Sarawak Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Bintulu
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sarawak Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Bintulu
Sarawak 州试卷 Bintulu · 2026
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan sejarah dan keindahan alam semula jadi. Namun begitu, masih banyak tempat bersejarah dan alam semula jadi yang belum dimanfaatkan sepenuhnya sebagai produk pelancongan. Oleh itu, Malaysia perlu mewujudkan produk pelancongan yang berpotensi untuk menarik minat pelancong. Dengan memanfaatkan sesetengah tempat bersejarah dan keindahan alam semula jadi sebagai produk pelancongan, ini dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negara dan juga manfaat kepada penduduk setempat. Tempat-tempat bersejarah seperti Kota Melaka, Georgetown, Pulau Langkawi dan Kota Kinabalu ialah beberapa contoh lokasi yang mempunyai keunikan dan sejarah tersendiri. Sebagai contoh, Melaka dan George Town ialah bandar bersejarah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda
Kenal pasti dan senaraikan **dua kata bantu** dan **dua kata bilangan.** Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
*Masyarakat digalakkan untuk memulakan pertanian bandar supaya kelestarian alam sekitar terus terpelihara*. Usaha ini mendapat sokongan padu. Pertanian bandar memanfaatkan landskap cantik di bandar serta menggunakan ruang secara efektif. Ruang terhad mampu menghasilkan pelbagai jenis sayur yang mempunyai kualiti sangat baik. Udara persekitaran menjadi semakin segar kerana tanaman hijau mengurangkan kesan pencemaran udara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pertanian Bandar dan Matlamat Serampang Dua Mata’ *Dewan Masyarakat*, Bil 02/ 2021
Kenal pasti **tiga ayat majmuk**, kemudian **pisahkan ayat-ayat majmuk tersebut menjadi enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh di bawah.
Ayat majmuk: Masyarakat digalakkan untuk memulakan pertanian bandar supaya kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
Ayat Tunggal 1: Masyarakat digalakkan untuk memulakan pertanian bandar.
Ayat Tunggal 2: Kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Peranan penjawat awam amat significan dalam melaksanakan ajenda negara. Mereka perlu meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang menjurus kepada mempermudah dan mempercepatkan urusan pelanggan tanpa karenah birokrasi. Semangat kerja berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugasan yang dilaksanakan demi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sesungguhnya, pemerkasaan perkhidmatan awam yang dilaksanakn menjadi titik-tolak yang akan melakar perubahan dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.
6 分
Bahan 2
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kelebihan Perniagaan dalam Talian’ oleh Wan Nong Muzaffar, *www.alaf21.com*
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."
Setelah patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Dalam petikan di bawah terdapat beberapa peribahasa.
Kehadiran Johan sebagai pengurus baharu di pejabat itu dianggap bagai pucuk dicita, ulam mendatang kerana beliau membawa perubahan besar dan inspirasi kepada semua kakitangan. Sifatnya yang berwibawa serta sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja menjadikan suasana kerja lebih produktif. Beliau dan kakitangannya sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan tugasan bagai aur dengan tebing. Beliau juga sangat disenangi kerana bijak menyesuaikan diri dengan budaya organisasi, bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Kenal pasti **dua** peribahasa kemudian berikan maksud peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Penjawat awam khususnya warga jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya *tidak berkompromi* dalam aspek yang melibatkan integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Ketua jabatan dan agensi bertanggungjawab melakukan pemantauan supaya penjawat awam tidak melanggar undang-undang yang akan menjejaskan integriti dan nama baik kerajaan secara keseluruhan. Integriti sangat penting kerana penjawat awam berkhidmat menerusi agensi dan jabatan yang berhadapan dengan rakyat. Segala langkah yang diambil oleh penjawat awam akan diperhatikan oleh rakyat yang menilai kualiti perkhidmatan kerajaan serta agensi-agensinya. Oleh hal yang demikian, kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap kakitangan yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas. Kerja yang begitu sukar menjadi mudah apabila mendapat aduan daripada masyarakat dan tindakan terus dilakukan.
Dipetik dan diubah suai daripada "Tiada Kompromi Isu Integriti", oleh Siti Nur Mas Erah Amran
**Bahan 2**
Penjawat awam merupakan kumpulan paling ramai yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkaitan dengan siasatan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh antara 2018 hingga 2022. Daripada 314 tangkapan yang dilakukan sepanjang tempoh itu, 170 daripadanya ialah penjawat awam. Tindakan itu terpaksa dilakukan untuk memastikan penjawat awam bertugas mengikut landasan yang ditetapkan. Selain siasatan berkaitan dengan kes rasuah, SPRM turut melaksanakan pencegahan rasuah melalui pemeriksaan terhadap amalan, sistem serta prosedur sektor awam dan swasta bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang melakukan rasuah. Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 406 ceramah khusus buat kumpulan sasar dengan 721 program berteraskan pencegahan rasuah untuk memastikan mereka sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan terlibat dalam rasuah jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Dipetik dan diubah suai daripada *www.bharian.com.my*, 27 Februari 2023
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan rangkai kata *tidak berkompromi*?
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah tujuan kerajaan mengambil tindakan terhadap pelaku rasuah dalam kalangan penjawat awam?
3 分
iii
SPRM begitu giat menjalankan pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah yang berlaku di dalam negara.
Pada pendapat anda, apakah implikasi jika amalan rasuah dapat dibendung?
4 分
iv
Rakan baik anda merupakan bendahari kelas yang diamanahkan untuk menyimpan wang kelas. Dia memberitahu anda bahawa dia ingin menggunakan wang kelas yang disimpannya untuk membeli kasut sukan dan akan menggantikannya kemudian.
Sebagai seorang rakan baik yang berintegriti, apakah yang akan anda lakukan?
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu. Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskinah Haji Masrom, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*
**Bahan 2**
**Indah Negeriku**
Negeriku ternama
berseri, indah dan ceria
destinasi utama pilihan hati.
Negeriku aman damai
pepohon nyiur melambai
menaungi pasir halus di pantai
tempat pelancong berlibur dan bersantai.
Negeriku aman sentosa
warganya bersatu hidup selesa
menjalin harmoni rukun muafakat
di bawah naungan raja berdaulat.
Sharvin Nallathamby
Perak
i
Berdasarkan **Bahan 1**, mengapakah hati aku berdebar-debar?
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan ciri-ciri suasana tempat melancong.
3 分
iii
Ekonomi negara boleh meningkat melalui industri pelancongan.
Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh negara apabila sektor pelancongan semakin maju?
3 分
iv
Anda telah menghadiri satu konsert nyanyian pada minggu lalu. Selesai sahaja konsert nyanyian tersebut, anda mendapati banyak sampah sarap yang bertaburan di kawasan tersebut.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan pada masa akan datang bagi mengatasi masalah tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Ketika aku bangkit daripada tidur, datuk sedang mengerjakan sesuatu di ruang tamu. Dia menurunkan semua barang perhiasan di dalam almari kayu. Yang sudah puluhan tahun terletak di situ. Dia menyusun barang yang bertaburan di lantai; piring hitam, cawan batu, bingkai gambar, wang syiling perak, tepak sirih, model-model bangunan, dan beberapa lagi yang aku sendiri tidak tahu barang tersebut. Akan tetapi aku pasti, ketika datuk menyusun peralatan tersebut, dia juga turut sama menyusun fikiran dan perasaannya yang bertaburan.
>
> Menjelang makan tengah hari, datuk selesai menyusun barang di ruang tamu. Kali terakhir aku menjenguknya dari muka pintu dapur apabila nenek menyuruh aku memanggil datuk, dia sedikit pun tidak mengendahkan panggilanku.
>
> Dipetik daripada *Jendela Menghadap Jalan*, oleh Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah yang dilakukan oleh datuk?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kerjaya sebagai pegawai psikiatri semakin penting dalam sistem kesihatan negara seiring dengan masa. Psikiatri ialah seorang doktor pakar yang menjalankan diagnosis, rawatan, dan pemulihan terhadap individu yang mengalami gangguan mental dan emosi. Seseorang yang meminati kerjaya ini perlu memiliki ijazah perubatan terlebih dahulu, diikuti dengan pengkhususan dalam bidang psikiatri. Mereka juga hendaklah mempunyai empati yang tinggi, iaitu mampu memahami dan menyelami perasaan pesakit tanpa menghakimi mereka. Kerjaya ini juga sesuai untuk seseorang yang berdisiplin dan lebih dipercayai sama ada dari segi pengurusan masa dan lain-lain.
Mereka yang ingin menceburi bidang ini juga hendaklah mampu menjaga kerahsiaan pesakit dan membuat keputusan secara profesional dan berprinsip. Hal ini penting bagi membina kepercayaan, mengelakkan stigma, dan memastikan pesakit mendapat rawatan dengan penuh rasa selamat dan dihormati. Dalam dunia yang kian mencabar, kehadiran psikiatri amat diperlukan. Mereka membantu individu yang berdepan tekanan emosi dan gangguan mental agar dapat kembali menjalani hidup secara normal. Misalnya, psikiatri akan mendiagnosis dan merawat pesakit yang mengalami gangguan emosi, tekanan jiwa, kemurungan, skizofrenia dan pelbagai masalah psikologi yang lain.
Jadi, sesiapa yang ingin menceburi bidang ini mestilah berpengetahuan luas dalam psikologi dan perubatan serta mempunyai pemikiran analitik dan kritis kerana mereka perlu menilai simpton, sejarah pesakit, dan membuat diagnosis yang tepat. Dengan demikian, lebih ramai yang cakna akan kepentingan kesihatan mental dan menghargai sumbangan mereka yang bergiat dalam bidang ini. Oleh itu, media sosial harus dimanfaatkan untuk berkongsi maklumat, video pendidikan, dan pengalaman sebenar pakar psikiatri bagi menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seorang Pakar Psikiatri untuk 100,000 Orang di Malaysia’, oleh Ahmad Syahmi Jalaluddin
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**MENYEMAI CITA PSIKIATRI**
Mentari pagi menyimbah cahaya
Burung berkicau di pohon meranti
Kerajaan menghulurkan biaya
Melahirkan pakar psikiatri
Melangkah pagi menuju jaya
Buku dibaca penuh dedikasi
Sekolah membuka gerbang budaya
Membuka minda tentang psikiatri
Pergi ke pekan membeli peria,
Singgah sebentar di tepi titi;
Ibu bapa memberi sokongan setia,
Mendorong anak menceburi psikiatri.
Baca petikan dan teliti **setiap bahan** grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.