Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ali bertugas di pekan itu sejak setahun yang lalu. Dia sering teringat oleh ibunya di kampung. Sejak ayah Ali kemalangan jalan raya, ibunya berharap agar Ali bercuti dan pulang untuk menziarahi ayahnya. Kos rawatan ayahnya di hospital belum terbayar oleh ibunya. Ibunya kehabisan wang. Wang kiriman Ali amat diperlukan oleh ibunya. Sejak mendengar berita ayahnya itu, Ali terkenang akan nasib keluarganya. Ali berharap agar dia dibenarkan untuk bercuti. Dia ingin segera pulang ke kampung.
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja pasif.** Kemudian bina **satu** ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa, kata ganda atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan telitinya.
Hari Kebangsaan Malaysia disambut pada 31 Ogos pada setiap tahun. <u>Untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang sejarah pembentukan Malaysia, sambutan Hari Kebangsaan merupakan satu daripada cara yang sangat efektif</u>. (1) Sambutan Hari Kebangsaan boleh dijadikan sebagai platform kepada institusi pendidikan untuk menyemai nilai patriotisme dalam kalangan murid. <u>Didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang menarik murid melalui aktiviti pendidikan seperti pertandingan bercorak kemerdekaan, ceramah sejarah dan lawatan sambil belajar</u>. (2) Belakangan ini, sambutan Hari Kebangsaan turut dijadikan sebagai wadah untuk mengetengahkan isu sosial dan kemanusiaan. <u>Untuk terus membangunkan negara rakyat juga disuntik dengan semangat patriotik</u>. (3)
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sambutan Hari Kebangsaan Meningkatkan Nasionalisme Identiti negara’ oleh Marja Azlima Omar, *Dewan Siswa*, Bil 08/2023
Tukarkan **ayat bersusunan songsang** yang bergaris kepada **ayat bersusunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya. Jawapan hendaklah disenaraikan mengikut turutan.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan, dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Pada tahun 2025, ketidak tentuan ekonomi global dijangka terus mencabar kestabilan serantau. Polisi ekonomi Trump yang dikenali sebagai proteksionisme dijangka tercetus gelombang baharu di dalam perang dagang antara AS dengan China, dengan mengenakan sekatan takrif yang lebih tinggi serta sekatan teknologi terhadap China. Kesan langsung daripada konflik ini melibatkan gangguan rantaian bekalan-bekalan global, peningkatan kos perdagangan, serta pengurangan permintaan eksport dari rantau ASEAN. Malaysia, yang ekonominya banyak bergantung pada eksport, perlu bersedia menghadapi tekanan ini dengan memperkukuhkan sektor ekonomi dosmetik dan memperluas pasaran alternatif seperti Kesatuan Eropah dan Afrika.
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Malaysia Menerajui Geopolitik di Asean’ oleh Ku Boon Dar, *Dewan Masyarakat* Bil.03/2025 Jilid 63
6 分
Bahan 2
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Temenggung, "Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal." Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Intan:** Farhan, kamu kelihatan murung. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu?
**Farhan:** Syarikat tempat aku bekerja sedang mengalami masalah yang agak serius. Dalam keadaan syarikat yang tidak menentu ini, ada pula beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan.
**Intan:** Sungguh tidak bertanggungjawab tindakan mereka itu. Pasti sukar untuk kamu menghadapinya.
**Farhan:** Memang sukar. Tambahan pula, keretaku baru sahaja mengalami kerosakan yang besar. Kos pembaikannya juga sangat mahal.
**Intan:** Bertimpa-timpa musibah yang kamu hadapi ini. Kerap kali aku mendengar masalah kerosakan akibat pembelian kereta terpakai ini. Teringat kata-kata ayahku dahulu, sekiranya ingin membeli sesuatu barangan, eloklah pilih yang berkualiti walaupun harganya mahal.
Kemukakan **dua** peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam dialog tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Iklim merupakan elemen yang mempengaruhi reka bentuk bumbung sesebuah seni bina. Malaysia yang mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun akan mendorong arkitek untuk mereka bentuk rumah yang sesuai. Disebabkan faktor iklim ini juga, terhasilnya reka bentuk lantai jarang, dinding dan kekisi berongga, telaga udara, serta tingkap yang banyak dan luas untuk pengaliran udara.
Pada zaman dahulu, *rumah warisan* akan menggunakan bumbung curam yang membolehkan pengaliran air hujan dengan cepat dan membenarkan laluan angin untuk penyejukan rumah. Unjuran cucur atap yang lebar digunakan bertujuan untuk menangkis sinaran langsung cahaya matahari daripada mengenai dinding serta memberikan perlindungan kepada dinding dan bukaannya daripada tempias hujan.
Dipetik dan diubah suai daripada Identiti Seni Bina di Malaysia oleh Areena Abu Bakar, *Dewan Budaya* Bil.01/2025 Jilid 47
**Bahan 2**
Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Reka bentuk atapnya yang bertingkat dialas daun rumbia. Bumbung rumah ini adalah untuk melindungi bangunan daripada dimasuki hujan, panas, angin dan habuk selain untuk menstabilkan suhu di dalam bangunan. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama. Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang bersifat grafik.
Dipetik dan diubahsuai daripada https://teratakminda.weebly.com/rumah-tradisional.html
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *rumah warisan*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan fungsi-fungsi bumbung rumah.
3 分
iii
Seni bina dan reka bentuk rumah-rumah tradisional di Malaysia sangat unik dan cantik. Namun, rumah-rumah tradisional ini kebanyakannya terbiar begitu sahaja.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku?
3 分
iv
Ibu anda mewarisi sebuah rumah pusaka yang reka bentuk dan seni binanya sangat cantik serta unik. Ibu anda telah menyatakan hasratnya untuk membaik pulih rumah pusaka tersebut dan menjadikan rumah pusaka itu sebagai inap desa.
Sebagai seorang anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat merealisasikan hasrat ibu anda itu?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pohon nyiur di halaman rumah Pak Yassin kelihatan seperti melambai-lambai apabila ditiup angin.
"Baguslah macam tu, Mat. Kau mempunyai sikap yang terbuka dengan pelanggan," puji Pak Shuib.
Sejak daripada kecil lagi kau dah menunjukkan minat untuk berniaga. Sikap rajin menolong arwah ayah kau di kedai ini juga wajar dicontohi," kata Pak Hashim pula.
"Arwah ayah yang mendidik saya supaya mempunyai sikap yang sedemikian. Kalau kita nak pelanggan kekal lama dengan kita, kita hendaklah banyak bersabar dan jangan bersikap kasar dengan mereka. Sentiasalah menunjukkan kemesraan dan tersenyum walaupun dalam kepenatan melayan ragam dan karenah mereka," jelasnya lagi dengan penuh panjang lebar.
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen Kisah Si Peniaga Kedai Runcit karya Azaika SR
**Bahan 2**
**SENI PERNIAGAAN**
Perniagaan bukan sekadar jual dan beli
ia seni menawan hati
bermula dengan niat yang murni
moga berkembang ke serata negeri.
Pelanggan itu nadi berniaga
senyuman ikhlas jadikan budaya
layanan baik penambat setia
agar mereka kembali semula.
Barang dijual biarlah berkualiti
bukan semua untung datang berlari
jatuh bangun lumrah duniawi
yang penting jangan berhenti
terus usaha dengan hati suci
yakinlah tuhan sentiasa memberkati.
**Shaf**
**2020**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan sikap yang ada pada Mat sebagai seorang peniaga?
2 分
ii
Dengan merujuk semua bahan, bagaimanakah peniaga dapat mengekalkan pelanggan?
3 分
iii
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli dan menyokong produk keluaran tempatan.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan pelaksanaan kempen tersebut?
4 分
iv
Sebagai pengerusi Kelab Usahawan di sekolah, anda mendapati semakin ramai murid tidak berminat untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Anda bercadang untuk menganjurkan Hari Keusahawanan Sekolah bagi memupuk minat murid dalam bidang ini.
Apakah persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
> "Leftenan, peluru hampir habis. Orang-orang kita tidak akan dapat bertahan lebih lama."
>
> "Sistem perhubungan kita telah musnah. Kita tidak dapat meminta bantuan," kata Leftenan Adnan.
>
> "Apa yang perlu kita lakukan sekarang?" tanya Sarjan Hasan lagi.
>
> "Teruskan bertahan. Jimatkan peluru dan pastikan satu peluru menumbangkan satu musuh," perintah Leftenan Adnan.
>
> Dalam hingar-bingar bunyi bom dan tembakan yang memekak telinga itu, Leftenan Adnan berusaha memberi semangat kepada anggota tenteranya supaya terus berjuang. Ketika itu dilihatnya semakin ramai anggotanya terkorban. Kubu pertahanan bermandikan darah. Peluang menang amat tipis, tetapi dia tidak akan semudah itu mengaku kalah. Serangan tentera Jepun semakin hebat menjadikan keadaan semakin teruk.
>
> "Berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, asalkan jangan berputih mata!" teriak Leftenan Adnan kepada anggota pasukannya.
>
> Mendengar laungan Leftenan Adnan itu, mereka kembali bersemangat.
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abd Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perintah-perintah yang dilaungkan oleh Leftenan Adnan untuk membangkitkan semangat anggota pasukannya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan amalan tanggungjawab dan bagaimanakah amalan tersebut dapat memberikan kesedaran kepada diri anda?
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau *vape* semakin meruncing. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mencatatkan peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun ialah 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus pada tahun 2022. Anggapan bahawa e-rokok mampu menjadi alat menghentikan tabiat merokok menyebabkan penggunaannya semakin berleluasa. Tidak hairanlah e-rokok turut berjaya memancing populasi bukan perokok untuk mencubanya kerana dianggap tidak berbahaya dan berjaya mengalihkan ketagihan pada rokok konvensional. Yang lebih menyedihkan, wujud juga lebih ramai dwipengguna iaitu menghisap rokok dan rokok elektronik. Pengguna rokok elektronik cenderung untuk mengalami gangguan psikologi seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
Penggunaan rokok elektronik semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana mencerminkan gaya hidup dan jiwa penggunanya. Susulan daripada itu, trend e-rokok dalam kalangan wanita dan remaja menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Rokok elektronik dianggap sebagai lambang kedewasaan yang dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Kajian mendapati pendedahan kepada aerosol daripada e-rokok akan mengubah sel imun semula jadi di dalam paru-paru. Hal ini menyebabkan penghasilan beberapa mediator imunologi seperti antiradang yang dikaitkan dengan rokok.
Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah vapor dan e-cig. Peranti e-rokok yang bersaiz kecil, murah dan mudah dikongsi bersama dengan rakan mendorong penggunaannya yang semakin berleluasa. Dengan harga serendah RM 15.00 pengguna sudah boleh memilikinya. Situasi ini telah mencetuskan kebimbangan ekoran budaya e-rokok dalam kalangan remaja semakin sukar dikawal. Gejala e-rokok mampu mengakibatkan ketagihan dos nikotin yang lebih tinggi berikutan penggunaannya yang hampir sepanjang hari. Nikotin amat berbahaya kepada otak yang berkembang kerana mampu mengubah cara otak berkembang dan berfungsi. Hal ini perlu ditangani segera demi kesejahteraan masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahana Vape, Jejaskan Kesihatan Mental’ oleh Mahani Ishak
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Encik Kamal:** Kenapakah dari tadi aku lihat kautermenung sahaja? Kalau ada masalah, marilah kita berkongsi. Mana tau ada jalan penyelesaian.
**Encik Faiz:** Anak aku dah digantung persekolahan kerana membawa rokok elektronik ke sekolah. Aku buntu nak buat macam mana? Aku rasa aku yang mendorong perkara ini berlaku kerana anak yang dibesarkan dalam persekitaran perokok akan berpotensi menjadi perokok.
**Encik Kamal:** Untuk menangani masalah penggunaan e-rokok daripada berterusan, ibu bapa bertanggungjawab memantau pergaulan anak-anak. Persekitaran rakan yang negatif akan membentuk tingkah laku yang negatif.
**Encik Faiz:** Apa lagi yang wajar aku buat?
**Encik Kamal:** Seharusnya kauperlu mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan anak menghisap rokok elektronik seperti tanda ketagihan, keresahan atau kemurungan dan sukar memberikan tumpuan.
**Encik Faiz:** Aku faham, mungkin aku perlu berbincang dan menasihati anak tentang bahaya rokok elektronik terhadap masa depannya. Aku tidak mahu dia menyesal kemudian hari.
Baca dengan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.