Baca petikan di bawah dengan teliti.
Satu daripada dasar utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberikan fokus kepada pembangunan <u>kemahiran</u> abad ke-21 dan <u>pengintegrasian</u> teknologi dalam kurikulum. Dasar ini memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan institusi <u>pendidikan</u> mengadaptasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan <u>kemajuan</u> teknologi global, Dasar Pendidikan Digital dirangka untuk memastikan sistem pendidikan kekal relevan, dinamik dan mampu memenuhi keperluan masa hadapan.
Dipetik daripada ‘Transformasi Pendidikan Digital Memacu Ekosistem Dasar Pendidikan Digital Negara’ oleh Dr. Sharifah Shahadania Syed Hassan, *Dewan Siswa*, Bil. 07/2025
Kenal pasti **kata dasar bagi perkataan yang bergaris** dalam petikan. Kemudian, **bina satu ayat sendiri** daripada setiap kata dasar tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Golongan siswa pada masa ini berhadapan pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. Perubahan cara hidup hasil daripada penggunaan teknologi memberikan banyak manfaat kepada siswa walaupun terdapat segelintir siswa yang lalai menggunakan kemudahan teknologi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana ledakan teknologi banyak mempengaruhi perubahan terhadap cara hidup siswa. Siswa pada masa ini seharusnya bersedia dan berdaya tahan dalam mengharungi rintangan mempertahankan kesejahteraan negara. Perkara ini adalah penting dalam kehidupan siswa supaya mereka dapat memperkasa jati diri dalam menghadapi cabaran akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Siswa dalam Meraih Kecemerlangan Akademik’ oleh Hafizah Marzuki, *Dewan Siswa*, Bil. 07/2025
Kenal pasti **tiga ayat majmuk** kemudian **pisahkan ayat-ayat majmuk menjadi enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Dalam petikan 1, terdapat **enam kesalahan bahasa**, manakala petikan 2 terdapat **lima kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Apabila pengunjung masuk ruang gerai dan menjengah di dalam Program Budaya @ Komuniti, di Pulau Tawar, Jerantut, suasananya seakan-akan di era sebelum negara merdeka apabila kebanyakkan pengunjung dan penjual berpakaian Melayu lama serta banyak makanan tradisional Melayu termasuk kuih-muih dijual di situ.
Lebih menceriakan, peniaga memasak sambal hitam belimbing, patin tempoyak, goreng pisang panas dan pelbagai kuih tradisional Melayu yang jarang ditemui untuk dijual kepada pengunjung. Acara yang diatur cukup signifiken mengembalikan warisan sejarah dan kehidupan sosial masyarakat sebelum merdeka yang perlu generasi kini teladani.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘10 000 Pengunjung Teruja ‘Kembali’ Ke Pasar Ala Zaman Pahlawan Melayu’ oleh Haris Fadilah Ahmad, *Utusan Malaysia*, Julai 2025.
6 分
Bahan 2
Pelbagai langkah pro-aktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang sedang melanda ini. Setiap golongan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantai wabak ini. Beberapa buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan perkhidmatan sebagai pusat kuarantin pada individu yang baru pulang dari negara luar. Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan menular wabak yang lebih serius.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penularan Covid-19 Perlu Ditangani Secara Serius’ oleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin, *Universiti Malaysia Sabah (UMS)*
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada sengenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik- patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.”
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang- barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Rakyat Malaysia terus berhadapan cabaran akibat peningkatan kos sara hidup, dengan kenaikan ketara dalam harga barangan asas dan tarif utiliti pada awal tahun 2025. Oleh itu, ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting untuk mengajar anak-anak berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan, bukannya mengikut kehendak atau nafsu agar tidak terperangkap dengan jerat hutang. Bagi generasi muda yang baharu mendapat pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur mereka perlu sentiasa berhemat semasa berbelanja dan tidak mudah terpengaruh dengan promosi barangan yang mengujakan. Mereka perlu menyimpan wang agar mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan boleh digunakan pada waktu kecemasan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kos Sara Hidup Kini Terus Meningkat’ oleh Admin, www.prezcom.my
Nyatakan **dua** peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Rasuah dan penyelewengan ialah jenayah yang mengancam nilai dan aturan masyarakat. Setiap negara menggubal undang-undang antirasuah sebagai langkah untuk memerangi jenayah ini. Undang-undang antirasuah ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan usaha melawan rasuah.
Rasuah lazimnya berlaku secara sukarela. Dalam erti kata lain, pemberi dan penerima melakukan jenayah ini tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Kedua-dua pihak saling bersekongkol untuk mendapatkan keuntungan. Usaha yang berterusan perlu dilaksanakan dan perlu bermula dari akar umbi dengan menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri setiap lapisan masyarakat. Pendedahan awal kepada golongan pelajar tentang impak negatif rasuah sangat berkesan untuk mengekang gejala ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Usaha Berterusan, Menyeluruh Elak Rasuah Jadi Budaya’ oleh Dr Mukhriz Mat Rus, *http://www.bharian.com.my*, 26 April 2023
**Bahan 2**
Fenomena rasuah di Malaysia telah lama wujud, iaitu baik dalam skala kecil mahupun besar. Perbuatan rasuah ini berlaku hampir di semua sektor melibatkan institusi kerajaan mahupun swasta. Fenomena ini menjadi amalan negatif yang boleh merosakkan akhlak generasi muda dan meruntuhkan negara pada kemudian hari. Banyak kes rasuah di dunia melibatkan tokoh dan pimpinan negara sehingga membawa kepada kehancuran negara dan kesusahan hidup rakyatnya.
Satu daripada cara untuk mencegah meluasnya amalan rasuah di Malaysia adalah dengan mereformasi sistem pendidikan, baik secara formal mahupun tidak formal. Melalui pendidikan, pelajar dapat memahami kesan buruk rasuah dan memberikan kesedaran awal kepada mereka agar tidak terjebak dengan rasuah apabila dewasa kelak. Amalan rasuah juga dapat dibanteras dengan memastikan sektor awam beroperasi secara jujur dan telus.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pendidikan Antirasuah di Malaysia: Bilakah Perlu Bermula?’ oleh Yohan Kurniawan, *Dewan Masyarakat*, Bil.10/2022
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan kesan-kesan amalan rasuah.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah yang semakin berleluasa.
3 分
iii
Amalan rasuah merupakan satu bentuk jenayah yang memberi implikasi negatif terhadap integriti seseorang. Walaupun pelbagai langkah pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, namun amalan ini masih berleluasa.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan amalan rasuah?
3 分
iv
Anda menumpang motosikal rakan untuk pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, rakan anda telah ditahan oleh pihak polis kerana tidak memiliki lesen memandu. Anda melihat sendiri rakan tersebut menghulurkan sejumlah wang kepada anggota polis yang menahannya dengan harapan agar terlepas daripada dikenakan saman.
Sebagai seorang rakan, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mengubah sikap rakan anda?
4 分
713 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Nurul:** La…Zam tak cakap ke yang setiap kegiatan rekreasi yang dianjurkan oleh pertubuhan mereka biasanya akan disertai oleh ahli-ahli rabun dan ahli-ahli bersekutu?
**Azizi:** Tak pula. Abang pun tak teringat nak tanya. Sebetulnya, kehadiran Nurul dan ahli-ahli bersekutu lain dalam ekspedisi ini bukan sahaja meringankan tugas abang dan Zafar. Malah, turut memberi beberapa pengajaran kepada kami.
**Nurul:** Apa maksud abang? Apalah sangat pengajaran itu berbanding ilmu yang kami dah dapat di sini, bang?
**Azizi:** Nurul dan kawan-kawan telah mengajar kami erti kesabaran. Kagum sungguh abang tengok Nurul, Haris, Chee Keong dan yang lain-lain menunjukkan bahagian-bahagian kayak dan cara-cara mendayung pada kawan-kawan lain semalam.
**Nurul:** Oh, itu…! Sebenarnya penerangan abang dan Zafar agak membingungkan mereka yang baru kenal kayak. Mereka juga tidak dapat lihat *aksi lincah* abang dan Zafar. Jadi, memang wajarlah kami membantu.
**Azizi:** Itu memang betul. Tapi, abang rasa, abang memang tidak mempunyai darjah kesabaran setinggi itu untuk mengajar seorang demi seorang hingga mereka benar-benar faham.
Dipetik daripada cerpen *Tenang-tenang Air di Tasik*, antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**Pantun Kenangan Silam**
Bawa pengat mudik ke hulu,
Hendak makan bersama kakak;
Masih kuingat zaman dahulu,
Bersama rakan bermain congkak.
Nasi disaji berulam pegaga,
Berlauk kelah bergulai kawah;
Bermain dam aji seisi keluarga,
Sambil bermain merapatkan ukhuwah.
Merpati terbang di tepi kali,
Di dahan jambu merpati berehat;
Adik dan abang bermain guli,
Ayah dan ibu duduk melihat.
Banyak kulat di atas pelantar,
Ikan puyu di dalam paya;
Gasing bulat ligat berputar,
Bermain bersama kekal budaya.
Iffah Aliah, Shah Alam
**Bahan 3**
**Syair Pesan Ibu**
Dengarlah anakku ibu berpesan,
Riadah dan sukan janganlah bosan,
Kesibukan kerja bukan alasan,
Agar hidupmu sihat berwawasan.
Ayuh anakku banyakkan riadah,
Agar hidupmu menjadi mudah,
Jika kesihatan tidak diendah,
Penyakit hinggap pasti kaugundah.
Kesihatan itu pelindung diri,
Bagaikan kebun berpagar duri,
Rekreasi dan riadah setiap hari,
Badan kausihat tanpa sedari.
Lakukan riadah setiap masa,
Perkara yang sukar menjadi biasa,
Tiba waktu kau pasti selesa,
Hidupmu ceria juga sentosa.
B.Liana, 2016
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah maksud *aksi lincah*?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1, Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kelebihan-kelebihan melakukan aktiviti riadah.
4 分
iii
Remaja pada hari ini dilihat semakin hanyut dalam ketagihan gajet. Masa lapang sering dihabiskan dengan melayari Internet berbanding melakukan aktiviti riadah.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya remaja memandang enteng aktiviti riadah?
3 分
iv
Cuti sekolah telah bermula. Saudara anda dari kota telah pulang ke kampung dan akan menghabiskan masa cutinya bersama-sama anda dan keluarga. Anda sangat teruja untuk bermain permainan tradisional bersama-sama dengannya, namun saudara anda kurang berminat untuk bermain permainan tersebut.
Sebagai saudara yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk menarik minat saudara anda bermain permainan tradisional tersebut.
4 分
810 分
Soalan 8: Novel
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Abah, jangan benarkan! Walau apa-apa pun akan terjadi, biarlah emak di rumah! Sakit emak bukan selalu datang, hanya sesekali sahaja! Kalau emak tak ada, siapa akan menjaga Anggerik?” Mahu sahaja Dahlia meluahkan kalimat itu tetapi dirasakan tidak wajar. Nanti dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Haji Sulaiman kemudian berkata sesuatu dengan begitu perlahan seperti gaya berbisik. Dahlia ingin mendengar tetapi perbualan itu begitu perlahan.
>
> “Kami bawa isteri engkau, ya Embong?” tanya Haji Sulaiman yang sudah berdiri. Begitu juga orang yang dibawa bersama. Embong bangun dan mengangguk lemah.
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* oleh Khairudin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan sebab-sebab Dahlia tidak mahu meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar kepada bapanya?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaimi Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rohayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah novel** yang anda pelajari, bincangkan peristiwa-peristiwa dalam novel yang menunjukkan kepentingan ilmu kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kejadian lemas semasa mandi sering berlaku terutamanya pada musim cuti persekolahan. Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkaitan insiden mati lemas ini telah mencapai 400 kes setiap tahun dan harus dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat. Kejadian lemas boleh berlaku di kawasan air terjun, pantai, sungai, kolam renang hotel dan sebarang aktiviti rekreasi air. Menurut JPBM lagi, ketika terjatuh ke dalam sungai atau laut kebanyakan orang akan cepat panik ketika terjatuh ke dalam air. Situasi ini menyebabkan mereka akan meronta-ronta di permukaan air sehingga cepat letih dan akhirnya kejadian lemas mudah berlaku. Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk memakai jaket keselamatan atau *life jacket* bagi mengelakkan kejadian ini semakin bertambah. Kanak-kanak dan remaja terutamanya harus memakai jaket keselamatan setiap kali mereka berada di atas kapal, rakit, atau berenang di perairan terbuka seperti tasik, sungai atau lautan.
Di samping itu, terdapat kes lemas berlaku disebabkan penyakit sawan dan arrythmia iaitu sejenis penyakit jantung yang mempunyai risiko tinggi untuk lemas ketika berenang. Penyakit ini boleh menyerang secara tiba-tiba sehingga risiko kematian boleh terjadi. Terdapat juga kes lemas berlaku disebabkan arus kuat di kawasan pantai atau arus balik yang merupakan aliran air kuat dan deras mengalir dari pantai ke laut. Akibatnya mangsa yang berenang di kawasan tersebut akan dibawa arus deras ke tengah laut dengan cepat. Arus kuat ini sering berlaku terutamanya pada musim tengkujuh terutamanya di kawasan pantai timur. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan agar peka dengan keadaan sekeliling sebelum mengambil keputusan untuk berenang di kawasan pantai. Jangan mengambil mudah aspek keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Masyarakat memainkan peranan amat penting untuk meminimumkan risiko lemas. Selain itu, program pendidikan berteraskan pengalaman perlu dijalankan untuk membuka minda masyarakat mengenai langkah keselamatan di air. Sebagai rumusannya, setiap isu mempunyai jalan penyelesaiannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam mengurangkan insiden kematian akibat lemas di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Insiden Lemas di Negara Kita’ oleh Admin, www.scenic.my
**Bahan 2**
**Syair Pesanan Bonda**
Wahai anak permata hikmat,
Tanggungjawabmu hendaklah tersemat,
Janganlah leka sentiasa beringat,
Kemalangan tidak mudah mendekat.
Wahai anak bonda berpesan,
Tanggungjawabmu jangan tinggalkan,
Berdoalah kita kepada Tuhan,
Insya-Allah akan dikabulkan.
Kepada tuhan kami menyembah,
Dalam ujian dalam masalah,
Kurang pemantauan orang tualah,
Kejadian lemas kian bercambah.
**Bahan 3**
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.