Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perpaduan negara merujuk satu bentuk penyatuan bangsa yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza. Bentuk identiti nasional yang lebih khusus ini dapat diterima oleh semua golongan di negara ini. Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan menyatukan murid-murid daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamat masing-masing adalah memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi yang telah menggugat keamanan dan kestabilan politik di negara ini. Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu setiap hala tuju negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar’, *Dewan Siswa*, Mac 2023
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bilangan.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bilangan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Dalam dunia yang semakin mencabar, teknologi digital mampu membentuk persekitaran yang menyokong penubuhan hubungan timbal balik</u>. Selain itu, <u>melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan perniagaan pertanian, kemajuan teknologi digital dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 berpotensi untuk menyokong pembangunan sektor pertanian</u>. Walau bagaimanapun, pendigitalan juga boleh mengurangkan bilangan pekerja pertanian. <u>Dalam kehidupan di bandar dengan di luar bandar, perkembangan dunia digital kini semakin memperlihatkan jurang yang ketara</u>. Bagi masyarakat desa, keterbatasan ini menjadi penghalang besar untuk meningkatkan hasil kerja dan kemampuan mereka untuk bersaing dalam dunia yang semakin maju.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masyarakat Desa Tani Mendepani Revolusi Perindustrian 4.0’, *Dewan Siswa*, Bil.5/2025
Tukarkan **ayat susunan songsang** yang bergaris di bawah kepada **ayat susunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
310 分
Catatan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
**Low Peak, Aku Datang!**
20 Januari:
Ibarat orang mengantuk disurongkan bantal, impianku sejak kecil akan menjadi kenyataan.
3 Februari:
Aku dan rakan-rakan telah membuat pemeriksaan kesihatan yang menjadi syarat utama pada pendaki. Syukur, kami sihat!
10 Februari:
Cikgu Azura telah memohon lesen pendakian orang yang dibenarkan mendaki. Permohonan perlu dibuat awal kerana setiap hari hanya 100 orang yang dibenarkan masuk. Moga-moga kami termasuk dalam senarai pendaki pada 2 Mei nanti. Menurut Cikgu Azura, waktu yang sesuai untuk pendakian adalah di antara bulan Mac hingga bulan November untuk mengelakkan gangguan cuaca.
26 Februari:
Syukur, permohonan diluluskan. Mulai hari ini, senaman ringan dilakukan oleh kami sebagai persediaan fizikal dan mental. Selepas ini, kami akan menjalankan latihan mendaki Gunung Lambak dan Gunung Ledang. Kami diberitahu bahawa banyak pendaki yang gagal ke puncak kerana mengalami kejang otot setelah mendaki sebahagian jalan.
7 Mac:
Hari ini aku mendaki Gunung Lambak. Aduh, sakit-sakit seluruh badanku! Bagaimana agaknya keadaan aku selepas mendaki Gunung Ledang pada hujung bulan nanti? Mampukah aku?
12 April:
Barang-barang keperluan telahpun disediakan, antaranya krim panas untuk mengelakkan kejang otot dan jeket kerana suhu di bawah 7°C. Sejuknya!
30 April:
Debaran kian terasa. Esok kami akan bertolak ke Kota Kinabalu. Doaku agar aku berada dalam keadaan yang cergas dan sihat serta berjaya menawan puncak yang kelima paling tertinggi di Asia Tenggara. Low Peak, aku datang!
Dipetik dan diubah suai daripada, Low Peak, Aku Datang!, *Buku Teks Tingkatan 2*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin catatan tersebut.
10 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini."
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Industri pelancongan negara kini semakin berkembang pesat. Negara kita menjadi sebutan dan tumpuan pelancong luar setiap tahun. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menyambut kedatangan pelancong asing dengan senyuman dan menunjukkan budi bahasa yang tinggi. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memastikan pusat-pusat pelancongan sentiasa bersih dan selamat agar tragedi yang tidak diingini berlaku di tempat pelancongan. Pihak berkuasa janganlah hanya bertindak setelah berlaku tragedi yang meragut nyawa di tempat pelancongan. Sikap bekerjasama antara pihak kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat setempat amatlah penting bagi memastikan industri ini terus maju dan berjaya menarik kedatangan pelancong.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Jati diri merujuk kepada identiti atau keperibadian sejati seseorang yang mencerminkan nilai, prinsip, dan sifat yang menjadi teras kepada diri seseorang. Secara umum, jati diri boleh ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang untuk mengenali, memahami, dan mengekalkan nilai dan prinsip hidup yang menjadi asas kepada identiti peribadi. Jati diri melibatkan pemahaman mendalam tentang diri sendiri, prinsip yang dipegang dan keupayaan untuk berpegang teguh pada nilai positif walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Jati diri yang kukuh penting untuk seseorang mencapai kejayaan hidup, membina hubungan yang baik dan menjadi individu yang dihormati dalam masyarakat melalui pendidikan, pengalaman dan pegangan hidup yang positif. Jati diri yang kuat merupakan kunci kepada kehidupan yang bermakna.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Maksud Jati Diri dan Kepentingannya’ oleh Cikgu Mardhia, *https://infopelajar.com.my*
**Bahan 2**
**KUALA LUMPUR :** Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 telah menerima penyertaan seramai 120 orang pelatih secara sukarela yang terdiri daripada 80 orang pelatih lelaki dan 40 orang pelatih wanita berumur antara 18 hingga 25 tahun. Integrasi modul latihan PLKN 3.0 diyakini memberi manfaat kepada golongan belia kerana menawarkan latihan inklusif seperti pendidikan kenegaraan, melatih diri pelatih PLKN supaya berani berhadapan dengan cabaran, meningkatkan kemahiran insaniah, berani tampil ke hadapan dan *memupuk perpaduan* nasional.
Modul Kenegaraan 3.0 dalam Program Latihan Khidmat Negara ini membentuk jati diri yang dapat meningkatkan semangat patriotik melalui pemupukan rasa cinta dan taat setia kepada negara, menerapkan nilai-nilai murni sebagai warganegara, memahami sejarah dan perjuangan kemerdekaan. Selain itu, Modul Kenegaraan juga bermatlamat memperkasakan kemahiran kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan menerapkan semangat kerja berpasukan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘PLKN 3.0 Mantapkan Jati Diri melalui Modul Kenegaraan’ oleh Intan Suria Hamzah & Khairul Ghufran Kaspin, *https://epena.com.my*
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *memupuk perpaduan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kepentingan-kepentingan jati diri dalam kehidupan masyarakat kini.
3 分
iii
Jati diri perlu diterapkan sejak kecil kerana pada usia ini, kanak-kanak berada dalam fasa pembentukan peribadi dan nilai hidup.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menerapkan jati diri kepada anak-anak?
3 分
iv
Rakan anda terlibat dalam kegiatan buli akibat terpengaruh dengan rakan sebaya.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan anda untuk membantu rakan anda mengatasi masalah yang sedang dihadapinya.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Di sebalik kemenangan itu, tiada siapa yang menyedari bahawa Awaqin dan planetnya bermotifkan keuntungan. Mereka menjual penemuan teknologi itu kepada planet-planet lain yang terpaksa menggunakan teknologi itu mengikut Perjanjian Umum Sidang Galaksi Zentaron. "Kesan teknologi nano yang diusahakan oleh planet kita itu bukan sahaja dapat digunakan dalam bidang perubatan dan teknologi berat serta telekomunikasi, malah *mencakupi bidang-bidang* yang lain juga," lapor Zanagon kepadanya.
Amigon menyentuh beberapa kekunci pada paparan skrin. "Bidang penyediaan makanan, industri fabrik, sukan,..." Amigon tidak mampu lagi menyebut satu per satu keupayaan teknologi nano dalam kehidupan kerana senarai bacaannya panjang.
Dipetik daripada cerpen 'Sidang Zentaron', *Buku Teks Tingkatan 5*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**ERA INI**
Era ini berlari laju
Masa tanpa henti
Sains teknologi menjulang tinggi
Membina dunia moden.
Akal manusia pelita hidup
Matahari menyinar gelap
Mencipta mengubah kehidupan
Lebih sempurna dan maju.
Kemajuan datang tanpa henti
Ombak besi bergelora
Data mengalir tanpa batas
Mesin seolah bernyawa.
Namun di sebalik cahaya
Bayang di senja
Tersimpan risiko tersembunyi
Jika manusia alpa.
Sains IT melengkapi zaman
Sayap burung terbang
Baik buruk seiring berjalan
Harus dikawal bijaksana.
Harus diingati sentiasa
Agar tidak tersasar arah
Untuk generasi akan datang
Memegang dunia dengan hikmah.
**Pena Putih, Perlis**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah peranan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia berdasarkan puisi tersebut?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada perkembangan teknologi?
3 分
iii
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi mendorong perkembangan dalam bidang pendidikan. Namun demikian, terdapat cabaran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang tersebut?
4 分
iv
Abang anda bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Namun, dia terlalu leka dengan telefon pintar sehingga menjejaskan pembelajarannya.
Sebagai adik yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda untuk menyedarkan abang anda agar dia tidak terus leka dengan telefon pintar?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Sembilan tahun yang lalu semasa datuknya masih hidup, tiada halangan untuk dia ke sini. Di halaman rumah inilah tempat dia bermain ketingting, gasing, atau berkejaran di sekeliling rumah. Di sinilah tempat dia bermain kahwin-kahwin dan main sembunyi-sembunyi. Datuknya sering menceritakan cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, dan Si Miskin Menjadi Kaya. Datuk juga mengajarnya membuat layang-layang, mengajak menangkap ikan pelaga di parit, menyerkup burung tekukur, menjerat burung ayam-ayam, dan menyanyi berserulingkan daun ubi kayu.
>
> Itu kisah lama. Zaman kanak-kanak sudah lama ditinggalkan. Tetapi sejak datuk tiada perhubungannya dengan neneknya terasa semakin jauh. Dia berusaha untuk mendekatkannya tetapi ada sahaja yang tidak kena.
>
> Duit hilang dikatakan dia yang mencurinya. Getah hilang, dituduh adik-adiknya yang menjualnya. Tanaman rosak, kambingnya yang merodoknya. Ada sahaja yang tidak kena.
>
> Memang aku ada hak untuk berkecil hati tetapi aku tetap menghormati nenek, desis hatinya.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* oleh Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah konflik antara nenek dengan penulis sejak datuk tiada?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(b) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang memaparkan kesabaran watak dalam menghadapi dugaan hidup bagi setiap novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
BANGI: Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kesejahteraan seseorang kerana mempengaruhi cara individu berfikir, merasa dan bertindak dalam kehidupan seharian. Namun, stigma masyarakat terhadap isu kesihatan mental masih wujud sehingga menyebabkan ramai individu enggan mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah yang dihadapi. Stigma terhadap pesakit mental menyebabkan individu yang menghidapinya enggan, segan atau lewat mendapatkan bantuan profesional yang diperlukan oleh mereka. Persepsi ini harus segera diubah supaya lebih ramai tampil mendapatkan rawatan yang sepatutnya diterima.
Data menunjukkan isu kesihatan mental menyumbang kepada kehilangan produktiviti ekonomi global mencecah RM4.4 trilion setiap tahun akibat ketidakhadiran kerja dan pengurangan keberkesanan tenaga kerja. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan memperluas akses kepada rawatan psikologi dan meningkatkan kapasiti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH). Peningkatan beban masalah kesihatan mental membimbangkan. Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, seramai sejuta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah kemurungan. Data juga menunjukkan peningkatan dua kali ganda isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, daripada 424,000 orang pada 2019 kepada 922,000 orang pada 2023.
Kesihatan mental juga meningkatkan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, idea bunuh diri meningkat dari 10 peratus pada 2017 kepada 13 peratus pada 2022, manakala cubaan bunuh diri meningkat daripada 7 peratus kepada 9.5 peratus. Situasi ini memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. KKM melaksanakan Kempen *Let's TALK* pada 2018 dan Hentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semua yang bermula pada 2023, dengan pelbagai program capaian bagi meningkatkan kesedaran masyarakat. Salah satu inisiatif utamanya ialah KKM melaksanakan Siri Jelajah Minda Sihat yang dianjurkan di lima negeri, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Melaka dan Pahang membabitkan sesi perkongsian ilmu dan aktiviti sokongan yang berbentuk interaktif kepada pelbagai lapisan masyarakat. Tuntasnya, kesihatan mental perlu diberi perhatian serius dan stigma terhadap isu ini harus dihapuskan.
Dipetik dan diubah suai daripada “KKM Lancar Kempen Perangi Stigma terhadap Penyakit Mental” oleh Zanariah Abd Mutalib, *Berita Harian*, 19 Februari 2025
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.