAYAKAN**
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- SPM/Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
- Mahir menggunakan komputer dan pengisian *Microsoft Office* (*Word, Excel & PowerPoint*)
- Keutamaan diberi kepada calon yang mahir IT dan bahasa Inggeris/bahasa Arab
- Berdikari dan mampu bekerja bawah tekanan
KADAR UPAH: RM 54.00 SEHARI
TARIKH TUTUP: 03 NOVEMBER 2023
RESUME BERSERTA SALINAN SIJIL-SIJIL YANG BERKENAAN PERLU DISERAHKAN/EMEL KE:
[email protected]/[email protected]
5 分
Bahan 2
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa tidak salah maha siswa bekerja sambilan kerana hal itu juga sebagai proses pembelajaran di dalam kehidupan. Melalui bekerja sambilan, golongan itu bukan sahaja mampu mengisi masa cuti dengan lebih bermanfaat, malah dapat membantu mereka mencari duit kopi bagi meringankan tekanan keluarga sebelum memulakan sesi pengajian baru. Walaupun ada pihak yang beranggap bahawa kerja sambilan itu boleh mengganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran, namun jika dilihat dari sudut positif, hal tersebut dapat memberikan manfaat yang sangat besar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja dan Kerja Sambilan’, *Dewan Siswa*, Bil. 10/2020
4 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada berapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
**Hassan:** Ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku yang terpuji pada setiap masa agar menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya sentiasa menunjukkan contoh yang baik sejak kecil. Hal ini amat penting kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
**Malim:** Saya bersetuju dengan pendapat awak. Ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak perlu menunjukkan budi pekerti yang baik jika mahu anak-anak berbudi pekerti kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
**Hassan:** Benar. Ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Dipetik dan diubah suai
Senaraikan **dua** peribahasa sahaja, kemudian berikan **maksud** peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1, Bahan 2,** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kita sering mendengar perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, namun siapakah pemimpin itu sebenarnya dan bagaimanakah pemimpin yang menjadi dambaan sesebuah organisasi? Seorang pemimpin perlu mempunyai visi dan misi terhadap organisasi yang dipimpin. Organisasi memerlukan pemimpin berwibawa untuk membawa anak buah mahupun kumpulan dipimpin ke arah kejayaan.
Lantas, visi dan misi yang jelas perlu diketengahkan dan dibincangkan bersama-sama dengan ahli organisasi supaya mereka dapat menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Kejayaan pula bukan sekadar boleh dipertahankan dalam tempoh yang singkat, contohnya kurang setahun ataupun lima tahun, sebaliknya perlu bertahan bagi tempoh yang lebih panjang. Oleh itu, pemimpin perlu bijak *menyusun strategi* bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya tercapai matlamat yang dirancang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepimpinan Berkualiti Resipi Kejayaan Organisasi’ oleh Dr Mazita Mokhtar, *Berita Harian*, 22 November 2021
**Bahan 2**
Pemimpin merupakan individu yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, membimbing, menginspirasi dan memotivasikan orang di sekeliling beliau untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Seseorang pemimpin itu mestilah stabil dari sudut paksi kerjaya. Dalam konsep asas pemimpin yang berkerjaya, digambarkan bahawa kerjaya dapat mengukuhkan ciri kepimpinan individu.
Pemimpin yang mempunyai faktor objektiviti yang kuat kebiasaannya mampu memimpin dengan keputusan yang cepat dan tegas serta mampu mengatasi masalah dan menangani situasi yang sukar. Pemimpin yang mempunyai ciri inspirasi yang kuat selalunya dapat memotivasikan orang lain dengan mudah serta membina hubungan yang kukuh dengan ahli pasukan mereka. Ciri-ciri pemimpin penyokong yang merupakan konsep asal kemantapan ialah pemimpin yang kelihatan sangat stabil, sabar dan boleh dipercayai.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Model Kepimpinan i-LEAD: Penilaian Sistematik Ciri Kepimpinan Belia’ oleh Mohd Haswandi Ahmad, *Dewan Masyarakat*, 10 Januari 2024, astroawani.com
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *menyusun strategi*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan ciri-ciri pemimpin.
3 分
iii
Kepimpinan cemerlang menjadikan sesebuah organisasi itu dapat ditadbir dengan berkesan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran dalam melahirkan pemimpin yang cemerlang?
4 分
iv
Semasa masuk ke dalam tandas, anda mendapati dua orang murid saling mengejek hingga hampir berlakunya kekasaran.
Sebagai seorang pengawas yang berada di situ, apakah tindakan pantas yang wajar anda lakukan?
3 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada *‘Lambaian Malar Hijau’* dalam Antologi Sehijau Warna Daun, Dewan Bahasa dan Pustaka.
**Bahan 2**
**Rintihan Bumi**
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku – manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
*Menjaga adab*
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis
sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu
untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram
Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram,
keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.
Muhd. Syazwan Sahlan, Sungai Buluh, Selangor. *Dewan Siswa*, Bil. 1/2018
i
Dalam **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *menjaga adab*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kesan akibat perbuatan manusia kepada alam.
3 分
iii
Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memelihara dan memulihara hutan di negara ini?
4 分
iv
Pada suatu petang, anda dan rakan sedang memancing ikan di sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba anda ternampak dua orang pemuda yang sedang mencurahkan cecair yang mencurigakan ke dalam sungai. Anda yakin bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik berdasarkan tanda bahaya pada tong tersebut.
Sebagai warga yang prihatin, apakah tindakan yang boleh anda dan rakan lakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini berleluasa?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Jadi, secara umumnya anda mencadangkan yang Majlis Daerah Kuala Selangor perlu melakukan penilaian semula terhadap pelan pencahayaan bandar ini?" Dato' Haji Mustofa al-Hamidi bertanya lanjut.
>
> "Ya, dan bukan itu sahaja. Majlis Daerah Kuala Selangor juga perlu merancang semula setiap pelan pencahayaan bandar ini dan melaksanakannya dalam tahun kewangan yang akan datang, iaitu pada tahun hadapan," jelas Muhammad Taufik.
>
> Dato' Haji Mustofa berdiam diri untuk berfikir.
>
> "Selain itu, sebagai persediaan untuk projek ini, premis-premis komersial perlu dialihkan dari Balai Cerap Sultan Salahuddin dan tebing Sungai Selangor, sekurang-kurangnya 10 kilometer."
>
> "Tunggu," kata Dato' Haji Mustofa.
>
> "Persediaan untuk apa?"
>
> "Akhirnya, Dato' juga diharap dapat meneliti cadangan kami untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu yang pertama dalam negara kita," kata Muhammad Taufik, menamatkan pembentangannya.
>
> Dipetik daripada Novel *Bimasakti Menari* Karya Sri Rahayu Mohd Yusof, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan, nyatakan cadangan-cadangan yang diberikan Muhammad Taufik ketika pembentangannya di hadapan Dato' Haji Mustofa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menimbulkan simpati kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Satu daripada tarikan dalam bidang kulinari ialah bidang makanan warisan kerana mempunyai fungsi mencerminkan identiti sesuatu bangsa. Bidang ini berkepentingan besar terhadap makanan warisan. Gaya hidup moden dan banyak komitmen menyebabkan ramai yang beralih kepada makanan segera, iaitu menu mudah untuk disediakan atau makan di luar sebagai punca makanan tradisi semakin dilupakan. Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, fungsi dan apresiasi terhadap makanan warisan pada zaman ini semakin terpinggir akibat arus pemodenan.
Pendidikan kulinari merupakan salah satu usaha untuk memelihara makanan warisan. Minat yang mendalam dalam bidang kulinari dan makanan tempatan menjadi salah satu kunci kepada kelestarian makanan warisan. Usaha ini mewujudkan kesedaran berkenaan dengan kepentingan juadah ini dari sudut budaya serta identiti bangsa. Pendedahan terhadap makanan warisan kepada generasi muda seawal sekolah rendah juga amat penting untuk memastikan makanan ini terus diwarisi. Penawaran kursus berkaitan dengan makanan warisan mampu memartabatkan dan menjaga kelestariannya. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran yang dijalankan dalam konteks lebih formal menjamin pembangunan kemahiran dalam menghasilkan makanan warisan secara sistematik.
Banyak makanan tradisi Malaysia kian pupus kerana proses dokumentasi yang longgar. Selain itu, keadaan ini turut berlaku disebabkan oleh resipi keluarga yang hanya diwariskan secara lisan. Oleh itu, resipi makanan warisan perlu ditulis semula menggunakan sistem ukuran metrik untuk memelihara resipi warisan ini. Usaha ini mampu melindungi makanan warisan yang bernilai kerana makanan warisan mempunyai fungsi besar dari segi sosioekonomi. Makanan warisan juga pemangkin kepada industri pertanian, industri kecil dan sederhana (SME) serta perkhidmatan makanan dan pelancongan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Makanan Warisan Cerminan Identiti’, *Harian metro*.com.my, 6 Mei 2019
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Cinta Tradisi**
Di sana ada cintaku yang tersisa,
Mungkin ia memori lama,
Mungkin ia tinggalan warisan bangsaku,
Cinta tradisi yang kusimpan dalam memori
Tatkala ramai yang tenggelam dalam arus bawaan angin Barat,
Mungkin mereka lupa asal dan kenangan Melayu,
Saat ramai bermimpikan santapan dunia luar,
Aku di sini masih mencintai tradisiku,
Nasi lemak, kuih bakar, asam laksa,
Santapan tradisiku cinta bangsaku.
Mungkin mereka beranggapan aku kenangan lama.
Namun aku bangga dengan cinta tradisiku.
*Muhamad Aliff Iskandar Bin Ismail* (188926)
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.