Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kuala Lumpur, 30 Januari - Seorang pendaki wanita dilaporkan sesat ketika aktiviti pendakian di Bukit Tabur semalam. Ahli keluarganya menjadi cemas apabila beliau gagal dihubungi. Operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan oleh pelbagai pihak. Walaupun kelu tanpa bicara, terpamer riak sedih pada wajah ahli keluarga. Pasukan penyelamat bertarung nyawa meredah laluan yang licin dan berbatu. Suasana hiba menyelubungi pusat operasi ketika pencarian berterusan tanpa petunjuk. Selepas beberapa hari, mangsa ditemui terdampar di tebing sungai yang indah. Ahli keluarga sangat gembira atas kejayaan operasi tersebut. Namun, pendaki wanita tersebut masih gelisah tatkala mengenang kejadian itu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘https://www.sinarharian.com.my/article’
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja adjektif perasaan**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap ***kata* adjektif perasaan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Jurusolek kesan khas memerlukan semua kemahiran yang sama seperti jurusolek biasa. Jurusolek kesan khas memerlukan semua kebolehan yang sama seperti jurusolek biasa. Masa hadapan kerjaya ini amatlah luas dalam industri perfileman. Khidmat kesan khas ini amat diperlukan dalam industri perfileman. Jurusolek kesan khas perlulah meningkatkan kepakaran mereka. Jurusolek kesan khas perlu cakna akan perkembangan terkini dunia persolekan. Mereka menjadi lebih serba boleh.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Solekan Ubah Wajah’ dalam *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Gabungkan **ayat-ayat tunggal** di bawah supaya menjadi **tiga ayat majmuk** tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya.
6 分
310 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Tarian zapin merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu di Johor. Tarian ini diilhamkan oleh pedagang Arab yang berasal dari Yaman. Gerak tarian yang penuh longlai ini asalnya dipengaruhi oleh budaya Arab dan telah mengalami perubahan serta disesuaikan dengan adab masyarakat Melayu. Mereka dipergunakan muzik dan tarian sebagai salah satu cara untuk mendekatkan masyarakat setempat. Pada masa ini, tarian zapin dipersembahkan secara sederhana dengan menggunakan iringan alat muzik seperti gambus dan biola sahaja. Tarian ini menjadi idintiti masyarakat Melayu yang perlu dipertahankan oleh generasi kini. Banyak lagu-lagu zapin mengandungi unsur nasihat dan pengajaran.
5 分
Bahan 2
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Tarikan Pelancongan Di Malaysia
Sahabatku,
Apa khabar awak di sana? Saya harap awak sekeluarga sihat sejahtera. Pada hujung minggu lepas, saya sekeluarga telah melancong ke sebuah bandaraya terkenal di Indonesia iaitu Jakarta. Kita sedia maklum bahawa Jakarta ialah ibu kota Indonesia yang skalnya terlalu besar sekali di Asia Tenggara. Jakarta merupakan pusat pentadbiran, ekonomi, dan pelancongan yang pertama. Pelbagai tempat menarik telah dilawati oleh kami seperti Monumen Nasional, Kota Tua dan Taman Mini Indonesia Indah.
Saya berharap perkongsian ini membantu awak untuk memilih destenasi pelancongan terbaik.
Yang Benar,
Nurin Auniya
5 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik memohon ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas,”.
Maka, titah raja, “Hai Temenggong, tidaklah kita titahkan Temenggong sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian?”.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, dalam Antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Ayah :** Damia, jagalah diri dan tingkah laku ketika bergaul dengan orang lain di luar sana. Damia kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebagaimana ………… (i) ………….
**Damia :** Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
**Ayah :** Setelah berjaya kelak, ucaplah terima kasih kepada pensyarah dan semua guru di sekolah yang pernah mendidik Damia, janganlah Damia dianggap oleh orang lain seperti peribahasa ………… (ii) ………….
**Damia :** Baik ayah, Saya akan mengingati nasihat ayah itu.
**Ayah :** Walaupun sudah berjaya, janganlah sombong dan sentiasalah merendah diri, ikutlah ………… (iii) agar dihormati oleh orang lain.
Nyatakan **peribahasa yang sesuai** bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Gejala rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap. Isu rasuah bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penjawat awam merupakan golongan yang paling ramai terdedah kepada gejala ini. Rasuah bermula daripada sikap ingin hidup mewah walaupun luar kemampuan. Sikap ini seolah-olah *mempamerkan imej* negatif penjawat awam sedangkan mereka menggalas amanah penting untuk mencorakkan dan membangunkan negara ke arah lebih maju.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suapan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, malah merangkumi pelbagai bentuk lain termasuklah hadiah, diskaun, undian, jawatan dan perkhidmatan. Penjawat awam mudah terjerumus dengan jenayah ini kerana nilai integriti yang rapuh dalam diri. Mereka menjadi gelap mata dan sanggup menerima suapan ini tanpa rasa bersalah. Umumnya, banyak ketirisan berlaku yang melibatkan hal ehwal kewangan dan perolehan kerajaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Iltizam Membudayakan Masyarakat Berintegriti’, oleh Mazli Bibu, *Dewan Masyarakat*, Bil 01/2022
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mempamerkan imej*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan punca-punca penjawat awam terlibat dengan jenayah rasuah.
3 分
iii
Masalah rasuah telah menjadi isu global di seluruh dunia, sama ada melibatkan golongan atasan atau pekerja biasa. Gejala rasuah ini akan mendatangkan pelbagai kesan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
3 分
iv
Rakan anda merupakan seorang pegawai di salah sebuah jabatan syarikat. Anda mendapati bahawa rakan anda cuba disogok oleh seseorang yang mempunyai kepentingan. Anda juga tahu bahawa rakan anda itu berada dalam krisis kewangan yang serius. Dalam situasi ini, tidak mustahil dia akan menerima sogokan.
Sebagai sahabat yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang patut anda lakukan?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**GURINDAM ALAM SEKITAR**
Apabila alam mula dicemari,
Keseimbangan bumi sukar dicari.
Kerosakan ekosistem makin menjadi,
Masyarakat sedih mula meratapi.
Dedaunan hijau mula berguguran,
Jatuh ke bumi penuh kekuningan.
Resah gelisah bertamu datang,
Kehijauan melangkah penuh rintangan.
Habitat flora dan fauna *kian terancam*,
Penduduk hutan berhati suram.
Pohon menyembah bumi yang kelam,
Khazanah hijau kian tenggelam.
**Anati Nur Auni**
**17 Oktober 2010**
**Bahan 2**
Ibu sudah tidak ada. Bapa yang gila berdenak ketitir itu pun sudah lama tidak ada. Aku sendiri sudah berkahwin beranak dan kini bercucu pula Tetapi Ceper masih wujud, barang kali masih sama jumlah lubuknya. Cuma airnya kurang jernih lagi. Dan air yang kurang jernih itu pun sudah kurang cergas pula arusnya, kurasa. Ikan-ikan yang pastinya masih berenang di bawah bersama-sama pasir batu kerikil bersama-sama lumut hijau dan anak-anak siput yang berbagai-bagai ragi itu sudah tidak kelihatan lagi walaupun pada waktu matahari kerana cahaya terik matahari tidak dapat lagi menembusi air Ceper yang agak keruh itu.
Arusnya tidak segalak dulu. Ada terasa macam suatu suasana yang murung saja bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Ceper kebelakangan ini.
Dipetik daripada *Ibu dan Ceper* oleh Shahnon Ahmad, Antologi *Harga Remaja*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *kian terancam*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan pencemaran alam di negara kita.
3 分
iii
Alam sekitar merupakan khazanah yang perlu dipelihara dan dipertahankan untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Terdapat banyak punca menyebabkan berlakunya pencemaran yang kian membimbangkan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca tersebut?
4 分
iv
Sewaktu melakukan aktiviti perkhemahan, anda telah melihat sekumpulan pekerja kilang sedang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Mereka melakukan perbuatan ini sebanyak tiga kali sepanjang anda berada di tapak perkhemahan.
Sebagai seorang pencinta alam, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda lakukan?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Apabila terdengar bunyi kenderaan yang semakin hampir dengan rumah, Nurul Hafsa segera meninggalkan pembacaannya mengenai Skala Langit Gelap Bottle. Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun dilihatnya Budiman keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda jenis hybrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya.
>
> Semenjak mula bekerja lagi, Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyap-senyap.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd. Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah ciri-ciri kereta yang diimpikan oleh Nurul Hafsa?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang sukar dilupakan dalam kedua-dua novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sektor pelancongan di Malaysia bukan hanya bersifat menyediakan lokasi menarik untuk dilawati oleh pelancong domestik dan pelancong antarabangsa. Kita tentu akan membayangkan lokasi menarik tersebut dikaitkan dengan kawasan pantai, pulau, tempat bersejarah dan bangunan-bangunan yang unik. Namun, sektor pelancongan pada hari ini telah meneroka beberapa bidang baharu termasuklah ekopelancongan. Sebenarnya pelbagai kaedah telah dilaksanakan untuk memajukan bidang baharu dalam sektor pelancongan ini. Antaranya, media sosial telah mengoptimumkan promosi di platform digital. Promosi secara dalam talian seumpama ini membolehkan keindahan alam semula jadi negara diperkenalkan secara global.
Pada masa yang sama, ekopelancongan dapat memberikan impak yang sangat besar dalam memelihara dan mengangkat nilai sejarah sesebuah negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, ekopelancongan telah dibangunkan di Taman Negara dan Kuala Tahan di negeri Pahang serta di Taman Negara Royal Belum di negeri Perak agar tinggalan sejarahnya sentiasa terpelihara. Seterusnya, Kerajaan melengkapkan prasarana dan kemudahan di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Hal ini dikatakan demikian kerana para pelancong tetap dapat menikmati kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik, sumber air dan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik walaupun mereka berada jauh di kawasan pedalaman. Memandangkan sambutan ekopelancongan kian bertambah, kerajaan mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi baharu. Pertambahan destinasi ekopelancongan ini membolehkan para pelancong mempunyai banyak pilihan untuk dikunjungi. Manakala dari perspektif ekonomi, kemasukan pelancong akan meningkatkan aliran tunai dan pendapatan negara secara langsung. Justeru, peningkatan ekonomi negara ini akan menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Dalam pada itu, ekopelancongan secara tidak langsung telah membuka ribuan peluang kerjaya kepada agensi berkaitan. Contohnya, bidang perhotelan dan pengangkutan akan membuka banyak peluang kerjaya kepada penduduk tempatan. Tentulah masalah pengangguran dan kemiskinan tegar dapat diatasi apabila mereka memiliki pekerjaan. Jelaslah bahawa sumbangan ekopelancongan memang tidak boleh dinafikan kerana merupakan medium penting yang mampu mengubah landskap sosial dan ekonomi negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ekopelancongan: Impak Kepada Ekonomi, Sosial dan Sosioekonomi’, *Majalah Sains*
**Bahan 2**
**Cikgu Dayyan :** Persatuan Sejarah akan membawa ahli persatuan ke tapak ekopelancongan terkenal iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Sabah pada minggu hadapan.
**Auni :** Sungguh menarik! Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah.
**Cikgu Dayyan :** Saya minta Auni menyenaraikan peserta yang ingin menyertai lawatan ini. Saya harap pelajar tidak melepaskan peluang keemasan ini. Semangat patriotik yang terhakis dapat ditingkatkan semula dengan melawat tempat-tempat ini.
**Auni :** Baik cikgu. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menyertainya.
**Bahan 3**
**PANTUN INDAH EKOPELANCONGAN**
Burung merbah di pohon cemara,
Terbang mari ke tepi muara;
Diberi dana dengan secukupnya,
Ekopelancongan maju seluruh negara.
Tinggi sungguh pohon rambutan,
Tempat berteduh si anak dara;
Pakej murah dengan harga berpatutan,
Ramai pelancong datang segera.
**Aira Solehah**
**4 Julai 2009**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian, buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.