Pulau Pinang Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Pulau Pinang Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Pulau Pinang 州试卷 Set 1 · 2026
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Minda atau akal fikiran <u>mengawal</u> tindak-tanduk manusia. Apabila anda memilih untuk berhibur, pelajaran anda akan hancur lebur. Dengan <u>menggunakan</u> minda dan hati, anda perlu menilai diri sendiri sama ada ingin menjadi lebih baik dari semalam atau sebaliknya. <u>Kesedihan</u> yang terlampau dalam sesuatu perkara turut menjejaskan prestasi pelajaran anda. Anda perlu bijak menguruskan stres agar tidak berlarutan. <u>Corakkan</u> perjalanan hidup anda untuk mencapai impian dalam hidup yang diidam-idamkan. Kawal minda dan hati anda untuk menuju ke arah yang positif dengan sentiasa melakukan terapi jiwa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Terapi Jiwa kepada Remaja’ oleh Muhaya Haji Muhammad, *Dewan Siswa*, Bil. 12/2023
Tukarkan perkataan yang bergaris kepada **kata dasar** dan senaraikan **empat kata dasar** tersebut. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata dasar** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Setiap negara di dunia memerlukan sesuatu sebagai identiti yang menjadi lambang keunikan bangsa dan negara. Kerajaan berusaha mengukuhkan identiti negara *dengan menyediakan bendera negara yang dikenali sebagai Jalur Gemilang dan melagukan lagu kebangsaan Negaraku*. Perdana Menteri pertama telah sepakat memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. *Tunku Abdul Rahman* telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat *hampir 300* spesies bunga raya di seluruh dunia. Lima kelopak bunga raya menjadi inspirasi membentuk identiti sebagai lambang kemegahan negara. Rukun Negara telah diperkenalkan pada *tahun 1970* dikaitkan dengan bunga raya. Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung *di Kuala Lumpur* telah memilih bunga raya sebagai logo. Jabatan Landskap Negara telah mengeluarkan panduan teknik penanaman bunga raya *agar dapat memberikan bimbingan kepada orang ramai teknik penanaman yang betul.*
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bunga Raya Kebanggaan Negara’ oleh Nurul Azizi bin Shafie.
Bina **enam ayat tanya** yang lengkap dengan menggunakan **kata tanya** yang betul. **Kata tanya** yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan **frasa yang dicondongkan**.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut semula.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
KAMPAR, 1 Febuari – Polis mengesahkan kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dengan lima kenderaan lain di hadapan Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, petang semalam bukan berpunca daripada pemandu mabuk. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud dalam kenyataan memaklumkan, kejadian kira-kira pukul 6.42 petang itu berlaku ketika ibu bapa membawa anak mereka pulang dari sekolah sesi petang.
Siasatan awal mendapatkan sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita bersama dua orang kanak-kanak telah keluar dari bahu jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta dari arah bertentangan. Perlanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik dan sebuah lagi kereta melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita sehingga mangsa terhumban ke tengah jalan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemalangan Lima Kenderaan Bukan Berpunca daripada Pemandu Mabuk’, www.berita.rtm.gov.my
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu kedengaran khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Syahir berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Impian sejak kecil akhirnya tercapai malah dia juga dapat mempelajari pelbagai bahasa asing di luar negara nanti. Ayahnya berpesan agar dia menyesuaikan diri dengan budaya dan adat resam ketika di rantau orang. Ayahnya juga berharap Syahir belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Setelah berjaya kelak, ayah mahu Syahir berkhidmat kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara. Syahir mengingati pesanan ayah dan berazam untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh demi memajukan tanah air tercinta.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Masa depan e-sukan Malaysia amat cerah selepas menyaksikan negara muncul juara Kejohanan Dunia IESF Mobile Legends: Bang Bang 2025. Pasukan negara yang berulang kali muncul juara pada peringkat antarabangsa telah *mengangkat reputasi* Malaysia sebagai hab e-sukan. Hal ini dapat dilihat dengan komitmen Malaysia dalam menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf dunia.
Oleh hal yang demikian, industri e-sukan negara akan terus dimajukan dengan sokongan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Institusi TVET seperti GIATMARA dan Institut Kemahiran MARA (IKM) menyediakan latihan khusus dalam bidang tersebut. Selain itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga menawarkan subjek pembangunan kandungan e-sukan. Realitinya, masa depan e-sukan amat cerah di Malaysia kerana TVET akan terus mengadakan program khusus untuk e-sukan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masa Depan e-Sukan Malaysia Amat Cerah’, www.bernama.com
**Bahan 2**
Industri e-sukan di Malaysia terus berkembang pesat, namun wujud cabaran dalam membangunkan ekosistem yang kukuh terutamanya dalam sektor pendidikan. Ahli Lembaga Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Mohamed Nashrudin Naharudin, menekankan kepentingan pembinaan bakat sejak peringkat awal bagi memastikan kelangsungan serta memajukan industri ini. Oleh itu, kelab e-sukan perlu diwujudkan di sekolah rendah lagi sebagai langkah awal untuk mencungkil bakat baharu.
Selain itu, penganjuran pertandingan e-sukan di peringkat tempatan juga perlu diperbanyak bagi memberikan peluang yang lebih kepada pemain muda untuk bersaing dan meningkatkan kemahiran mereka. Pada masa ini, negeri Selangor dan Sarawak dilihat telah mula mengambil inisiatif untuk membangunkan industri e-sukan dengan lebih tersusun apabila mempunyai pasukan e-sukan yang mantap serta disokong oleh dana daripada pelbagai pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mewujudkan Kelab e-Sukan di Sekolah Rendah: Langkah Penting Memajukan Industri’ oleh Hykarl Ukasyah, www.teknologi.com
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mengangkat reputasi*.
2 分
ii
Merujuk **semua bahan**, nyatakan langkah-langkah untuk memajukan e-sukan di Malaysia.
4 分
iii
E-sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat permainan video dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan negatif terhadap e-sukan.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab ibu bapa mempunyai tanggapan sedemikian?
3 分
iv
Rakan baik anda bercita-cita untuk menjadi seorang atlet e-sukan yang terkenal. Malangnya, rakan anda terlalu ketagih dengan permainan video sehingga tumpuan dalam pelajaran dan prestasi akademiknya mula merosot.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang sepatutnya anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Setahun sudah berlalu, Nejra mula menerima kenyataan bahawa ibunya tidak akan kembali. Walau bagaimanapun, Nejra bersyukur kerana rakan-rakan dan keluarga baharunya sangat ramah dan menerima Nejra seadanya. Nejra diajar dengan ilmu duniawi dan ukhrawi dengan lebih lengkap lagi. Izera merupakan sahabat baik Nejra di rumah kebajikan itu. Izeralah yang menemani Nejra pada saat dia sedih dan gembira. Mereka berdua bagaikan berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok. Pada suatu petang ketika mereka sedang bermain, Nejra mendekati Izera.
“Izera, aku ingin masuk ke rumah sebentar, mengambil air. Kau mahu aku ambilkan apa-apa?” soalnya.
“Tidak mengapalah, Nejra. Aku baik-baik saja,” Izera menggeleng lalu tersenyum.
Nejra masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising, tetapi dia tidak menghiraukannya. Nejra segera mengambil air dan meneguknya.
‘Lega!’ desisnya dalam hati. Nejra bergerak ke singki untuk membasuh cawannya.
Boom!
‘Ya Allah, bunyi apakah itu?’ soalan Nejra dalam hati. Hatinya berasa cemas saat mendengar jeritan rakan-rakannya. Nejra segera bangun dan berlari keluar dari rumah. Dia tergamam melihat kepulan debu yang menghalang penglihatannya.
Dipetik daripada ‘Perjalanan Sebuah Kebebasan’ oleh Nurul Qistina Abdul Munir, *Dewan Siswa*, Bil. 02/2024
**Bahan 2**
**SYAIR HIDUP BERSYUKUR**
Buat bekalan pelengkap diri,
Menimba ilmu tidak terperi,
Bersyukur kita setiap hari,
Nikmat tersusun Tuhan memberi.
Bangun pagi wajah berseri,
Badan sihat anugerah diberi,
Tanda nikmat perlu syukuri,
Minda segar sepanjang hari.
Akhirnya hidup pasti mati,
Amal dibawa bekal sejati,
Syukur menjadi cahaya hati,
Menuju reda jelas terbukti.
**Arjuna**
Kepala Batas, Pulau Pinang
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah tindakan Nejra setelah mendengar jeritan rakan-rakannya?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah perkara-perkara yang perlu disyukuri dalam hidup?
3 分
iii
Dalam kehidupan masyarakat hari ini, berakhlak mulia menjadi cerminan keperibadian bagi seseorang. Sikap ini juga sangat penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan sikap tersebut?
3 分
iv
Setiap sekolah berperanan menjayakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti sempena kempen tersebut.
Sebagai seorang pengerusi PRS, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan kempen tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Manusia akan menyedari betapa pentingnya untuk memelihara alam sekitar. Kehidupan manusia moden yang bergantung pada sumber tenaga, air dan kumbahan yang datangnya dari syarikat utiliti memberi manusia satu ilusi yang mereka tidak lagi bergantung pada persekitarannya. Namun, siapa peduli apabila sungai tercemar? Air datang dari paip. Siapa peduli apabila udara di luar kotor dan cuaca di bandar panas? Semua orang berada di dalam rumah dan kereta mereka dengan penyaman udara ditala ke suhu terendah dengan menggunakan tenaga elektrik paling banyak. Siapa peduli tentang betapa banyak sampah dibuang? Ada orang kutip dan uruskan sampah sebelum waktu subuh. Manusia terpisah daripada kekotoran dan sisa yang dihasilkan mereka sendiri. Perkara ini ialah satu kitaran yang bagai tidak ada kesudahannya.”
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan sebab-sebab manusia tidak peduli tentang pencemaran yang berlaku di persekitarannya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menggambarkan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat sehingga dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan bahawa murid sekolah menghabiskan lebih satu perempat masa di sekolah. Mereka mampu berinteraksi bersama-sama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik. Keadaan ini mewujudkan keseronokan untuk ke sekolah apabila terdapatnya aktiviti berpasukan.
Pelaksanaan aktiviti berpasukan ini sebenarnya sangat penting diperkasakan di sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum dan budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti sebegini dapat menggalakkan persefahaman antara murid yang berbilang kaum seperti Melayu, India dan Cina. Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap murid mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan pasukan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli pasukan saling bekerjasama, bertolak ansur dan berkongsi idea demi mencapai matlamat bersama dengan lebih berkesan. Tambahan pula, apabila mempunyai tugasan yang perlu dilaksanakan mereka akan bergerak seiringan demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti berpasukan sering berdepan dengan cabaran apabila terdapat sikap ahli yang pasif dengan tidak mahu melibatkan diri secara aktif.
Seterusnya, aktiviti berpasukan sebenarnya mampu mengetengahkan pelbagai potensi yang ada dalam diri murid. Misalnya ketika sambutan Bulan Bahasa yang memerlukan murid melaksanakan peranan masing-masing sebagai ahli jawatankuasa persatuan dan mengambil bahagian dalam pertandingan. Kepelbagaian aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah juga sebenarnya dapat memberikan satu pengalaman baharu kepada mereka. Pelaksanaan aktiviti berasaskan permainan pula bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mewujudkan suasana yang mesra dalam kalangan ahli pasukan apabila bersatu hati untuk mencapai kata sepakat dalam permainan tersebut. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih terdapat masalah dalam aktiviti berpasukan apabila ramai murid yang tidak mempunyai keyakinan diri kerana pendiam dan pemalu. Di samping itu, ada juga murid yang suka menyendiri seolah-olah hilang arah dari kumpulan.
Secara keseluruhannya, aktiviti berpasukan merupakan aktiviti yang perlu diperkasakan di peringkat sekolah. Pembinaan pasukan pada hakikatnya bukanlah semata-mata aktiviti yang berasaskan keseronokan tetapi mengandungi pelbagai elemen yang positif.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembinaan Pasukan Menyemarakkan Perpaduan’ oleh Dr Omar Firdaus Mohd Said, *Dewan Siswa*, Bil. 09/2022
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**SEIRING SEPASUKAN**
Bermula niat yang satu
teliti langkah seiring
susun tujuan capai matlamat
bahagi tugas mengikut potensi
agar perjalanan tidak terhenti
di tengah kebersamaan yang terjalin
berbincang mencari jalan solusi
saling menyokong hadapi cabaran
akhirnya kejayaan milik bersama
nikmat aktiviti ganding seiring
pasti cemerlang di puncak jaya.
**Srikandi Pujangga**
Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.