Johor Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Johor Trial 2025 Bahasa Melayu Kertas 2 · Johor Bahru
Johor 州试卷 Johor Bahru · 2025
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kita seharusnya sedar bahawa dalam memperoleh sesuatu ilmu, tiada jalan mudah dan singkat. Proses pengajaran <u>mengambil</u> masa yang lama dan usaha yang <u>berterusan</u> diperlukan. Selain itu, kita juga perlu merujuk kepada sumber yang sahih. Buku seharusnya dijadikan sumber rujukan yang utama untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, kita sepatutnya lebih berhati-hati ketika memilih buku yang <u>berkualiti</u>. Hal ini dikatakan demikian kerana buku yang berkualiti mempunyai fakta yang lebih tepat dan benar berbanding dengan Internet yang kurang diketahui <u>kesahihan</u> maklumatnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Gedung Ilmu, Pembacaan Kunci Utamanya’ oleh Muhammad Lutfi Zahid, *Dewan Siswa*, Bil. 1/2021
Tukarkan kata terbitan yang bergaris kepada **kata dasar**. Kemudian **bina satu ayat** anda sendiri daripada setiap **kata dasar** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Zii Jia. Dia membuktikan bahawa kekalahan untuk mara ke peringkat akhir tidak pernah mematahkan semangat juangnya. Dia meraih pingat gangsa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet itu di Paris. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet itu di Paris. Pemain di kedudukan ketujuh dunia itu meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang menentang Lakshya Sen dari India. Dia bangkit daripada ketinggalan satu set dengan kemenangan pada aksi penentuan pingat gangsa. Aksi penentuan pingat gangsa sungguh mendebarkan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘PM Ucap Tahniah kepada Lee Zii Jia’ oleh Bernama, *Sinar Harian*, 6 Ogos 2024
**Gabungkan** ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi **tiga ayat majmuk** sahaja.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat daripada petikan tersebut.
Bahan 1
Sains sukan berperanan dalam mempercepatkan pemulihan selepas kecederaan melalui pendekatan moden seperti fisio terapi dan *cryotherapy* serta membantu merancang diet yang sesuai bagi memastikan atlet mendapat nutrisi yang mencukupi untuk bermain pada keesokkan hari. Kontingen sukan perlu cakna terhadap perkembangan terbaru sains sukan seperti aplikasi teknologi sukan untuk memastikan prestasi pasukan yang konsisten. Pada masa kini, teknologi moden terbukti dapat membantu jurulatih membuat keputusan yang berkesan. Tambahan pula, Institut Sukan Negara (ISN) adalah pusat kecemerlangan sukan di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam sains sukan, termasuk teknologi sukan dan pakar-pakar yang boleh memberikan analisa dan rujukan yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi atlet.
6 分
Bahan 2
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang ditahan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.
Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik."
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam *Antologi Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sepuluh tahun lalu, Zulaikha meninggalkan kampung halamannya kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan faham dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati kehidupan yang agak selesa. Walau bagaimanapun, berbekalkan ingatan terhadap kampung halaman yang masih membara, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan menetap di sana. Dia juga terbuka untuk meminta maaf dan berbaik semula dengan adik-beradiknya. Kini kehidupan Zulaikha lebih bahagia.
Nyatakan **dua** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Keberkesanan pelaksanaan tadbir urus negara yang betul seharusnya seiring dengan pengamalan integriti yang tinggi dalam diri pemimpin dan juga masyarakat. Tidak dinafikan antara punca mereka yang terlibat dengan gejala rasuah adalah disebabkan desakan kewangan. Gejala ini perlu ditangani dengan berkesan. Oleh sebab itu, pendedahan pendidikan integriti perlu dilaksanakan dengan segera.
Pembudayaan amalan integriti sewajarnya dimulakan secara menyeluruh pada peringkat sekolah rendah lagi. Umumnya, pada peringkat sekolah rendah merupakan waktu yang paling sesuai untuk membentuk jiwa dan jati diri pelajar dalam mengamalkan integriti dalam kehidupan seharian. Pendidikan integriti pada peringkat sekolah tidak hanya terhad melibatkan pelajar dan warga pendidik. Pendidikan integriti perlu melibatkan keluarga pelajar dan warga setempat kerana kebiasaannya perbuatan salah laku integriti berlaku di mana-mana sahaja tanpa batasan dan peringkat umur.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memperkasakan Pendidikan Integriti’, *Dewan Masyarakat*, Bil 6, 2022
**Bahan 2**
Ada pendapat yang menyatakan bahawa budaya sogok-menyogok atau rasuah ini sukar dibendung. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa jika tidak ada orang yang menerima, maka tiadalah orang yang memberi. Lantas, keteguhan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu. Pegangan agama yang kuat merupakan benteng yang dapat mengubah semua keadaan ini.
Terdapat beberapa perkara yang terangkum dalam amalan budaya integriti. Antaranya tidak menggunakan dana atau wang pejabat untuk kepentingan peribadi. Seterusnya, tidak menerima hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan bagi khidmat yang diberikan. Di samping itu, tidak terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada anggota keluarga dan kepada mereka yang ada kepentingan dengan diri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Budaya Integriti Benteng Amalan Korupsi’, *Dewan Masyarakat* Bil 12, 2023
i
Berdasarkan **Bahan 1**, mengapakah pembudayaan amalan integriti sewajarnya dimulakan secara menyeluruh pada peringkat sekolah rendah?
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan langkah-langkah bagi mencegah gejala rasuah.
3 分
iii
Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan berintegriti dalam kalangan para pekerja mahupun golongan peniaga?
3 分
iv
Anda mempunyai seorang kenalan yang bekerja sebagai seorang kontraktor binaan. Kenalan anda mengakui bahawa dia sering memberi rasuah kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan perniagaannya.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan yang wajar anda lakukan bagi memastikan kenalan anda tidak terus mengamalkan rasuah?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Keutuhan Jasmani**
Burung hantu di atas dahan,
Di waktu subuh terbang ke desa;
Bersukan itu banyak kelebihan,
Sihat tubuh sepanjang masa.
Tanam perupuk di tengah ruang,
Pohon gelenggang di tepi telaga;
Sukan pupuk semangat juang,
Di dalam gelanggang beradu tenaga.
Daun pudina limau kasturi,
Buat sajian minuman jiran;
Sukan bina keyakinan diri,
Tidak goyah menghadapi rintangan.
**GHAZALI LATEH**
Kuala Lumpur.
**Bahan 2**
**Dahlia :** Tolonglah papa, mama. Lia kata tak mahu, tak mahulah! Papa dan mama janganlah paksa-paksa Lia.
**Puan Ros :** Papa dan mama tak paksa pun. Kami cuma tak mahu Lia buat kerja separuh jalan. Lagipun, Lia sudah besar panjang. Takkanlah cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
**Encik Aris :** Dulu, Lia yang beria-ia hendak mewakili sekolah dalam permainan tenis kerana dapat meluangkan masa bersama-sama rakan dan menguatkan otot. Sekarang sudah terpilih hingga peringkat kebangsaan, kenapa menolak?
**Dahlia :** Peperiksaan sudah dekatlah, papa. Lia tak mahu tertinggal pelajaran. Kalau gagal nanti, siapakah yang akan dipersalahkan? Lia juga.
Dipetik dan diubah suai daripada drama “Bukan Halangan”, *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 3**
**Kabut Persembunyian**
Puncak tersembunyi diselimuti kabut kelabu
Langkah penuh berhati-hati
Inginku elak tersesat di jalur tabu
Hembusan angin dingin yang menusuk tulang-belulang
Takkan terpadam api semangat juang,
*Melangkah gagah* meneruskan pendakian ke puncak
Tak mengalah walau rintangan datang menghalang.
Tiba di puncak
kurenungi keagungan semesta
Rasanya kecil dan tak bererti
namun penuh rasa bangga
Sampai di tempat tertinggi
dengan tekad yang kuat
Mendaki gunung mengajar erti hidup penuh pancaroba
Impian tercapai walau tak terduga dek akal.
**HANIF SRI YULISANTO**
Kota Samarahan.
i
Berdasarkan **bahan 3**, apakah maksud rangkai kata *melangkah gagah*?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan manfaat-manfaat yang diperoleh apabila seseorang bersukan.
4 分
iii
Aktiviti bersukan kurang diutamakan dalam kehidupan masyarakat pada masa ini.
Pada pandangan anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat kini tidak gemar bersukan?
3 分
iv
Kejohanan olahraga di sekolah anda semakin hampir. Rakan anda mempunyai kebolehan dalam sukan balapan. Namun begitu, dia tidak berminat untuk menyertai acara balapan bagi mewakili rumah sukan kerana tidak mahu terikat dengan komitmen masa selain gemar menghabiskan masa dengan alat peranti elektronik.
Sebagai murid yang prihatin, apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk memastikan rakan tersebut mewakili rumah sukan anda?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada Pak Cik Aziz sambil menundukkan kepala. “Anak-anak sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk menyambung perusahaan pak cik”, sambungnya sambil wajah disarati masalah.
>
> “Di mana mereka?” tanya Ghazi.
>
> “Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamikan orang luar dan bekerja di sana,” kata Pak Cik Aziz, nadanya bersepuh kesedihan.
>
> “Oh… terpacul suara Ghazi dan Waheeda lalu melompong terperanjat.
>
> “Memang silap pak cik sendiri kerana kurang berpengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng.
>
> Bayangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik dapat tahu,” kata Aziz menggeleng.
>
> “Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan, jika tidak pihak mereka akan menyita segala aset perniagaan pak cik.
>
> Dipetik daripada *‘Novel Tirani’* karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan sebab-sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **dua peristiwa** yang menunjukkan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Fenomena pelarian pada dasarnya merupakan isu global yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada masyarakat antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pelarian merupakan individu atau kelompok yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka akibat penganiayaan, peperangan atau keganasan. Malaysia merupakan satu daripada negara di Asia Tenggara yang menjadi destinasi utama pelarian. Namun demikian, beberapa masalah mula muncul seiring dengan kemasukan mereka termasuklah peningkatan kadar jenayah yang dilakukan oleh pelarian seperti pecah rumah, pemerdagangan manusia dan pemalsuan dokumen. Keadaan bertambah parah apabila mereka turut mewujudkan penempatan haram di merata-rata tempat.
Setakat ini, jumlah pelarian di negara ini telah mencecah angka ratusan ribu orang dari beberapa buah negara seperti Myanmar, Pakistan, Yaman dan Syria. Sebanyak 160,332 orang (86.3 peratus) daripada keseluruhan pemohon suaka ini merupakan pelarian dari Myanmar dengan 107,433 orang (67.0 peratus) daripada mereka merupakan etnik Rohingya. Lantaran itu, prakarsa yang efektif harus dilaksanakan bagi membendung kes ini. Oleh itu, pihak kerajaan sememangnya perlu merangka satu dasar khusus berkaitan pelarian sebagai satu kaedah tuntas mengatasi permasalahan ini. Hal ini dikatakan demikian supaya dapat mengawal golongan pelarian yang kerap didapati melanggar undang-undang negara tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat dan kedaulatan negara. Situasi ini mendorong pihak kerajaan menghantar pulang bagi pelarian yang menimbulkan pelbagai masalah di negara ini. Sekurang-kurangnya, keselamatan di dalam negara akan lebih terjamin tanpa kehadiran mereka.
Pakar-pakar ekonomi juga turut melontarkan pandangan agar golongan pelarian ini boleh diberikan kerja dalam sektor yang kritikal seperti pembinaan dan perkilangan sekali gus mengurangkan kos majikan untuk mengambil pekerja asing. Malah, keadaan ini mampu membantu menyelesaikan polemik mereka yang gemar merebut peluang ekonomi yang terhidang untuk masyarakat tempatan. Golongan pelarian seharusnya tidak menambahkan beban sedia ada kepada rakyat Malaysia yang turut bergelut dalam kehidupan demi mencari sesuap nasi. Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan, Malaysia bersedia membantu pelarian, namun tidak sekali-kali mengorbankan kedaulatannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pelarian: Daripada Simpati Kepada Krisis’ oleh Abdul Kadir Mohd Ayub, *Dewan Masyarakat*, 09/ 2024
**Bahan 2**
**Syair Dunia Pelarian**
Bergaduh berperang menjadi lagu,
Rakyat kehilangan arah dan tuju,
Negara ASEAN berganding bahu,
Dunia pelarian boleh dibantu.
Tinggalkan negara membawa diri,
Hadapi cemuhan suara mengeji,
Mereka lari mencari simpati,
Demi nyawa dan juga rezeki.
Setelah terselamat dari neraka,
Susu diberi dibalas tuba,
Jangan dibiar menetap lama,
Pulangkan mereka dengan segera.
**ABU KHALIFAH,**
Kuala Selangor.
**Bahan 3**
Baca petikan dan teliti bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.