Baca petikan di bawah dengan teliti.
Penemu duga : Selamat sejahtera, bolehkah adik perkenalkan diri?
Tiara : Nama saya Tiara Izz Zayani Suhilmi. Saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Penemu duga : Bagaimanakah adik mula terlibat dalam tarian rakyat?
Tiara : Saya mula menari sejak umur lima tahun. Dari kecil saya didedahkan dengan video dan acara tarian rakyat.
Penemu duga : Di manakah adik telah memenangi pingat perak?
Tiara : Saya telah memenangi pingat perak di Burgos, Sepanyol dalam *Dance World Cup Finals 2025* bagi Kategori Tarian Rakyat Kebangsaan Solo Kanak-kanak. Alhamdulillah, saya dinobatkan sebagai johan dan terpilih untuk mewakili Malaysia.
Penemu duga : Idola adik dalam tarian rakyat siapa?
Tiara : Idola saya ialah jurulatih saya sendiri, iaitu abang Samsul Malawi dan Sir Arthur Darren.
Penemu duga : Adik berlatih menari bila?
Tiara : Saya berlatih menari pada pukul 7.00 hingga 10.00 malam.
Penemu duga : Bagaimanakah adik membahagikan masa antara pelajaran dengan latihan sehingga berjaya ke tahap sekarang?
Tiara : Dua bulan sebelum bertanding, saya berlatih secara konsisten.
Penemu duga : Apakah matlamat yang ingin adik capai dalam tarian rakyat?
Tiara : Jangan takut untuk mencuba kerana kita perlu berani untuk melakukan sesuatu dalam bidang baharu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tiara Izz Zayani: Permata Tarian Rakyat Bertaraf Antarabangsa’ oleh Nur Fatin Ainina Nor Azman dan Salmiyah Harun, *Dewan Pelajar*, Bil. 1/2026.
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata tanya.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata tanya** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Maldives, secara rasminya dipanggil sebagai Republik Maldives, merupakan sebuah negara pulau yang mempunyai gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi. <u>Penduduk di negara ini menggunakan bahasa Dhivehi yang berasal daripada cabang bahasa Indo-Arya</u>. Jumlah penutur bahasa ini pula dianggarkan kira-kira 540544 orang. <u>Banyak bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Hindi, bahasa Malayalam dan lain-lain mempengaruhi bahasa Dhivehi</u>. Bahasa ini juga berkongsi bahasa ibunda dengan bahasa Sinhalese. Walau bagaimanapun, <u>penduduk Maldives mengutamakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dhivehi Gah di Maldives’ oleh Juliana Mansor, *Dewan Bahasa*, Bil. 1/2023.
Tukarkan **ayat aktif** yang bergaris di bawah kepada **ayat pasif** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
310 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Permainan digital telah menjadi trend kini. Permainan digital merujuk platform elektronik interaktif untuk menggabungkan elemen penceritaan, persaingan dan penyelesaian masalah. Permainan digital dimainkan dalam pelbagai platform seperti komputer, konsul permainan dan peralatan mudah alih seperti telefon pintar. Merrill (2006) tersenarai empat ciri utama dalam perisian permainan digital iaitu tiada paksaan, menyeronokkan, terdapat peraturan permainan dan inginkan cabaran. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan digital mendapat permintaan yang laris saban tahun. Hal ini menjadikan industri permainan digital global sebagai industri yang bernilai berbillion dolar. Sementara itu, industri permainan digital di Malaysia juga menyaksikan perkembangan yang pesat dan dianggap sebagai satu dari pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Permainan Digital Mempromosikan Kesihatan dan Kesejahteraan’ oleh Normal Mat Jusoh, *Dewan Kosmik*, Bil. 4/2025.
5 分
Bahan 2
5 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benar seperti kata Tun Perak itu."
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, "Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.".
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan <u>individu yang pintar dan bijaksana</u>, tetapi juga untuk membentuk insan yang seimbang dari segi sahsiah dan rohaniah. Bagi merealisasikan matlamat luhur ini sesungguhnya tidak mudah kerana terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pendidik. Oleh itu, para pendidik mestilah <u>sentiasa sabar dan tabah sehingga matlamat tersebut berjaya dicapai</u>. Kita perlu sentiasa berpegang pada prinsip <u>rajin berusaha sudah pasti kejayaan akan menjadi kenyataan</u>.
Berikan peribahasa yang sesuai bagi ayat yang bergaris di bawah.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Peribahasa ‘biar papa, asal bergaya’ amat sinonim bagi menggambarkan kehidupan segelintir masyarakat yang sanggup miskin wang semata-mata untuk pura-pura kaya. Sebilangan generasi muda terdorong untuk berhutang dalam memenuhi kehendak kehidupan mereka. Mereka gagal untuk *mengawal kehendak* hanya semata-mata untuk tampil bergaya dan berlagak kaya di hadapan orang lain terutamanya di media sosial walaupun sebenarnya tidak berkemampuan. Tindakan generasi muda yang sanggup membuat pinjaman peribadi boleh menjerat diri mereka sendiri kerana beban pembayaran balik hutang pinjaman tersebut. Pinjaman itu akan ditanggung hingga ke akhir hayat sekiranya gagal dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, apatah lagi bagi mereka yang telah mempunyai komitmen pinjaman lain seperti pinjaman sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Trend “Biar Papa, Asal Bergaya” Generasi Muda’ oleh Faizul Zubairi, *Dewan Ekonomi*, Bil. 8/2024.
**Bahan 2**
KUALA LUMPUR: Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, trend berhutang dalam kalangan generasi muda sangat membimbangkan kerana golongan ini sanggup berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Budaya hidup ‘takut ketinggalan’ atau *fear of missing out* (FOMO) dan ‘hidup hanya sekali’ atau *you only live once* (YOLO) dikatakan antara faktor generasi muda di negara ini dibebani hutang pada usia seawal 20 tahun.
Cara hidup yang mengutamakan kehendak diri dan mengikut trend seperti memiliki telefon berjenama terkini juga menyebabkan mereka sanggup berhutang walaupun berada di luar kemampuan. “Terpaksa meminjam untuk beli pelbagai barangan keperluan ialah satu perkara amat serius kerana dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berbuat demikian untuk kelangsungan hidup,” katanya kepada BH, hari ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Terjerat budaya FOMO, YOLO Buat Belia Dibebani Hutang’ oleh Noor Atiqah Sulaiman, *BH Online*, 2 Oktober 2024.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mengawal kehendak*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan punca-punca ramai generasi muda sanggup berhutang.
3 分
iii
Masalah keberhutangan yang tinggi semakin membimbangkan dan generasi muda perlu menangani masalah ini.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah tersebut?
3 分
iv
Pada masa ini, anak-anak lebih gemar berbelanja boros menyebabkan amalan menabung semakin dilupakan.
Sebagai ibu bapa, apakah tindakan yang boleh diambil untuk menggalakkan amalan menabung dalam diri anak-anak?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Ali : Siti, pernah tak awak terfikir, apakah sebenarnya ciri-ciri pemimpin yang awak idamkan?
Siti : Sudah tentu! Saya mengidamkan pemimpin yang benar-benar prihatin dan berjiwa rakyat. Maksud saya, pemimpin yang prihatin akan sentiasa mengambil tahu kehidupan rakyat.
Ali : *(Berfikir sejenak, kemudian bersuara yakin)*
Kalau saya, saya mengimpikan pemimpin yang berintegriti dan amanah. Dalam hal ini, pemimpin yang amanah tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Itu yang kita harapkan.
Siti : *(Mengangguk sambil tersenyum)*
Ya, benar sekali. Itulah pemimpin yang kita dambakan. Saya benar-benar berharap agar pemimpin negara kita terus mengamalkan ciri-ciri mulia tersebut.
Ali : *(Tersenyum sambil mengangguk setuju)*
Betul tu, Siti. Andai pemimpin kita memiliki sifat-sifat itu, sudah pasti negara akan lebih makmur dan rakyat hidup dalam kesejahteraan.
*(Kedua-duanya tersenyum penuh harapan)*
**Bahan 2**
Pohon palas dikerat-kerat,
Subur di tanah si anggerik desa;
Peranan pengawas begitu berat,
Menjaga amanah sepanjang masa.
Pergi berkelah di Pulau Rusa,
Gunung Daik menjulang tinggi;
Peraturan sekolah sentiasa perkasa,
Sahsiah baik akhlak terpuji.
Daun pegaga atas jerami,
Subur sirih di pohon ara;
Disiplin dijaga tanpa kompromi,
Pengawas terpilih tunjang agama.
**Bahan 3**
Keesokan harinya, sewaktu di sekolah, Balkis telah berjumpa dengan Cikgu Mat dan memberitahu bahawa Aminah ingin mencederakan anaknya. Dia membuat cerita bahawa Aminah telah menolak Qaisara ke tengah jalan sewaktu kereta sedang meluncur laju ke arah mereka. Pada awalnya, Cikgu Mat mempercayai kata-kata Balkis tersebut. Namun begitu, setelah pulang ke rumah, Cikgu Mat telah bertanyakan hal yang sebenar kepada Qaisara. Qaisara telah menceritakan perkara sebenar kepada ayahnya. Cikgu Mat tergamam seketika mendengarkan penjelasan anaknya.
Kejadian kemalangan tersebut telah membuka mata dan hati Cikgu Mat. Dia tersilap kerana mempercayai kata-kata orang lain tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Sejak kejadian itu, Cikgu Mat semakin peramah dengan semua pelajarnya. Cikgu Mat menjadi guru yang semakin disenangi oleh pelajar di sekolahnya. Cikgu Mat juga memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelajar.
Sementara itu, kisah Balkis yang memburuk-burukkan nama Aminah kepada Cikgu Mat mula tersebar di sekolah. Pada awalnya, Aminah berasa marah dengan sikap Balkis, namun setelah dinasihati oleh cikgu dan rakannya yang lain, Aminah telah memaafkan kesalahan Balkis.
Dipetik daripada cerpen ‘*Jiwa yang Hidup*’ oleh Siti Munifah Mohd, *Dewan Siswa*, Bil. 2/2025.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah peranan seorang pengawas?
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 3**, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin?
3 分
iii
Nilai kejujuran perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam kehidupan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jika seseorang individu mengamalkan nilai kejujuran?
4 分
iv
Rakan karib anda sering menghadapi masalah datang lewat ke sekolah sehingga menyebabkan dia keciciran dalam pembelajaran dan menjejaskan prestasi akademiknya.
Sebagai ketua kelas yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk menangani masalah tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Angin menderu bertiup dari arah Selat Melaka membuatkan blazer yang dipakai oleh Dato’ Johann Arlington-Majid berkibar-kibar. Dia sedang berdiri di kaki rumah api Kuala Selangor dengan sebatang rokok mengeluarkan asap yang mencemari pernafasannya. Dia memerhatikan pandangan luas dari kehijauan bawah bukit sehinggalah ke laut terus ke kaki langit yang membiru dengan silau yang hebat. Keindahan Kuala Selangor yang tetap segar menghijau dan harum dengan bau lautan di tengah-tengah kepesatannya langsung tidak mendatangkan ceria ke dalam hati Johann Arlington-Majid. Dia merungut dalam hatinya. Apa lagi yang tidak kena dengan Kuala Selangor? Semuanya indah. Semuanya malar hijau. Semuanya bersih! Apa perlunya kelip-kelip? Apakah faedahnya melihat bintang? Pada waktu mata manusia sudah pun tertutup dibuai lena, apa gunanya lagi cahaya sebesar kepala mancis si kelip-kelip dan ilusi nostalgia yang dibawa oleh bintang-bintang?
>
> Dipetik daripada novel ‘*Bimasakti Menari*’ oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keindahan-keindahan Kuala Selangor.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dapat mendidik pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Isu bekalan makanan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap negara bagi memastikan makanan penduduk mencukupi ketika diperlukan. Kekurangan bekalan makanan terjadi apabila kadar permintaan pengguna melebihi daripada bekalan makanan yang ditawarkan pembekal. Menyedari akan kepentingan bekalan makanan kepada negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperkenalkan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030.
Pembelian panik oleh orang ramai juga menyebabkan bekalan makanan berkurangan dalam pasaran. Namun begitu, keadaan ini boleh dikawal apabila kerajaan memperkenalkan sistem pengurusan keterjaminan makanan. Dalam konteks ini, kerajaan boleh memantau dan membuat keputusan dengan teratur bagi menjamin bekalan makanan negara berada pada tahap yang sewajarnya. Selain itu, aspek penggunaan teknologi baharu pada tahap maksimum juga mampu menjamin kecukupan bekalan makanan negara. Sebagai contoh, bagi meningkatkan kuantiti hasil makanan berasaskan pertanian, sistem pertanian pintar yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti robot atau dron perlu diperkenalkan bagi menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut perlu ditangani dengan baik supaya bekalan dan permintaan makanan sentiasa mencukupi. Makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkhasiat serta memenuhi keperluan pemakanan untuk kehidupan yang sihat pada setiap masa sememangnya menjadi keperluan masyarakat.
Sistem maklumat geografi yang mampu meramal cuaca juga dapat membantu petani memantau hasil tanaman berpandukan sistem pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem ini dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran produk makanan terutamanya ketika negara berdepan dengan fenomena bencana alam dan ketidaktentuan cuaca global. Dalam konteks ini, kita yakin bahawa bekalan makanan negara tidak terganggu. Akhirnya, kita berharap agar semua pihak termasuk sektor kerajaan, swasta, saintis dan pakar pertanian perlu bekerjasama untuk memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa memenuhi keperluan rakyat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keterjaminan Makanan Hak Asasi Sedunia’ oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub, *Dewan Masyarakat*, Bil. 11/2023.
**Bahan 2**
Ke Tanjung Malim membeli arca,
Pergi ke kota bawa dagangan;
Perubahan iklim merosakkan cuaca,
Kurang merata bekalan makanan.
Sungguh teruja puteri bunian,
Melihat santapan di tepi kali;
Kurang pekerja bidang pertanian,
Punca makanan tidak mencukupi.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.