Baca petikan di bawah dengan teliti.
Keluarga bahagia menjadi teras keluarga yang cemerlang. Kerjasama setiap ahli dalam keluarga diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Jika seluruh keluarga berada dalam ketenangan dan kebahagiaan, nescaya segala elemen yang negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau perceraian boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Institusi kekeluargaan perlu bersama-sama menyempurnakan tanggungjawab masing-masing seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya demi memastikan kehidupan yang lebih sejahtera. Oleh hal yang demikian, seisi keluarga sama ada tua atau muda perlu bersatu hati mendukung aspirasi ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pentingnya Keluarga Bahagia’ oleh Thaarmaaraj a/l Ramanathan, *Dewan Siswa*, Bil. 04 2020
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian, **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata majmuk** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan ini sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pokok kenaf mampu menghasilkan gentian berkualiti dalam sektor pembuatan malahan boleh dijadikan sumber makanan haiwan. Potensi tanaman kenaf di negara ini terbukti apabila gentian menerima permintaan tinggi dari China, iaitu sebanyak 200 tan sebulan. Gentian kenaf juga mendapat perhatian dari negara jiran seperti Thailand untuk digunakan dalam industri automotif terutamanya dalam produk cekap tenaga.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Potensi kenaf komoditi eksport Baharu negara’ oleh Mohd Zulkifli Zainudin, *Berita Harian Online*, 19 Mac 2015
**Cerakinkan ayat majmuk** dalam petikan di bawah kepada **enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan tatabahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menyalin kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
KUCHING – Kes-kes jangkitan rabies yang berlaku di kalangan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak. Kampung Narum di Marudi diishtiharkan sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar disahkan positif rabies pada 2 Februari lepas.
Sehubungan dengan itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengingatkan orang awam supaya berwaspada dan menggesa agar siapa yang digigit haiwan perlu segera mendapatkan rawatan di klinik.
“Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Sarawak pada tahun ini, telah merekod 13 kematian daripada 15 kes rabies. Sejak 2017, jumlah kumulatif rabies yang menyakiti manusia ialah sebanyak 70 kes dengan 63 kematian,” katanya kepada pemberita.
Pemilik anjing perlu memastikan suntikan pelalian telah diberikan kepada haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan masyarakat dijangkiti rabies virus.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rabies di Sarawak Meningkat.’ 15 Ogos 2023, *Astro Awani*
5 分
Bahan 2
Terdapat pelbagai punca-punca yang dikaitkan dengan penyakit *Dissociative Identity Disorder (DID)* ini. Antaranya termasuklah trauma teruk yang tidak mudah lenyap dari ingatan yang pesakit alami ketika zaman kanak-kanak. Trauma tersebut seperti didera, kehilangan orang tersayang, kemalangan, mangsa seksual dan sebagainya. Trauma seperti ini sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal boleh menyebabkannya mengembang menjadi kecelaruan identity. Kanak-kanak yang mengalami trauma akan kerap membayangkan masa lampau mereka dari semasa ke semasa. Lama kelamaan otak mereka mewujudkan personaliti baru dalam diri bagi mengelakkan mereka teringat kembali trauma yang pernah dilalui.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hindari Penyakit Kecelaruan Personaliti’ oleh Puteri Nurina Mohd Jasmani, *Dewan Siswa*, Bil.08/2020
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka ia pun sampailah ke istana. Didengar bunyi gemuruh, maka dihampirinya; maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.
Maka Kertala Sari pun hairan, berfikir dalam hatinya, "Adapun hikmat ini bukan hikmat Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga." Maka diambil suatu kayu, maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu gemuruh bunyinya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Menelusuri kisah insan cekal yang kuat semangat ini pasti akan memberikan inspirasi kepada para pembaca. Projek tanaman tembikai yang diusahakannya di tanah terbiar telah membuahkan hasil yang menguntungkan. Selain tanaman tembikai, beliau turut menternak lebah kelulut dengan kerjasama Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad.
Projek tersebut dijalankan bersama-sama ahli keluarga dan turut dibantu oleh penduduk kampung. Setiap pagi, mereka memulakan kerja di ladang bagi menguruskan projek tanaman tembikai. Manakala pada waktu petang pula, mereka akan mengutip madu daripada ternakan lebah kelulut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Wanita Berjiwa Perkasa’, Buku Teks BM Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan **dua** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Nilai murni seperti jujur, amanah dan berdisiplin perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut menjadikan kita sebagai seorang insan yang berintegriti. Keimanan dan ketakwaan dalam diri menjadi jati diri yang kukuh daripada melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan integriti. Setiap agama di dunia ini tidak pernah membenarkan penganutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan peradaban manusia. Contoh amalan integriti ialah hadir lebih awal ke tempat kerja supaya kita bersedia sebelum memulakan pekerjaan. Kita perlu mempunyai perancangan dalam melakukan tugas yang diamanahkan dan menyelesaikan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi menjaga nama baik individu serta organisasi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membudayakan Integriti Dalam Kehidupan’ oleh Noriza Hassan, 16 Disember 2020, news.ump.edu.my
**Bahan 2**
Integriti dinisbahkan sebagai sikap jujur, amanah dan amalan moral yang tinggi dalam diri seseorang individu. Keutuhan sesebuah organisasi atau negara bergantung kepada nilai integriti yang ada pada individu dalam organisasi dan masyarakat. Musibah COVID-19 banyak menguji dan mengajar kita mengenai kepentingan nilai integriti. Kurangnya nilai kejujuran dalam diri individu dan masyarakat yang akhirnya boleh menyebabkan hilangnya maruah diri. Ketirisan perkakasan hospital seperti topeng muka dan sarung tangan dalam suasana serba sulit hari ini dek COVID-19 menunjukkan ‘kulit’ sebenar sesetengah individu dalam masyarakat. Sikap sebegini *memberikan impak* yang besar kepada negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Integriti Pada Waktu Mencabar’ oleh Prof Madya Dr Nurul Aini Muhamed, April 2021, https://www.bharian.com.my
**Bahan 3**
“Secara umumnya, integriti merangkumi sikap, tingkah laku dan segala perbuatan yang berlandaskan sifat tanggungjawab dan ketelusan. Semua ini bukanlah perkara asing bagi kita. Malah kita dididik sedari kecil untuk mengamalkan budaya hidup positif dan sentiasa mementingkan nilai-nilai murni dalam segenap aspek kehidupan. Kita seharusnya meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri dengan tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri. Lantas, menjadi tanggungjawab dan amanah kepada pegawai awam untuk bersama-sama memastikan integriti kita tidak dipersoal mahupun diperlekehkan oleh rakyat sehingga hilangnya maruah diri.”
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ terbitan 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *memberikan impak*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 3**, nyatakan **dua nilai murni** yang berkait rapat dengan integriti?
3 分
iii
Sikap pegawai kerajaan yang tidak berintegriti pada hari ini boleh mengurangkan keyakinan masyarakat terhadap sektor kerajaan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku?
3 分
iv
Anda dilantik sebagai ketua murid. Anda melihat rakan baik bersama-sama sekumpulan murid sedang menghisap rokok elektronik di belakang dewan.
Sebagai ketua murid yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
“Ya Fairul.” Ringkas dijawabnya.
“Jurulatih, saya datang sini hendak berlatih badminton bukan nak masuk olahraga. Setiap hari saya kena lari padang dan sampai sekarang saya langsung tak main badminton. Apa jenis latihan ini sebenarnya? Saya sudah tiada hati untuk berlatih lagi.” Bagaikan mendapat satu kekuatan, aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
"Fairul, awak tahu tak? Apa perkara yang paling penting untuk menjadi seorang pemain badminton? Antaranya ialah awak mesti ada semangat yang tinggi. Kedua ialah tahap kecergasan mestilah berada dalam tahap yang tinggi.
10 pusingan larian pun awak penat sangat, jadi macam mana awak nak jadi pemain badminton yang hebat? Ketika ini mulut aku mati dari berkata-kata. Hanya telinga aku aktif menyerap bunyi dari kotak suara jurulatih Ah Beng.
Masa berlalu pantas. Secara rasminya aku diikat kontrak sebagai pemain professional Malaysia di bawah naungan Badminton Association Malaysia (BAM). Segalanya berbeza di sini. Pada ketika usiaku mencapai 22 tahun, berada di bawah naungan BAM. Buat pertama kalinya aku menghampiri gelaran juara pertamaku di kejohanan GP Emas Terbuka Malaysia menewaskan pemain pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan. Penyokong tempatan mula *menaruh perhatian* dan harapan padaku. Begitu juga dengan jurulatih yang diimport khas dari Indonesia untuk membimbing pemain perseorangan lelaki Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada cerpen *Olimpik Kau Tunggu Aku Datang*, oleh Syahmeen
**Bahan 2**
**MARILAH BERSUKAN**
Makan ulam dengan ikan tenggiri,
Minum air kelapa muda.
Atlet cemerlang jaga diri,
Pemakanan sihat perlu dijaga.
Pohon tinggi akarnya kuat,
Berbuah lebat sepanjang masa.
Atlet sejati tak mudah angkuh,
Hormat jurulatih, hormat pesaing juga.
**Bahan 3**
**KEJAYAANKU**
Langkah pertama bukan di gelanggang,
Tetapi dalam hati yang sentiasa terang.
Tekad membara, semangat menyala,
Itulah api yang membakar jiwa.
Bangun pagi bukan kerana disuruh,
Tapi kerana cita tak pernah lusuh.
Tubuh adalah senjata,
Yang perlu kuat, tangkas dan murni.
Ilmu sukan ditimba selalu,
Teknik diasah, strategi ditelusuri.
Kejayaan bukan datang dahulu,
Ia hadiah bagi yang tak berhenti mencari.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *menaruh perhatian*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan perkara-perkara penting untuk menjadi seorang atlet sukan yang berjaya.
4 分
iii
Penyertaan murid-murid dalam acara sukan sememangnya memberikan pelbagai faedah kepada mereka.
Pada pendapat anda apakah faedah-faedah tersebut?
4 分
iv
Sukan lasak merupakan antara hobi khusus untuk mereka yang benar-benar gemarkan aktiviti yang mencabar diri. Walau bagaimanapun, ramai golongan muda kurang berminat untuk menyertai sukan lasak ini disebabkan sukan ini sangat berbahaya dan berisiko.
Selaku seorang pegawai di Jabatan Belia dan Sukan, cadangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya golongan muda berminat menyertai sukan lasak.
3 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Masing-masing diam. Pak Cik Bakar kini hanya menyandarkan tubuhnya pada tiang di warung itu. Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah.
>
> Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah diturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung tersebut.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Tirani* karya Beb Sabariah
(f) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan **dua** peristiwa yang meninggalkan kesan di hati pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari kerana memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Oleh itu, teknologi hijau perlu diberikan penekanan kerana kemampuannya untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Umum mengetahui bahawa teknologi ini mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. Teknologi hijau juga dapat mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga fosil seperti loji tenaga solar dan angin dapat digunakan sebagai sumber tenaga alternatif. Di samping itu, kos operasi yang rendah daripada kemudahan kuasa konvensional berbanding mengendalikan loji kuasa bahan api fosil tetapi memerlukan kos operasi yang tinggi.
Sememangnya sudah ada pelbagai usaha untuk mengekalkan teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Dalam konteks ini, kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu tanpa bahan bakar seperti Transit Aliran Massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik juga telah dibangunkan agar dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa seperti mengehadkan penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar semula dan amalan hidup sihat. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan menyambut baik usaha kerajaan dengan menganjurkan Program Sekolah Bestari dan Bandar Lestari.
Program ini diharap dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon di atmosfera. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih terus leka dengan mengabaikan kepentingan melestarikan alam sekitar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam’ oleh Syahril Izwan Abdul Yamin, *Dewan Kosmik*, Januari 2016
**Bahan 2**
**HIJAUNYA TEKNOLOGI**
Berkuda putera berburu rusa,
Hasil disimpan di dalam guni;
Undang-undang perlu diperkasa,
Negara dipacu teknologi terkini.
Perahu hanyut dibawa arus,
Hanyut jauh ke tengah samudera;
Teknologi hijau dibangun terus,
Negara maju rakyat sejahtera.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.