Johor Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Johor Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
Johor 州试卷 Pasir Gudang · Set 1 · 2025
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pada tahun 2020 <u>didapati</u> kadar kebolehpasaran graduan TVET ialah sebanyak 2.6 peratus, iaitu lebih tinggi daripada graduan institusi pengajian tinggi (IPT). Statistik ini memanifestasikan bahawa pelajar pendidikan TVET amat diperlukan untuk <u>memenuhi</u> keperluan industri semasa pada era globalisasi ini.
Selaras dengan pembangunan pesat di Malaysia, pekerja yang diperlukan oleh majikan adalah daripada graduan yang mempunyai <u>kemahiran</u> dan bukan sekadar cemerlang di atas kertas. Pendidikan TVET atau latihan teknikal dan vokasional akan <u>melahirkan</u> warga kerja yang mempunyai kemahiran secara holistik dalam pelbagai bidang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Faedah TVET kepada Masyarakat dan Negara’ oleh Jared Liw Zhi Long, *Dewan Siswa*, Bil 10, 2022
Berdasarkan perkataan yang bergaris, kenal pasti **kata dasar** bagi perkataan tersebut. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata dasar** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Inovasi merupakan agenda penting dalam menentukan hala tuju dan mengukuhkan sesebuah institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia.</u> Hal ini dikatakan demikian kerana inovasi berupaya mengorganisasikan pemikiran yang tinggi kepada peningkatan produktiviti institusi. <u>Inovasi bukan hanya dilihat menerusi penggunaan sistem teknologi malahan boleh dilaksanakan melalui penyelidikan.</u> Inovasi dapat mengkomersialkan produk yang dihasilkan. <u>Inovasi dapat menghasilkan penemuan ilmu pengetahuan baharu yang menjadi ukuran prestasi sesebuah institusi pendidikan tinggi.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada *‘Inovasi, Penyelidikan dan Pengkomersialan’* oleh Norfaranieza Muhd Ariffin, *Dewan Kosmik*, Bil 10, 2022
Cerakinkan **ayat-ayat majmuk** yang bergaris menjadi **enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Dalam petikan di bawah terdapat **beberapa kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan, negara menyaksikan peningkatan berbagai isu yang berkait rapat dengan keselamatan pelajar di sekolah. Trend jenayah khususnya membabitkan pelajar sekolah samada mereka menjadi mangsa atau pelaku jenayah turut dibimbangkan. Antara kesalahan indeks jenayah yang membabitkan pelajar termasuklah kes kecurian motosikal, gengsterisma, mencederakan orang, pecah rumah, rogol, buli, penyalahgunaan dadah dan samun. Kejadian buli dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah pada ketika ini mempamerkan trend jenayah moden yang membimbangkan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘*Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat*’ oleh Ahmad Ibrahim, *Dewan Siswa*, Bil 10, 2022
6 分
Bahan 2
Pemeliharaan alam sekitar perlu dititik beratkan kerana tanggungjawab untuk melestarikan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua. Konsep sepakat membawa berkat dapat dicapai apabila individu, sekolah dan komuniti bekerjasama untuk menjayakan aktiviti seperti gotong royong, kitar semula dan penanaman pokok. Hal ini bukan sahaja dapat menjadikan kuantiti udara dan air bertambah baik tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan sosial. Pendidikan alam sekitar perlu diterapkan di dalam kehidupan seharian supaya kesedaran dapat disemai oleh kita dan menjadikan penghayatan pemeliharaan alam suatu budaya.
Dipetik dan diubahsuai daripada *‘Pemeliharaan Alam Sekitar’* Halaman 102, Buku Teks Tingkatan 4
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Madah itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ahmad merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah elit di kawasan bandar. Dia telah dipanggil oleh guru disiplin beberapa kali kerana sikapnya yang suka ponteng kelas. Segala nasihat yang diberikan oleh guru tidak dipedulikan dan tidak membawa apa-apa makna kepadanya. Terdapat beberapa orang rakan telah meminggirkan Ahmad kerana telah mencemarkan imej kelas dengan sikapnya yang tidak mahu berubah. Namun begitu, rakan-rakan serta guru tidak berputus asa membantu Ahmad untuk berubah dan mencapai kejayaan bersama-sama.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani b. Abdullah menyatakan bahawa fokus utama beliau dalam memimpin Polis Diraja Malaysia adalah untuk memastikan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berintegriti. Untuk memastikan perkara ini dicapai, PDRM menganjurkan kursus integriti kepada semua anggota secara berkala. Ketiadaan integriti dalam diri setiap individu bakal mengancam keselamatan negara.
Dalam usaha membudayakan integriti pemimpin masyarakat perlu menjadi contoh kepada generasi kini. Negara masih mempunyai peluang dan ruang untuk membanteras rasuah sekiranya semua pihak memberikan keutamaan kepada aspek integriti. Seterusnya, penjawat awam perlu menerapkan prinsip dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas agar citra perkhidmatan awam sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Oleh itu, budaya integriti yang kita amalkan akan menjadi cerminan kepada sahsiah yang terpuji.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perkasa Sikap Integriti’ oleh Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof, *Kosmo*, 8 Mei 2021
**Bahan 2**
Penjawat awam perlu mempunyai integriti. Nilai ini berkait rapat dengan jati diri merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan melaksanakan amalan terbaik. Seorang penjawat awam diwajibkan mengisytiharkan harta yang diperoleh sebelum dilantik dan ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Biasanya penjawat awam diminta berbuat demikian ketika mula-mula melaporkan diri di jabatan kerajaan dan perlu memperbaharuinya setiap lima tahun.
Penjawat awam juga disarankan untuk menghadiri program integriti anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program ini menyediakan input dan penghayatan ke arah ikrar integriti bagi menjelaskan peranan dan fungsi SPRM. Di samping itu, program ini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap SPRM dalam meningkatkan pengetahuan penjawat awam. Jika integriti tidak dibudayakan dan hanya sekadar lafaz ikrar kepercayaan orang lain terhadap kita akan hilang dan hubungan sesama manusia akan menjadi renggang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Integriti Cerminan Pesonaliti Pemimpin’ oleh Prof Datuk Dr Ismail Sualman
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah kesan seandainya integriti tidak diamalkan?
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan cara-cara yang perlu dilakukan oleh penjawat awam untuk mewujudkan persekitaran dan budaya kerja berintegriti.
3 分
iii
Sikap pegawai kerajaan yang tidak berintegriti pada hari ini boleh mengurangkan keyakinan masyarakat terhadap sektor kerajaan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat kurang mengamalkan integriti dalam kehidupan?
3 分
iv
Sebagai Ketua Pengawas, anda diminta menguruskan kutipan yuran untuk majlis rasmi sekolah. Namun begitu, pengawas sekolah yang dipertanggungjawabkan telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.
Cadangkan tindakan yang wajar anda lakukan untuk menangani hal ini.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Saya hanya buruh kereta api di Filipina,” jelas De Wega. “Gaji saya cukup untuk makan. Saya tidak mempunyai apa-apa kemudahan untuk berlatih. Saya berlatih sendiri, tapi saya gigih dan berdisiplin. Di samping menjalani latihan keras yang dikendalikan oleh jurulatih.”
Kamarul terdiam.
“Disiplin itu penting kepada kita,” kata De Wega. “Yang kedua, jangan mudah lupa diri. Jangan menganggap kita sudah berjaya dan kita enggan mengikuti latihan yang dikendalikan oleh jurulatih.”
Kamarul semakin terpancing dengan cerita De Wega.
“Yang ketiga, jangan mudah putus asa atau kecewa,” ujar De Wega. “Saya pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik di kota Munich. Saya kecewa kerana mendapat tempat kedua. Walau bagaimanapun saya padamkan sifat kecewa itu dan bekerja keras. Hingga kini saya masih berharap dapat mewakili negara ke Sukan Olimpik.”
Dipetik daripada novel ‘*Pelari Muda*’ oleh Ghazali Ngah Azia, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**SELOKA MARI BERSUKAN**
Sukan bentuk semangat waja,
Sentiasa ceria sepanjang masa.
Beriadah bersenam amalan mulia,
Badan sihat tubuh bertenaga.
Jom sertai sukan sekolah,
Kurang lakukan perkara tak berfaedah.
Bersukan gaya hidup sihat,
Hati gembira sepanjang hayat.
**N.S**
Johor Jaya
**Bahan 3**
**PANTUN BADAN CERGAS MINDA CERDAS**
Pak Ajim membeli ikan,
Terlihat unggas di pohon kerdas;
Gigih dan rajin dalam bersukan,
Jasmani cergas minda cerdas.
Burung belatuk di pohon turi,
Mematuk selesa di balik suria;
Sukan bentuk motivasi diri,
Disiplin sentiasa cergas ceria.
Tersusun indah bunga dahlia,
Bunga dilihat di Kuala Kemuju;
Sukan riadah amalan mulia,
Jangan culas amalkan selalu.
Nampak indah kemboja di jalan,
Banyak dilihat menghias pusara;
Bersukan beriadah suatu amalan,
Fizikal sihat minda sejahtera.
B.Liana, 2016
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah nasihat De Wega kepada Kamarul?
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan kebaikan-kebaikan bersukan kepada masyarakat.
3 分
iii
Aktiviti riadah seperti berbasikal, mendaki bukit dan menjelajah hutan menjadi pilihan anak muda pada masa ini.
Pada pandangan anda, apakah faktor generasi muda gemar melakukan aktiviti riadah?
4 分
iv
Kelab rekreasi sekolah anda ingin mengadakan perkhemahan pada cuti sekolah namun sambutan yang diberikan oleh ahli kelab rekreasi kurang memuaskan.
Selaku pengerusi kelab rekreasi, apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan penyertaan dalam program tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Cantik, anggun, bijak, pandai memasak dan mengurut,” tiba-tiba terkuak cetusan minda daripada bibir nipis Datuk Yasser.
>
> “Siapakah yang pandai urut-mengurut ni?” Datin Hazirah menjengah wajah suaminya.
>
> “Tak ada apa-apa,” Datuk Yasser kembali ke dalam dirinya. Dia menyengih.
>
> “Bukan apa, saya dan Zahid rasa agak pelik apabila setiap kali bertanyakan hal Eda daripada keluarganya, mereka kata dia demam. Lebih seminggu dah abahnya, kalau nak sakit kenapa tak ada sesiapa yang pergi melawat dia? Di sana, kan?” sinis nada Datin Hazirah membalas renungan suaminya.
>
> “Mereya tiga hari lagi bagaimana, tanpa kehadiran Eda sekali lagi?” seperti runsing nada Datin Hazirah. Hatinya terkedu. Risau. “Sudahlah semasa bertekul Waheeda tidak ada, sekarang masa mereya pun tidak dapat datang, majlis apa namanya ni abahnya?” Datin Hazirah geram dan panas hati mengenang akan sikap pihak perempuan yang jimbam itu. Panas hatinya kalau-kalau dipermainkan Si Waheeda.
>
> Dipetik daripada novel *Tirani* karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perkara yang menjadi persoalan Datin Hazirah berkaitan Waheeda.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menunjukkan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Berita palsu merupakan satu bentuk ancaman daripada pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Tidak semua berita yang dibaca itu ialah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial. Melalui hasil kajian Laporan Digital 2019, Malaysia merupakan negara ke-5 di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang paling aktif dalam media sosial. Situasi ini mencetuskan segelintir masyarakat menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh menyebabkan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
Malaysia mempunyai bilangan pengguna Internet tertinggi, iaitu kira-kira 87 peratus daripada jumlah penduduk. Namun begitu, hal ini tidak bermaksud pengguna mempunyai literasi media tinggi kerana ramai yang tidak tahu cara membezakan fakta sahih dengan berita palsu. Sebagai pengguna media sosial, janganlah berkongsi atau komen berita yang diterima tanpa mengetahui status berita tersebut seperti kesalahan dalam penulisan artikel berkaitan berita kebencian, menghina Raja-Raja, perkauman dan juga sentimen agama. Perbuatan ini boleh memberi impak negatif terhadap minda dan kehidupan masyarakat. Begitu juga berita seorang peniaga Pasar Borong Melaka di Batu Berendam kesal berita palsu pasar berkenaan ditutup akibat COVID-19 menyebabkan kekurangan pelanggan yang amat ketara. Selain itu, perbuatan masyarakat yang masih menyebarkan dan berkongsi berita palsu turut menyebabkan nama baik individu dan reputasi sesebuah organisasi serta kesejahteraan negara terjejas. Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu perkara atau isu disebarkan dan dipanjangkan kepada orang lain. Oleh itu, agensi kerajaan seharusnya memastikan setiap maklumat atau berita yang dikongsi di media sosial adalah benar kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Kesimpulannya, usaha membendung penyebaran berita palsu ini adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dan janganlah kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membendung berita palsu’ https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/03/08/membendung-berita-palsu/ oleh Majlis Keselamatan Negara, 2023
**Bahan 2**
**Gurindam Berita Palsu**
Kemajuan teknologi kian mencabar,
Berita palsu mudah tersebar.
Bijaklah dalam menerima khabar,
Teliti maklumat sebelum disebar.
Ilmu dan akal perlu digunakan,
Agar berita tidak disalahgunakan.
Saring informasi sebelum percaya,
Agar tak jadi sumber celaka.
**Bahan 3**
Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.